Jumaat, 15 April 2011

10 Tips Untuk Tingkatkan Metabolisma Dalam Badan



Ramai yang mengalami masalah berat badan. Bagi mereka yang obese, adalah metabolisma mereka lebih rendah berbanding mereka yang lebih kurus? Hmmm mungkin tapi tahukah anda apa itu metabolisma?

Metabolisma adalah jumlah keperluan tenaga atau kalori untuk fungsi asas badan anda. Pada setiap masa, samada tidur, senaman, mandi dan lain-lain, badan sentiasa membakar kalori. Metabolisma badan anda menentukan penggunaan tenaga badan. Tahukah anda kadar keperluan kalorie seharian anda? Ia tidak sama bagi semua. Ia bergantung kepada umur, jantina, berat badan, tinggi dan kadar aktiviti anda. Kalau nak belajar dengan lebih lanjut, dapatkan melalui eBook ini.

Tip-tip untuk Tingkatkan Metabolisma

Baiklah. Walaupun kadar metabolisma harian badan ataupun BMR (basal metabolic rate) adalah tetap, anda masih boleh amalkan tip-tip berikut untuk naikkan metabolisma badan anda.

  1. Makan 5-7 hidangan kecil setiap kali anda makan, sistem penghadaman badan perlu bekerja. Jadi dengan memakan lebih kerap dengan kuantiti yang lebih sederhana, metabolisma badan akan naik. Kalau tidak, metabolisma badan akan menurun dan anda cepat rasa penat dan lesu (seperti bulan puasa).

  2. Angkat berat! Tahukah anda bahawa otot membakar lebih kalori setiap hari berbanding lemak? Yup. Jadi katakanlah ada dua insan yang mempunyai jantina, tinggi, umur dan berat yang sama. Tapi seorang mempunyai lebih otot manakala seorang lagi lebih lemak. Siapa akan mempunyai metabolisma yang lebih tinggi? Sudah tentu yang lebih otot! Jadi mulakan senaman angkat berat anda hari ini. Tak kiralah di rumah ataupun di gym!

  3. Makanan pedas. Hmm walaupun saya sendiri kurang gemari makanan yang pedas, ayam masak chili dan lain-lain boleh membantu tingkat metabolisma badan. Tapi jaga-jaga dengan pengambilan kalori. Jangan terlebih.

  4. Coffee atau caffeine. Tahukah kenapa anda rasa segar dan lebih fokus selepas minum kopi? Ini kerana caffeine dalam kopi meningkatkan metabolisma dan justeru bakar lebih kalorie. Tapi jangan terlebih pulak, nanti susah. Baca disini mengenai baik-buruk coffee dan caffeine.

  5. Minum air mineral. Metabolisma badan perlukan banyak air untuk berfungsi dengan baik. Malah air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang.

  6. Makanan tenaga tinggi. Tingkatkan pengambilan makanan bertenaga tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan karbohidrat kompleks.

  7. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Protein mempunyai rantai kimia yang komplex yang perlukan 30% daripada jumlah kalori sebelum dihadamkan. Contoh: sekiranya anda nyahkan 100 kalorie protein, 30 kalori akan digunakan untuk menghadamkan makanan berprotein tersebut.

  8. Elakkan makanan ringkas. Makanan kompleks seperti roti perang, kacang lebih baik. Kenapa? Kerana untuk menghadamkan makanan kompleks, ia perlukan lebih banyak tenaga berbanding makanan ringkas seperti roti putih, gula-gula dan lain-lain.

  9. Kardio! Sudah tentu senaman kardio seperti jogging, badminton, berjalan dll dapat membantu tingkatkan keperluan kalori (tenaga) badan dan sekiranya keperluan tenaga badan mengingkat, metabolisma anda akan mengingkat. Amalkan paling kurang 20minit kardio 2-3x seminggu.

  10. Suplemen pembakar lemak (fat burner). Pernahkah anda tahu bagaimana suplemen pembakar lemak itu berfungsi? Hmm dan kenapa pulak "bakar" lemak? Kandungan utama kebanyakkan pembakar lemak popular di Malaysia dan dunia seperti Lipo6, JusMate5, Hydroxcut dan lain-lain adalah guarana, caffeine, ma huang dan lain-lain. Objektif ingredient ini bukanlah untuk "bakar" lemak tetapi untuk tingkatkan dengutan jantung, kadar pengederan darah - tingkatkan metabolisma. Adakah ia sesuai? Ah itu bergantung kepada individu. Tetapi seperti mana-mana ramuan, ia tidak membawa hasil yang sama untuk setiap orang.

Kata akhir, untuk tingkatkan metabolisma, yang penting adalah senaman angkat berat, pemakanan seimbang yang kerap dan apa jua aktiviti dalam kehidupan anda untuk tingkatkan penggunaan kalorie.


sumber: iluvislam.com

Islam di Eropah


11 Jamadilawwal 1432H,


"Perangkaan dan kajian telah menunjukkan beberapa buah negara Kesatuan Eropah (EU)seperti Britain, Sepanyol dan Belanda akan mempunyai kadar penduduk muslim yang lebih tinggi dalam tempoh terdekat. Perangkaan tahun 2008 menunjukkan bahawa 5% daripada keseluruhan jumlah penduduk di 27 negara Eropah adalah terdiri daripada kalangan umat Islam.

Ini bukanlah suatu yang baru kerana Islam dan Eropah mempunyai citra tersendiri yang cukup lama sejak wujudnya era emas empayar Islam di Sepanyol selama lebih 700 tahun. Itupun sebelum ia ditewaskan oleh Raja Ferdinand dan Permaisuri Isabella. Akibatnya pada tahun 1609 orang Islam telah dihalau serta dibunuh di mana amalan agama Islam dilarang perlaksanaannya sehinggalah Islam kembali diterima semula oleh masyarakat moden Eropah pada hari ini.

Sejarawan dunia telah mengiktiraf sumbangan Islam kepada Barat, terutama dalam bidang intelektual, pembinaan tamadun, penemuan sains, kemajuan perubatan moden, perkembangan budaya dan falsafah, disiplin ilmu dan sebagainya. Philip K Hitti dalam bukunya "Orang Arab: Sejarah Ringkas" (The Arabs: A Short History) menukilkan seperti berikut:

"Orang Islam Sepanyol mengarang salah satu daripada bab-bab yang gemilang dalam sejarah intelek pada Zaman Pertengahan Eropah. Di antara pertengahan abad ke-8 dan permulaan abad ke-13, orang Arab merupakan pemimpin utama dalam budaya dan peradaban di seluruh dunia. Kedua-dua bidang ini merupakan perantara untuk memulih, menambah dan menyebar sains dan falsafah kuno yang telah memungkinkan pembaharuan di Eropah Barat." (h 174-175).

Peningkatan jumlah pendatang dari negara Islam di Eropah dan kadar kelahiran yang rendah di kalangan penduduk asal Eropah bermakna jumlah umat Islam di sana akan meningkat menjadi 20% menjelang tahun 2050 seperti yang dilaporkan oleh kajian mengenai Euro-Islam dalam jurnal Current History oleh William Finan. Pada ketika ini United Kingdom (UK) sahaja mempunyai lebih 1.8 juta (tahun 2009) adalah penduduk Islam, ditambah 72 juta orang Islam lagi di Turki.

Islam di Rusia

Manakala pada tahun 2008 direkodkan Russia mempunyai bilangan orang Islam paling ramai di Eropah, iaitu kira-kira 27.04 juta, Perancis (6.12 juta), diikuti oleh Jerman kira-kira 3.05 juta warga Islam, Itali (2.4 juta), UK (1.51juta - lihat peningkatan pesat 2009 kepada 1.8juta!), Belanda (890,000 orang), Sepanyol (550,000), Austria (300,000), Belgium (380,000), Sweden (280,000) dan beberapa negara Eropah lain yang terus mencatatkan peningkatan jumlah umat Islam di sana.

Kebanyakan Muslim di Eropah terdapat di bandar-bandar besar seperti 25% di Rotterdam (Netherlands), 24% di Amsterdam (Netherlands), 20% du Marseille (France), 17% di Brussels (Belgium), 16% di Bradford (UK), dan 10% di Paris, London dan Copenhagen.

Bagi Tariq Ramadan, seorang sarjana falsafah dan pengajian Islam di Switzerland dalam tulisan beliau berkenaan peningkatan jumlah umat Islam di Eropah berpendapat bahawa Islam kini telah menjadi sebahagian daripada budaya Eropah. Masyarakat Islam di Eropah bukan lagi pendatang yang kemudian kembali ke negara asal mereka, tetapi ia telah menjadi warga Eropah yang beragama Islam.
Islam yang menjadi kebimbangan

Sementara itu, menurut sarjana Barat tersohor iaitu John Esposito, pengasas Majlis Persefahaman Islam-Kristian di Washington, Amerika Syarikat pula berpandangan Islam bukan saja agama kedua terbesar secara global, tetapi juga agama kedua atau ketiga terbesar di Eropah dan Amerika. Ini akan membuka peluang dan ruang lebih besar kepada Islam untuk berkembang di seluruh dunia.

Pope Benedick XVI pun bimbang apabila 100,000 orang Jerman, kaum bangsanya sendiri turut meninggalkan agama asal mereka lalu memeluk Islam saban tahun. Malah lebih menyedihkan apabila cuma tinggal 0.04% sahaja orang Kristian yang masih sudi untuk ke gereja pada setiap hujung minggu di seluruh dunia.-ikanlepu

Khamis, 14 April 2011

24 perkara yang mesti ditinggalkan .



Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.

Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.

Yang baik itu adalah dari ALLAH S. W. T. dan yang buruk itu dari kesilapan hambaNYA juga

1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.
2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar) . Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)
6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.
8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.
11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati bolehdatang bila-bila masa.
12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.
14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.
19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
22- Jangan lupa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadaNYA.
24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.

Rabu, 13 April 2011

Antara fasiq dengan kufur mana pilihan anda?

Ahmad Baei Jaafar
Dalam Islam perbuatan mencaci maki, mencerca dan menghina orang Islam yang lain adalah perbuatan keji yang pada sisi Allah dikira fasiq. Walaupun Islam melarang perbuatan itu namun perbuatan itu amat sukar dihapuskan. Persoalaannya mengapa susah sangat umat Islam meninggalkan tabiat buruk itu?
Bagi menjawab persoalan ini elok kita halusi sabda Rasulullah s.a.w.:
سباب المسلم فسوق وقتاله كفر - متفق عليه
Maksudnya: “Menghina, mencerca, mencaci maki seseorang Islam adalah fasiq, dan membunuh orang Islam adalah kufur.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadis ini ada dua golongan manusia yang amat buruk di sisi Allah. Golongan itu ialah fasiq dan kufur yang kedua-duanya terdiri daripada orang Islam sendiri.
Fasiq ialah orang yang mengekalkan dosa kecil. Namun dosa kecil yang besar di sisi Allah ialah menghina, mencerca, caci maki dan mengumpat orang Islam. Kalau umat Islam sering terlibat dalam perbuatan itu, mereka dicap sebagai fasiq. Dan orang fasiq dalam bahasa Melayu bermaksud orang jahat.
Orang yang fasiq, cakapnya tidak boleh dipercayai maka sebab itu Allah mengingatkan umat Islam, “jika datang orang fasiq membawa berita, hendaklah kamu selidik terlebih dahulu.” Jadi, kalau pemimpin yang naik dengan cara itu, sudah tentu dia termasuk dalam kategori fasiq.
Kufur pula ialah orang yang melakukan dosa besar. Kufur dalam bahasa yang mudah difahami ialah golongan yang suka menyalahi dan mempertikaikan larangan Allah. Maka berdasarkan hadis di atas, orang yang terlibat dalam membunuh orang Islam adalah dosa besar. Oleh sebab itu mereka dicap sebagai kufur.
Walau bagaimanapun dalam senarai dosa besar, terdapat dosa besar yang kecil di sisi Allah namun besar di sini manusia. Dosa tersebut ialah membuat fitnah dan menyebar fitnah. Hal ini kerana fitnah di sini Allah adalah lebih dahsyat daripada pembunuhan. Demikian seperti yang difirmankan Allah dalam al-Quran.

Kecilkah fasiq?
Fasiq walaupun melibatkan mereka yang melakukan dosa kecil, tetapi tidak boleh dipandang remeh oleh umat Islam. Hal ini kerana orang yang fasiq dalam Islam tidak sah menjadi wali pernikahan anak perempuannya. Dan seseorang yang fasiq juga tidak sah menjadi saksi dalam apa-apa majlis yang memerlukan saksi.
Begitulah buruknya nilaian orang fasiq. Tetapi mungkin kerana umat Islam tidak sedar akan nilaian itu, maka mereka terus melakukan fasiq. Mungkin mereka beranggapan bahawa fasiq boleh terhapus dengan isytighfar. Dan dosa kecil boleh terhapus dengan wuduk, maka bolehlah dosa itu dilanggar. Inilah salah faham yang menyebabkan umat Islam terus memilih fasiq tanpa ada rasa berdosa.
Sebenarnya jika merujuk kepada kepada hadis di atas, Rasulullah mengingatkan umat Islam tentang dosa menghina, mencerca, caci maki dan mengumpat orang Islam. Sebaliknya dalam dalam, keburukan seseorang Islam wajib ditutup oleh orang lain. Ingatlah walaupun mendedahkan keburukan yang kita lihat pada seseorang dikira dosa kecil tetapi dosa itu berada pada tingkat tertinggi. Maknanya orang yang terlibat dalam dosa ini berada pada kedudukan fasiq yang tertinggi.
Jelas, fasiq bukan perkara kecil yang boleh dikecil-kecilkan oleh umat Islam. Jadi, dalam keadaan apa pun, umat Islam mesti mengawal diri daripada terlibat dalam fasiq lagi. Apalah faedahnya kita dinilai hebat di sisi manusia tetapi dinilai fasiq di sisi Allah?
Cuma bersoalan sekarang, berapa ramai umat Islam yang menyedari peringatan Rasulullah itu? Mengapa mereka masih mahu dicap sebagai fasiq? Mahukah mereka dihalang daripada menjadi wali atau saksi untuk sesuatu pernikahan? Atau adakah mereka sanggup dipanggil orang jahat.
Sebenarnya, orang yang melakukan dosa di atas pada sisi Allah seperti seseorang yang memakan bangkai saudaranya sendiri

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah daripada banyak bersangka-sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepada-Nya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Hujurat: 12)
Bayangkan ketika anda hendak mencerca seseorang, dan setiap kali anda hendak menuturkan kata-kata itu, rasakan seolah-olah anda sedang menyuapkan daging saudara yang yang baru mati ke mulut anda. Sanggupkah anda meneruskan cercaan itu?
Oleh sebab itu hentikan cercaan itu. Sedarlah, mereka yang terlibat, masih diberi peluang untuk bertaubat. Semoga dengan ini diri mereka boleh dibersihkan daripada dosa fasiq.
Selain itu, mereka yang mencintai dunia lalu tunduk kepada kehendak dunia lebih daripada kehendak Allah dan Rasul juga tergolongan sebagai orang fasiq juga. Firman Allah Taala:

(Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk ugama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.” (Surah al-Taubat: 24)

Selasa, 12 April 2011

16 Gambar Air Terjun Terindah Ciptaan Allah Di Muka Bumi! Dan Redakan Kepanasan Di Hati Mu...

Victoria Falls

Great and Beautiful Waterfalls

Iguazu Falls

Great and Beautiful Waterfalls

Huangguoshu, China

Great and Beautiful Waterfalls

Blue Nile Falls, Ethiopia

Great and Beautiful Waterfalls

Angel Falls, Venezuela

Great and Beautiful Waterfalls

Niagara Falls, Canada/USA

Great and Beautiful Waterfalls

Jog Falls, India

Great and Beautiful Waterfalls

Gullfoss, Iceland

Great and Beautiful Waterfalls
Dettifoss Water Falls

Great and Beautiful Waterfalls


Sutherland Falls

Great and Beautiful Waterfalls

Kaieteur Falls

Great and Beautiful Waterfalls

Yosemite Falls

Great and Beautiful Waterfalls

Angel Falls

Great and Beautiful Waterfalls

Plitvice Waterfalls

Great and Beautiful Waterfalls

Great Falls

Great and Beautiful Waterfalls

Damajagua Falls

Great and Beautiful Waterfalls

Kegon Falls. Japan

Great and Beautiful Waterfalls
Dari blog: HEMBUSAN AMAL 4u

Go to fullsize imageMESIR dikenali bukan karena piramidnya. Ini karena bangunan yang menakjubkan, bukan saja wujud di Mesir tetapi juga di Indonesia dengan Candi Borobudurnya, di China dengan Tembok Besar, Patung Zues di Olimpia, Yunani dan banyak lagi bangunan-bangunan lain di seluruh dunia. Bukanlah kemuliaan dan kehebatan Mesir dengan adanya bangunan piramidnya, tapi lebih merupakan simbol kezaliman penguasa terdahulu.


Kehebatan Mesir sebenarnya ialah kerana Universiti al-Azhar yang diasaskan pada tahun 970M. Bumi anbiya’ yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke seluruh dunia. Atas kemuliaan ini, pemimpin Mesir sewajarnya terdiri daripada mereka yang mempunyai komitmen dengan Islam.


Go to fullsize imageSayangnya, Mesir hari ini ditadbir oleh rejim diktator yang sedikit pun tidak mencerminkan kemuliaan Universiti al-Azhar. Lihatlah bagaimana Sayyid Qutb telah dibunuh dengan kejam hanya kerana menulis kitab Maalim fit Tariq dan tafsir Fil Zilalul-Quran. Sekalipun dibunuh atas tuduhan memberontak, beliau tetap dipuji oleh ulama-ulama kemudian seperti Syeikh Mutawalli Sya’rawi dan Dr. Zaghloul Najjar. Kedua-dua ulama ini setiap kali menyebut nama Sayyid Qutb pasti akan diikuti dengan rahimahullah rahmatan wasiatan (semoga Allah merahmatinya dengan rahmat yang luas).


Kezaliman rejim Hosni Mubarak di Mesir terbukti dengan kemenangan besarnya yang dicemari dengan penyelewengan besar-besaran setiap kali diadakan pilihanraya. Kemenangannya yang mencapai 99% merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat. Di dalam masa yang sama, rezim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin untuk menghalang mereka bertanding di dalam pilihanraya (Pemilu). Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya pengunjukrasa yang berjumlah ratusan ribu kemarin?


Rezim inilah juga yang mengulurkan tangan persahabatan dengan Israel pada saat Israel dikutuk di seluruh dunia kerana menzalimi rakyat Palestina. Mereka menidakkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa al-Azhar pada 18 Jamadil Awwal 1375H bersamaan 2 Januari 1956M yang mengharamkan segala bentuk kerjasama dengan negara haram Israel. Di antara mereka yang ikut sidang pada hari itu ialah Syeikh Isa Manun, Dekan Fakulti Syariah dari Mazhab Syafi'i, Syeikh Mahmoud Shaltout, dari Mazhab Hanafi, Sheikh Mohamed Thaneikhi, Pengarah Badan Dakwah dan Bimbingan Keagamaan, dari mazhab Maliki, Syeikh Muhammad Abdul Lathif As-Subki, Pengarah Penyelidikan Universiti Al-Azhar dari mazhab Hanbali dan Syeikh Zakaria Al-Birri, Bahagian Jawatankuasa Fatwa.


Go to fullsize image

Sesungguhnya tangan Hosni Mubarak ialah tangan berlumuran dengan darah rakyat Palestina. Kekuasaannya tegak di atas susunan tulang tulang para ulama yang dikorbankan demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya. Hari ini, tindakan paling tidak demokratik telah dilaksanakan dengan menutup semua akses internet dan jaringan telefon semata-mata untuk membendung kebangkitan rakyat.

Isnin, 11 April 2011

Sayangi remaja dengan didikan yang betul

Ahmad Baei Jaafar
Kecuaian dan kesilapan ibu bapa dalam memberi didikan kepada anak-anak boleh mengakibatkan mereka tersasar dari landasan yang betul. Tahukah anda, Islam perintahkan ibu bapa menyuruh anaknya supaya solat waktu usia tujuh tahun ada sebabnya. Bukan sekadar suruh anak solat dan apabila anak itu sudah melakukannya, ditinggalkan begitu sahaja.
Tetapi suruhan solat ini hendaklah dengan penuh kasih sayang. Manakala pendekatan suruhan itu perlukan latih tubi selama tempoh tiga tahun. Bayangkan kalau tiga tahun dididik dan diawasi dengan penuh cermat, mampukah dia mencuri tulang lagi untuk lari daripada solat. Kemungkinan besar mereka tidak sanggup kerana sudah ada rasa satu dosa kalau meninggalkan solat.
Namun realiti yang berlaku pada hari ini, pada waktu anak-anak masih kecil, mereka diasuh oleh pengasuh taska dan tadika. Pada waktu itu, mereka sudah diajar doa makan, doa belajar, doa masuk tandas dan sebagainya. Tetapi doa itu tidak lagi diamalkan di rumah apatah lagi kalau iba bapa tidak berminat untuk mendengar atau membacanya.
Apabila anak-anak itu memasuki sekolah rendah dan menengah, terdapat sistem pembelajaran agama yang baik. Di sekolah latihan solat berjemaah telah dilakukan terutama pada waktu zohor. Tetapi bagaimana ketika anak-anak itu pulang ke rumah? Ibu bapa langsung tidak memberi perhatian kepada perkara itu, malah ada ibu bapa yang tidak mahu menunaikan solat.
Jelas di sini, ibu bapa tidak berperanan pada usia anak itu tujuh tahun selama tiga tahun. Kalau inilah yang berlaku, apa yang akan terjadi kepada anak itu apabila dewasa kelak? Sudah pasti mereka tidak akan melakukan solat dan ibadah-ibadah lain. Kalaupun terdapat mereka yang melakukan solat, hanya kerana malu kepada kawan atau takut dimarahi ibu, bukan kerana tanggungjawab kepada Allah.
Jadi, proses didikan solat ini perlu dimulakan dari usia tujuh tahun dan berterusan selama 3 tahun. Apabila anak itu telah berusia 10 tahun, keadaannya perlu dipantau kerana lazimnya menjelang usia baligh seseorang itu sedang bertarung dengan godaan nafsu dan syaitan. Oleh sebab itulah Rasulullah mengingatkan ibu bapa agar merotan anak jika tinggalkan solat.
Rotan penting di usia ini kerana kanak-kanak pada peringkat ini sudah boleh berfikir mana yang baik dan mana yang jahat. Maka apabila anak itu diberi peringatan dengan rotan, dia akan melakukan yang terbaik. Solat yang dilakukan bertambah baik dan lebih khusyuk berbanding sebelumnya.
Tegasnya, anak yang terdidik sejak awal ini, akan mudah terkesan apabila diberi amaran dengan rotan. Tetapi kalau ibu bapa sudah gagal mendidik anak seusia tujuh tahun, rotan sudah tidak berkesan lagi pada usia 10 tahun. Inilah yang berlaku kepada remaja sekarang, mereka sudah tidak “makan saman” dengan ugutan rotan oleh ibu bapa mereka.

Didik iman
Selain solat, anak-anak ini perlu diberi perhatian kepada didikan iman. Iman adalah teras segala kekuatan yang memantapkan jati diri seseorang. Iman pada diri seseorang kalau hendak ibarat dengan sebatang pokok ialah akarnya. Keimanan kepada Allah adalah ibarat akar tunjangnya. Maka paling jauh akar itu ke dalam bumi pasti pokok itu akan terus kukuh berdiri.
Sebenarnya seseorang yang keimanannya kepada Allah tidak mantap, walaupun masih ada iman kepada rukun iman yang lain, jati dirinya tidak begitu kukuh. Iman tanpa keimanan kepada Allah yang mantap ibarat pokok yang tidak ada akar tunjang, mudah tumbang apabila dipukul rebut. Ini seperti pokok kelapa yang semangnya tidak ada akar tunjang.
Menyedari keadaan ini, anak-anak sebelum menjelang remaja perlu dikuatkan keimanan mereka kepada Allah. Didikan iman sama seperti didikan solat, perlu latih tubi beberapa tahun. Mungkin anda pernah dengar kisah seorang remaja pengembala kambing pada zaman Sayidina Umar al-Khattab.
Tatkala Khalifah Sayidina Umar al-Khattab membuat tinjaun ke atas akitiviti umat Islam beliau bertemu dengan seorang remaja yang sedang mengembala puluhan kambing. Khalifah yang tidak dikenali remaja itu, cuba bertanya, “bolehkah kamu menjual seekor kambing ini kepada ku?”
Remaja itu berkata, “maaf tuan, saya tidak diamanahkan untuk menjual.” Lalu Sayidina Umar berkata, “Tuan kamu tidak ada dan kalau kamu menjual seekor, pasti tuanmu tidak sedar. Dan wang jualan ini boleh kamu gunakan untuk keperluan kamu.”
Remaja itu dengan tegas berkata, “kalaupun tuan saya tidak ada dan tidak nampak, tetapi tuhan kepada tuan saya ada dan nampak perbuatan saya.”
Mendengar itu, khalifah berasa syukur kerana remaja ini sudah kukuh iman dan kukuh jati dirinya. Kerana dengan keimanan kepada Allah menjadikan dia tidak sanggup menipu tuannya walaupun peluangnya sudah di hadapan mata.
Keimanan yang semantap itu, sudah tentu bukan didikan sehari dua, tetapi bermula tiga tahun lalu. Persoalannya, berapa lama kita didik iman anak kita pada hari ini? Setahu saya proses didikan iman ini tidak pernah dilakukan dalam masyarakat kita. Belajar ilmu akidah, rukun iman belum menepati didikan iman yang saya maksudkan di atas.