Ahad, 4 Mac 2012

Venue AFC Beralih Ke SNBJ

Isnin 5 Mac 2012

PERLAWANAN Kelantan menentang Navibank Saigon (Vietnam) dalam saingan Piala Konfederasi Asia (AFC) yang dijadualkan pada 7 Mac depan di Stadium Sultan Muhammad IV, terpaksa diubah ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Pengurus pasukan, Azman Ibrahim berkata, pertukaran venue itu berikutan beberapa kemudahan di stadium berkenaan seperti bilik rawatan dan tempat media masih dalam proses baik pulih.
“Sepatutnya kerja baik pulih perlu disiapkan dalam tempoh seminggu sebelum perlawanan seperti mana yang ditetapkan AFC. Tetapi disebabkan sudah melebihi tempoh mereka masih beri ke­longgaran bermain di laman sendiri, cuma lokasi sahaja berubah iaitu di Kuala Lumpur.
“Setakat ini proses baik pulih sudah hampir siap sepenuhnya, mungkin untuk perlawanan seterusnya (menentang Arema Indonesia pada 4 April) boleh dilaksanakan di Kelantan,” katanya.
Mengulas mengenai denda RM16,000 yang dikenakan kepada mana-mana pasukan sekiranya terdapat penyokong yang membaling objek mahupun mercun semasa perlawanan, Azman berkata, kawalan keselamatan di pintu stadium akan diperketatkan.
“Saya memohon kerjasama penonton lebih berdisiplin dan mengawal emosi daripada berlakunya tindakan tidak sepatutnya sehingga menjejaskan imej pasukan dan Malaysia,” katanya.

Sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan