Jumaat, 7 Januari 2011

10 Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Otak

Berikut adalah senarai jenis makanan terbaik untuk kesihatan otak anda. Kesmua makanan ini bukan saja lazat dana menyelerakan, malah sangat berkhasiat untuk kesihatan otak anda supaya lebih cerdas, memori sentiasa segar dan mampu mudah mengingat. [sumber : horizontalimage.com]
1. Coklat atau koko
Coklat memang digemari ole semua peringkat umur terutamanya kanak-kanak kerana rasanya yang sangat lazat. Tepung coklat sebenarnya sangat berkhasiat kerana ia mengandungi 'antioxidants' paling bertenaga yang penting untuk membantu meningkatkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak.

2. Ikan
Asid lemak atau dikenali sebagai omega3 yang terkandung dalam ikan amat bermanfaat untuk tubuh. Sebagai contih, omega3 membekalkan banyak oksigen ke otak lalu membolehkan otak anda menyimpan banyak maklumat baru di samping mengekalkan memori lama atau yang sedia ada. Antara jeinis ikan yangbmempunyai banyak asid lemak ialah ikan haring, salmon dan tuna.

3. Kekacang dan Bijian
Pelbagai jenis makanan yang mengandungi kekacang dan biji-bijian seperti hazelnut, kacang tanah, almond, walnut, pecans dan sebagainya adalah benar-benar baik untuk kesihatan otak. Hal ini demikian kerana ia juga mengandungi Omega-3 serta Omega-6. Ia telah diketahui sebagai anti-depressants kerana mereka membantu anda berfikir positif.

4. Sayuran Hijau
Sayuran hijau seperti kobis, bayam dan lain-lain sangat bagus untuk otak anda kerana menmgandungi vitamin B6, vitamin B12 yang sangat membantu ketika kita perlu mengingati maklumat lama dan memproses maklumat yang baru saja anda pelajari.

5. Serbuk Kari
Kari mengandungi antioksidan yang melawan penuaan otak dan memelihara fungsi kognitif semasa umur manusia menjadi tua .Kari juga mengandungi antioksidan untuk melawan kerosakan 'radial' bebas yang menyebabkan peradangan dan penyakit lain.

6. Beri
Beri yang penuh dengan anti-oksidan sangat baik dalam meningkatkan kemahiran motor dan kemampuan belajar secara keseluruhan sementara flavenoid sangat baik untuk meningkatkan memori.

7. Teh
Teh atau teh hitam mengandungi catechin sangat bermanfaat bagi otak. Katekin membuat fikiran segar dan tajam, juga mencegah keletihan mental. Baik teh hitam dan teh hijau sangat baik untuk kesihatan.

8. Tiram
Tiram kaya dengan zat besi dan zink yang memelihar otak sentiasa tajam dan berkemampuan untuk meningkatkan daya ingatan. Ini adalah makanan laut kedua yang paling sihat dan sangat berguna bagi otak manusia.

9. Telur
Telur mengandung vitamin B12 dan lesitin. Vitamin B12 bukan saja mencegah penyusutan otak yang terjadi akibat penuaan, tetapi juga mencegah penyakit Alzheimer. Walaupun telur mengandung kolesterol tinggi tetapi ia juga mengandungi choline yang tinggi, yang merupakan bahan pembinaan sel otak.

10. Bijirin
Semua jenis bijirin terdiri daripada vitamin B6 yang penuh dengan timin, sangat berguna untuk meningkatkan memori. Bijirin juga meningkatkan aliran darah ke otak dan amat diperlukan dalam membantu fungsi otak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan