Jumaat, 11 Februari 2011


4 Sunnah dalam perniagaan yang sering dilupakan

oleh nina mazrina

Hari ini apabila saya buka email, ada 1 email yang menarik perhatian saya. Email itu ialah berkaitan dengan perniagaan jual beli dalam Islam.
Menurut penulis email itu, ramai diantara kita begitu taksub dengan cara orang Cina dan Jepun berniaga. Yer lah, bukanlah tak boleh nak tiru cara mereka berniaga. Mana yang eloktu ikutlah.




Tapi perlu ingat, keuntungan yang diperolehi oleh bangsa Cina menerusi cara perniagaan yang diamalkan bukanlah menandakan keredhaan Allah S.W.T. Allah maha pengasih kepada seluruh ciptaannya. Kalau cara mereka tidak betul sekalipun Allah tetap boleh memberikan keuntungan kepada mereka, asalkan mereka berusaha dengan gigih.

Tetapi bagi orang Islam ada syaratnya kalau nak berniaga. Peniaga @ usahawan Islam kena ikut SOP yang digaris pandukan melalui Quran & Sunnah. Kalau kita tak ikut, pasti dan pasti akan menemui kegagalan.


Sebab tu zaman Sahabat, khalifah akan membuat patrol check dari kedai ke kedai. Jika didapati peniaga tidak menjalankan perniagaan seperti yg dikehendaki syarak, kedai akan disita dan pekedai dikehendaki mempelajari MBATQH(Master of Business Administration Through Quran &
Hadits). Boleh layari http://www.restu.com.my/jualbeli.html
sebagai rujukan.

Apabila dah khatam dan faham betul-betul rukun dan syarat jual-beli, baru boleh @ layak untuk buka kedai.

Selain daripada itu kena ketahui juga tentang sunnah menjual barang. Apakah sunnah dalam menjual barang?

  • 1) Menceritakan tentang “keburukan” produk kita secara jujur.

Contohnya kalau peniaga kereta terpakai, kena terangkan dengan jujur perihal kereta yang ingin dijual tu. “Kereta ni dah pernah eksiden. Catnya pun pudar sikit. Enjinnya cepat panas. Mungkin water pumpnya rosak kut. Lagi satu, aircond tak sejuk, gasnya dah habis. Boleh jadi terdapatnya kebocoran.”

  • 2) Memulangkan balik duit sambil mengukir senyuman sekiranya menerima customer complaint.

  • 3) Melebihkah timbangan atau sukatan. Yakni bersedekah.

Contohnya: Standard price bagi 10 biji Takoyaki ialah RM5. Tapi kita bagi 1 percuma. 11 biji RM5. Atau Sekilo gula harganya RM2.00. Kita bagi 1,010gm RM2.00.

  • 4) Mengambil keuntungan yang sedikit. Jumlah keuntungan yang kita tetapkan berdasarkan tamsilan di bawah:

Apabila kita membuat roti canai, bahan adunan terdiri daripada tepung gandum, telur, susu segar, garam dll. Berapa banyakkah nisbah berat garam yang kita taburkan berbanding dengan berat tepung yang digunakan maka sebanyak itulah keuntungan yang kita tetapkan.



Kalau kita dapat jalankan perniagaan seperti yang dikehendaki Allah dan Rasulnya, pasti dan pasti kita akan perolehi kejayaan dan keberkatan di dunia apatah lagi di akhirat.

Tulisan : Tuan Muhd Syariff ( japanese_malay@... )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan