Hubungan Melayu-Parsi
Orang-orang Parsi telah lama bergaul dengan orang-orang Melayu berdasarkan banyak bukti-bukti berupa dokumentasi sejarah, hikayat dan batu nisan.
Sebelum menerima Islam, orang-orang Parsi telah pun meluaskan kegiatan perdagangan mereka dengan China. Di samping itu juga mereka ada mewujudkan perdagangan dan hubungan budaya dengan gugusan-gugusan kepulauan Melayu yang turut menjadi perantara Barat (empayar Rom) dengan Timur (China) sepanjang dua jalan: darat “Jalan Sutera†dan laut “Jalan Rempahâ€. Hubungan ini merujuk pada Dinasti Ashkanian dalam tahun 200 sebelum Masihi.
Selepas kedatangan Islam sekumpulan orang-orang Parsi bermigrasi dari selatan China. Selain menjalankan kegiatan perdagangan normal saudagar Parsi dan agamawan mereka juga turut menyebarkan Islam.
Kajian persamaan linguistik antara Melayu dan Parsi membuahkan hasil yang menarik. Terdapat lebih dari 350 perkataan Parsi yang menjadi sebahagian kata pinjaman bahasa Melayu. Antara perkataan yang disenaraikan termasuklah: agar-agar, ustaz, baju, bahari, bandar, bau, bius, babu, piala, peci, tambur, tembakau, taman, dewan, domba, saudagar, syal, firman, kiai, anggur, Syahbandar, istana, bazar, bocah, jam, tong, bumi, pahlawan, bumi, bandar, bedebah, pelita, takhta, temasya, tekan, kurma, daftar, babu, penjarah, johan, cara, arah, rawan, serban, sudah, seruni, firdaus, kenari, kahwin, karya, kecil, kismis, gusti, kata, kuno, gandum, goni, langgar, lengan, marmer, medan, mas, mitra, nama, nenek.
Saya menemui majoriti perkataan tersebut terdiri dari kata nama, terutamanya kata nama tunggal diikuti dengan keseringan kata sifat. Kemudiannya saya mengelas perkataan-perkataan tersebut ke dalam 29 kumpulan, seperti sikap manusia, moral dan hubungan kekeluargaan (40 perkataan); bahagian anggota badan dan pakaian (28 perkataan); makanan, buah-buahan dan minuman (25 perkataan); agama (23 perkataan); rumah dan konsep berkaitan (21 perkataan); perdagangan dan perakaunan (18 perkataan); ketenteraan dan konsep berkaitan (17 perkataan).
Kebanyakan perkataan-perkataan ini tidak mengalami perubahan maksud dan sebutannya. Sementara sesepatah telah pun menjalani perubahan sebutan dan bunyi tanpa ada kelainan maksud. Sementara yang lainnya mengalami perubahan ejaan yang drastik dan amat susah dikenal pasti atau mempunyai makna yang baru.
Saya bertemu lebih dari 283 perkataan Parsi wujud dalam bahasa Melayu tanpa mengalami perubahan asas dalam maknanya. Ini menyarankan perhubungan yang sangat erat antara orang-orang Iran dan Melayu dalam hari-hari yang terdekat.
Sebagai tambahan, terdapat lebih dari 50 nama-nama Melayu yang dikenal pasti dari nama Parsi. Orang-orang Parsi memberi nama untuk manusia dan tempat yang dikesan terlalu ke belakang usianya. Sesetengah nama-nama ini masih dipakai hingga kini walaupun telah lama tidak digunakan di Iran. Misalannya termasuk Zal, Buzurjamir, Shahrezad, Johansyah dan Firmansyah.
Bahasa Parsi telah menyerap dalam bahasa Melayu dan sesetengah aspek nahunya agak mengejutkan, secara tidak langsung pengaruh Parsi dalam bahasa Melayu telah meminjam perkataan Arab, Turki dan perkataan Sanskrit. Asalnya perkataan-perkataan tersebut telah lama digunakan dalam bahasa Parsi. Sesetengah perkataan Arab dalam bahasa Melayu sebenarnya boleh dianggap ambilan dari bahasa Parsi misalannya: arak, atar, bahlul, bait, serbat, dalal, dayus, dukan, gogah, hamam, inai, khanjar, kisa, komkoma, mamlakat, masnawi, maus, menara, nagara (nakora), panus, ratna (rakna), jahanam, topan (taufan), uktab, ujrat, dan waswas. Kewujudan 280 perkataan Arab yang menjadi perkataan Parsi menunjukkan perkataan-perkataan ini dibawa oleh orang-orang Parsi ke gugusan-gugusan kepulauan Melayu.
Peribahasa terkenal mengatakan tak kenal maka tak sayang. Jika kita mengetahui antara satu sama lain dan berdialog tentang budaya dan ketamadunan yang menekankan hubungan antara negara-negara ini, ia akan merintis kejiranan yang erat.
Penulis adalah Timbalan Duta Republik Islam Iran ke Indonesia. Bukunya kamus Parsi ke bahasa Melayu telah diterbitkan oleh Kementerian Kebudayaan Iran.
Petikan Jakarta Post.
Jumaat, 26 November 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan