Rabu, 27 Jun 2012
Hairie terharu jumpa TG Nik Aziz
| khamis 28 Jun,2012 |
ARTIS HAIRE OTHMAN TERHARU BILA BERJUMPA DENGAN TGNA SECARA BERSEMUKA BERTENTANG MATA.
Tak jumpa maka tak kenal.. DAH KENAL BARU TERBIT RASA SAYANG DAN HORMAT YANG AMAT PALING.
Itulah yang dapat admin rungkaikan dari perjumpaan empat mata antara TGNA dengan artis Haire Othman.
Haire Othman dalam Facebooknya berkata:-
Saya sungguh terharu apabila diraikan oleh TGNA secara peribadi dan tertutup disebuah hotel sebentar tadi, makan tengahari bersama beliau beralaskan surat khabar saja..seorang ulamak dan juga menteri besar Kelantan. Beliau banyak menjelaskan tentang perjuangan berlandaskan Islam, bukan bangsa..alhamdulliah!
Sumber:harakahdaily
Mursi tolak ucapan selamat dari Bashar Assad dan tak akui kesahihan kepemimpinannya
Rabu 27 Jun,2012
KAIRO (Arrahmah.com) - Presiden terpilih Mesir, Muhammad Mursi, menolak telegram ucapan selamat dari diktator Suriah Bashar Asad atas kemenangannya dalam pemilihan presiden Mesir.
Seperti para pemimpin negara tetangga lainnya, pada Selasa pagi (26/6/2012) diktator Suriah Bashar Asad juga menyampaikan ucapan selamat via telegram kepada presiden terpilih Mesir, Muhammad Mursi. Namun Mursi menolak ucapan selamat dari Bashar Asad dan tidak mengakui legalitas kepemimpinannya.
Satu-satunya koran indipenden berbahasa Arab, Al-Quds Al-Arabi yang terbit di London melaporkan bahwa Mursi menyampaikan penolakannya dalam jawaban singkat.
"Dari Muhammad Mursi…Presiden Republik Arab Mesir.
Tentang pernyataan Anda di atas yang berkaitan dengan ucapan selamat, Kami menolak untuk menerimanya dan Kami tidak mengakui legalitas Anda. Pihak yang merepresentasikan rakyat Suriah adalah Tentara Kebebasan Suriah dan Dewan Pimpinan Revolusi.
Hidup Suriah dengan Kemedekaan dan Kebebasan!
Muhammad Mursi, "demikian bunyi jawaban Presiden Mesir itu.
Surat penolakan Mursi terhadap ucapan selamat dari Bashar Asad yang dibumbui penolakan untuk mengakui legalitas kepemimpinannya di Suriah juga beredar luas di situs jejaring sosial. Para pemakai situs jejaring sosial menyebutkan bahwa surat Mursi telah dirilis oleh situs stasiun TV Al-Arabiya.
Pasca Pilihanraya Presiden Mesir : Antara Mesir dan Turki
Rabu 27 jun,2012
"
Kemenangan Mohammad Morsi dalam pilihanraya Presiden Mesir adalah satu kemenangan kepada semua Gerakan Islam di seluruh dunia. Ini adalah kerana boleh dikatakan semua Gerakan Islam mengambil model dan acuan Ikhwanul Muslimin sebagai ikon dan ikutan.
Berbanding dengan kemenangan AKP pimpinan Recep Erdagon di Turki tentunya ada perbezaan yang besar lagi ketara.
Kemenangan AKP di Turki dalam suasana yang amat berbeza berbanding Mesir. AKP menang dalam situasi Tentera yang fanatik dengan "ugama Sekular Artatuk" dan rakyat Turki berada di bawah pengaruh tegar sekular selama 70 tahun setelah jatuhnya Empayar Uthmaniyyah.
Di Turki, Tentera adalah pelindung "agama sekular ciptaan Artatuk".
Erdagon pernah dipenjarakan gara-gara sekadar baca puisi yang didakwa menghina "agana sekular" ketika menjadi Datuk Bandar Istanbul.
Tentunya Erdagon serta rakannya melakarkan corak pemerintahan AKP di Turki dalam keadaan "amat berhati-hati" agar tidak mendatangkan kemurkaan Tentera. Misalnya dalam soal hubungan dengan Israel. Tentera Turki amat rakan dan akrab dengan Israel sebelum tragedi serangan komando Israel keatas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Setelah menang, AKP tidak memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel walaupun di hati AKP begitu membenci terhadap Israel. Ini adalah kerana faktor Tentera. Jadinya, Erdagon menzahirkan kebencian terhadap Israel dengan mengecam secara terbuka dalam forum yang turut dihadiri oleh PM Israel Shimon Peres ketika itu.
Begitu juga Erdagon begitu berani ingin mengheret Regim Zionis itu ke Mahkamah Dunia atas pembunuhan 9 rakyat Turki atas kapal Mavi Marmara..
Kemenangan AKP di Turki melalui pilihanraya yang normal tanpa didahului oleh demostrasi di mana-mana dataran Turki dan tiada pimpinan Turki yang di jatuhkan. Erdagon memimpin Turki dalam keadaan umpama "menarik benang dalam tepung" atau berhati-hati berjalan diatas hamparan yang penuh duri" dek dengan kekuasaan Tentera yang terkenal dengan rampasan kuasa.
Berbeza dengan Mesir. Sejarah Gerakan Islam di Mesir begitu panjang dan unik. Bermula dengan penubuhan Ikhwanul Muslimin oleh As Syahid Hasan Al Banna hinggalah kini, tentunya penuh dengan tribulasi dan ujian umpama kisah Nabi Yusuf.
Boleh dikatakan semua pimpinan Ikhwan pernah menjadi warga penjara.
Pembunuhan ,penculikan, penyiksaan dan hukuman gantung adalah "warna warni kehidupan" yang dilalui oleh semua pimpinan dan ahli Ikhwan selama 80 tahun bermula dengan pembunuhan As Syahid Hasan Al Banna tahun 1948.
Bagaimana sejarah dan hubungan Ikhwan dengan Tentera? Berbanding dengan Turki, pengaruh tentera ke atas politik Mesir tidaklah terlalu ketat.
Tentera Mesir pernah bersama sukarelawan Ikhwan bersama-sama memikul senjata berperang dengan Israel. Bahkan Presiden Sadat diberitakan pernah mendapat asuhan dari Ikhwan sebelum menjadi Presiden.
Dan beliau dibunuh oleh anggota tentera atas perbuatannya berdamai dengan Israel dalam Pendamaian Kem David tahun 1978.
Cuba lihat bagaimana reaksi Tentera Mesir menghadapi demostrasi di Dataran Tahrir. Tiada tindakan ganas bahkan menjadi sahabat rakyat. Barangkali inilah yang telah difikirkan oleh pimpinan tertinggi Tentera Mesir. Pimpinan tertinggi tentera tahu akibatnya jika mereka bertindak ganas terhadap rakyat. Kesannya, tentera akan berpecah dua dan Mesir bakal menjadi Algeria Kedua ataupun Syria.
Pengaruh Ikhwan keatas anggota tentera tidak boleh dinafikan.Inilah yang disedari oleh pimpinan tertinggi Tentera Mesir.
Sejarah membuktikan jika tentera bersama pemerintah bertindak ganas terhadap rakyat sendiri maka risikonya peperangan saudara seperti Algeria,Syria dan Libya.
Pengaruh Ikhwan dan Al Azhar kepada politik Mesir banyak membantu proses peralihan kuasa berjalan secara aman.
Bagaimana dasar luar Mesir terhadap hubungan dengan Israel dan Perjanjian Kem David ? Inilah yang sedang ditunggu-tunggu oleh Gerakan Islam Sedunia. Amerika dan Israel melihat dengan penuh berhati-hati.
Adakah Morsi akan meneruskan atas alasan seperti Perjanjian Hudaibiyyah? Atau mengenakan terma yang baru keatas Israel?Ini memerlukan pemerhatian kesan jangka pendek dan panjang tanpa menafikan pengaruh Tentera sekutu kuat Amerika.
Apapun, sama-sama kita doakan segalanya berjalan lancar dan Ikhwan membuktikan hasil kesabaran mereka mendidik umat Mesir khasnya dan dunianya akhirnya menghasilkan kemenangan dari Allah Taala.
Kemenangan Ikhwan terhasil setelah ramai rakyat Mesir "terbina Negara Islam" didalam jiwa mereka!
Sumber: Pasca Pilihanraya Presiden Mesir: Antara Mesir dan Turki
Rabu 27 jun,2012
"
Kemenangan Mohammad Morsi dalam pilihanraya Presiden Mesir adalah satu kemenangan kepada semua Gerakan Islam di seluruh dunia. Ini adalah kerana boleh dikatakan semua Gerakan Islam mengambil model dan acuan Ikhwanul Muslimin sebagai ikon dan ikutan.Berbanding dengan kemenangan AKP pimpinan Recep Erdagon di Turki tentunya ada perbezaan yang besar lagi ketara.

TUKAR GAMBAR PRESIDEN DENGAN KALIMAH ALLAH
Rabu 27 Jun 2012
Presiden baru Mesir, Dr Mohamad Mursi mengadakan mesyuarat untuk memulakan tugas beliau sebagai Presiden.
Kelihatan juga gambar Hosni Mubarak dikeluarkan dan diganti dengan kalimah suci Al Quran.
Binladin dengan Menara Jam Gergasi Di Sisi Kaabah
Rabu 27 Jun,2012
Binaan bangunan besar, mewah dan moden bersebelahan Masjidil Haram menjadi buah mulut Umat Islam, dan dipersoalkan sejauh manakah keperluannya? Untuk siapa?
Sebahagian dari Umat Muhammad saw menyatakan: "Menara Jam Tertinggi di Mekah Petanda Kiamat" Sejauh mana benar berita ini sama-samalah kita renungkan.
Perbandingan |
Tujuh buah menara yang rata-rata besar dan tinggi, namun menara utamanya yang menempatkani jam gergasi di puncaknya itulah yang menarik perhatian. Menara ini mempunyai 76 tingkat dan 1005 buah bilik hotel 7 bintang,
5 kali lebih besar dari Big Ben di London |
Sebuah menara jam tertinggi telah siap dibina di Mekah. Nama lengkap bagi menara jam ini adalah Menara Jam Diraja Mekah atau popularnya Menara Abraj Al-Bait. Menara jam ini dibina oleh syarikat pembinaan tersohor Arab Saudi iaitu, Saudi Binladin Group membabitkan 250 tenaga kerja mahir umat Islam. Ianya terletak bersebelahan Masjidil Haram di atas tapak Kubu Pertahanan Ajyad di zaman Khalifah Uthmaniyah yang telah diruntuhkan.
Makkah Moden
Sebagai seorang Muslim adakah anda turut merasa hebat, gembira, kagum dan bangga bila diberitahu mengenainya? Di satu sudud, ia memberi gambaran positif bahawa negara Islam telah maju dan telah mampu membina bangunan pencakar langit yang hebat dan mewah. Orang Islam mampu membina bangunan yang luar biasa besar melibatkan 16 juta kaki persegi dan berketinggian 577 meter menjadi yang kedua tertinggi di dunia pada masa ini. Setanding dengan negara yang dikatakan termaju di benua Eropah dan Amerika. Dubai yang telah membina Burj al Khalifa kini di rekodkan sebagai bangunan tertinggi juga sebuah negara Islam.

Menara jam dan perbandingan dengan bangunan sekitarnya |
Adakah kerajaan Saudi sedang mempromosi Bandar (Bandaraya?) Suci Makkatul Mukarramah dan Masjidil Haram kepada para penduduk di USA dan Eropah? Memang diketahui umum masyarakat dunia terutamanya di rantau Eropah juga Amerika Utara tentunya USA amat tertarik dengan bangunan tinggi dan mewah lebih-lebih lagi yang berukuran gigantik umpama bangunan di Makkah ini. Secara kasar ia kelihatan sedemikian. Cubaan untuk berdakwah kepada masyarakat dunia moden.
Sesuatu hal yang cukup menakjubkan bagi mereka yang memihak kepada perlumbaan ini. Dunia keseluruhannya amat berminat mengetahui perkara ganjil dan gah dan menjadi kebiasaan bagi masyarakat moden Barat. Secara tidak langsung binaan ini menarik perhatian masyarakat dunia ketika USA, NATO dan Israel sedang melakukan kempen memburuk-burukkan Islam serta membelasah rakyat Pelestin, Afghanistan dan Libya.
Antara yang menarik mengenai kompleks menara jam gigantik ini ialah keseluruhan ruang legarnya amat besar, berukuran 1,500,000 m2 (16,150,000 kaki persegi). 16.1 juta kaki persegi itu sememangnya cukup luas. Ketinggiannya pula melebihi Emirates Park Towers di Dubai yang mana sebelum ini merupakan sebuah hotel tertinggi di dunia..
Bagaimanakah keadaan hotel bertaraf 7 bintang ini? Berapa pula kadar harga penginapan untuk satu hari? Mungkin ada diantara pembaca yang pernah menginap di hotel bertaraf ini.
Kadar Termurah RM633 |
mewah |
untuk siapa? |
Dari segi ketinggiannya, menara jam ini akan menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian keseluruhan 601 meter, mengatasi menara Taipei 101 (509 meter) dan berada di belakang Burj Khalifa (828 meter).
Jam yang berada pada setiap sisi menara adalah berukuran 43×43 meter menjadikannya sebagai sebuah jam yang paling besar di dunia. Muka jam yang berdiameter 5 kali lebih besar daripada Big Ben di London itu ditulis dengan nama Allah di atasnya dan akan diterangi dua juta cahaya LED. Menara itu turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan bagi lima waktu solat fardu.
Jam ini mengguna pakai waktu standard Arab Saudi, tiga jam ke hadapan daripada Waktu Rasmi Dunia (Universal Time Standard). Terdapat ura-ura mengatakan menara jam tersebut bakal menggantikan Universal Time Standard yang sudah berusia melebihi 126 tahun yang lebih dikenali sebagai Greenwich Mean Time (GMT). Dalam persidangan di Doha pada 2008, ulama dan cendekiawan Islam berpendapat waktu di Makkah adalah waktu sebenar meridian dunia kerana kedudukan Mekah di tengah-tengah dunia.
![]() |
Terletak bersebelahan Masjidil Haram |
![]() |
Spesifikasi bangunan menara jam |
Dengan terbinanya menara itu, akan mengukuhkan lagi petanda bahawa Hari Kiamat semakin dekat. Ini berdasarkan hadis di bawah :Kompleks hotel tertinggi di dunia. Menara Jam tertinggi di dunia. Permukaan Jam terbesar di dunia. Keluasan lantai terbesar di dunia. Bangunan kedua tertinggi di dunia.
Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala kambing berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim" (Hadis Riwayat Ibn Majah)
Ya Allah.. Tetapkanlah iman kami supaya tidak terpesong dengan permainan duniawi ini. PerkenankanlahYa Allah..
Langgan:
Catatan (Atom)