Jumaat, 15 Julai 2011

SUATU MITOS CENDERAWASIH

Burung Cenderawasih dari spesis burung Paradiseidae adalah burung yang tercantik di dunia...mempunyai bulu yang berwarna-warni yang indah dan menarik sehingga disebut "burung dari syurga" kerana keindahannya.... walaubagaimanapun ada segolongan manusia yang benar-benar percaya burung ini berasal dari syurga.... saat kematiannya, burung ini akan turun ke bumi.... bangkai burung ini dijadikan azimat... suatu perbuatan khurafat yang nyata...
Hakikat sebenarnya... burung ini boleh ditemui di hutan belantara Papua New Guinea dan Irian Jaya, Indonesia.

Syurga adalah alam ghaib .... mustahil binatang-binatang dari syurga akan turun ke dunia di saat kematiaannya .... ada orang sanggup membeli sehelai bulunya untuk dijadikan azimat .... jauhilah perbuatan syirik .... burung ini juga makhluk Allah yang tidak boleh memberi kesan apa-apa... cuma keindahannya dijadikan Allah supaya kita berfikir tentang kekuasaan Maha Pencipta... wallahu a'lam ....


1. Spesis ini dinamakan 'cenderawasih kuning kecil' atau The Lesser bird of Paradise, yang paling cantik dari kalangan burun-burung spesis cenderawasih, habitatnya di hutan belantara Papua New Guinea dan Irian Jaya.

2. Raggiana bird of Paradise.... burung jantannya lebih cantik dan menarik kerana memiliki mahkota berwarna kuning dan lehernya berwarna zamrud.


3. Blue bird of Paradise... boleh dijumpai dengan mudah di seluruh kepulauan Papua.


4. Lawes's Parotia


5. King of Saxony bird of paradise juga dinamakan Cenderwasih Panji.. satu-satunya spesis cenderawasih yang berkicau merdu.... habitatnya di pergunungan Irian Jaya.


6. Wilson's bird of paradise .... habitatnya di dataran rendah kepulauan Papua.


7. Princess Stephanie Astrapia .... habitatnya di pedalaman Papua New Guinea.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan