Sejarah tulisan
Inskripsi bertarikh 779 masihi ditemui di Ligor, Semenanjung Malaya merujuk kepada perhubungan antara India dan Malaya. Dr Quarutch Wales telah menemui ukiran zaman Kedah Tua di atas batu bersegi empat, mengandungi simbol rumusan ye-dharma selatan India pada kurun ke-empat, terpampang pada tiga bahagian dalam tulisan Pallava atau Vatteluttu ditulis dalam kurun ke enam.
Di wilayah lain dalam kawasan Kedah ditemui pula tulisan Sanskrit bertarikh 1086. Inskripsi ini ditinggal oleh Kulothunka Chola I (Empayar Chola). Ini juga merujuk kepada hubungan perdagangan Empayar Chola dengan Malaya. Semua inskripsi Sanskrit ini merujuk kepada kegiatan dan pemerintahan negeri selatan India.
Rekod J.V. Sebastian, K.T. Thirunavukkarasu dan A.W. Hamilton mengatakan bahasa Sanskrit menjadi salah satu bahasa komersial di Nusantara sepanjang sejarah. Pelayaran pendagang India memberi kesan ke atas saudagar Sumatera dan Melayu semenanjung selama beberapa kurun berkaitan dengan aktiviti perdagangan. dalam kurun ke `17, Syarikat Belanda Timur India mewajibkan penggunaan bahasa dari India dalam urusan surat-menyurat. Istilah Melayu dalam buku simpanan dan kira-kira kebanyakannya dalam bahasa Sanskrit di Melaka dan perlabuhan yang lain sehingga kurun ke 19.
Kata pinjaman frasa Sanskrit India dalam bahasa Melayu umpanya akka – kakak, kadai – kedai, kappal – kapal, katikam – ketika, nagaram – negara, purva – purba, raja- raja, suniyam – sunyi, tali – tali, vakai- bagai.
Tulisan Melayu Tua adalah Kawi bercampur dengan tulisan jawi seperti yang ditemui di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan. Inilah tulisan tua yang digunakan dalam bahasa Melayu termasuk di Indonesia. Ia banyak dipengaruhi tulisan Sanskrit yang menjadi bahasa Lingua Franca antara Hindu dan Buddha.
Batu bersurat ini terletak di Makam Syeikh Ahmad Majnu di kompleks pengkalan Kempas, berhampiran Port Dickson. J.G. de Casparis membaca tulisan ini dan diperturunkankan kembali oleh Prof Othman Mohd Yatim sebagai:
Penampang Utara:
Bismillahirrahmanirrahim
dara buta buka ata-
mat Majanu berbawat
daya/seda ahmat
Pwan balat anak sadang
Ahmad Majanu ma Malaga
pada Allah
“Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Penyayang, makam ini kepunyaan Ahmad Majanu, wira yang berjuang, Ahmad gugur bersama-sama isteri Balat dan anak lelakinya. Semasa berjuang dan gugur.†(di baca oleh Casparis)
Penampang selatan:
bismillahirrahmanirrahim
pertama Ahmad Maja-
nu masuk ke jalan tat-
kala raja-raja danan ba-
tun barah talang ketangkap
lalagi phana wassalam
1385
“Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi Penyayang, Ahmad Majanu adalah yang mula-mula muncul di tepi jalan ketika raja dan Tun (?) Barah Talanga ditangkap. Akhirnya beliau ghaib (dalam tahun Saka 1385)
Sejarah penulisan bahasa Melayu terbahagi kepada empat zaman.
Melayu Kuno
Tulisan tertua bertarikh 682 Masihi ditemui di Kedukan Bukit, berhampiran Palembang dan banyak lagi bertarikh dari kurun ke 7 hingga kurun ke 9 telah dijumpai di Sumatera, Jawa barat, Luzon, Manila dan lain-lain lagi. Tulisan Melayu tua ini menjadi contoh tulisan Melayu Kuno atau tulisan Melayu awal. Kesemua inskripsi ini ditulis dalam tulisan pallava yang kebanyakannya meminjam dan berunsur tulisan Sanskrit. Tulisan ini berakhir pada kurun ke 17.
Zaman Peralihan
Tulisan peralihan moden Melayu terawal yang mashur ialah dalam tulisan Arab di batu bersurat Terengganu ditulis dalam kurun ke 14 Masihi. Zaman ini juga ada ukiran teks Kawi Jawa bercampur aduk dengan tulisan Arab di temui di Pengkalan Kempas.
Zaman Melaka
Pemerintahan kesultanan Melaka telah memajukan bahasa Melayu dalam perdagangan dengan cepat di samping menyebarkan Islam dan sastera Islam. Kemajuan ini mengubah sifat bahasa dengan sedutan besar-besaran perbendaharaan kata Arab, Parsi dan Hindi. Kemajuan ini merosot selepas 1511.
Melayu Moden Masakini
Bahasa Melayu dimajukan dengan serapan banyak perkataan Portugis, Belanda dan Inggeris dalam kurun ke 19. Ia menjadi bahasa kebangsaan buat Malaysia dan Indonesia selepas mencapai kemerdekaan.
[The Encyclopedia of Malaysia: Languages & Literature by Prof. Dato' Dr Asmah Haji Omar (2004) ISBN 981-3018-52-6. ]
Inskripsi Batu Bersurat Terengganu
Batu bersurat yang mengandungi kanun Islam ini ditulis dalam tulisan Arab kira-kira 1303 M yang silam. Tuhan atau Subhanahu wa Ta'ala telah diungkapkan dengan Dewata Mulia Raya.
Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba menegoh Ugama Islam............
Inskripsi Kedukan Bukit
Inskripsi Kedukan Bukit telah diekuavasi oleh Dutchman M. Batenburg on 29 November 1920 di Kedukan Bukit, Sumatera Selatan, di atas permatang sungai Tatang, anak sungai Musi. Batu ini kecil berukuran antara 45 ke 80 cm.
Teks Melayu Kuno:
svasti Å›rÄ« Å›akavaÅ•ÅŸÄtÄ«ta 605 (604 ?) ekÄdaśī Å›u
apunta hiya,,klapakÅŸa vulan vaiÅ›Äkha d<(m> nÄyik di
sÄmvau mangalap siddhayÄtra di saptamÄ« Å›uklapakÅŸa
apunta hiya,vulan jyeÅŸÅ£ha d<(m> maÅ•lapas dari minÄnga
vala dualakÅŸa dangan ko-(tÄmvan mamÄva yam
duaratus cÄra di sÄmvau dangan jÄlan sarivu
di mata jap(tlurÄtus sapulu dua vañakña dÄtam
sukhacitta di pañcamī śuklapakşa vula….
marvuat vanua …..(laghu mudita dÄtam
Å›rÄ«vijaya jaya siddhayÄtra subhikÅŸa .....
Om swasti astu! Salam sejahtera. Pada tahun Saka 605, hari ke 11, paruh terang bulan Waisaka, Sri Baginda naik sampan untuk mendapatkan “siddhayatra†(1). Pada hari 7, hari ke 15 paruh terang bulan Jyestha, Sri Baginda melepaskan dirinya dari minga tamban (?). Beliau membawa bala tentara dua laksa dengan … banyaknya dua ratus di sampan dengan pejalan seribu tiga ratus duabelas . Mereka datang di … Sungguh bersukacita pada hari ke 15 paruh terang bulan…, ringan, gembira dan datang melawat daerah … Sriwijaya jaya! bahagia dan kaya
Bandingan penulisan Jawa dan Bali dengan yang tulisan yang diaplikasikan di Thailand dan Kemboja, menunjukkan ada bentuk yang sama. Ini menguatkan bahawa tulisan-tulisan ini berasaskan tulisan dari India samada Pallava, Vengi atau Cera. Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis huruf atau silibus yang ditemui dalam inskripsi raja-raja di Indonesia yang silam.
Inskripsi di Gunung Jerai
Dalam tahun 1939, H.G.Q. Wales telah melawat dan mengenal pasti Gunung Jerai sebagai tapak 9[1]. Menurut beliau terdapat sembilan pediang-pediang mazbah Navagraha atau 9 bintang astronomi Hindu. H.G.Q. Wales turut menemui beberapa ketul bata yang dirujuk sebagai Class 2, iaitu ketulan bata yang lebarnya kurang dari 7 inci, diperbuat selepas tahun 900 Masihi[2].
Menyorot penemuan jenis ketulan granit, bentuk batanya agak menarik. Setiapnya kelihatan dalam potongan serong kira-kira 14 × 7 × 2 3/4 . I.H.N. Evans dan H.G.Q. Wales langsung tidak menyebut inskripsi Arab in situ kerana blok serong yang diukir itu telah disimpan di Muzium Taiping pada tahun 1894[3]. Inskripsi ini tinggal dalam tanda tanya dan misteri. Walaupun blok itu telah di jaga rapi, mengapa pula G.A. Lefroy atau F.W. Irby memencil dan menyepikan penemuan ini dari hebahan.
Matawang Kedah
Dalam bulan September 1982, orang bertemu sebutir bejana tembikar penuh duit syiling perak di Pulau Langkawi. Setiap kepingnya bertulis "Muhammad Syah" dan di sebelah lagi bertulis "al-Sultan al-Qadah". Duit itu ialah duit Kedah sebelum 1236.
[Sejarah Kemasukan Islam Di Kedah Dan Perkembangannya: Tuan Haji Ismail Salleh]
Wang Emas ini diperkenalkan pada zaman Sultan Dhiauddin Mukarram Shah (1661 - 1687), Kedah.
Wang Emas pada zaman Sultan Sulaiman Shah 1620, Kedah
Duit bertarikh 1141 Hijarah (1728 Masihi) terukir Sultan Muhammad Jiwa Khalifatul Rahman.
Duit ayam sabung bertenggek di atas beberapa gelang ini diperkenalkan di zaman Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Muazzam Shah (1710 - 1773), Kedah. Ia menunjukkan nilai 5 sen dalam Dollar perak Spanyol dan setiap gelang dinilai sebagai satu sen dollar perak Spanyol.
Inskripsi Nisan Ratu al-Ala di Minye Tujoh, Aceh
Dalam tulisan huruf Jawa kuno[4][1], sebuah puisi berirama dibaca oleh Stutterheim seperti berikut:
Hijrah nabi mungstapa yang prasaddha
tujuh ratus asta puluh savarasaa,
haji catur dan dasa vara sukra,
raja iman (varda) rahmatullah,
gutra bha (ru bha sa (ng) mpu hak kadah pase me
tarukk tasih tanahsamuha,
ilahi ya rabbi tuhan samuha,
taruh dalam svarga tuhan tutuha,
“baginda telah pergi, selepas Hijrah nabi (terpilih) mustafa,
Jumaat, 14 haribulan Zulhijjah 791,
Raja beriman Varda Rahmatallah,
dari rumah Bharubha, yang menguasai Kedah dan Pasai,
yang bertunas seluruh dunia,
Ilahi wahai tuhan ku,
tempatkan pemimpin kami dalam syurga
Tanggapan:
Raja Aceh dikatakan pernah menyerang kerajaan Kedah dalam kisah Puteri Lindungan Bulan, sebab itu dikatakan Raja Aceh tersebut menguasai Kedah dan Pasai.
Di Nusantara, kebiasaan bentuk nisan tersebut menunjukkan permakam seorang perempuan seperti yang terdapat di Kg Tok Soh, Pinang Tunggal dan Makam keramat Tok Jame berhampiran Kepala Batas, Jitra.
Sumber sekunder yang lain saya pernah mendengar dari buah bibir orang tua-tua termasuk ayah saya sendiri, Kedah dikenali juga sebagai Kedah Pasai Ma.
Inskripsi Parsi di Kedah
Kamus Munjid menyenaraikan 9 jenis kaligrafi Arab yang terkenal. Salah satu daripadanya adalah tulisan Parsi yang dipercayai turut dipinjam dalam sistem tulisan Jawi di Nusantara seperti huruf Ga dan Ca.
Saya telah mempelajari 9 jenis tulisan arab tersebut pada suatu ketika dahulu. Hari-hari dan masa yang berlalu pergi menemukan saya dengan beberapa tulisan Parsi di Kedah.
Inskripsi ini seakan berbunyi Ibn Serdan 213 (Hijrah?), ia ditemui bersama longgokan batu-bata dan patung Hindu/Buddha di Chandi Lembah Bujang di Merbok Kedah. Sekarang ini tersimpan di Muzium Arkeologi dan Antikuiti Merbok, Kedah.
Ini pula adalah Inskripsi tulisan Parsi pada nisan Shaikh 'Abdul Kadir Ibn Hussain Syah. Tarikh yang ditemui seakan-akan 290 atau 291 Hijrah. Sayangnya nisan ini kaku dibawah naungan hujan dan panas. Sepatutnya pihak yang berkaitan menjaga nisan ini meletakkan cermin supaya tulisan tersebut tidak terhakis.
Kadaram dalam Inskripsi Tanjore
Inskripsi ini didapati di kota lama Tanjore, Tamil Nadu bertarikh sejak 1030 Masihi. Ia menerangkan serangan Rajendra Chola atas empayar Sri Wijaya, negeri yang bernama Kadaram memberikan tentangan hebat. Kebanyakan sejarawan bersetuju Kadaram yang dimaksudkan adalah Kedah. Antara terjemahan daripada inskripsi tersebut ialah:
"Beta Rajendra menghantar beratus-ratus kapal ke lautan bergelora telah berjaya menawan Sang Rama Bijaya Tungga Warman iaitu Raja Negeri Kadaram sekali dengan gajah-gajah angkatan perangnya yang sangat hebat. Beta telah merampas harta-harta yang amat banyak kepunyaaan raja itu yang dikumpulnya dengan jujur sejak beberapa lama."(Paul Wheatley, 1961 : 199-200)
Dalam Hikayat Merong Mahawangsa menyebut sepintas lalu peperangan dahsyat itu:
"Sebermula maka tersebutlah perkataan Pulau Langkapuri itu selama peninggal Perang Seri Rama dan Andanum jadi sunyilah pulau itu, tiada siapa-siapa duduk".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan