Selasa, 30 November 2010

Risiko


Kehidupan merupakan sesuatu yang berkaitan dengan risiko. Setiap perkara yang dilakukan dalam kehidupan saudara, semuanya melibatkan risiko.

  • Saudara berani bercakap, saudara menghadapai risiko untuk tiada siapa yang mendengar.
  • Saudara mendaki bukit, saudara mengambil risiko untuk jatuh ke dalam lembah yang dalam.
  • Saudara memanjat pokok untuk mengambil buah, sebenarnya saudara mengambil risiko untuk patah kaki atau lumpuh dan tidak memperolehinya.
  • Saudara memandu kereta, saudara sebenarnya mengambil risiko untuk menghadapi kemalangan.
  • Saudara menaiki motor, saudara mengambil risiko untuk dilanggar oleh kenderaan yang jauh lebih besar.
  • Saudara berani bercinta, saudara sebenarnya mengambil risiko untuk dilukai dan ditinggalkan.
  • Saudara menulis, sebenarnya saudara menghadapai risiko tiada siapa membaca.

Ya. Hidup ini semuannya tentang risiko. Apa sahaja perkara yang dibuat semuanya melibatkan risiko. Saudara mungkin tidak perlu melakukan apa-apa untuk mengelak risiko. Tetapi hasil akhirnyanya saudara tidak akan memperolehi kemenangan yang dimahukan.

Salam inspirasi! :-P

Salman al-Farisi suka bantu

SALMAN al-Farisi adalah sahabat Nabi Muhammad. Beliau dilahirkan di perkampungan
Parsi yang dikenali sebagai Jian atau Ispahan lama. Beliau berasal daripada
keluarga yang berpengaruh dan kaya.

Ayahnya mempunyai tanah pertanian yang luas. Salman pernah ditugaskan menjaga
api dan disembah oleh penganut agama Majusi.

Masa remajanya berubah selepas beliau menganut agama Kristian. Pada masa itu,
beliau tinggal di kota Ispahan. Semasa beliau berumur 12 tahun, seorang tokoh
paderi Kristian memberitahunya supaya mengikuti ajaran nabi akhir zaman iaitu
Nabi Muhammad.

Salman al-Farisi menganut agama Islam pada tahun pertama Hijrah bersamaan 623
Masihi. Beliau hidup sederhana. Beliau mempunyai tiga orang anak perempuan.
Beliau meninggal dunia pada umur 88 tahun.

Beliau meninggal dunia pada masa pemerintahan Khalifah Usman bin Affan.
Jenazahnya dikebumikan di Madinah yang terletak di Iraq.

Salman al-Farisi dilantik sebagai gabenor di Parsi. Namun beliau tidak pernah
bersikap bangga diri. Malah, beliau sendiri bersikap rendah diri. Hal ini
menyebabkan ada antara rakyat yang tidak mengenalinya sebagai seorang gabenor.

Pada suatu hari, semasa Salman al-Farisi sedang berjalan-jalan, tiba-tiba beliau
ditahan oleh orang awam.

"Ambil guni ini dan pikul semua isi rumput ini sampai ke rumah saya," arah orang
awam itu tanpa mengetahui lelaki itu adalah Salman.

Tanpa banyak bercakap, Salman terus sahaja mencapai dan memikul guni besar yang
berisi penuh dengan rumput itu.

"Bagus juga ada lelaki ini. Mudah kerja saya. Tidak perlu bersusah payah memikul
guni besar yang berat ini," bisik orang awam itu sambil tersenyum melihat Salman
al-Farisi memikul beban isi rumput itu.

"Bawa guni ini baik-baik. Pastikan rumput di dalam guni itu tidak terjatuh ke
tanah," arah orang awam itu kepada Salman al-Farisi.

"Baiklah. Kamu jangan risau. Saya akan membawa guni ini sehingga ke rumah awak,"
jawab Salman pula.

Salman al-Farisi terus mengikut orang awam itu sampai ke rumahnya. Dalam
perjalanannya, tiba-tiba mereka terserempak dengan seorang lelaki. Dia mengenali
Salman al-Farisi.

"Assalamualaikum tuan," kata lelaki itu.

"Waalaikumussalam," jawab Salman sambil tersenyum lebar.

"Mengapa tua memikul guni yang besar dan berat ini?" tanya lelaki ini.

"Orang itu mahu saya membawa guni ini. Jadi, saya membantu dengan ikhlas," jawab
Salman al-Farisi.

"Mengapa kamu berhenti dan meletakkan guni itu di atas tanah? Ayuh, cepat kita
pergi dari sini! Saya sudah penat. Saya mahu cepat sampai ke rumah dan berehat,"
kata orang awam itu dengan angkuhnya.

Melihat keadaan itu, lelaki yang mengenali Salman itu terus memberitahu orang
awam itu, "Kamu tidak tahukah lelaki yang memikul guni besar itu siapa?"

"Tidak, saya tidak mengenalinya," jawab orang itu.

"Lelaki itu adalah gabenor di wilayah ini. Beliau adalah Salman al-Farisi," kata
lelaki itu.

Orang awam itu tergamam mendengar berita itu. Dia berasa bersalah, lalu meminta
maaf kepada Salman al-Farisi. "Maafkan saya tuan. Saya benar-benar tidak
mengenali tuan sejak saya menyuruh tuan memikul guni ini. Maafkan saya, tuan."

"Tidak mengapa," jawab Salman pendek.

Orang awam itu berasa menyesal dengan perbuatannya itu, lalu berulang kali
meminta maaf. "Maafkan saya tuan. Saya menyesal dengan tindakan saya menyuruh
tuan memikul guni yang berat itu. Maafkan saya tuan."

"Saya maafkan kamu," kata Salman al-Farisi.

"Saya tetap akan membawa guni yang berisi rumput ini sehingga sampai ke rumah
kamu. Janganlah kamu berasa susah hati atau malu kepada saya. Saya ikhlas
membantu," kata Salman lagi sambil memikul guni yang berat itu.

Sifat peribadi Salman al-Farisi yang merendah diri dan mulia jiwanya itu
menyebabkan beliau dimuliakan oleh semua orang. Beliau juga tergolong dalam
salah seorang sahabat Nabi Muhammad yang akrab.

Isnin, 29 November 2010

Jaafar Abu Talib diberi sayap syurga

13 Zulhijjah 1431H.
From "BERANI KERANA BENAR!" by Zabidi Bin Morad

JAAFAR bin Abi Talib atau dikenali dengan gelaran Jaafar at- Taiyar mErupakan sepupu kepada Rasulullah SAW. Beliau bukan sahaja mempunyai bentuk badan Dan raut wajah yang menyerupai Rasulullah, malah perangainya juga seakan-akan sama dengan baginda.

Beliau adalah seorang pemuda yang jujur, amanah, bijak, Dan termasuk salah seorang pelopor ternama Islam.Jaafar memeluk Islam bersama-sama dengan isterinya Amma binti Umais pada Hari yang sama. Mereka berdua bersama-sama menanggung segala pahit perit dengan ketabahan tanpa memikirkan bilakah penderitaan itu akan berakhir.

Mereka juga telah menyertai rombongan awal kaum Muslimin untuk berhijrah ke Habsyah (Ethiopia) Dan tinggal di sana selama beberapa tahun. Pasangan itu dikurniakan tiga orang anak iaitu Muhammad, Abdullah Dan Auf.

Selama berada di Habsyah, Jaafar menjadi jurubicara yang lancar Dan sopan sesuai dengan panji Islam yang dipegangnya. Itulah nikmat Allah yang tidak ternilai dikurniakan kepadanya. Ini berlaku semasa penghijrahan kaum Muslimin ke Habsyah.

Penghijrahan itu membuatkan puak Quraisy berasa tidak senang hati. Maka mereka pun menghantar utusan untuk mempengaruhi Dan memperdayakan pemerintah Ethiopia. Pemerintah Habsyah ketika itu bernama Najashi (Negus) yang menganut agama Nasrani.

Utusan puak Quraisy telah membawa banyak hadiah untuk memujuk pemerintah Habsyah agar tidak membenarkan kaum Muslimin tinggal di sana.

Najashi sebagai pemerintah telah mengadakan satu pertemuan. Pertemuan itu dihadiri oleh kaum Muslimin, puak Quraisy Dan pemimpin-pemimpin agama Najashi.

Pada kesempatan itulah, puak Quraisy telah berkata: "Wahai Raja yang mulia, telah menyusur ke negeri paduka orang yang bodoh Dan tolol. Mereka tinggalkan agama nenek moyang Dan tidak pula menganut agama paduka, tetapi mereka membawa agama baru yang tidak pernah kami kenali."

Najashi pun bertanya kepada kaum Muslimin: "Agama apakah yang kamu bawa yang bukan agama kami?"

Jaafar pun bangkit berdiri Dan menjawab dengan sopan serta lancar sekali.

Katanya: "Wahai paduka yang mulia. Dahulu kami memang orang-orang bodoh Dan jahil, kami menyembah berhala Dan melakukan bermacam-macam perkara lagi.

"Tetapi kini Allah SWT mengirimkan seorang rasul untuk membimbing kami ke jalan yang benar. Kami menerimanya Dan oleh sebab itulah kaum kami memusuhi kami. Lantaran itulah kami berpindah ke negeri paduka."

Najashi pun bertanya lagi: "Apa pandangan kalian tentang Isa?"

Jaafar pun bangkit lagi: "Baginda ialah seorang hamba Allah Dan Rasul-Nya serta kalimah-Nya yang ditiupkan kepada Maryam Dan roh daripada-Nya."

Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW, Najashi berpuas hati Dan membenarkan mereka terus tinggal di Habsyah.

Jaafar telah syahid ketika menyertai peperangan Muktah. Beliau berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. Walaupun beliau cedera, namun panji Islam masih tetap dipeluk kukuh di celah-celah pangkal dada Dan lengannya. Pada waktu itu, kedua-dua belah tangannya telah pun putus dipotong oleh pihak musuh.

Ketika beliau syahid, terdapat lebih 90 kesan tikaman pada seluruh badannya.

Rasulullah menyifatkan kedudukan Jaafar sebagai burung bersayap dua di syurga.

Suami yang layak ditaati isteri

Ada orang bertanya, mengapa Rasulullah tidak menyatakan secara jelas ciri-ciri lelaki yang seharusnya dipilih oleh bakal isteri. Hadis secara jelas hanya menyebut ciri-ciri wanita yang lazimnya dicari oleh lelaki iaitu yang beragama selain tiga lagi jika perlu.
Kalau lelaki diberi panduan untuk memilih wanita yang baik, mengapa tidak ada panduan untuk wanita bagi mencari suami. Kata mereka, kalau ada panduan sudah pasti isteri tidak tersalah memilih suami pada masa hadapan.
Memang secara jelasnya Rasulullah tidak sebut kerana lazimnya lelaki sahaja yang mencari wanita. Tetapi sebenar kalau wanita benar-benar hendak mencari bakal suami, mereka boleh ikut sepertimana Khadijah memilih suaminya, Rasulullah.
Pada peringkat awalnya Khadijah menghantar perisik untuk melihat peribadinya secara lebih dekat. Perisik yang adil sudah pasti akan membuat laporan yang betul mengenai apa yang dirisikkan itu. Hasilnya dia berjaya berkahwin Muhammad dan ternyata pilihan itu terbaik.
Antara ciri-ciri yang dapat dikesan pada diri Muhammad pada waktu itu ialah:
1. Jujur lalu tidak mengambil kesempatan
2. Amanah dengan tugas
3. Pemalu dengan wanita
4. Beragama lalu takut kepada Allah
5. Boleh menjadi pemimpin.
Percayalah jika suami mempunyai ciri-ciri ini, pasti disenangi oleh isteri, malah saling hormat menghormati sampai bila-bila masa sekalipun pada usia tua. Suami dalam keadaan itu tidak akan melakukan dosa baik sesama manusia apatah lagi dengan Allah SWT.
Walau bagaimanapun, suami yang mempunyai ciri di atas perlu juga mencari wanita yang beragama bagi membentuk rumah tangga yang damai bahagia. Gabungan inilah yang dikatakan serasi ataupun kufu.
Persoalan sekarang, wujudkah lelaki yang memiliki ciri-ciri di atas pada zaman ini? Bolehkah ditemui lelaki sebegini di tepi jalan, di kebun bunga, di pasar dan seumpamanya? Hanya wanita yang agamanya kurang akan bertemu jodoh di tempat-tempat berkenaan dan yang pastinya lelaki itu juga tidak menepati ciri-ciri di atas.
Inilah realiti yang berlaku pada hari ini, pasangan yang berkahwin dalam keadaan itu, bahagianya pada awalnya sahaja tetapi bermasalah pada pertengahan jalan. Malah beberapa kes yang ditemui, pasangan itu tidak pandai atau tidak mahu melakukan solat.
Jelas di sini, selain lelaki yang perlu mencari isteri yang beragama dan beriman selain kecantikan, berharta dan berketurunan baik, wanita juga perlu pandai memilih bakal suami berdasarkan ciri-ciri di atas. Untuk itu, pihak wanita juga perlu ada kumpulan perisik seperti yang dilakukan oleh Khadijah.
Apabila suami isteri sudah mengikut ciri-ciri di atas mereka perlu mengekalkan kedudukan itu sehingga ke akhir hayat. Selain itu suami isteri boleh mengekalkan kebahagiaan yang dicapai dengan berpandukan hadis berikut:
Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila dia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya” (Hadis Riwayat Muslim).
Isteri yang baik menurut hadis di atas ialah dia mesti bersedia mempamerkan persembahan yang terbaik untuk suaminya sewaktu di dalam rumah. Maksudnya, apabila suami pulang rumah disambut oleh isteri dengan senyum mesra. Dia menyediakan air minuman kerana kemungkinan suami dahaga. Suami dalam keadaan itu akan senang hati walaupun mungkin terdapat masalah yang dihadapi sebelumnya. Masalah berat yang ditanggungnya dapat hilang apabila dilayan sedemikian rupa.
Selain itu isteri terus memberi ketaatan kepada suami dalam semua keadaan terutama apabila diminta oleh suami. Isteri itu juga tidak akan membantah kehendak suami selagi perkara yang disuruh itu tidak melanggar syariat.
Sungguhpun begitu, perkara yang penting dalam hal ini ialah isteri tidak membuatkan sesuatu yang tidak disukai oleh suami. Jadi, semua yang hendak dilakukan isteri, dia akan meminta restu dan pandangan suaminya terlebih dahulu.
Tiga perkara asas ini perlu dijaga oleh isteri dalam berhadapan dengan suami sama ada suami yang memenuhi ciri-ciri di atas atau tidak. Mungkin tidak timbul masalah bila berhadapan dengan suami yang baik, tetapi menjadi cabaran besar bila berhadapan dengan suami sebaliknya. Namun jika isteri dapat mendisiplinkan suaminya, itulah kejayaan yang besar buatnya.
Sebagai contoh, suami melarang isterinya solat atau menutup aurat, dia boleh membantah dengan cara baik. Dia tetap solat dan tetap menutup aurat dengan alasan perintah Allah. Lambat laun suami itu akan faham dan dia juga akan turut melakukan solat secara istiqamah selepas itu.
Jadi, bagi mereka yang baru berkahwin dicadangkan supaya mereka saling menyenaraikan apa yang disukai oleh suami dan isteri, juga apa yang tidak disukai kedua-duanya. Dengan cari ini mereka akan berhati-hati supaya tidak melakukan perkara yang tidak disukai pasangannya.

Ahad, 28 November 2010

15 Anugerah Allah pada Wanita
02 Zulhijjah 1431 H

Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. Keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?

” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah Dan tidak Ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah Dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan DOA keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit Dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat Dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di Hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang Dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar Dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka Dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka Dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat Dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di Mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : ” Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut Dan janggut suaminya, memotong misai Dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut Dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga Dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka Dan selamatlah IA melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar Dan berjuang ke jalan Allah Dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat Dan bidadari Dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga Dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan Dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya Dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya IA menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya IA mentaati perintah tersebut Dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau Dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Khadijah binti Khuwailid (isteri pertama rasulullah saw)

Khadijah binti Khuwailid (555 M – 619 M) adalah isteri pertama Nabi Muhammad s.a.w. Khadijah merupakan anak kepada Khuwaylid ibn Asad dan Fatimah binti Za'idah dan termasuk dalam suku Banu Hashim. Sebelum berkahwin dengan baginda, beliau pernah menjadi isteri kepada Atiq bin Abid dan Abi Halah bin Malik dan telah mempunyai empat anak, dua dengan suaminya yang bernama Atiq, iaitu Abdullah dan Jariyah, dan dua dengan suaminya Abu Halah iaitu Hindun dan Zainab.

Banyak kisah memaparkan bahawa sewaktu Nabi Muhammad s.a.w. bernikah dengan Khadijah, umur Khadijah berusia 40 tahun sedangkan nabi Muhammad s.a.w. hanya berumur 25 tahun. Tetapi menurut Ibnu Kathir, seorang tokoh dalam bidang tafsir, hadis dan sejarah, mereka berkahwin dalam usia yang sebaya. Nabi Muhammad s.a.w. bersama dengannya sebagai suami isteri selama 25 tahun iaitu 15 tahun sebelum "bithah" dan 10 tahun selepasnya iaitu sehingga wafatnya Khadijah, kira-kira 3 tahun sebelum hijrah. Khadijah wafat semasa beliau berusia 50 tahun.

Beliau merupakan isteri Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dimadukan kerana kesemua isterinya yang dimadukan adalah berlaku selepas daripada wafatnya Khadijah. Di samping itu, kesemua anak baginda kecuali Ibrahim adalah kandungannya.

Mas kahwin daripada Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 20 "bakrah" dan upacara perkahwinan diadakan oleh saudaranya Amr bin Khuwailid kerana bapanya telah meninggal.
[sunting] Anak-anak Rasulullah bersama Khadijah

Hasil perkongsian hidup Nabi Muhammad bersama Khadijah dikurniakan 6 orang cahaya mata, iaitu:

* Al-Qasim bin Muhammad
* Abdullah bin Muhammad
* Zainab binti Muhammad
* Ruqaiyah binti Muhammad
* Ummu Kalthum binti Muhammad
* Fatimah binti Muhammad

Manakala Ibrahim bin Muhammad pula adalah hasil perkongsian hidup antara Nabi Muhammad SAW dengan seorang hamba perempuan yang bernama Mariah Al-Qibtiyyah. Hamba ini dihadiahkan kepada Nabi SAW oleh Muqawqis(Pemerintah Mesir).

Diriwayatkan bahawa anak perempuan Nabi Muhammad SAW iaitu Fatimah az-Zahra telah berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib. Zainab berkahwin dengan sepupunya (anak saudara Khadijah) Abu al-'As ibn ar-Rabi'. Manakala Ruqayyah berkahwin dengan Saidina Uthman bin Affan. Selepas kematian Ruqayyah, Uthman mengahwini pula Ummu Kalthum.

Ketiga-tiga anak lelaki Rasullullah telah meninggal dunia sejak kecil lagi.