Sabtu, 8 Januari 2011

Kajian isu berkaitan kiamat

Oleh ZUARIDA MOHYIN


SALAH satu tanda orang yang beriman adalah percaya pada hari kiamat. Ini kerana

beriman kepada hari kiamat adalah salah satu daripada rukun iman.

Namun, kira-kira dua tahun lalu, dunia dikejutkan dengan filem bertajuk 2012.

Filem arahan Roland Emmerich itu mengambil idea daripada ramalan kaum Maya yang
mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini atau hari kiamat akan berakhir pada
tahun depan iaitu pada tarikh 21 Disember 2012.

Malah, lama sebelum filem 2012 dihasilkan, dokumentari bertajuk End Day pernah

diterbitkan oleh BBC pada tahun 2004. Dalam dokumentari ini, digambarkan empat
peristiwa besar yang mungkin menyebabkan kiamat;

1) Mega tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi dan juga hentaman asteroid.


2) Munculnya virus pembunuh yang kemudiannya menjadi wabak, sehingga membunuh

jutaan penduduk dunia.

3) Supervolcano (letusan raksaksa gunung berapi) dari dasar Taman Negara

Yellowstone, Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan benua Amerika Utara musnah
sama sekali, dan

4) Kesalahan para saintis berkaitan dengan eksperimen bagi mengubah hukum-hukum

fizik seperti nuklear.

Bezanya antara filem fiksyen 2012 dengan End Day adalah di dalam End Day tidak

menyatakan tarikh kiamat akan berlaku. Manakala, dalam filem '2012' dinyatakan
secara saintifik tarikh kiamat itu.

Sungguhpun ramai mengetahui dan mengakui bahawa filem 2012 itu hanya dongengan,

ramalan bencana besar yang akan berlaku itu amat berbahaya kepada orang yang
belum memiliki iman yang kuat kerana dibimbangi mereka akan terpedaya lantas
mempercayainya. Ini sebenarnya bertentangan dengan akidah Muslim.

Kaum Muslimin sebenarnya memiliki dua pusaka yang besar iaitu al-Quran dan hadis

Nabi Muhammad. Dua teks ini sudah cukup bagi melindungi fahaman umat Islam
daripada pelbagai ramalan mengenai hari kiamat.

Hakikatnya, sebelum penayangan filem 2012 terdapat lebih kurang 26 ramalan

tentang hari kiamat yang disebarkan oleh kumpulan pemuja hari kiamat, ahli
astrologi dan para ilmuwan.

Ramalan-ramalan tidak benar ini telah bermula seawal tahun 1945 hinggalah 2003.

Antaranya;

l Charles, seorang paderi Kristian dari AS meramalkan kiamat iaitu bumi akan

terbakar pada 21 September 1945, pukul 5.33 pagi

l Charles Laugheda, seorang doktor dari AS meramalkan kiamat berupa banjir dan

gempa bumi yang dahsyat akan terjadi pada 20 Disember 1954

l Ada pihak pula pernah meramalkan kiamat akan terjadi pada 14 Julai 1960, pukul

1.45 petang disebabkan oleh ledakan bom bawah tanah milik Amerika. Lucunya,
ekoran ramalan itu ada orang yang menghasilkan perahu.

l Ahli astrologi India pula meramalkan kiamat akan terjadi pada 2 Februari 1962

iaitu antara pukul 12.05 tengah hari hingga 12.15 tengah hari.

Pelbagai contoh ramalan kiamat di atas jelas membuktikan manusia tidak mampu

mengetahui tarikh hari kiamat secara tepat.

Hanya Allah sahaja yang mengetahui saat kiamat datang melanda. Bahkan Nabi

Muhammad SAW sendiri tidak mengetahuinya. Baginda hanya diberitahu tentang
tanda-tanda kiamat sahaja sebagaimana yang akan dikaji menerusi buku terbitan
PTS Islamika Sdn. Bhd. berjudul Armagedon 2012 Bencana Akhir Zaman.

Buku tulisan pensyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia iaitu Wisnu

Sasongko@Muhammad Alexander. Beliau yang kini dalam proses mendapatkan ijazah
doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang Sejarah dan Peradaban telah banyak
menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat.

Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung

(2009) dan Alexander adalah Zulqarnain.

Armageddon: 2012 adalah nukilan hasil kajian berdasarkan fakta-fakta yang

dirujukkan kepada penulisan ilmiah penulis-penulis lampau serta fakta-fakta yang
terdapat di dalam al-Quran dan hadis.

Pendekatan penulis yang meletakkan fakta-fakta mengikut susunan yang yang kemas

serta bukti-bukti yang kukuh, sekali gus menjadikan ia mudah difahami oleh
pembaca daripada pelbagai lapisan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan