Ahad, 2 Disember 2012

TZiPi LiVNi Si SUNDAL YAHUDi PUNCA AMRU MUSA KHiANATi MURSi

Ahad 2 Dis.2012
Amru Musa, pembangkang utama kerajaan Mursi waktu ini (bekas Setiausaha Agung Liga Arab, bekas Menteri Luar zaman Mubarak dan bekas calon Presiden Mesir yang tewas)awalnya bukan nama yang dibariskan dengan puak penentang Mursi. Beliau terlibat secara langsung dalam Panel Penggubal Perlembagaan baru Mesir dan bekerjasama dengan Mursi memberikan idea dan pendapat dalam siri pertemuan yang diatur oleh Pejabat Presiden.

Namun, segala-galanya kini telah berubah. Pada 4 November lalu iaitu kira-kira 10 hari sebelum serangan Israel ke atas Gaza, dilaporkan berlangsung pertemuan antara Amru Musa dengan bekas Menteri Luar Israel, Tzipi Livni (gambar).


Dalam pertemuan tersebut, Livni telah meminta secara langsung kepada Musa bagi 'menimbulkan kekeliruan' kepada kerajaan Mursi.

Musa kemudian kembali ke Mesir dan beberapa hari kemudian mencipta "krisis" dengan menyerang Panel Penggubal Perlembagaan yang dia menjadi salah seorang anggota panel. "Krisis ciptaan" tersebut menyaksikan Musa mengetuai 12 orang anggota panel yang lain menarik diri beramai-ramai atas harapan panel tersebut menemui kegagalan dan rakyat akan bersama-samanya meminta panel tersebut dibubar.

Amru Musa, seperti Hamdin Sobahi juga yang menyertai pertandingan Presiden Mesir menentang Mursi mengharapkan dia akan dinobat berada di kerusi nombor satu negara tetapi tewas. Ditewaskan oleh calon "tidak popular langsung" yang asalnya hanya menjadi "calon simpanan" kepada partinya, iaitu Dr.Mursi. (Ikhwan Muslimin sebelum itu mencalonkan Khairat Shatir, Naib Mursyidul Am Ikhwan sebelum pencalonan Shatir ditolak). Bagi Musa dan Sobahi, kekalahan mereka cukup memalukan kepada seorang yang masih mentah dalam politik yang bernama Mursi.


Dendam kesumat serta keegoan mereka menyebabkan mereka bersatu memporak-perandakan negara sendiri. Bergabung pula dengan puak Mohammad Baradie, penyokong kuat Amerika di Mesir.-
Abdul Malik. dan juga  middleeastmonitor
gendangperang

10 juta rakyat Mesir demo sokong Morsi

Ahad 02 Dis 2012

(Sebahagian rakyat Mesir yang berdemo menyokong Morsi)

KAHERAH: Dianggarkan 10 juta rakyat Mesir berhimpun di seluruh Mesir semalam, untuk menyokong pindaan Perlembagaan baru yang diusahakan Presiden Mohammed Morsi bagi menggantikan Perlembagaan di zaman Hosni Mubarak.

Pindaan Perlembagaan diusahakan kerajaan baru Mesir di bawah kepimpinan Ikhwanul Muslimin, melalui Parti Kebebasan dan Keadilan yang menang dalam Pilihan Raya Umum, Jun lepas.

Selepas dilantik menjadi Presiden Mesir, Morsi membentuk sebuah jawatankuasa khas bagi merangka Perlembagaan rakyat untuk menggantikan Perlembagaan lama yang dianggap zalim dan diktator.

Draf cadangan Perlembagaan baru tersebut sudah dikemukakan ke pejabat Presiden semalam dan Morsi sudah membuat pengumuman untuk menyerahkan Perlembagaan tersebut kepada rakyat menerusi referendum 15 Disember depan.

Bagaimanapun usaha Morsi mendapat tentangan hebat golongan fulul, iaitu saki baki kroni Hosni Mubarak dalam kerajaan diktator yang digulingkan menerusi kebangkitan rakyat 25 Januari 2011.

Kumpulan ini menguasai kuasa kehakiman iaitu Peguam Negara, Abdul Majid Mahmoud yang sudah ditukar jawatan sebulan lepas, untuk dihantar sebagai Duta ke Vatican.

Namun Abdul Majid menukar persetujuan beliau akibat tekanan pihak pembangkang yang berkepentingan untuk mensabotaj kerajaan baru.

Morsi kini berhadapan sekumpulan hakim-hakim tegar yang berusaha menghalang referendum rakyat.

Namun, perhimpunan terbesar dalam sejarah Mesir ini tunjangi sekitar 5 juta rakyat yang berhimpun di hadapan Universiti Kaherah, dekat sini, merencatkan rancangan pembangkang.

Perhimpunan terbesar rakyat Mesir menyokong Morsi bagaimanapun cuba disembunyikan media pro Barat yang hanya menunjukkan ketegaran segelintir penyokong pembangkang di Dataran Tahrir.

Setakat ini Mesir berada dalam keadaan yang amat aman, Morsi berjaya mengawal keselamatan dengan baik dan himpunan pembangkang yang ditaja Barat gagal mendapat sambutan.

harakahdaily

Sabtu, 1 Disember 2012

Menteri Turki: "Erdogan" jurutera status bagi Palestin kata "pemerhati" .. Perdana Menteri membuat peta "Facebook profil"


Ahad Disember 02, 2012


Menteri Turki itu berkata pada hari Sabtu bahawa Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan adalah arkitek kemenangan Pihak Berkuasa Palestin di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan menewaskan status pemerhati bukan ahli negeri.
  Berita agensi berita Anatolia untuk Egeman Bagbs, Negeri Menteri Turki menjaga Hal Ehwal Eropah dan perunding ketua Turki ke Kesatuan Eropah, mengatakan bahawa "Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan adalah kejayaan Jurutera Palestin terbesar, di mana digunakan hubungan yang diplotkan yang lalu 10 tahun langkah demi langkah di dunia."  
  Beliau berkata bahawa proses ini ringkasan yang bermula sejak penarikan diri dari Forum Ekonomi Dunia di Davos Erdogan dalam protes di tidak memberi masa yang cukup untuk bertindak balas kepada Presiden Israel Shimon Peres, berhubung serangan Zionis ke atas Gaza pada tahun 2008-an dan awal 2009.
  Dan ditambah Bagbs "tidak boleh menjadi entiti Zionis dalam keadaan aman damai kecuali kembali rakyat Palestin yang terdedah kepada penindasan tahun lalu negeri dan pengetahuan beliau dan modal, Baitulmuqaddis."
Bagi pihaknya, Turki Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan menyatakan kegembiraannya resolusi ini, untuk membangunkan peta Palestin pada peribadi laman web rangkaian Facebook sosial beliau, dan ia antara hello Palestin dalam Bahasa Inggeris, selepas Perhimpunan Tingkat mercu tanda Umum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang Deklarasi Palestin «pemerhati Negeri».
  Erdogan tidak berhenti pada itu, tetapi meletakkan helang yang membawa bendera Palestin, pada halaman peribadi beliau, dan memberi terima kasih kepada semua orang-orang yang menyokong keputusan «Palestin sebagai negara pemerhati.
  Petang Khamis menyaksikan undi terakhir Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), untuk mendapatkan Palestin «negeri bukan ahli pemerhati, yang mengakibatkan di 138 negara undi memihak resolusi, dan 41 negara menahan diri daripada mengundi, dan 9 negara enggan untuk menyokong.
  Palestin memenangi preskripsi bukan ahli pemerhati keadaan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam undi dalam Perhimpunan Agung dua hari sebelum keputusan 138 orang mengundi memihak dan 9 undi terhadap, dengan 41 berkecuali.
elshaab 

Presiden Syria, Bashar Al-Assad Di Dakwa Terbunuh


Seorang teman memberikan pautan pengumuman bahawa Bashar Al-Assad mati atau melarikan diri ke Russia. Ia diumumkan dari pentas utama himpunan menyokong Mursi di hadapan Universiti Kaherah, malam tadi.

Kelihatan, Syeikh Muhammad Hasan dan mereka di atas pentas sujud syukur kepada Allah. Mungkin ada benarnya.

Semoga berita ini adalah sesuatu yang benar. Jika benar ia melambangkan kemenangan Islam Sunni di Syria. Sunni mendapat kembali hak mereka sebagai rakyat Syria dan manusia yang selama ini dizalimi kerajaan lahanat Bashar Al Assad. 
 



~gendangperang

3 selebriti sertai Bicara Selebriti ke-7

Ahad 02 Dis 2012

(Bergambar kenangan dengan Tuan Guru Nik Aziz)

KOTA BHARU: Tiga selebriti terkenal tanah air termasuk seorangnya dari Indonesa aktres Ketika Cinta Bertasbih, Meyda Safira, menjayakan Bicara Selebriti Ke-7 malam tadi.

Dua orang lagi, Ustaz Azhar Idrus, pakar motivasi anak muda dan pelakon Heliza Helmi yang bakal dimoderatorkan oleh Amin Idris.

Buat julungkalinya sejarah program selebriti, ianya diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, berbanding sebelum ini diadakan di Balai Islam, KTC dan KB Mall.

Sempena kunjungan selebriti ini, mereka sempat mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob di JKR 10, petang semalam.

Tuan Guru melahirkan rasa syukur kerana golongan artis semakin ramai mendekati Islam.

Pada masa yang sama juga beliau bersyukur kerana menerima undangan kerajaan Kelantan untuk menghadiri program berbentuk ilmu untuk dikongsi bersama.

Sementara itu, Meyda melahirkan rasa syukur kerana diberi kesempatan untuk hadir di Kelantan yang juga merupakan kunjungan pertama ke negara ini.

Baginya jemputan itu suatu yang mengejutkan kerana tidak dijangkakan akan menerima undangan yang sama sebagaimana sahabat yang lain sebelum ini.

“Alhamdulillah, saya bersyukur bangat, terima kasih kerana sudi mengundang saya,”ujarnya ketika ditemui selepas sesi pertemuan dengan Tuan Guru.

harakahdaily

Rumah tengah lebuh raya dirobohkan

Ahad 2 Dis.2012

BEBERAPA buah jentera berat digunakan untuk merobohkan rumah Luo Baogen selepas dia dan isterinya bersetuju untuk menerima pampasan sebanyak AS$41,000.


BEIJING - Pihak berkuasa China telah merobohkan rumah lima tingkat yang terletak di tengah-tengah sebuah lebuh raya baharu dan menjadi kontroversi baru-baru ini.
Ketua kampung Xiayangzhang, Chen Xuecai memberitahu AFP bahawa rumah itu diroboh semalam selepas pemiliknya yang juga seorang penternak itik, Luo Baogen setuju untuk menerima pampasan sebanyak AS$41,000 (RM124,615).
Luo menjadi satu-satunya pemilik rumah yang enggan keluar dari kawasan yang telah diratakan untuk dijadikan lebuh raya di wilayah Zhejiang itu.
Luo baru sahaja menyiapkan rumahnya dengan kos AS$95,000 (RM288,743) sebelum kerajaan menawarkan pampasan sebanyak AS$35,000 (RM106,379) supaya berpindah,
Tidak jelas kenapa Luo menerima tawaran tersebut. Menurut Chen, Luo sudah penat dengan perhatian media dan menerima tawaran itu secara sukarela.
Pihak berkuasa China biasanya memberi tekanan kepada pemilik tanah atau rumah supaya bersetuju menerima pampasan dalam usaha meneruskan pembangunan. - AFP

Harimau Malaya makin garang

PENJAGA gol Malaysia, Farizal Marlias berjaya menangkap kemas bola percubaan pemain Indonesia pada aksi Kumpulan B Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.


MASALAH komunikasi dilihat masih menghantui skuad Harimau Malaya sebaik melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2012 apabila membenam Indonesia 2-0 dalam aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Andai ia tidak diatasi segera, tidak mustahil anak-anak buah Datuk K. Rajagobal berdepan tugas getir ketika melayan kunjungan juara Kumpulan A, Thailand dalam aksi separuh akhir pertama pada 9 Disember ini.
Kesukaran benteng pertahanan Harimau Malaya mengekang larian deras Andik Vermansyah, Elie Aiboy dan Oktovianus Maniani malam tadi juga seolah-olah memberikan petunjuk jelas buat Thailand nanti.
Namun pada masa sama, kejayaan menewaskan Sang Garuda malam tadi sememangnya detik yang paling istimewa buat seluruh rakyat Malaysia, sekali gus mengulangi kecemerlangan final edisi dua tahun lalu yang menyaksikan Malaysia muncul juara buat julung kalinya.
Ternyata, skrip yang lebih kurang sama seperti mana edisi dua tahun lalu masih menjadi pilihan Rajagobal kali ini apabila kembali bangkit melakar dua kemenangan bergaya setelah dikejutkan Singapura 0-3 dalam aksi pembuka tirai kumpulan, Ahad lalu.
Sebaik membelasah Laos 4-1 dalam perlawanan kedua, Harimau Malaya tidak lagi menoleh ke belakang apabila menjadikan Sang Garuda sebagai medan melepaskan geram malam tadi sebaik dikritik hebat penyokong fanatik negara pada permulaan kempen kali ini.
Lebih manis, kekalahan Indonesia itu juga bermakna Sang Garuda ditunjukkan jalan keluar lebih awal dalam kempen kali ini setelah Singapura berjaya menewaskan Laos 4-3 dalam satu lagi aksi dramatik kumpulan yang berlangsung serentak di Stadium Shah Alam malam tadi.
Dengan keputusan itu, Singapura muncul juara kumpulan biarpun berkongsi enam mata dengan Harimau Malaya, namun kedua-dua pasukan dibezakan dengan jaringan gol.
Dalam perlawanan malam tadi, Harimau Malaya nyaris 'lemas' dengan asakan bertali-arus Sang Garuda yang dilihat beberapa kali berjaya memerangkap benteng pertahanan negara yang diterajui Aidil Zaquan Abdul Razak dan Mohd. Fadhli Shas.
Masalah komunikasi antara jentera tengah dan benteng pertahanan negara juga nyaris mengundang padah pada awal babak pertama, mujurlah kecekapan penjaga gol negara, Farizal Marlias melegakan lebih 60,000 penyokong tuan rumah.
Namun, keghairahan skuad kendalian Nil Maizar memburu gol awal akhirnya dihukum pasukan negara apabila Azammuddin Mohd. Akil tenang memecah kebuntuan pada minit ke-26.
Pemain pertahanan, Mahalli Jasuli menambah derita Indonesia apabila menggandakan kelebihan tiga minit kemudian hasil hantaran kemas Wan Zack Haikal Wan Nor sekali gus mengatasi jangkauan penjaga gol lawan, Wahyu Tri Nughoro.
Indonesia yang terdesak memburu gol penyamaan dilihat semakin garang lantas mengundang aksi kasar beberapa pemain negara selepas itu sehingga memaksa pengadil dari Uzbekistan, Kovalenko Valentin melayangkan kad kuning kepada Aidil dan Shakir Shaari.
Mujur kebijaksanaan Fadhli dan Zubir Azmi merantai pergerakan Andik dan M. Syafiq sepanjang babak kedua juga menyebabkan Indonesia berputih mata bagi menyamakan kedudukan.
Begitupun, kecederaan beberapa pemain seperti Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha yang dilihat terhincut-hincut pada penghujung babak kedua dilihat meresahkan menjelang pertemuan menentang Thailand nanti.
kosmo