Ahad, 4 Mac 2012




  • Dua negara kecil yang berjiran dengan Malaysia, Singapura dan Brunei telah dinobatkan oleh majalah Forbes yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) sebagai salah sebuah negara terkaya antara 15 buah negara di dunia.

    Senarai itu dibuat berdasarkan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berpandukan kuasa membeli di kalangan rakyat di 182 buah negara di dunia.

    Singapura menjadi negara ketiga terkaya di dunia dengan KDNK sebanyak AS$56,694 manakala Brunei di tempat kelima dengan KDNK sebanyak AS$48,333.

    Walaupun kecil, Singapura yang dikatakan tiada sumber kekayaan seperti jirannya Malaysia dan Brunei yang mempunyai hasil petroleum, namun pentadbirannya berjaya meletakkan negara itu di peta dunia sebagai pusat teknologi, pembuatan dan kewangan yang menjadi sumber KDNK mereka.

    Qatar disenaraikan sebagai negara paling kaya di dunia dengan Keluaran Dalam Negara Kasar berjumlah AS$88,222.

    Berikut adalah senarai 15 negara terkaya di dunia:

    1. Qatar (AS$88,222)
    2. Luxembourg (AS$81,466)
    3. Singapura (AS$56,694)
    4. Norway (AS$51,959)
    5. Brunei (AS$48,333)
    6. Emeriah Arab Bersatu (UAE) (AS$47,439)
    7. Amerika Syarikat (AS$46,860)
    8. Hong Kong (AS$45,944)
    9. Switzerland (AS$41,950)
    10. Belanda (AS$40,973)
    11. Australia (AS$39,764)
    12. Austria (AS$39,761)
    13. Ireland (AS$39,492)
    14. Kanada (AS$39,171)
    15. Kuwait (AS$38,775)

    Sumber:warkahdaily

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan