Pada minit ke 29:00 video tersebut Perdana Menteri ada memberitahu bahawa
“Struktur gaji SSM dari Jadual Gaji Matriks kepada Jadual Gaji Minimum Maksimum dengan kadar kenaikan gaji tahunan (KGT) bagi gred 1 hingga 54 ditetapkan diantara RM80 hingga Rm320 mengikut gred”
Maka dengan ini saya membuat spekulasi awal bahawa tangga gaji SSM baru bagi Jadual Gaji Minimum Maksimum adalah seperti berikut:-
SITUASI 1
Mari kita lihat pada kes yang saya highlightkan tu, katakan pada 1hb Januari 2012, Gaji SSM anda sebagai contoh P1T10 ialah RM 2509.90
Maka kenaikan 13% X RM2509.90 = RM2836.19 (maka kemungkinan ini gaji baru anda pada KGT 1hb Januari 2012) dan tahun berikutnya barulah dinaikkan RM225 bagi gaji tahun 2013.
SITUASI 2
Mungkin juga pengiraan begini. Pada akhir Disember 2011. gaji terakhir anda ialah pada P1T9 iaitu RM2419.45
Maka kenaikan 13% bagi gaji ini ialah RM2733.98, oleh demikian disebabkan pergerakkan gaji tahunan (PGT) anda berlaku pada 1hb Januari 2012. Maka RM2733.98 + RM225 (PGT Jan 2012) = Gaji yang sepatutnya anda terima pada Januari 2012 ialah RM2958.98
Oleh yang demikian, jika dibandingkan antara Situasi 1 dan Situasi 2, nampaknya Situasi 2 lebih memberikan sedikit keuntungan kepada Penjawat Awam. Jadi sama-samalah kita tunggu jadua gaji minimum maksimum yang sebenar dari JPA
Sumber:matkedah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan