Isnin, 3 Januari 2011

Nota Tingkatan 5 2011

Bab 1
Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
1.1 Imperialisme Barat di Asia Tenggara
Imperialisme Barat
1. Imperialisme bermaksud dasar sesebuah negara yang memperluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah
negara lain untuk kepentingan tertentu.
2. Berlaku sejak empayar Rom dan Yunani.
3. Imperealisme moden bermula sejak abad ke-15 apabila kuasa-kuasa Barat mula menguasai wilayah-wilayah di
Amerika Latin, Afrika dan Asia.
4. Kuasa Barat yang terlibat dengan imperialisme di Asia Tenggara ialah Portugal, Sepanyol, Belanda, Britain, Perancis,
dan Amerika Syarikat.
Faktor-faktor imprealisme Barat sebelum abad ke-17.
1. Imperalisme Barat berlaku secara tidak langsung dan bertujuan untuk menguasai kepentingan perdagangan rempah
sahaja.
2. Portugal telah menawan Melaka pada tahun 1511 untuk menguasai perdagangan rempah.
Faktor-faktor Imperialisme Barat di Asia Tenggara
1. Kedudukan Asia Tenggara yang strategik iaitu terletak di antara China dan India menyebabkan penjajah Barat ingin
menguasai negara-negara di Asia Tenggara.
2. Perkembangan yang pesat dalam bidang perindustrian di Eropah sejak abad ke - 17, menyebabkan kuasa Barat
mengeluarkan pelbagai jenis barangan perdagangan secara besar-besaran.
3. Revolusi perindustrian menyebabkan mereka memerlukan bahan mentah secara konsisten.
4. Kuasa Barat juga memerlukan kawasan pasaran baru untuk memasarkan hasil keluaran industri mereka.
5. Imperialisme Barat ingin menguasai China dan India kerana kedua-dua negara berkenaan berpotensi dijadikan
pasaran yang luas bagi pasaran barangan mereka.
6. Asia Tenggara menjadi sasaran imprealis Barat kerana tanahnya yang subur dan kaya dengan bahan mentah.
7. Kemajuan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan.
8. Penggunaan kapal berkuasa wap dan membolehkan muatan banyak dibawa dan mempercepat perjalanan antara Barat
dengan Timur.
8. Pembukaan Terusan Suez memendekkan perjalanan di antara Barat dan Timur.
9. Pembukaan Terusan Suez dan penggunaan kapal berkuasa wap menjadikan perjalanan lebih selamat dan menjimatkan
kos.
2
10. Penciptaan telegraf membolehkan kuasa-kuasa imperialisme memberi arahan kepada pegawai-pegawai mereka di
tanah jajahan dengan lebih cepat dan berkesan.
11. Ahli-ahli perniagaan Barat juga dapat berhubung dengan wakil-wakil mereka di Timur dengan lebih mudah.
12. Urusan perniagaan menjadi lebih mudah dan perdagangan antarabangsa semakin pesat.
13. Kuasa-kuasa Barat juga bersaing sesama sendiri untuk menakluki tanah jajahan kerana mereka menyanjung tinggi
kuasa yang mempunyai tanah jajahan yang luas.
14. Orang British dan Belanda sering menggunakan slogan "Beban Orang Putih'’ untuk mendapatkan tanah jajahan.
15. Mereka mendakwa bahawa mereka lebih maju dan bertamadun serta berasa bertanggungjawab untuk memimpin
orang Timur ke arah kehidupan yang lebih sejahtera.
16. Perancis pula menggunakan slogan "Tugas Menyebarkan Tamadun" yang bermaksud mereka bertanggungjawab
mentamadunkan orang timur
.
17. Mubaligh Kristian juga bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk di tanah jajahan.
1.2 Perubahan Sistem Politik di Asia Tenggara
Sebelum kedatangan Barat
1. Negara-negara di Asia Tenggara mengamalkan sistem pemerintahan beraja sebelum kedatangan Barat.
2. Imperialisme Barat berpendapat bahawa penguasaan terhadap sistem politik tempatan adalah perlu untuk menguasai
ekonomi tanah jajahan.
Selepas Barat Menguasi Asia Tenggara
1. Setelah kuasa-kuasa Barat menguasai Asia Tenggara, mereka memperkenalkan sistem birokrasi barat bagi
menggantikan sistem pemerintahan beraja.
2. Antara ciri-ciri Sistem Birokrasi Barat ialah
(a) Penubuhan kerajaan pusat ekoran penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan.
(b) Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan.
(c) Pentadbiran dilaksanakan melalui biro atau jabatan.
(d) Pelantikan Pegawai Barat sebagai Ketua Biro.
(e) Pengenalan undang-undang Barat.
3
Perubahan di Filipina
1. Sebelum kedatangan Barat, Filipina terdiri daripada daerah-daerah kecil yang dikenali barangay yang diperintah oleh
golongan datu.
2. Di Selatan Filipina pula wujud kerajaan-kerajan Islam.
3. Sepanyol memperkenalkan sistem pemerintahan berpusat.
4. Gabenor Jeneral sebagai pemerintah tertinggi dan dibantu oleh Ketua Datuk Bandar dan Gabenor Kecil. Ketua Datuk
bandar adalah Pentadbir Wilayah manakala Gabenor Kecil selaku Pentadbir Bandar.
5. Pentadbiran tempatan dilaksanakan di bawah Sistem Encomienda. Encomienda bermaksud baranggay-brangay yang
digabungkan.
6. Ciri-ciri Sistem Encomienda adalah seperti berikut:
(a) Pemerintahnya dikenali sebagai encomiendero.
(b) Tugas encomiendero ialah
(i) menjaga keamanan
(ii) mengutip cukai
(iii) Mengkristiankan penduduk barangay
7. Sistem Encomienda tidak disenangi oleh rakyat kerana mengenakan cukai yang tinggi kepada rakyat dan mengenakan
kerahan tenaga kepada mereka.
8. Penyatuan barangay menyebabkan kemerosotan sistem pemerintahan tradisional dan pengaruh golongan datu.
Perubahan di Indonesia
Sebelum kedatangan Belanda
1. Indonesia terdiri daripada bebrapa buah kerajaan yang berasingan seperti kerajaan Mataram dan kerajaan Bantam di
Jawa.
2. Kerajan tersebut diketuai oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar.
3. Di Jawa, pemerintahan tempatan diketuai oleh pembesar daerah atau bupati.
Selepas penguasaan Belanda
1. Belanda membahagikan pentadbiaran kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan.
2. Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral.
3. Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda.
4. Beberapa jabatan kerajaan ditubuhkan seperti Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian.
5. Dewan Tempatan ditubuhkan sebagai badan penasihat kepada pentadbir Belanda tetapi tiada kuasa perundangan.
6. Volksraad yang merupakan Majlis Rakyat ditubuhkan. Ia adalah langlah ke arah kemerdekaan dan penubuhannya
adalah hasil desakan Sarekat Islam.
4
Perubahan di Burma
Sebelum kedatangan British
1. Burma mengamalkan sistem pemerintahan beraja di bawah Dinasti Konbaung.
2. Raja dibantu oleh Hlutaw(Majlis Diraja), Wun (Pegawai Tinggi Kerajaan), Myothugyi (Ketua Bandar), Ahmudan
(Pegawai Diraja) dan Athi (Pembesar-pembesar tradisional).
3. Raja merupakan penanung kepada sami Buddha.
Selepas pendudukan British
1. Bermula selepas British memenangi Perang Inggeris-Burma III dan menguasai seluruh Burma.
2. Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi di Burma.
3. Pengenalan Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889.
4. Pentadbiran daerah diambil alih oleh Myo-ok.
5. Sistem undang-undang Barat diperkenalkan..
6. Majlis Perundangan diperkenalkan.
7. Beberapa jabatan kerajaan ditubuhkan seperti Jabatan Perhutanan, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pelajaran.
Kesan
1. Dinasti Konbaung berakhir, institusi raja tersingkir.
2. Jawatan pembesar tradisional di peringkat pusat terhapus.
3. Sistem pentadbiran tradisional lenyap.
4. Pengaruh golongan agama merosot kerana fungsi raja sebagai penasihat sami Buddha telah diambil alih oleh undang-
undang Barat.
Perubahan di IndoChina
Sebelum Kedatangan Perancis
1. Negeri-negeri di IndoChina ditadbir oleh sebuah kerajaan pusat berkuasa mutlak yang memberikan kuasa penuh
kepada pembesar tempatan.
2. Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin.
3. Golongan Mandarin di Vietnam dipengaruhi oleh sistem pemerintahan Tanah Besar China.
4. Golongan ini dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan China.
5
Selepas pendudukan Perancis
1. Pentadbiran IndoChina diketuai oleh Gabenor Jeneral yang bertanggungjawab terus kepada Kementeraian Tanah
Jajahan di Paris.
2. Gabenor Jeneral dibantu oleh Leftenan Gabenor (Pemerintah Wilayah Jajahan/Naungan), Residen Jeneral dan Residen
Wilayah.
3. Perancis menubuhkan kerajaan pusat yang dinamakan Union Indochinoise pada 1887.
4. Union Indochinoise merupakan Persekutuan IndoChina yang terdiri daripada Vitnam, Kemboja dan Laos.
5. Persekutuan tersebut diketuai oleh Gabenor Jeneral dan Perancis menguasasi pentadbiran.
6. Semua rang undang-undang di IndoChina diluluskan oleh Parlimen Perancis.
7. Pentadbiran tempatan tidak dicampuri kerajaan pusat tetapi mereka perlu membayar cukai dan menyediakan kerahan
tenaga.
Perubahan di Tanah Melayu
Sebelum Kedatangan Kuasa Barat
1. Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan dan menjadi ikutan kebanyakan negeri Melayu.
Perubahan Pentadbiran
Semasa pendudukan Portugis
1. Portugis telah meruntuhkan institusi raja di Melaka.
Semasa pendudukan Belanda
1. Institusi raja terhapus.
Semasa Pemerintahan British
1. Melaka, Pulau Pinang dan Singapura digabungkan menjadi Negeri-negeri Selat (NNS).
2. Gabenor merupakah pemerintah tertinggi di NNS dan dibantu Residen Kaunselor di ketiga-tiga negeri tersebut.
3. Pentadbiran peringkat kampung yang diketuai Penghulu dikekalkan.
4. British memperkenalkan Sistem Residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu iaitu di Perak, Pahang, Selangor dan
Negeri Sembilan.
5. Setiap negeri diketuai oleh seorang Residen. Residen diletakkan dibawah kuasa Gabenor Negeri-negeri Selat.
6. Tugas utama Residen ialah menasihati Sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat
Melayu.
7. Di negeri-negeri Melayu Tidak Besekutu iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor, British
memperkenalkan Sistem Penasihat. Penasihat di setiap negeri diletakkan di bawah kuasa Gabenor NNS.
6
8. Penasihat bertanggungjawab menasihati Sultan di negeri masing-masing dalam semua perkara kecuali hal ehwal
agama Islam dan adat istiadat Melayu.
9. British turut memperkenalkan perubahan-perubahan lain seperti sistem kehakiman Barat, pelaksanaan sistem kutipan
cukai, pembahagian negeri kepada bebarapa daerah dan penubuhan balai polis.
10. Kesannya, peranan dan pembesar Malayu dalam bidang pentadbiran terjejas.
Perubahan di Thailand
1. Birokrasi Barat di Thailand diperkenalkan sendiri oleh raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn.
Pembaharuan oleh Raja Mongkut
1. Raja Mongkut telah melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan di samping melatih pegawai-
pegawai tempatan.
2. Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis dibawa dari Britain.
3. Penasihat kastam dan ketenteraan masing-masing dari Amerika Syarikat dan Perancis.
Pembaharuan oleh Raja Chulalongkorn
1. Memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri.
2. Melantik juruaudit dari Britain untuk berkhidmat dalam perbendaharaan negara.
Kesan
1. Muncul golongan baru terdiri daripada pentadbir yang mempunyai kedudukan dalam birokrasi moden berdasarkan
tahap pendidikan mereka.
2. Pada tahun 1932, sistem raja berpelembagaan telah menggantikan sistem raja berkuasa mutlak.
3. Pengaruh pembesar tradisional dan institusi raja berkurangan.
4. Permodenan pantadbiran telah membantu Thailand mengekalkan kemerdekaannya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan