Sabtu, 20 Ogos 2011


20 August 2011

Lailatul Qadar

“Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Al-Qadar, ayat 3)

Dari Aisyah Radiallahuanha, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan". (HR Bukhari)

Aisyah Radiallahuanha mengatakan, “Rasulullah s.a.w. beriktikaf (duduk di dalam masjid) pada sepuluh hari yang terakhir pada bulan ramadhan”. (HR Bukhari)

Aisyah Radiallahuanha mengatakan, “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (HR Bukhari dan Muslim)

"Sesiapa berdiri (solat) pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim).

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar matahari kelihatan lemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat al-Bazzar)

Daripada Aisyah r.a., katanya: "Saya berkata: "Ya Rasulullah, jikalau saya mengetahui bila lailatul-qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan pada malam itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Ucapkanah: "Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku). (HR Termidzi)

Hikmah Allah menyembunyikan pengetahuan tentang bila terjadinya lailatul qadar di antaranya adalah agar terbeza antara orang yang sungguh-sungguh untuk mencari malam tersebut dengan orang yang malas.

Israel-Palestin saling menyerang

20 Ramadhan 1432H. [MOD] -

TENTERA Israel membedil sebuah terowong penyeludupan di Rafah, selatan Genting Gaza semalam.

BAITULMUQADDIS - Para pejuang Palestin semalam melancarkan satu siri serangan roket ke arah Israel semalam.

Jet-ket tentera Israel turut melancarkan serangan di beberapa wilayah di Palestin.

Kelmarin, sekumpulan lelaki bersenjata menyerang hendap beberapa buah kenderaan di sebatang jalan raya di selatan Israel.

Dalam kejadian itu, seramai lapan orang terbunuh iaitu enam orang awam dan dua lagi anggota pasukan keselamatan Israel.

Pihak Israel kemudian melancarkan serangan balas menerusi serangan udara yang menyebabkan lima orang palestin maut.

Lima orang itu merupakan anggota Jawatankuasa Penentangan Popular.

Seorang pemimpin kumpulan itu turut terbunuh.

Semalam, para pejuang Gaza melancarkan 10 serangan roket ke Israel dengan salah satu serangan itu ialah bandar Ashkelon.

Namun salah satu serangan roket itu berjaya dipintas menerusi sistem antipeluru berpandu Israel yang baharu.

Satu lagi serangan roket pejuang Gaza menyebabkan enam penduduk Israel mati di pelabuhan Ashdod. - Agensi

Jumaat, 19 Ogos 2011

Tareq Aziz meminta dipercepatkan hukuman mati

Khamis, Ogos 19, 2011
Bekas Timbalan Perdana Menteri Iraq Tareq Aziz meminta Perdana Menteri Nuri al-Maliki mempercepatkan hukuman mati terhadap dirinya kerana masaalah kesihatannya yang semakin serius.

Walaupun beliau dilayan dengan baik didalam penjara, tetapi kesihatan yg banyak membataskan nya. Beliau turut mengidapi kencing manis, darah tinggi, gangguan jantung dan masaalah prostate, kata peguam nya Badie Aref kelmarin 17/8.

"Keadaan kesihatannya sangat buruk dan ia meminta saya menyampaikan mesej kepada Maliki agar cepat dilaksanakan," tambah nya lagi.

"Ia (Treq Aziz) berkata, ini adalah kehendanya sekarang ... Ia meminta hal tersebut kerana kesihatannya yang membahayakan. Dan banyak menderita," ujarnya.

Tareq Aziz, yg beragama Kristian dan orang kepercayaan kepada Presiden Saddam Hussein telah dijatuhi hukuman mati pada Oktober setelah didapati bersalah melakukan pembunuhan dan kejahatan atas kemanusiaan.

Vatican, Kesatuan Eropah, dan beberapa negara Barat meminta Baghdad memberikan pengampunan dan bebaskan Tareq Aziz.

Manakala Presiden Iraq Jalal Talabani, yang bakal mengesahkan perintah hukuman itu sebelum dijalankankan, telah menyatakan tidak akan menandatangani surat perintah itu

- edit teks Kom/AFP

Tarif internet termurah di dunia adalah Hong Kong


Survey terbaru menyatakan bahawa Hong Kong adalah salah satu bandar dengan kadar internet dan telefon termurah di dunia. Sementara Tokyo dan Singapura adalah sebaliknya.

Kajian yang dilakukan oleh lembaga telekomunikasi di Hong Kong mencari fakta bahawa kadar telefon di sana adalah sepersepuluh daripada kadar di Tokyo. Tarif perkhidmatan mobile di Hong Kong juga tujuh kali lebih murah dari Singapura. Demikian seperti yang dikutip dari Mobile and Critics, Selasa (10/5/2011).

Hong Kong adalah bandar termurah dari tujuh kota yang disurvey, termasuk Shanghai, New York, London dan Copenhagen, untuk perkhidmatan mudah alih dan jalur lebar.

Survei tersebut mendapati bahawa harga rata-rata kos telefon adalah sama dengan USD7, 7, berbanding dengan usd17 di Singapura, USD29 di New York, USD51 di Copenhagen, USD51 di London, USD60 di Shanghai dan USD97 di Tokyo.

Untuk perkhidmatan mobile, orang Hong Kong membayar USD7, 70 per bulan, dibandingkan dengan USD16, 20 di London, USD28 di Copenhagen, USD52, 50 di Shanghai, USD54 di New York, USD57 di Singapura dan USD75 di Tokyo.

Sementara untuk perkhidmatan fixed broadband, orang Hong Kong dikenakan bayaran rata-rata USD10, 30 per bulan, dibandingkan dengan USD11, 70 di Tokyo, USD13 di London, USD21 di Copenhagen, USD25 di New York, USD40 di Shanghai dan USD26 di Singapura.

Survey yang dilakukan oleh Strategy Analytics, menyimpulkan bahawa rendahnya kos-kos tersebut disebabkan kerana Hong Kong mempunyai pasaran telekomunikasi yang paling kompetitif di dunia.

Diterjemah dari fiqhislam

Rabu, 17 Ogos 2011

LONDON: Menonton televisyen selama enam jam sehari boleh mengurangkan jangka hayat selama lima tahun.

Kajian yuang dilakukan di Australia dan disiarkan dalam Jurnal Perubatan Sukan di Britain menunjukkan, setiap satu jam masa dihabiskan untuk menonton televisyen selepas usia 25 tahun boleh mengurangkan jangka hayat selama 22 minit.

Menurut seorang daripada penyelidik terbabit, Dr Lennert Veerman dari Universiti Queensland berkata: “Kesan menonton televisyen untuk jangka masa lama adalah sama dengan kesan terhadap merokok dan obesiti.

“Ketika kadar merokok sudah berkurangan, menonton televisyen tidak menunjukkan perkembangan itu. Ia memberi kesan besar terhadap populasi,” katanya.

Tahun lalu, satu kajian yang dilakukan di Australia mendapati tempoh sejam yang dihabiskan untuk menonton televisyen membawa kepada 8 peratus peningkatan terhadap ancaman mati awal.

“Kami menggunakan kajian itu dan menterjemahkannya kepada kesan jangka hayat di Australia berdasarkan berapa lama kita menghabiskan masa menonton televisyen.

Penduduk Australia menghabiskan masa kira-kira dua jam untuk menonton televisyen.

Kesannya, jangka hayat mereka berkurangan 1.8 tahun bagi lelaki dan 1.5 tahun untuk wanita, menurut kajian itu. - Agensi

Pentadbiran negara mesti landas prinsip Islam, kata NGO

August 17, 2011

SHAH ALAM, 17 Ogos — Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari sepakat bahawa pentadbiran negara ini mesti berlandaskan ajaran Islam selain diangkat martabat agama itu agar tidak dipertikai oleh pihak tertentu.

Pemimpin-pemimpin NGO Islam juga berkata masa depan Islam akan tergadai sekiranya kepimpinan negara yang beragama Islam tidak berusaha mempertahankan, memartabatkan dan mendaulatkannya sebagai agama negara.

“Kalau kita lihat masa depan agama Islam sekarang terletak di bawah jagaan orang politik dan ia sangat bahaya ... tindakan orang Islam yang tidak mempertahankan agama sendiri adalah bacul.

“Jika ini adalah sikap yang ditunjukkan oleh orang Islam dalam zaman orang lain sedang menghakis kedaulatan Islam mereka adalah bacul dan tidak rugi jika kita mengambil sedikit langkah mengangkat kembali martabat Islam selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Ahli Lembaga Penyimpan Amanah Dewan Amal Islami (Damai), Mahamad Naser Disa pada seminar Mendaulatkan Islam-Agama Negara di Masjid Negeri di sini.

Tegas beliau, kedudukan agama Islam semakin terhakis berikutan cubaan pihak tertentu termasuk daripada kumpulan Kristian yang cuba menyebarkan agama masing-masing kepada umat Islam.

“Kalau betul ada usaha-usaha untuk memurtadkan umat Islam mengapa kita harus diam, kita perlu bangun menyatakan pendirian kita.

“Tapi bila kita bersuara, dikatakan kita rasis, ini bukan soal rasis atau tidak tapi mana-mana agama tidak boleh disebarkan kepada umat Islam seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Jelas Mahamad Naser, beliau kesal dengan sikap pemerintah yang tidak melaksanakan pentadbiran negara mengikut ajaran Islam.

“Dalam Perlembagaan Persekutuan sudah jelas, agama Islam adalah agama negara dan mana-mana agama lain boleh diamalkan tapi tidak boleh disebarkan.

“Itu masalah yang kita hadapi selama lebih 50 tahun ini, mengapa? Ini kerana di Malaysia Islam terletak di bawah kuasa politik ... Islam duduk di bawah penguatkuasaan politik,” katanya.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar pula berkata, undang-undang negara juga perlu berlandaskan kepada ajaran Islam.

“Semua perkara yang kita lakukan perlu berlandaskan ajaran Islam, berlandaskan al-Quran ... ini yang perlu ditekankan selain Perlembagaan Persekutuan juga.

“Walaupun kita lihat undang-undang itu ada tapi pelaksanaannya itu tiada, sepatutnya semua yang kita lakukan perlu berlandaskan ajaran Islam,” katanya.

Sementara itu Presiden Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) Dr Yusri Mohamad berkata pemerintah perlu mengangkat martabat dan kedudukan agama Islam.

“Ia bukan sahaja diangkat tetapi pemerintah harus mempertahankan, mendaulautkan dan memperkasakan agama Islam seperti yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Selain itu, pemerintahan negara juga perlu berlandaskan kepada ajaran Islam dan dengan itu baru tiada pihak yang mempersoalkan kedudukan agama Islam sebagai agama negara,” katanya.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, kedudukan agama Islam semakin terancam kerana sikap pemimpin Islam yang tidak berusaha mempertahankan agama itu.

“Sikap pemimpin Islam yang bermasalah, mereka tidak pertahankan Islam ... apa yang mereka pentingkan adalah undi itu sahaja.

“Selain itu, kalau kita lihat fahaman liberalisme yang semakin menular dalam masyarakat juga menjadi punca mengapa Islam semakin terancam sedangkan ia adalah agama negara,” katanya.

Gambar-gambar Solat Yang Jarang Kita Lihat......

Oleh : cucutalib

Pelbagai alasan orang tak nak solat – seluar kotor lah (dah tau kotor kenapa pakai?) , tak sempat lah, tak ada masjid/surau dan yang paling menyedihkan apabila kawan tak solat kita pun tak solat kononnya takut dipanggil alim sedangkan solat adalah kewajipan kita.
Peringatan untuk diri sendiri juga anda – tiada alasan untuk ponteng solat. Malaikat di bahu kiri kita tidak pernah jemu mencatatkannya.


Semoga gambar-gambar di bawah memberi sedikit keinsafan kepada kita supaya tidak lalai menunaikan kewajipan kita sebagai seorang hamba.






Dinegara kita susah nak jumpa org solat di tempat2 terbuka...Nak cari masjid @ surau baru boleh solat...