Sabtu, 31 Mac 2012

Jom semak gaji di sini

01 April 2012

Silakan [ SEMAK ]
PUTRAJAYA 31 Mac - Hampir 1.4 juta kakitangan awam seluruh negara boleh menyemak gaji terbaru masing-masing di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di http://www. jpa.gov.my/ hari ini.
Laman web jabatan itu telah menyediakan cara pengiraan pemindahan gaji kakitangan beserta pekeliling baru mengenai kenaikan gaji pegawai perkhidmatan awam tersebut semalam.
Pengunjung hanya perlu memilih kumpulan perkhidmatan dan mengisi ruang gaji pada aplikasi pengiraan tersebut bagi membolehkan perhitungan pemindahan gaji baru dibuat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac lalu, telah mengumumkan pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Minimum-Maksimum SSM berikutan pemansuhan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
[sumber]
Gempa Bumi Paling Dasyat Dalam Sejarah Dunia
 
Ahad 1 April 2012


"Kekuatan teknologi moden yang dicipta manusia memang tidak akan mampu berbuat apa-apa jika Allah swt. menurunkan bala kepada manusia dan di seluruh alam bumi ini. Apabila bumi yang kita duduk ini mula menggeletar dan terbelah, ia akan membawa bersama sebuah pasukan bala yang mampu menyebabkan kemusnahan yang tidak dapat kita dibayangkan

1960 Valdivia Earthquake

1964 Alaska Earthquake
2004 Indian Ocean Earthquake
1952 Kamchatka Earthquake
Gempa bumi telah memusnahkan banyak bandar-banda dan mengorbankan banyak nyawa sepanjang sejarah. Sehebat manapun teknologi manusia, sehingga kini masih belum menemui cara untuk meramal gempa bumi dan mengelak daripada bala ini. Ahli seismologi hanya dapat mengadar kekuatan gempa bumi (Moment Magnitude Scale) selepas berlakunya dengan mengukur jumlah tenaga yang dibebaskan. Kaedah telah dirangka untuk terlepas gempa bumi.

Walau bagaimanapun kaedah ini ternyata tidak berkesan. Berikut adalah senarai sepuluh gempa bumi dengan magnitud terbesar dalam catatan sejarah dunia yang sempat dikaji manusia.
2011 Sendai Earthquake

Khamis, 29 Mac 2012

Surah Al-Kahfi & Kelebihannya

Jumaat 30 Mac 2012

Oleh: al-bahanj

"Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.  Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.  Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:

1.  Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:


“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAHterangi ia dengan cahaya diantara dua Jumaat.”  
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)

2.  Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya” 

(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

3.  Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal”. 

(HR Muslim 809)

Surah al-Kahfi
Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat.  Ia merupakan surah Makkiyah.  Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.

Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “in sha’ ALLAH”.  Ia suatu kalimah yang sangat penting.  Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh.  Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut.  Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.

Klik pada gambar untuk membaca surah al-Kahfi.  Selepas klik, jika masih kecil saiznya, klik pula pada permalink di dalam paparan tersebut.

Al-Kahfi, ayat 1-15
 
Al-Kahfi, ayat 16-27

Al-Kahfi, ayat 28-45

 
Al-Kahfi, ayat 46-61

Al-Kahfi, ayat 62-83
 
Al-Kahfi, ayat 84-110
Atau boleh juga klik sini:  Al-Quran Flash atau Al-Quran Explorer.
*Untuk mendengar bacaan surah al-Kahfi oleh Sheikh Mahmud Khalil al-Khusori:  KLIK SINI!

Semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita semua dengan kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.  Dan semoga dijauhkan dari azab api neraka, amin…

ALLAHU A`LAM.

*Dipetik:  

5 strategi kemenangan pejuang Islam 

Khamis 29 Mac 2012


Kemenangan yang diburu tidak mudah untuk dicapai , namun kita tidak boleh putus asa . Kerja kuat dan gigih berusaha adalah ikhtiar yang dituntut sebelum kemenangan dikurniakan oleh Allah swt .

Sebegai sebuah Gerakan Islam , sekurang - kurangnya kita mempunyai 5 strategi utama untuk memastikan kemenangan kekal menjadi milik kita .

1. Taqwa. [ taat ]

Saidina Umar al Khattab Rha pernah mengutuskan surat wasiat kepada Komander Tentera Islam di Iraq iaitu Saad bin Abi Waqqas Rha :


( فإني آمرك ومن معك من الأجناد، بتقوى الله على كل حال، فإن تقوى الله أفضل العدة مع العدو، وأقوى المكيدة في الحرب، وآمرك ومن معك أن تكونوا أشد احتراساً من المعاصي منكم من عدوكم، فإن ذنوب الجيش أخوف عليهم من عدوهم، وإنما ينصر المسلمون بمعصية عدوهم لله، ولولا ذلك لم تكن لنا بهم قوة، لأن عددنا ليس كعددهم، ولا عدتنا كعدتهم فإن استوينا في المعصية كان لهم الفضل علينا في القوة
Sesungguhnya aku memerintahkan engkau dan seluruh tentera yang bersamamu agar bertaqwa kepada Allah swt dalam apa jua keadaan . Sesungguhnya Taqwa adalah sebaik - baik persediaan dan strategi yang paling kuat di dalam peperangan .

Aku perintahkan engkau dan siapa jua yang bersamamu bahawa kamu mestilah benar - benar berwaspada daripada maksiat yang tercetus dikalangan kamu jua dari musuh - musuh kamu . Sesungguhnya dosa yang dilakukan oleh tentera lebih ditakuti ke atas mereka berbanding musuh - musuh mereka .

Sesungguhnya orang - orang Islam diberi kemenangan dengan maksiat yang dilakukan oleh musuh mereka kepada Allah swt . Jika tidak demikian , tidaklah kita memiliki kekuatan untuk mengatasi mereka . Kerana bilangan kita tidaklah sama berbanding jumlah bilangan mereka dan persediaan material kita jua tidak lah sama berbanding persediaan material yang mereka miliki .

Andai kita juga turut melakukan maksiat sebagaimana mereka melakukan maksiat nescaya mereka lebih kuat dan hebat daripada kita .

Saidina Umar al Khattab .

Berasaskan wasiat Saidina Umar al farouk , petugas parti mestilah memberi perhatian serius agar tiada dikalangan kita terjebak atau terjerumus dalam kancah maksiat dan mungkar . Sebaliknya bertaqwa kepada Allah swt . Melaksanakan apa yang diperintah dan tinggalkan apa yang dilarang oleh Allah swt .

Maksiat dan mungkar menjadi penghalang utama kemenangan dan kalaupun menang , kita bimbang ia hanyalah kemenangan yang rapuh dan menjadi istidraj [ pemberian -kemenangan - yang tidak diredhai oleh Allah swt ]

Semua petugas parti [ pemimpin mahupun ahli biasa ] sewajarnya mempertingkatkan hubungan dengan Allah swt dan senantiasa meletakkan diri dalam situasi beribadah kepada Allah swt. Maksud saya , pastikan apa jua kerja dan tugas yang kita lakukan adalah kerana Allah swt dan ia menjadi ibadah yang soleh walau hanya menampal poster dan memasang bendera .

2 . Juhud [ gigih dan bersungguh - sungguh ]

Biarpun kita telah di beri kemenangan di beberapa pilihanraya , tetapi kita tidak boleh leka dan over confident . Kerana kemenangan kita sebelumnya dalam pilihanraya yang pernah kita hadapi , semuanya didahului dengan kerja kuat dan gigih . Tanpa kerja kuat kita tidak akan berjaya . Ini realitinya !

Tiada kemenangan yang boleh dicapai hanya dengan menggosok lampu ajaib aladin . Malah lampu itu pun tiada ditangan kita , apatah lagi aladin tidak wujud dikalangan kita .

Ikhtiar adalah satu kewajipan dan kesungguhan adalah satu tuntutan . Jangan ada mereka yang hanya berpeluk tubuh dan membatu diri menyaksi keperluan yang perlu diselesai dan disempurnakan . Lebih malang kalau hanya banyak cakap , komplen sana sini dan memperhabiskan biskut kopi di markaz sahaja .

Saya percaya , jika kita bersungguh - sungguh kita akan menang . من جد وجد
3. Tawakkal . [ bergantung kepada Allah swt ]

Jangan putus harap kepada Allah swt biarpun kita menghadapi kesukaran dalam perjuangan ini . Sekalipun cabaran yang kita hadapi serta tekanan yang kita alami terlalu getir dan berat , setelah kita kerahkan segala upaya yang kita miliki , kita mesti yakin dan sandarkan keputusannya kepada Allah swt .

Setelah gigih berdakwah berhadapan dengan 1001 ragam manusia jahiliyyah , Nabi saw pernah bersabda [ berdoa ] : اللهم قد بلغت فاشهد - Ya Allah ! sesungguhnya telah aku sampaikan [ kebenaran ini ] maka saksikanlah ! -

4. Munazzamah [ sistematik ]

Jangan bekerja atau bertugas secara rawak atau rambang . Sebaliknya bertindak secara terancang dan berpandukan arahan serta peraturan yang telah ditetapkan oleh parti . Setiap tindakan mestilah melalui syura samaada di peringkat UPU , MTD , Kawasan , Negeri atau Pusat .

Sekalipun kita membawa kebenaran , namun tanpa rencana dan strategi yang terancang pasti sahaja kita boleh tewas . Inilah yang telah dipertegaskan oleh Saidina Ali Karramallahuwajhah . الحق بدون النظام يغلبه الباطل بالنظام

Kebenaran yang diperjuangan tanpa sistematikanya akan dikalahkan oleh kebathilan yang diurus secara sistematik .

Aktiviti dan gerakkerja dalam tempoh yang terhad dan kemampuan kewangan yang terbatas ini mestilah di pastikan bahawa kita tidak membazir masa dan tenaga dengan aktiviti yang tidak menepati sasaran atau gerakkerja yang tidak membawa pulangan besar kepada perjuangan .

5. Istiaanah bissobri was solah . [ mohon pertolongan dengan sabar dan doa ]

Kemenangan yang kita dambakan ini adalah daripada Allah swt , justeru itu kepadaNya kita wajib memohon kemenangan ini . Allah swt mengajar kita agar memohon pertolongan dengan sabar dan solat .

Sabar

Sabar adalah kunci kejayaan dan kemenangan . Tapi ramai yang salah faham dengan menganggap sabar sebagai kalah dan penakut . Bukankah kita mahu Allah bersama kita dalam perjuangan ini ? maka Allah swt telah berfirman : إن الله مع الصابرين - Sesungguhnya Allah bersama dengan orang - orang yang sabar .

Sabar dalam tindakan agar tidak gopoh dan melencong dari matlamat asal perjuangan kita .
Sabar dalam gerakkerja dan tugas . Jangan merungut dan mempersoalkan arahan .
Sabar , agar diri tidak terpengaruh dengan provokasi musuh
Sabar dari panahan fitnah perjuangan yang mungkin dari godaan manusia dan harta
Sabar , moga tidak terlalu excited dengan sorakan ramai dan laungan penyokong yang ramai
Sabar dari terjebak dan terjerumus ke dalam lembah maksiat dan mungkar
Sabar menerima arahan pimpinan biarpun berat dan sukar untuk dilaksanakan
Sabar dengan karenah ahli yang pelbagai ragam
Sabar jua dengan karenah pimpinan
Sabar untuk bertahan dengan akhlak mulia sekalipun berdepan dengan penghinaan musuh
dan 1001 keadaan yang memerlukan kita sabar .

Namun bukanlah makna sabar sehingga membenarkan musuh memijak kepala kita . Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

Wahai manusia ! Jangan sekali - kali kamu bercita - cita mencari musuh sebaliknya mohonlah kesejahteraan daripada Allah swt . Andai bertemu jua dengan musuh , bersabarlah ! Namun begitu , ketahuilah bahawa sesungguhnya syurga itu berada di bawah kilatan mata pedang .

Solat

Membawa maksud munajat dengan memanjatkan doa kepada Allah swt agar Allah memberikan kekuatan kepada kita serta kemenangan yang telah dijanjikan . Serentak itu , agar Allah mengurniakan petunjukNya kepada rakyat atau pengundi dan melembutkan hati mereka untuk menerima mesej perjuangan kita .

Siang kita mengurus organisasi , mengatur strategi dan menggerakkan jentera serta material bagi memburu kemenangan , manakala sebelah malamnya pula kita bersimpuh mengadap Allah penuh khusyu' memohon petunjuk dan kekuatan diri serta memohon nusrah dan maunah buat perjuangan suci ini .
 
  Sumber al futhuhat

TERKINI: Bangunan Suria KLCC Terbakar. 

Khamis 29 Mac 2012



Foto kredit Malikridhwan

Kebakaran yang tercetus daripada restoran Chinoz menyebabkan pihak pengurusan mengambil langkah keselamatan dengan menyuraikan orang ramai daripada mercu tanda Malaysia, KLCC sebentar tadi.

Berdasarkan trending di Twitter, letupan kecil yang disyaki daripada kebocoran gas di bahagian ruangan dapur Chinoz telah berjaya dikawal oleh pihak berkuasa. Insiden seperti ini merupakan pertama kali yang seumpamanya berlaku.

Difahamkan, tiada kecederaan terhadap pengunjung KLCC dan api berjaya dipadamkan.






Sumber

Rabu, 28 Mac 2012

Lima Cara Sederhana Redakan Batuk

Khamis 29 Mac 2012 


Ada lima cara sederhana untuk meredakan batuk versi Times of India.

1. Mandi air hangat
Mandilah menggunakan air hangat kera ia dapat membuat tubuh menjadi tenang dan rileks. Anda akan terbebas dari sesak nafas  apabila melakukannya.

2. Minum banyak sup hangat
Tidak ada yang lebih baik dari ayam kukus panas atau sup sayuran untuk tubuh anda jika anda mengalami masalah selesema dan batuk. Sup panas tidak hanya akan membersihkan saluran pernafasan tetapi juga akan memberikan energi bagi tubuh.

3. Makan sesudu madu
Makan madu asli sesudu setiap hari adalah cara terbaik untuk menyingkirkan batuk.
 
4. Kumur air garam
Ambil satu sesudu teh garam dan campur dengan air hangat. Gunakan ramuan ini untuk berkumur empat kali sehari. Cara ini dinilai efektif untuk menyembuhkan atau meredakan sakit tenggorok.

5. Inhalasi wap
Inhalasi atau menyedut wap sangat efektif untuk menyembuhkan batuk dan sakit kepala. Wap akan membantu mencairkan lendir yang terkumpul di dada. Wap membantu proses aliran udara dan darah kembali beredar dengan lancar keseluruh tubuh. 
 
Sumber (Times of India)

Walaupun hidup seribu tahun kalau tak solat apa gunanya

Rabu 28 Mac 2012

SETIAP daripada kita pastinya bercita-cita untuk memperbaiki ilmu agama,tetapi masalah nya ialah kesedaran dan tahap keimanan itu kadang-kadang ada pasang surutnya. Ini berpunca daripada pelbagai sebab seperti penat, sibuk dan lain-lain.
Pada masa yang sama, timbul rasa bersalah bila tidak melakukan apa yang dituntut itu. Contoh paling mudah, solat lima waktu.
Kita harus ingat bahawa talian hayat di antara hamba Dan Pencipta ialah solat. Melalui solatlah seseorang hamba dapat berhubung terus dengan Allah SWT. Hari ini tidak mudah bagi seseorang untuk bertemu dengan orang besar, berjawatan, berpangkat dan berkuasa. Dalam Islam, Allah SWT melalui Rasul-Nya telah menyediakan rangkaian talian berhubung terus dengan Allah SWT.
Tanpa solat hidup kita selaku orang Islam tidak bermakna, biar sehebat manapun kita di sisi manusia, kita tetap kerugian di hadapan Allah SWT. Solat itu penghubung antara kita dan Allah. Solat itu penenang, solat itu cahaya, solat itu penghapus duka dan solat juga penawar penyakit rohani.
Jangan abaikan solat biar apa sahaja keadaannya, di mana sahaja kita berada. Bumi Allah SWT terbentang untuk itu.
Rasulullah SAW pernah ditanya apa itu Islam, lantas baginda menjawab: Islam itu dibina atas lima perkara, syahadah bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa pada bulan Ramadan dan haji ke Baitullah. (riwayat Imam al-Bukhari)
Tidak seperti ibadat lain, kewajipan solat diwahyukan terus kepada Rasulullah SAW pada malam berlakunya peristiwa Israk Mikraj tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril sebagaimana dijelaskan oleh Malik bin Anas: Pada malam Israk difardukan kepada Nabi SAW solat sebanyak 50 kali, kemudian dikurangkan hingga lima kali (sehari) kemudian diseru (oleh Allah), Wahai Muhammad! Sesungguhnya ketetapan-Ku tidak akan diubah. Dan bagimu dengan solat lima kali (sehari) akan mendapatkan pahala sebanyak solat 50 kali. (riwayat Imam al-Tirmidzi)
Ini menunjukkan keagungan dan keistimewaan ibadat solat melebihi ibadat lain. Solat juga adalah tiang asas bagi agama Islam dan jika tiang itu runtuh maka runtuhlah segala-galanya berkaitan agama.
Begitulah tingginya martabat ibadat solat di sisi Islam. Tidak menghairankan jika perkara yang mula dihisab pada hari akhirat nanti adalah solat. Jika seseorang itu tidak bersolat, maka sia-sialah segala amal ibadatnya yang lain.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Sesungguhnya yang pertama kali dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat daripada amalnya ialah solatnya, jika solatnya itu adalah baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia lagi beruntung dan jika amal solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung. (riwayat Imam al-Tirmidzi)
Oleh itu, umat Islam perlu memberi perhatian tinggi terhadap kesempurnaan ibadat solat kerana implikasinya terhadap diri kita begitu besar.
Namun, sayang seribu kali sayang, masih ramai kalangan umat Islam melalaikan solat.
Ulama berbeza pendapat mengenai hukum mereka yang meninggalkan solat secara sengaja. Golongan pertama berpendapat meninggalkan solat secara sengaja kerana malas atau lalai tanpa mengingkari akan kewajipannya, maka mereka tergolong dalam golongan yang fasik (melakukan dosa besar) tetapi tidak terkeluar daripada Islam. (rujuk al-Nisaa: 116)
Golongan kedua berpendapat mereka yang meninggalkan solat secara sengaja kerana malas atau lalai, baik dia mengakui kewajipan solat atau tidak, semua mereka ini termasuk dalam golongan kafir dan terkeluar daripada Islam. Mereka ini hendaklah bertaubat serta mengucapkan dua kalimah syahadah semula.
Ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW yang sahih secara jelas menunjukkan ibadat solat adalah penentu keimanan seseorang. Meninggalkan solat dengan sengaja boleh menyebabkan pelaku gugur keimanannya. (rujuk al-Qalam: 35-43)
Allah SWT memulakan ayat di atas dengan menyanggah mereka yang menyamakan taraf kehambaan seseorang yang taat kepada perintah-Nya dengan mereka yang ingkar.
Kemudian Allah menggambarkan keadaan huru-hara di alam akhirat dan Allah memerintahkan hamba-Nya sujud menyembah-Nya.
Namun, bagi mereka yang dulunya di dunia tidak bersujud (bersolat) kepada Allah secara sengaja tanpa uzur, mereka tidak mampu untuk bersujud kepada-Nya berserta orang Islam lain.
Ini menunjukkan mereka itu termasuk golongan orang kafir dan munafik yang mana ketika semua umat Islam bersujud kepada Allah, mereka enggan kerana tidak mampu.
Andai kata mereka termasuk di kalangan orang Islam, tentu mereka mampu bersujud kepada-Nya di alam akhirat kelak. Beginilah hinanya mereka yang tidak mengerjakan solat ketika kehidupan di dunia ini.

(Di nukil dari Ruang Agama UM Online Isnin 26 Mac 2012)

Selasa, 27 Mac 2012

Bicara B.J Habibie

Rabu 28 Mac 2012
Sejumlah kesalahan pernah dilakukan Habibie di antaranya memberi grasi tokoh aliran sesat  syiah yang divonis pengadilan seumur hidup karena kejahatannya. Itu akibat Habibie kurang waspada, namun tampaknya tidak menjadi pelajaran baginya bahwa dirinya telah dibohongi orang-orang, walau Habibie pernah menyatakan penyesalannya di antara rangkaian tindakannya setelah tahu bahwa itu salah.
Kini Habibie bicara tentang terorisme di seminar dengan sebutan seminar internasional di Cirebon.
Pada tanggal 16 Maret 2012 lalu, Habibie menjadi keynote speaker pada pembukaan seminar internasional bertema Peran Ulama Pesantren dalam Mengatasi Terorisme Global. Seminar tersebut diselenggarakan oleh Pengurus Besar Nahdlatul Ulama (PBNU) bekerja sama dengan Republik Federal Jerman.
Pesertanya, perwakilan PCNU se Pulau Jawa, Madura, Bali, dan Sumatera Selatan.
Barangkali kegiatan tersebut merupakan satu-satunya seminar internasional yang pesertanya sebagian besar (atau hampir seluruhnya) orang NU doang. Masyarakat semula berfikir, seminar internasional yang digagas PBNU akan dihadiri oleh sejumlah peserta dari berbagai negara di dunia, minimal negara Islam. Ternyata, pesertanya dari Pimpinan Cabang NU doang.
Di Jakarta, kegiatan seperti itu biasanya dinamakan seminar sehari atau seminar saja tanpa embel-embel. Tapi ketika hal yang sama diselenggarakan di Cirebon, namanya menjadi seminar internasional. Padahal, narasumbernya juga sama: Nasir Abbas (mantan JI) dan Ansyaad Mbai (BNPT). Benar-benar lucu.
Profesor Doktor (HC). Ing. Dr. Sc. Mult. Bacharuddin Jusuf Habibie adalah sosok jenius yang fenomenal. Boleh jadi, sampai saat ini belum tertandingi dan belum tergantikan, setidaknya di Indonesia. Mantan Presiden RI ketiga yang lahir di Pare-pare pada 25 Juni 1936 ini, dalam usia yang masih belia, sekitar 19 tahun, sudah terbang ke negeri jauh untuk belajar tentang desain dan konstruksi pesawat, yang saat itu masih begitu asing bagi telinga bangsa Indonesia, bahkan bangsa-bangsa modern di dunia.
Lulus SMAK Dago, Bandung, Habibie muda melanjutkan pendidikan ke ITB (Institut Teknologi Bandung). Hanya sekitar enam bulan di ITB, Habibie kemudian melanjutkan pendidikan formalnya ke Rhenisch Wesfalische Tehnische Hochscule (RWTH), Aachen, Jerman, pada tahun 1955 hingga 1965, selama sepuluh tahun, hingga ia meraih gelar doktor.
Habibie tidak sekedar menimba ilmu di negeri orang, ia juga menghasilkan teori (Teori Habibie) yang menyebabkan ia dijuluki Mister Krack. Melalui Teori Habibie ini dapat dihitung titik rambat keretakan (krack) yang terjadi pada sambungan antara sayap dan badan pesawat terbang atau antara sayap dan dudukan mesin. Dengan adanya teori ini, membuat pesawat lebih aman, bisa menghindari risiko jatuh, juga membuat pemeliharaan pesawat lebih mudah dan murah.
Dari Teori Habibie, kemudian lahir Faktor Habibie. Karena, setelah titik rambat keretakan (krack) bisa dihitung maka derajat Faktor Keselamatan (SF) bisa diturunkan. Yaitu, dengan memilih campuran material sayap dan badan pesawat yang lebih ringan. Antara lain, mengurangi porsi baja dan meningkatkan porsi aluminium dalam bodi pesawat terbang. Bahkan, setelah Habibie menyusupkan material komposit ke dalam tubuh pesawat, porsi baja turun hingga 25 persen lebih.
Setelah sekian tahun berkiprah di negeri orang, akhirnya Habibie pulang ke Indonesia (1974). Pada 26 April 1976, Habibie mendirikan PT Industri Pesawat Terbang Nurtanio yang saat itu merupakan industri pesawat terbang pertama di Kawasan Asia Tenggara. Kemudian pada 11 Oktober 1985, berganti nama menjadi Industri Pesawat Terbang Nusantara (IPTN). Hingga akhirnya menjadi PT Dirgantara Indonesia (PT DI) pada Agustus 2000.
Bahkan sejak 1989, Habibie memimpin berbagai industri strategis, selain IPTN ada Pindad dan PAL. Hasilnya, selain pesawat terbang dan helikopter, ada senjata, amunisi, kapal, tank, panser, senapan kaliber, water canon, kendaraan RPP-M, kendaraan combat, jasa pelatihan dan pemeliharaan (maintenance service) untuk mesin-mesin pesawat, dan masih banyak lagi baik untuk keperluan sipil maupun militer.
Kehebatan Habibie di ranah teknologi memang luar biasa. Bagaimana dengan domain politik? Nampaknya Habibie tidak cocok di ranah yang satu ini. Habibie sempat mendampingi Presiden Soeharto sebagai Wakil Presiden hanya dalam kisaran waktu sekitar dua bulan saja. Kemudian setelah Soeharto lengser, Habibie didaulat menjadi Presiden oleh kalangan Islam politik yang punya agenda mendompleng. Itu pun hanya sekitar satu setengah tahun saja. Habibie digantikan oleh Abdurrahman Wahid pada 20 Oktober 1999, setelah pemilihan umum pertama di era reformasi yang berlangsung Juni 1999.
Sebelum Habibie naik menjadi Presiden (1998), sejumlah kalangan yang anti Habibie, termasuk Presiden Singapura Lee Kuan Yeuw menakut-nakuti rakyat Indonesia, bahwa nilai tukar rupiah akan turun hingga mencapai Rp 50.000 per satu dolar Amerika Serikat, kalau Habibie jadi Presiden. Sebelum Presiden Soeharto lengser, nilai tukar rupiah sekitar Rp 2.000 per satu dolar Amerika Serikat. Saat pergolakan terjadi, yang konon dinamakan reformasi, nilai tukar rupiah turun drastis hingga mencapai Rp 16.000 (bahkan lebih) per satu dolar Amerika Serikat.
Ternyata omong kosong Lee Kuan Yeuw tak terbukti. Pada masa Habibie jadi Presiden, nilai tukar Rupiah terhadap dolar Amerika Serikat naik menjadi hingga Rp 6.500 per satu dolar Amerika Serikat. Bandingkan dengan nilai tukar rupiah saat ini, di masa kepemimpinan SBY-Boediono yang mencapai hampir Rp 10.000 per satu dolar Amerika Serikat.
Habibie yang pernah menjabat sebagai Ketua ICMI (Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia) sejak Desember 1990-2000, oleh sebagian kalangan (sekularis, nasionalis, nasrani dan anti Islam), saat itu dikhawatirkan akan menjadi pintu gerbang masuknya paham negara Islam. Apalagi pada masa-masa sebelum reformasi, ketika Soeharto masih menjadi Presiden dan Habibie masih menjadi murid kepercayaan Soeharto, sejumlah tokoh Islam (politis) berharap Habibie bisa menjadi semacam (nabi) Musa yang menjatuhkan Fir’aun. Namun kenyataanya, Soeharto lengser akibat tekanan rakyat yang sudah tidak lagi bisa menerima segala argumen sang Pandita untuk bertahan di kursi kekusaaan. Bukan karena dijatuhkan oleh ‘Musa’ sang murid kepercayaannya.
Habibie Kurang Waspada
Meski hebat di bidang teknologi terutama pesawat terbang, Habibie justru terlihat agak awam di ranah politik. Begitu juga pemahaman Habibie tentang Islam Pergerakan dan dinamika yang menyertainya, sangatlah jauh dari memadai. Jangankan Habibie, SBY saja boleh jadi sama kurang pahamnya di sektor ini.
Kekurang pahaman itulah yang boleh jadi membuat Habibie kurang waspada terhadap agenda sekelompok orang yang boleh jadi terkesan Islami dan humanis namun belum tentu berpihak kepada umat Islam. Habibie begitu mudah melepaskan tahanan politik (Islam), antara lain Habib Husin Ali Al-Habsyi (Maret 1999) yang pernah bercita-cita menjadi semacam Imam Khomeini di Indonesia.
Juga, menganugerahi penghargaan Bintang Mahaputera Utama kepada Nurcholish Madjid (Agustus 1999) yang selama ini oleh umat Islam diposisikan sebagai penggagas sekularisme yang menyerang akidah umat. Bahkan, Habibie berani meresmikan Al-Zaytun (Agustus 1999) meski ia kurang mendapat pasokan informasi memadai tentang lembaga pendidikan yang menjadi kedok gerakan NII KW9 yang sesat menyesatkan itu.
Pada tanggal 23 Maret 1999, Habibie memberikan grasi kepada Habib Husin Ali Al-Habsyi yang diduga menjadi tokoh utama (bersama Achmad Muladawilah) pada kasus peledakan di gereja Katholik Sasana Budaya dan gedung Seminari Alkitab Asia Tenggara (24 Desember 1984), Malang, Jawa Timur. Juga, kasus peledakan Candi Borobudur (21 Januari 1985), Magelang, Jawa Tengah. Serta, rencana peledakan gagal di Bali (Maret 1985).
Upaya mengajukan grasi sudah dilakukan keluarga Habib Husin Ali Al-Habsyi melalui istrinya (Alwiyah) serta Ibu dan adik-adiknya, sejak tanggal 03 Oktober 1994. Saat itu Habib Husin Ali Al-Habsyi masih mendekam di LP Kelas I Malang, Jawa Timur, untuk menjalani hukuman pidana seumur hidup. Namun hingga Soeharto lengser, permohonan grasi itu tak mendapat jawaban kongkrit.
Habib Husin Ali Al-Habsyi kelahiran Ambon, pada tanggal 28 Januari 1953 ini, mendapat putusan pengadilan dengan vonis pidana seumur hidup pada 31 Januari 1991. Permohonan grasi yang diajukan keluarganya tidak berjawab, karena berdasarkan tuduhan jaksa penuntut umum di persidangan banyak cercaan Habib Husin Ali Al-Habsyi kepada Presiden Soeharto dan keluarganya.
Misalnya, sekitar April 1984, di rumahnya, Habib Husin Ali Al-Habsyi pernah mengatakan bahwa “Presiden Soeharto pada tahun 1970 ditunjuk oleh Dewan Gereja se Dunia sebagai pimpinan kristenisasi di Indonesia…” Selain itu, Habib Husin Ali Al-Habsyi menuduh anggota keluarga Soeharto terlibat penyelundupan mobil mewah dan penjualan narkoba.
Ketika Habib Husin Ali Al-Habsyi baru beberapa tahun mendekam di penjara, sang “mujahid” ini kemudian meminta ampun (grasi) kepada Presiden Soeharto melalui surat permohonan yang ditandatangani istrinya (Alwiyah), ibunya (Muznah binti Syekh Abu Bakar), serta adik-adiknya (Alwi, Muhdar, Abdul Farouq, Abdul Kadir, Salsabil dan Muhammad Ali Al-Habsyi).
Permohonan grasi itu boleh jadi mengundang penafsiran sebagian orang, bahwa tuduhan Habib Husin Ali Al-Habsyi kepada Presiden Soeharto dan keluarganya kala itu adalah tidak benar. Ironisnya, permohonan grasi itu tidak digubris. Barulah ketika Habibie didorong-dorong jadi Presiden, permohonan grasi Habib Husin Ali Al-Habsyi dikabulkan (23 Maret 1999).
Fakta di atas dapatlah dikatakan sebagai salah satu contoh ketidakwaspadaan Habibie. Masih di tahun yang sama, persisnya pada tanggal 14 Agustus 1999, Habibie presiden kala itu menganugerahkan bintang mahaputera di Istana Negara kepada 103 orang, yang terdiri dari pejabat (semua anggota Kabinet Pembangunan Reformasi, ketiga kepala staf TNI dan Kapolri dan sebagainya), mantan pejabat dan tokoh masyarakat.
Nurcholish Madjid yang selama ini dikenal sebagai Bapak Sekularisme Indonesia, yang menjajakan kesesatan berfikir ala Islam Liberal bahkan new-left, termasuk yang mendapat anugerah Bintang Mahaputera Utama, bersama-sama dengan Adnand Buyung Nasution, Jacob Tobing dan Jenderal Purn. Rudini (mantan KASAD yang juga pendukung LDII alias Islam Jama’ah). LDII alias Islam Jama’ah adalah salah satu aliran sesat yang sampai kini masih eksis dan merugikan umat Islam Indonesia dengan segala praktik penipuannya.
Karena mengantongi Bintang Maha Putera Utama, sosok Nurcholish Madjid akhirnya berhak dikebumikan di Taman Makam Pahlawan, Kalibata, Jakarta Selatan. Hal ini memberi semacam energi dan justifikasi bagi pengusung kesesatan berfikir ala Islam Liberal untuk terus mengusung gagasan dan upaya mereka yang selama ini dinilai merusak Islam dari dalam.
Sekitar dua pekan kemudian, tepatnya pada tanggal 27 Agustus 1999, Habibie meresmikan Ma’had Al-Zaytun di Indramayu, Jawa Barat. Ketika itu Habibie sama sekali tidak tahu bahwa Al-Zaytun adalah bagian permukaan dari gerakan NII KW9 yang sesat menyesatkan dan mempraktikan aneka penipuan berkedok doktrin agama (Islam).
Belakangan, di tahun 2011, ketika marak kasus cuci otak untuk mengumpulkan dana yang disinyalir dilakukan NII KW9 yang bermuara ke Al-Zaytun, Habibie merasa menyesal telah meresmikan Al-Zaytun. Kepada detik.com edisi 10 Mei 2011 Habibie mengatakan, “…Kalau tahu, bukan hanya saya datang. Tapi saya larang…”
Menurut penuturan Jimly Asshidiqqie (mantan Ketua Mahkamah Konstitusi), saat meresmikan Al-Zaytun kala itu, Habibie sempat bertanya kepada AS Panji Gumilang soal dana pembangunan Al-Zaytun yang begitu megah. AS Panji Gumilang menjawab, bahwa sumber dananya berasal dari program penggemukan sapi.
Usai meresmikan Al-Zaytun, di perjalanan Habibie menggerutu karena merasa telah dibohongi oleh AS Panji Gumilang: “… Kalau bangunan semegah itu hanya dari bisnis penggemukan sapi itu tidak masuk akal…”
Begitulah. Bukan hanya Habibie yang dibohongi AS Panji Gumilang, tetapi juga umat Islam Indonesia, terutama keluarga korban kesesatan NII KW9 Al-Zaytun.
Habibie dan Terorisme
Kini, Habibie seperti masuk gelanggang kembali. Namun, yang diurusnya bukan teknologi atau pesawat terbang, tetapi terorisme. Sejak kapan Habibie paham soal terorisme?
Setidaknya, sebagaimana diberitakan media massa, pada tanggal 16 Maret 2012 lalu, Habibie menjadi keynote speaker pada pembukaan seminar internasional bertema Peran Ulama Pesantren dalam Mengatasi Terorisme Global. Seminar tersebut diselenggarakan oleh Pengurus Besar Nahdlatul Ulama (PBNU) bekerja sama dengan Republik Federal Jerman.
Selain Habibie, yang juga menjadi keynote speaker adalah Said Agil Siradj (Ketua Umum PBNU), dan Norbert Baas (Duta Besar Jerman untuk Indonesia). Sedangkan Helmy Faishal Zaini (Menteri Pembangunan Daerah Tertinggal), urung hadir. Pembicara pada seminar internasional ini adalah Nasir Abbas (mantan anggota Jamaah Islamiyah), dan Ansyaad Mbai (Ketua Badan Nasional Penanggulangan Terorisme).
Pembukaan seminar internasional tersebut berlangsung di Pondok Pesantren Kempek, Yayasan Kyai Haji Said Siradj, Kabupaten Cirebon. Sedangkan seminarnya sendiri berlangsung di Hotel Apita Green, Jalan Tuparev, Kabupaten Cirebon, hingga Ahad 18 Maret 2012. Pesertanya, perwakilan PCNU se Pulau Jawa, Madura, Bali, dan Sumatera Selatan.
Barangkali kegiatan tersebut merupakan satu-satunya seminar internasional yang pesertanya sebagian besar (atau hampir seluruhnya) orang NU doang. Masyarakat semula berfikir, seminar internasional yang digagas PBNU akan dihadiri oleh sejumlah peserta dari berbagai negara di dunia, minimal negara Islam. Ternyata, pesertanya dari Pimpinan Cabang NU doang.
Di Jakarta, kegiatan seperti itu biasanya dinamakan seminar sehari atau seminar saja tanpa embel-embel. Tapi ketika hal yang sama diselenggarakan di Cirebon, namanya menjadi seminar internasional. Padahal, narasumbernya juga sama: Nasir Abbas (mantan JI) dan Ansyaad Mbai (BNPT). Benar-benar lucu.
Apa kaitan Habibie dengan terorisme? Mungkin keterkaitannya terletak pada dana yang dikucurkan dari Jerman. Atau bisa jadi ada hal lain. Misalnya, karena semasa Habibie jadi Presiden ia membebaskan sejumlah besar tahanan politik, dan diantara para tahanan politik itu ada yang terlibat aksi terorisme akhir-akhir ini? Wallahu a’lam.  Yang jelas, Habibie akan lebih dihormati bila ia berkonsentrasi pada urusan teknologi dan pesawat terbang ketimbang terorisme. Waspadalah ya Habibie…
(nahimunkar.com)

China bimbang roket sekutu


Rabu 28 Mac 2012,5 Jamadil Awal 1433H.

OBAMA (kiri) menyambut ketibaan Hu sebelum memulakan mesyuarat dua hala di Seoul, Korea Selatan, semalam.
Obama rayu Beijing lebih tegas halang Pyongyang teruskan program nuklear

SEOUL: China meluahkan kebimbangan serius kepada sekutunya, Korea Utara, mengenai pelancaran roket yang dirancang, kata pegawai Amerika Syarikat semalam selepas rundingan antara Presiden Barack Obama dan Presiden Hu Jintao.

Kedua-dua pemimpin itu bertemu sehari selepas Obama merayu supaya Beijing lebih tegas terhadap Pyongyang.

Beberapa negara mengkritik keras pelancaran yang dijadualkan pertengahan April ini tetapi Korea Utara menegaskan ia cuma mahu meletakkan satelit ke orbit.
Namun pembangkang berkata ia akan menguji teknologi peluru berpandu yang boleh membawa peledak.

China, satu-satunya sekutu kuat Korea Utara, rakan dagang terbesarnya serta pemberi sumbangan, dilihat sebagai antara segelintir negara yang boleh mempengaruhi rejim itu.

“Kedua-dua pemimpin bersetuju bekerjasama dalam memberi tindak balas kepada provokasi ini dan meluahkan kebimbangan serius kami kepada Korea Utara dan jika perlu, mempertimbangkan langkah yang perlu diambil berikutan pelancaran satelit itu,” kata Timbalan Penasihat Keselamatan Negara Amerika, Ben Rhodes.

Menyedari pengaruh China, Obama berkata, Rhodes berasa penting untuk bekerjasama dengan China dan untuk China memberikan mesej tegas kepada Korea Utara.
“China menegaskan kepada kami pihaknya memandang serius perkara ini dan menyatakan kebimbangan mereka kepada Korea Utara,” katanya kepada wartawan.

Beijing akan bekerjasama aktif dengan Washington dan enam pihak lain untuk menunjukkan dengan jelas kepada Korea Utara mengenai kebimbangan masyarakat antarabangsa jika mereka meneruskan tindakan provokasi itu.

Forum enam pihak yang kini tergantung, dianggotai Korea Selatan dan Korea Utara, Russia, China, Amerika dan Jepun, cuba sejak tahun 2003 untuk berunding bagi menamatkan program senjata nuklear Pyongyang.

Obama dan Hu bertemu sebelum bermulanya persidangan keganasan nuklear di Korea Selatan yang dibayangi pelancaran itu dan cubaan Iran membina senjata nuklear.

“China tidak boleh lagi membiarkan provokasi sengaja itu, ia juga sekadar kata-kata provokatif tetapi tindakan provokatif luar biasa yang mencabul norma antarabangsa,” katanya. – AFP

Subhanallah, Inilah Mukjizat Alquran tentang Penciptaan Berpasangan

Rabu 28 Mac 2012 

Subhanallah, Inilah Mukjizat Alquran tentang Penciptaan Berpasangan
REPUBLIKA.CO.ID, Ilmuwan Inggeris, Paul Dirac, mencari fakta bahawa materi diciptakan secara berpasangan. Berkat penemuannya itu, ia dianugerahi Hadiah Nobel dalam bidang fizik pada tahun 1933.

Penemuan yang dikenali sebagai "parité" itu menyatakan bahawa materi berpasangan dengan lawan jenisnya: anti-bahan. Anti-bahan memiliki sifat-sifat yang bertentangan dengan materi. Misalnya, berbeza dengan materi, elektron anti-bahan bercas positif, dan protonnya bermuatan negatif. Fakta ini dinyatakan dalam sebuah sumber ilmiah seperti berikut:

"... Setiap zarah mempunyai anti-zarah dengan muatan yang berlawanan dan hubungan ketidakpastian mengatakan kepada kita bahawa penciptaan berpasangan dan pemusnahan berpasangan terjadi di dalam vakum di setiap saat, di setiap tempat."

Fakta ilmiah ini telah diungkapkan Al-Quran sejak abad ke-7 M. Simak surah Ya Sin [36] ayat 36: "Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang mereka tidak ketahui." (QS 36:36)

Menurut Harun Yahya, meskipun gagasan tentang "pasangan" umumnya bermakna laki-laki dan perempuan, atau jantan dan betina, ungkapan "maupun dari apa yang mereka tidak ketahui" dalam ayat di atas mempunyai liputan yang lebih luas. Kini, liputan makna lain dari ayat tersebut telah terungkap.

Subhanallah, sungguh Maha Benar Firman Allah SWT.

Sila lihat video di bawah ini
 
 
Sumber

Sistem kereta kabel bawa jemaah kunjungi gua Hira’

4 Jamadil Awal 1433H

.
MAKKAH: Institut Penyelidikan Haji dan Umrah di Universiti Umm al-Qura menyiapkan kajian untuk memperkenal sistem kereta kabel bagi membawa jemaah ke gua bersejarah Hira’ dan al-Thawr di Makkah.

Dekan institut, Abdul Aziz Saroji berkata, rancangan itu bertujuan memberi kemudahan kepada jemaah haji dan umrah, selain pengunjung ke bandar raya suci itu yang ingin melawat gua yang terletak di atas Jabal Nur dan al-Thawr.

Terdapat laluan 12 kereta kabel yang akan menghubungkan kawasan lembah ke gua di atas bukit itu. Abdul Aziz berkata, institut itu menjalankan penyelidikan ekoran permintaan jabatan bertanggungjawab yang mendapati lawatan sedia ada ke tempat itu masa kini sangat berisiko dari segi keselamatan.

Pengarah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan universiti berkenaan, Adnan Qutb berkata, projek dirancang itu dijangka dilaksanakan dalam tempoh dua tahun. Menara dan tiang akan dibina mengikut paras ketinggian atas bukit itu, lapor akhbar al-Madinah, semalam. - AN

Isnin, 26 Mac 2012

10 negara mempunyai jumlah tentera paling ramai di dunia

Selas 27 Mac 2012
Oleh: HALIMISLAM

"Tentera adalah salah satu pertahanan terpenting dalam sesebuah negara, kerana tentera adalah penjaga kedaulatan serta penjaga wilayah dalam negara. Tentera juga memainkan peranan penting terhadap keselamatan negara, maka tak hairanlah jika negara-negara di dunia berlumba-lumba untuk mendidik banyak tentera, kerana makin banyak tentera, maka makin dalam pula kedaulatan dan ketenteraman negara tersebut

Berikut ini saya senaraikan negara-negara dengan jumlah tentera terbanyak di dunia:


1. China

2. Amerika Syarikat 

3. India
 
4. Korea Utara

5. Rusia
 Sumber:halimislam