Jumaat, 15 April 2011

Binatang-binatang terpantas

1. CHEETAH - 70 Mil/jam (112 Km/jam)


Cheetah adalah binatang terpantas yang hidup di daratan, boleh mencapai kelajuan 112 km/jam sampai 120 km/jam hanya pada lintasan sepanjang 460m (500yard), kemampuannya juga tidak boleh ditandingi binatang apapun, cheetah boleh mencapai kelajuan dari 0 km/jam sehingga 110 km/jam hanya dalam waktu 3 saat!!

2. ANTELOP - 61 Mil/jam (80 Km/jam)

Binatang ini juga dikatakan sebagai binatang darat kedua terpantas di dunia, kelajuan maksima binatang ini sangat sukar untuk dipastikan secara akurat, kerana setiap ekor binatang ini mempunyai kemampuan yang berbeza beza, binatang ini juga mempunyai kemampuan sprint lebih lama kerana dibantu ruang paru paru dan jantung yang lebih besar.

3. WILDEBEEST - 50 Mil/jam (80 Km/jam)

Wildebeest adalah binatang yang bergantung hidupnya pada kelajuannya untuk menghidar dari pemangsa, binatang ini adalah makanan kesukaan kucing besar, habitat Wildebeest terletak di daratan terbuka Afrika, binatang ini adalah komuniti terbanyak yang boleh hidup sehingga 20 tahun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan