Rabu, 21 Mac 2012

Ken Livingstone bersumpah akan jadikan London sebagai pusat bandar Islam
 
Rabu 21 Mac 2012


"Datuk Bandar London dari Parti Buruh, Ken Livingstone, bersumpah untuk mengubah bandar London menjadi sebuah pusat bandar Islam dan mendidik rakyat London tentang keyakinan Islam.

"Langkah ini akan membantu bandar kami sebagai ciri dan standard yang menunjukkan erti dari kata-kata bijak Nabi Muhammad," kata Livingstone dalam ucapannya di Masjid Finsbury Park yang dipetik daripada The Daily Telegraph pada Isnin, 19/03/2012 lalu.

Livingstone juga berjanji untuk "mendidik warga London" tentang Islam.

Kenyataan Livingstone dilakukan di depan jamaah solat Jumaat di Masjid London Tengah Utara, atau yang juga dikenali sebagai Masjid Finsbury Park, yang dikendalikan oleh Persatuan Muslim Britain.

Livingstone, salah satu ahli politik Britain yang menyinar dan popular. Ia terpilih menjadi Datuk Bandar London pada tahun 2000 dan kemudian terpilih kembali pada tahun 2004.

Sumber: Halimislam Online! "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan