Ahad, 5 Jun 2011

Tanda-tanda Kiamat kelihatan di Masjidil Haram

"Belum akan datang kiamat sehingga manusia berlumba-lumba dengan bangunan-bangunan yang megah. " (HR. Bukhari)


Liputan Lengkap Dari Masjidil Haram

Assalamualaikum, sahabat yang dicintai Allah. Ana (saya) mempunyai sajian yang mengejutkan Insya Allah akan menghangatkan jiwa kita.

Sebelumnya, izinkan ana membawa antum bertamasya di utopia dunia khayal tingkat tinggi yang satu persatu telah terbukti ini, di sisi lain menakjubkan dan di sisi lain menakutkan. Bagi orang beriman tentunya ini adalah hal yang sangat menggetarkan hati dan akan menambah keimanan dan rasa takut dan tunduk terhadap Allah Subhanahuwwatala. Akhukum fillah, tentunya Masjidil Haram tidak asing buat kita.

Di sanalah lembah peradaban Islam bersinar ke seluruh bumi Allah ini. Lembah terjaga yang insya Allah akan terjamin keamanannya hingga akhir zaman. Di sana ada Baitullah yang menjadi kiblat umat Islam sejagat, ke arah lembah inilah setiap saat wajah wajah mukminin mukminat terarah, menghadapkan wajahnya kepada simbol rumah Allah, Baitullah.

Lembah ini tak pernah sepi dikunjungi jutaan manusia dari berbagai penjuru dunia, tak heran, banyak yang ketagihan dan merasakan rindu yang mendalam ketika sudah merasai nikmatnya solat di Masjidil Haram tepat di hadapan Baitullah.

Namun ikhwahfillah, ada yang berbeza di Masjidil Haram ketika ini. Mungkin kebanyakan orang fenomena itu biasa saja melihat banyak perubahan di sekitar Masjidil Haram. Mungkin juga mereka tersenyum terkagum melihat gedung-gedung mewah yang berdiri kukuh di samping Masjidil Haram ketika ini.



(Di atas ini adalah beberapa foto yang sempat ana ambil dalam kunjungan pertama ana ke Baitullah)


(Gedung terlihat belum sempurna, dipuncak sana terlihat sebuah jam raksasa yang baru setengah selesai)


(Abraj Al Bait || The Royal Clock Tower Mecca)


Mengagumkan, tapi selama melihat photo hati ana terus berbisik, siapakah gerangannya idea gedung-gedung ini? dan kenapa harus di halaman Masjid suci ini?


(Abraj Al Bait || The Royal Clock Tower Mecca dan Salah satu Tower [Gerbang] Masjidil Haram)


(Dilihat di depan Masjidil Haram dan Abraj Al Bait di sisinya)

Mengagumkan!


Menurut beberapa sumber, gedung yang dibangun di halaman Masjidil Haram dikenal dengan sebutan “Mecca Royal Clock Hotel Tower” yang berketinggian lebih dari 601 meter!


(Mecca Royal Clock Hotel Tower, 601 Meter)


Ketinggiannya hanya selisih 200 meter dari gedung tertinggi dunia ketika ini, yaitu Al Burj Khalifa Dubai (lihat foto di bawah).


Burj Khalifa, merupakan gedung tertinggi di dunia (828 meter) yang telah dirasmikan Januari 2010 lalu, bangunan ini memecahkan rekod gedung tertinggi sebelumnya iaitu CN Tower dengan ketinggian 553 meter.


Perhatikan bangunan yang dibina di pinggir Al Haram ini lebarnya luar biasa. Bandingkan saja dengan bangunan lain, Albraj Albait atau The Royal Clock Tower Meca ini memiliki keluasan 1,500,000 (1 juta) meter persegi. Antum boleh bayangkan berapa banyak bangunan di sana yang dibina dan berapa tanah bukit sebelah Masjid Al Haram yang dibongkar?



Ana ingin menangis, melihat bumi Allah dirosakkan dengan mesin-mesin raksasa itu. Debu-debu berterbangan di sekitar Masjid Haram. Masya Allah. Maklumat dari aktiviti yang ana lihat, mungkin bukit di sekeliling masjid di lembah itu akan diratakan.

Jika sudah rata, bukankah lembah suci yang terjaga sejak zaman Nabiyullah Ibrahim as.itu tidak ada lagi dan berubah menjadi taman kota dengan gedung pencakar langit?

Siapa penghuni apartmen mewah itu nanti? Siapa? Adakah ini dijadikan lahan perniagaan atau kepentingan politik. ALLAHUAKBAR!


(Poster Rencana Perombakan Masjidil Haram)



Cuba Perhatikan, di antara tower-tower yang dirancang itu ada beberapa yang sudah dibina, di antaranya ialah Mandarin dan The Royal Clock Tower yang kita bahas di atas, jika kita amati di atas ada dua tower raksasa yang Mirip dengan Twin Tower Petronas di Malaysia. Itu adalah gerbang masuk kompleks Masjid ini nanti.

Boleh dilihat tidak ada tanda-tanda bukit di sana bukan? Padahal jalan yang melewati dua tower itu sebelumnya membelah dua bukit. Ketika ana mengambil foto ini, di sana baru terlihat ada aktiviti pembangunan tower sebelah kiri. Dan di sebelah kanan masih berupa bukit batu yang sedang dihancurkan.

Sebelumnya ana mengira itu pembangunan sebuah kompleks pejabat atau supermarket super besar. Ana sendiri berasa hairan, bangunan ini berbeza jauh dari Masjid, dan baru sedar ia adalah gerbang utama untuk kompleks bandar nanti.

Tanda Apakah Ini?

Padahal itu Tanah Haram. Menakutkan. Adakah manusia mula berani merosakkan tanah Haram ini? Atau peminpin negeri-negeri Islam ini juga ikut serta dalam perlumbaan pembangunan gedung-gedung pencakar langit dengan negara-negara 'kaya' lain?

Cuba perhatikan fakta perlumbaan gedung-gedung pencakar langit di dunia yang hampir setiap tahun saling bersaing, di grafik berikut:


Perhatikan Gedung Tertinggi di atas, itu adalah Miles Tower bangunan yang akan mengalahkan Al Burj Dubai. Arab Saudi dengan kekayaanya merancang membina bangunan ini di Jeddah. Lagi, ini bakal menjadi gedung tertinggi di dunia dengan ketinggian 1600 Meter! (1.5 Kilometer Menjulang kelangit).



Ini Tidak Mengejutkan?

Ternyata Miles Tower ini pun sudah ada pesaingnya dengan ketinggian 3200 Meter atau 3 kilometer menjulang ke langit).


The Ultima Tower!



Bangunan yang membentuk bandar pencakar langit yang direka Architecture America-Eugene Tsui 1991 - ini disasarkan akan menelan kos $ 150,000,000,000 Dolar Amerika. Bangunan yang berbentuk kota berfasiliti lengkap ini boleh menampung penduduk sehingga satu juta orang dengan keluasan keseluruhan 140 Juta Meter Persegi. Tentu saja Designer telah merancang segalanya termasuk Kemudahan Lif canggih sehingga boleh mencapai tingkat tertinggi bangunan ini (diketinggian 3200 meter) hanya memerlukan masa 9 minutes and 40 saat. (Lihat: tdrinc.com / ultima.html)

Betapa canggihnya!

Jadi perlukah kita kagum? Atau mungkinkah rancangan itu akan berlaku? Tidakkah keserakahan manusia-manusia ini adalah tanda-tanda kiamat yang nyata? Allahhurobbuna Kariim.

Saya tersentak beberapa kali, ketika kemudian membaca kembali Hadith yang diriwayatkan Umar Radiyallahu Anhu yang menceritakan ketika Nabi Muhammad salallahualaihi Wassalam, didatangi malaikat Jibril Alaihissalam di depan Umar dan para sahabat. Saat itu Allah Tabarokawataala menguji Rasulullah saw dengan beberapa soalan yang disampaikan malaikat Jibril yang menjelma sebagai manusia:

Pada suatu hari kami (Umar Ra dan para sahabat Ra) duduk-duduk bersama Rasulullah saw. Lalu muncul di hadapan kami seorang yang berpakaian putih.Rambutnya hitam sekali dan tidak tampak tanda-tanda perjalanan. Tidak seorangpun dari kami yang mengenalnya. Dia langsung duduk menghadap Rasulullah saw. Kedua-dua kakinya menghempit kedua kaki Rasulullah, dari kedua-dua telapak tangannya diletakkan di atas paha Rasulullah saw, seraya berkata, "Ya Muhammad, beritahu aku tentang Islam." Lalu Rasulullah saw menjawab, "Islam ialah bersyahadat bahawa tidak ada tuhan kecuali Allah dan Muhammad Rasulullah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan, dan mengerjakan haji apabila mampu."

Kemudian dia bertanya lagi, "Kini beritahu aku tentang iman." Rasulullah saw menjawab, "Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari akhir dan beriman kepada Qodar baik dan buruknya." Orang itu lantas berkata, "Benar. Kini beritahu aku tentang ihsan." Rasulullah berkata, "Beribadah kepada Allah seolah-olah anda melihat-Nya walaupun anda tidak melihat-Nya, kerana sesungguhnya Allah melihat anda." Dia bertanya lagi, "Beritahu aku tentang Assa'ah (azab kiamat)." Rasulullah menjawab, "Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya." Kemudian dia bertanya lagi, "Beritahu aku tentang tanda-tandanya." Rasulullah menjawab, "Seorang budak wanita melahirkan nyonya besarnya. Orang-orang tanpa sandal, setengah telanjang, melarat dan penggembala unta masing-masing berlumba membina bangunan-bangunan bertingkat."

Kemudian orang itu pergi menghilang dari pandangan mata. Lalu Rasulullah Saw bertanya kepada Umar, "Wahai Umar, tahukah kamu siapa orang yang bertanya tadi?" Lalu aku (Umar) menjawab, "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui."Rasulullah Saw lantas berkata, "Itulah Jibril datang untuk mengajarkan agama kepada kamu." (HR. Muslim)

"BERLUMBA LUMBA MEMBANGUN GEDUNG BERTINGKAT" itulah salah satu tanda-tanda kiamat yang dikatakan Rasulullah Muhammad Salallahu alaihi wassalam dalam Hadis tersebut.

Mungkin akhukum fillah, sudah lama mendengar kisah hadis yang menjadikan rujukan tentang Islam-Iman-Ihsan ini. Tapi yang kita gariskan disini adalah bahawa di sana tersirat jelas Rasul Salallohualaihi wassalam mengkhabarkan kepada sahabat bahawa nanti sebelum kiamat terjadi, manusia akan berlumba-lumba membina bangunan bertingkat tingkat. Mungkin saat Itu para sahabat kebingungan kerana ketika itu Saudi Arabia adalah gurun tandus dan memang belum ada bandar bandar gemerlapan seperti ketika ini?

Dan ketika ini. Naudzubillahimindalik, gedung-gedung angkuh itu telah mendesak pekarangan Masjidil Haram. Dan bukit bukit di sekitar lembah di mana Nabi Ibrahim as.dan puteranya mendirikan tonggak-tonggak Baitullah itu sekarang dihancurkan dan diganti dengan bangunan-bangunan komersial serakah.


(Gambar diambil dari Royal Clock Tower)


Masya Allah, ana benar-benar merasa sedih ketika mendaki Jabal Nur keesokan harinya. Gedung ini memang begitu besar dan megah! Hingga kemegahannya seakan inngin menanam Masjidil Haram. Antum boleh perhatikan sendiri imej yang ana ambil dari dari puncak tertinggi Makkah di Jabal Al Noor (Gua Hira).


Lihat lebih dekat lagi (foto di bawah), Masjidil Haram hanya terlihat tower-tower kecil di bawah gedung Royal Clock Tower itu.


kita lihat gedung ini dari Masjidil Haram.


Foto ini diambil dari tingkat 2 Masjidil Haram. Lihat gedung raksasa hijau sebelah kiri. Dan inilah yang akan terlihat beberapa bulan akan datang setelah bangunan ini selesai!


Jam raksasa yang ketika artikal ini ditulis (September 2010) itu sudah selesai dibina (berukuran lebih kurang 40 meter) sudah dipaparkan ke seluruh dunia oleh Chanel TV MBC setiap kali azan tiba secara live dari Masjidil Haram.



Siapa yang memungkiri keindahan dan kemegahannya? Ana sendiri terkagum-kagum, ternyata pengembala unta ini sekarang sudah 'pintar' dan persis seperti yang dikhabarkan Rasul saw berabad-abad lalu berlumba-lumba membina bangunan megah.

Satu lagi Akhifillah, tentunya ana sangat tidak berhak untuk mengutuk Raja Arab Saudi yang membenarkan pembangunan apartmen dan hotel mewah di laman Masjidil Haram itu, mungkin beliau tengah merancang sesuatu. Misalnya saja untuk memudahkan jamaah Haji yang jumlahnya berjuta-juta yang berulang alik ke Masjidil Haram.


(Hotel Mandarin Dar Et Tawhid, Depan Masjidil Haram)


Persis di halaman depan gerbang utama (Pintu Masuk No. 72) Masjidil Haram berdiri sebuah hotel mewah bernama "Mandarin Dar Et Tawhid Makkah" sebuah hotel bintang 5 yang berlogo IHG (Mandarin Hotel Group), sebuah Rantai Hotel milik Amerika.

Sangat Menghairankan?

Tidakkah mereka mendengar firman Allah dalam Al-Quran bahawa Tanah Haram ini adalah untuk semua manusia di bumi, bukan untuk perniagaan?

"Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalang manusia di jalan Allah dan Masjidil Haram yang telah Kami jadikan untuk semua manusia, baik yang bermukim di situ mahupun di padang pasir dan siapa yang bermaksud di dalamnya melakukan kejahatan secara zalim, nescaya akan Kami rasakan kepadanya sebahagian azab yang pedih. "(QS. Al-Hajj [22]: 25)

Demikian liputan ana dari Makkah Al-Mukaramah, Saudi Arabia. Semoga menjadi maklumat berharga dan renungan untuk kita semua. (diterjemah dari sayaberitahublogspot)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan