Hidup kita Roda
Orang selalu kata.. hidup kita ibarat Roda..
Ada masanya kita di atas, n ada masanya kita berada di bawah..
orang selalu kata, depa sedih ja..
selalu diuji, sat jadi menda tu.. sat jadi menda nih..
kalo ikut kata saya.. ibarat jatuh ditimpa tangga, tersembam pastu jatuh plak tiang atas dia.. tak cukup ng tuh, mai plak burung berak atas pala.. (seyes kejam, hahahha)
tapi tu hakikat hidup kan.. ada ja yang berlaku.. lepas satu, satu dan satu jadi kat dia..
ada jugak yang macam tu..
ada jugak yang senang, senang dan senang.. masalah apa pun tadak (kot)..
aman bahagia.. segala-gala depa nak.. ALLAH bagi ja..
takyah pening pala.. idup kaya raya..
pandai-pandai belaka.. dasat plak tuh..
ini pun ada jugak..
kalau diikutkan, saya rasa kalau saya wat survey la..
pakat-pakat nak idup kaya raya.. suma ada.. nak makan celik mata macik bibik watkan.
nak keta, mummy kasi.. nak duit, daddy kasi kad kredit..
nak adiah.. nak party.. nak itu, nak ini..
segalanya macam ibarat petik jari dapat saja..
betoi dak? tipu kalau cakap tamo kesenangan tu suma..
tapi sedar dak? Nabi Muhammad pernah kata dalam satu hadis tu.. :
“Demi Allah, bukanlah kekafiran atau kerana kemiskinan yang aku bimbangkan atas kamu, akan tetapi aku bimbang kalau-kalau kemewahan dunia yang kamu dapatkan sebagaimana yang telah diberikan kepada orang-orang yang sebelum kamu, lalu kamu bergelumang dalam kemewahan itu sehingga kamu binasa sebagaimana mereka dahulu bergelumang dan binasa pula.” (HR Bukhari)
malah ALLAH juga ada menyebut dalam Al-AlaQ 6-8 ::
“Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, kerana melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya kepada Tuhanmulah kamu kembali.”
bukan bererti senang tu tidak baik semua ya.. jangan bersalah sangka dengan kenyataan saya.. cuma nya,. semakin berat ujian tu yang akan semakin kuatkan hati kita dalam mengingati Yang Maha Esa.. saya berani kerat (kuku) jari kalau kita lagi kuat dan hebat hati mengingati DIA ketika kita senang.. Yakin sangat Most of kita lagi hebat berseronok dari mempergiatkan Sujud Syukur atau bersolat mengucapkan terima kasih atas kurniaanNYA. malah ada yang lagi kritikal yang mana berseronok pula dengan Nikmat tu dengan hiburan-hiburan bercorak maksiat.
serious menyakitkan.. macam kata Pacik Mat Isa, bapa kepada Boss saya yang memperjuangkan kemerdekaan dulu-dulu,
"apa hampa tau pasai Merdeka?tak yah la ampa nak letak bendera kat atas keta ampa tu nak Merdeka la konon, ampa tatau berapa ramai kawan aku mati sebab kena tembak, sebab kena bom, ampa buleh plak berseronok dengan konsert!! "
Walaubagaimanapun. mengambil dari tajuk asal cerita saya di atas, "Hidup Ibarat Roda", segalanya akan kembali seperti sediakala di kemudian harinya.. yang berada di atas, akan kembali duduk di bawah, yang dibawah pula di henjak ke atas, menikmati pula nikmat keseronokan yang da diberikan kepada yang di atas tadi. paling tidak pun, klau tidak diberikan apa-apapun kepadanya.. dia dah dapat "nikmat" lagi dasat dari keseronokan dunia, itulah dia seperti kata Nabi Muhammad SAW::
“Ujian yang tidak henti-hentinya menimpa kaum Mukmin lelaki dan perempuan, yang menimpa dirinya, hartanya, anaknya, akan tetapi ia tetap bersabar, ia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa.” (HR Tarmidzi)
“Orang yang sangat banyak mendapat ujian itu adalah para Nabi, kemudian baru orang yang lebih dekat darjatnya kepada mereka. Orang diuji menurut tingkat ketaatannya kepada agamanya. Jika sangat kuat dalam beragama maka sangat kuat pula ujian yang menimpanya, bila lemah dalam agamanya, maka diuji pula oleh Allah s.w.t. sesuai dengan tingkatan ketaatannya kepada agamanya. Demikianlah ujian itu sentiasa ditimpakan kepada seorang hamba sampai ia dibiarkan berjalan di muka bumi dalam keadan tidak berdosa.”
(HR Tarmidzi)
begitu hebat kekuatan sabar diatas ujian ni.. dibersihkan diri dan dipertemukan diri kita dalam keadaan tidak berdosa.. ALLAH tu Maha Adil, diambil di sana, dan ditampal pula disini,
ni cuma sedikit pengamatan saya tentang yang keseronokan yang disalahgunakan kita tu..
WAJAR la sangat kita amek perhatian.
wallahualam. sekian.
Yang Baek tu dari ALLAH, buruk itu dari Saya.
NadH
http://frameandlenses.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan