Jumaat, 16 Mac 2012

Percaya pada naluri anda bantu buat tekaan yang lebih tepat - Kajian

Sabtu 17 Mac 2012
  • Pernahkan anda memandu kereta sedang mencari jalan menuju ke sebuah rumah saudara atau teman yang telah lama tidak anda kunjungi dan anda telah ingat-ingat lupa jalan menuju ke rumah tersebut. Bagaimanakah anda membuat keputusan dan adakah keputusan anda tepat.
  • Saya percaya tentu ramai yang pernah mengalaminya dan apabila anda mempercayai penuh rasa nalusi anda, biasanya anda akan membuat keputusan yang betul.
  • Fenomena tersebut dinamakan oleh para saintis sebagai 'emotional oracle effect' atau kalau diterjemahkan secara terus ke dalam bahasa Malaysia sebagai 'kesan emosi ahli nujum'.
  • Saintis menerangkan fenomena ini sebagai tindakan minda sedar dan juga separa sedar yang ada pada diri kita dalam mengumpulkan segala maklumat yang optimum yang ada pada kita lalu merumuskan keputusan. Biasanya keputusan tersebut lebih tepat berbanding dengan rumusan yang dibuat berdasarkan minda sedar yang waras .
  • Untuk memastikan anda membuat sesuatu ramalan atau tekaan yang tepat terhadap berbagai persoalan yang anda hadapi maka percayalah dengan sepenuh hati pada naluri anda. Tapi ingat syaratnya adalah anda perlulah mempunyai pengetahuan terhadap perkara yang anda mahu hadapi.
  • Dalam masalah membuat keputusan tentang arah kiblat saya mendapat petua daripada guru saya agar mempercayai naluri setelah mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan tentang bagaimana menentukan arah kiblat. Antaranya adalah dengan mengetahui arah naik dan turun matahari di negara kita kita dapat menelah arah kiblat jika berada di tempat yang kita tidak ketahui seperti di dalam hutan.
Sumber:wartashubhi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan