Ahad, 3 April 2011

Korea Selatan No 1 Capaian Internet ke Rumah Terpantas di Dunia...'1Gbps'

Seoul- Korea Selatan merupakan negara yang mempunyai sistem capaian atau sambungan Internet terpantas di dunia - terpantas global setakat ini -namun ia masih belum cukup baik lagi pada tanggapan kerajaan Kore Selatan.
Pada tahun 2012, penduduk Korea Selatan akan menikmati kemudahan Internet ke rumah-rumah dengan kelajuan '1Gbps'...1 gigabit per saat. Itu akan menjadi sepuluh kali ganda peningkatan daripada standard nasional dan lebih 200 kali ganda lebih cepat yang dimiliki oleh penduduk-penduduk di Amerika Syarikat.
Satu projek perintis gigabit oleh kerajaan Korea Selatan sedang dilaksanakan, sebagai permulan dengan 1,500 buah rumah untuk setiap bandar di lima buah bandar Korea Selatan. Setiap pengguna dikenakan bayaran sekitar 30.000 won [ RM 90.00] sahaja sebulan untuk sambungan internet 1Gbps.
Berikut adalah senarai 10 teratas negara-negara yang memiliki keupayaan capaian internet terpantas di dunia untuk ke rumah-rumah. [Peratusan berdasarkan jumlah pengguna broadband di setiap negara tersebut] :
1. South Korea (95 percent)

2. Singapore (88 percent)

3. Netherlands (85 percent)

4. Denmark (82 percent)

5. Taiwan (81 percent)

6. Hong Kong (81 percent)
7. Israel (77 percent)

8. Switzerland (76 percent)

9. Canada (76 percent)

10. Norway (75 percent).
Waaaaah... Kemudahan sambungan internet di Malaysia masih jauh ketinggalan. Sebagai contoh di bandar KB ni amat sukar untuk melanggan sambungan internet [streamyx tmnet] pada kelajuan 2Mb... paling laju sekadar 1mb saja. Di kawasan bandar besar pula maksimum 4mb...Negara jiran Singapura sudah capai 8mb untuk sambungan ke rumah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan