Jumaat, 8 Jun 2012

Bagaimana Mengikuti EURO 2012 Pada Era Digital?

Sejak awal pagi ini, para peminat bola semestinya akan mula hangat membincangkan mengenai EURO 2012, dan salah satu soalan hangat semestinya bagaimana mengikuti perkembangannya, mahupun menontonnya dengan mudah terus melalui internet, pada peranti mudah-alih anda.

Menonton Melalui Astro On-The-Go

Seperti semua sedia maklum, salah satu aplikasi terbaru yang dilancarkan oleh Astro adalah Astro On-The-Go. Melaluinya, anda boleh mengikuti perkembangan semasa, malah mengikuti siaran langsung perlawanan EURO 2012 pada peranti mudah-alih seperti iPhone mahupun iPad. Malah melalui versi web yang disediakan, anda terus boleh menontonnya pada komputer anda dengan mudah.

Gambar oleh @techsupremo

Mengikuti Melalui Aplikasi iPhone Dan Android

Bersempena dengan EURO 2012, UEFA sendiri telah mengeluarkan aplikasi rasmi mereka untuk EURO, membolehkan anda mengikuti pelbagai perkembangan dengan mudah melaluinya.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turunnya dengan percuma melalui Google Play Store, dan mengikuti pelbagai perkembangan terus melalui peranti mudah-alih anda. Sekiranya anda menetapkan AppStore anda untuk pasaran UK, anda turut boleh memuat-turunnya untuk iOS.

Saluran Lain

Beberapa saluran lain turut menyediakan kemaskini semasa, dan semestinya salah satu yang popular adalah LiveScore.
Bagi para pengguna tempatan yang inginkan jadualnya dalam waktu tempatan, hanya perlu menggunakan khidmat Google, dimana carian EURO 2012 akan memaparkan waktu permainan perlawanan berikutnya dalam waktu Malaysia.
Sekiranya anda mempunyai sebarang saluran lain yang menarik, jangan lupa kongsikannya bersama kami.

Sumber amanz.my

Gambar Di Dalam Masjidil Aqsa Dan Qubbat As-Sakhrah

Sabtu 9 Jun,2012 


Keluarga kami pergi Israel tempohari dan mereka sempat melawat Masjidil Aqsa dan Qubbat As-Sakhrah. Susah nak masuk Israel wahai pembaca sekalian kerena nak minta kelulusan visa mereka akan cek latar belakang kesemua ahli keluarga anda. Nenek dan datok dan meninggalpun depa nak cek. Insane. Tapi parents gua cakap best dapat melawat masjid ketiga paling suci bagi orang Islam iaitu Masjidil Aqsa. Masjid ini dibina pada 630 Masehi dan ketika Baitulmuqaddis di bawah kuasa tentera salib masjid ini dijadikan kandang kuda oleh mereka. Tentera kestaria Templar pula memjadikan Qubbat As-Sakhrah sebagai home base mereka. Hanya setelah Salehudin Ayubi menakluk semula Baitulmuqaddis Masjidil Aqsa di kembalikan maruahnya sebagai sebuah masjid.

Di bawah ialah beberapa foto ekslusif Masjidil Aqsa dan Qubbat As-Sakhrah yang diambil oleh keluarga. Siapa yang selalu wonder how the insides look like boleh tengok. Siapa yang suka main game boleh main Assasin's Creed dan panjang kedua-dua bangunan ini dan unlock "Climb all Juruselem look out point" achievement.

p/s : Pecerahan - Yang kubah emas itu Dome of The Rocks yakni Qubbat As Sakhrah. Yang gambar macam tengah contruction itu gambar dalamannya (gambar 9-10). Masjidil Aqsa yang tiang banyak arches. Ada gambar pintu masuk di gambar nombor(11-14).


Belajar main politik cara bijak

 

Sabtu 9 Jun,2012
Ahmad Baei Jaafar
Semasa belajar ilmu mantik di sekolah agama dulu, ustaz ada menyebut bahawa ilmu ini penting ketika berhujjah dan berbalas hujjah. Tetapi pada waktu itu aku tidak temui ilmu yang dimaksudkan itu. Mungkin contoh yang diberi ketika itu tidak relevan dengan apa yang berlaku pada waktu itu. Tetapi apabila tamat pengajian dan berkecimpung dalam masyarakat, ilmu itu mula tampak sedikit demi sedikit.
Rupa-rupanya ilmu ini amat berguna kepada orang politik. kepetahan mereka menjawab tuduhan dan mematah hujjah lawan adalah menggunakan ilmu mantik. Malah kadang-kadang upacan musuh akan diguna semula untuk membunuhnya secara KO.
Saya teringat suatu ketika dahulu, Datuk Mohamad Asri Muda, Presiden PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, ketika kempen pilihanraya di RTM katanya, “Saya dengar Tunku Abdul Rahman dalam ceramahnya mengistiharkan akan membina lebuh raya timur - barat (Jeli – Grik sekarang) kalau Perikatan menang di Kelantan. Saya hubungi Tunku dan minta penjelasan, bagaimana kalau PAS memang juga? Tunku sepontan menjawab, kita akan buat juga.” Berdasarkan jawapan itu, Datuk Asri mengakhiri ceramahnya di RTM itu katanya, “Kalau PAS memang, kerajaan pusat akan buat lebuh raya juga, jadi tuan-tuan dan puan-puan undilah PAS.”
Tahun 2012 menjelang pilihanraya ke 13 kempen sudah bermula secara tidak rasmi. Semuanya bermula daripada demontasi minta kerajaan hapuskan bayaran balik pinjaman PTPTN. Dalam pada itu Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji, bayaran baliknya akan dimansuhkan jika Pakatan menawan Putrajaya dalan pilihan raya umum akan datang. Kempen ini memang menarik terutama pelajar yang terlibat dengan pinjaman itu.
Setelah isu itu dilupakan semua pihak, tiba-tiba sahaja pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan telah membekukan pinjaman kepada mahasiswa UNISEL. Keesokannya Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan PTPTN membekukan pinjaman kepada mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel) milik kerajaan Selangor.

Alasan pembekuan itu adalah bertujuan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu. Pada masa yang sama Timbalan Perdana Menteri menyifatkan tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) sebagai "adil" kerana ia hanya reaksi kepada dasar PKR.
Ekoran tindakan itu, banyak pihak termasuk Menteri Besar Selangor, Exco kerajaan, ABIM menyatakan kekesalan terhadap tindakan kerajaan itu, malah tidakan itu dikira tidak adil dan menzalimi pelajar. Mereka mahu PTPTN tidak dibekukan pada waktu ini. Walau bagaimanapun bagi menyelamat keadaan MB mengumumkan untuk mencairkan harta UNISEL untuk membiayai urusan pendidikan sekali gus membolehkan pelajar meneruskan pengajian.
Berdasarkan itu, menteri dan perdana menteri segara mengumumkan penarikan balik pembekuan itu. Sehubungan itu, seorang pegawai tinggi PTPTN ketika menjawab SMS daripada wartawan Malaysiakini, mengesahkan keputusan menarik balik pembekuan pinjaman kepada Unisel dan KUIS. Cuma menariknya PM semasa berucap di Kedah semalam beliau berkata, “kita tarik balik pembekuan PTPTN setelah mendapati kerajaan Selangor tidak mampu membiayai pendidikan percuma kepada pelajar di negerinya.”
Nampaknya PM menggunakan peluru Pakatan Rakyat untuk membunuh balik mereka. Yalah kalau Pakatan berjuang supaya pelajar tidak perlu membayar balik pinjaman PTPTN, maknanya mereka belajar secara percuma. Jadi sekarang buatlah sebegitu. Agaknya itulah maksudnya. Tetapi yang paling penting di sini menampakkan, kerajaan BN baik hati dan bersimpati kepada pelajar di Selangor.
Begitulah fikiran orang politik, begitulah hujjah orang politik dan begitulah tektik orang politik. Cuma persoalannya adakah jawapan itu memuaskan semua pihak dan memberi mata kepada BN atau tidak?
Pembaca artikel ini tentu tahu jawapannya dan saya pasti, kisah yang berlaku pada zaman tunku dengan zaman najib amat jauh. Hujjah yang diberi ini bukan boleh menyelamatkan BN tetapi menggelapkan masa depannya. Mengapa?
Perhatikan, Pakatan Rakyat berjuang untuk menghapuskan bayaran balik, bukan pendidikan percuma. Pendidikan tetap berbayar tetapi ada pihak lain yang perlu membayarnya. Dan yang kedua, perjuangan ini hanya akan dapat direalisasikan setelah menguasai Putrajaya, maknanya setelah memerintah Malaysia. Jadi, perjuangan ini bukan untuk Selangor pada waktu ini.
Berdasarkan itu tindakan kerajaan pusat itu ternyata tersalah langkah. Rakyat tetap menilainya sebagai kerajaan tidak bertanggungjawab dan tidak adil kepada rakyat. Malah tindakan kerajaan menarik balik itu ada kemungkinan besar kerana tidak mahu aset beku UNISEL dicairkan. Hal ini kerana mereka kini menunggu peluang untuk merampas Selangor pada pilihanraya nanti. Ya, bagaimana kalau harta beku itu dicairkan? Kuranglah harta yang boleh diwarisi nanti.
Sumber tazkirah

 Isteri-isteri dan anak-anak Rasulullah S.A.W
 Sabtu 9 Jun,2012


Isteri Rasulullah's shallallahu ‘alaihi wasallam  :
 1. Khadijah binti Khuwailid r.a.
 2. Saudah binti Zum'ah r.a.
 3. Aisyah binti Abu Bakar r.a.
 4. Hafsah binti Omar Al-Khattab r.a.
 5. Zainab bin Jahsyin r.a.
 6. Zainab binti Khuzaimah r.a.
 7. Ummu Salamah (Hindon binti Abi Umaiyah) r.a.
 8. Ummu Habibah (Ramlah binti Abi Sufian) r.a.
 9. Juwairiyah binti Al-Harith r.a.
10. Maimunah binti Al-Harith r.a.
11. Safiah binti Hoiyi bin Ahtab r.a.
12. Mariyah Al-Qibtiyah r.a.

Anak Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dengan Khadijah r.a. :
1. Al-Qasim
2. 'Abdullah

3. Zainab
4. Ruqaiyah
5. Ummu Kalthum
6. Fatimah

Anak laki-laki Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dengan Mariyah Al-Qibtiyah r.a. :
1. Ibrahim


اللهم صلي على محمد وعلى ال محمد
Pejuang Islam di Tanah Melayu

Sabtu 9 Jun,2012

"Ulama pejuang dalam artikel ini nama lengkapnya ialah Haji Abdur Rahman Limbong bin Haji Abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir.

Lahir tahun 1285 H/1868M, wafat di Mekah, 1347 H/1929M. Datuk neneknya berasal dari Patani dan Terengganu.

Haji Abdur Rahman Limbong juga seperti gurunya Tok Ku Paloh, iaitu seorang sufi pengamal Tarekat Sammaniyah. Sungguhpun Haji Abdur Rahman Limbong seorang ahli sufi, namun beliau juga bijaksana dalam seluk belok persoalan dunia.

Ini dapat dibuktikan dengan berkali-kali beliau berhujah di mahkamah kerana membela rakyat yang disaman oleh pihak pemerintah Inggeris. Haji Abdur Rahman Limbong adalah seorang sufi yang pernah menjadi peguam. Saya simpulkan saja bahawa Haji Abdur Rahman Limbong perlu kita kenali, dalam dunia sufi tangannya selalu bersih membilang-bilang buah tasbih.

Di mahkamah, lisannya fasih berkata-kata membela kebenaran yang disandarkan kepada perintah Allah dan rasul. Bukannya membela undang-undang ciptaan manusia. Di gelanggang medan laga pandai bermain senjata.

Hidup di dunia ini tiada sesuatu apa pun yang ditakutinya kecuali kemurkaan Allah kerana melanggar perintah Allah dan rasul-Nya.

Haji Abdur Rahman Limbong mendapat pendidikan asas ilmu-ilmu Islam sejak kecil di Mekah. Yang paling utama mencorak peribadinya ketika kanak-kanak ialah Haji Tun Muhammad, salah seorang ayah saudaranya.

Ketika pulang ke Terengganu beliau mendapat pendidikan dari Haji Ya’qub dan Haji Musa.

Kedua-dua ulama itu tinggal di Paya Bunga. Selanjutnya yang membentuk peribadi Haji Abdur Rahman Limbong menjadi seorang sufi dan pejuang jihad ialah Tok Ku Paloh, ulama Terengganu yang terkenal.

Tok Ku Paloh juga adalah seorang pejuang (selengkapnya lihat judul Tok Ku Paloh Al-Aidrus, Pejuang Islam dan Bangsa Melayu).

Setelah menguasai ilmu yang padu dan memadai Haji Abdur Rahman Limbong aktif mengajar masyarakat di Hulu Terengganu. Jika kita teliti kitab-kitab yang beliau ajar meliputi beberapa disiplin ilmu.

Antaranya ialah al-Ajrumiyah hingga kepada Mutammiman dan Tashil Nail al-Amani mengenai ilmu nahu, semuanya dalam bahasa Arab. Matn Umm al-Barahin, mengenai ilmu tauhid. Untuk lebih memantapkan juga diajarkan kitab-kitab tauhid bahasa Melayu, yang pasti tidak diabaikan ialah Faridah al-Faraid dan ad-Durr ats-Tsamin.

Kitab fikah bahasa Arab yang pernah diajarkan oleh Haji Abdur Rahman Limbong ialah Kitab Tahrir dan ilmu tasawuf ialah Hidayah as-Salikin dan ad-Durr an-Nafis kedua-duanya dalam bahasa Melayu.

Selain mengajar, Haji Abdur Rahman Limbong adalah seorang ulama yang suka mengembara atau merantau ke beberapa buah negeri. Soal kewangan untuk mengembara tidak sukar baginya kerana di mana tempat beliau berpijak, ada saja penduduk yang mahu menjadi muridnya.

Pengembaraan yang dekat dengan Terengganu di antaranya ialah Beserah, Kuantan, kedua-duanya dalam Pahang. Selanjutnya Kelantan, Patani, Kedah dan lain-lain.

Negeri-negeri seberang laut yang pernah beliau merantau ialah Sambas, Jambi, Riau dan Brunei. Di negeri-negeri seberang laut itu juga terdapat murid-murid Haji Abdur Rahman Limbong.

Pengembaraan beliau ke negeri-negeri tersebut mempunyai kisah yang panjang, tetapi yang dapat diungkapkan di sini ialah tentang di Sambas dan Kepulauan Riau saja. Dalam pelayaran di laut, Haji Abdur Rahman Limbong menggunakan perahu buatan orang Terengganu sendiri.

Beliau berlayar bersama-sama dengan murid-muridnya dari Terengganu dan juga ahli pelayaran pada zaman itu, bahawa mereka telah menggunakan perahu-perahu yang berukuran besar yang boleh dimuat barang-barang antara 100 hingga 350 tan.

Di antara tempat-tempat yang ramai dihuni oleh orang-orang yang berasal dari Terengganu di Kepulauan Riau yang dikenalpasti ialah di Kuala Maras dalam Kepulauan Jemaja, Kepulauan Siantan dan Pulau Midai. Di Sambas pula ialah di Kampung Dungun, Kecamatan Sentebang.

Nama Dungun itu diberi oleh orang-orang Terengganu sebagai mengenang negeri asal mereka, iaitu Dungun di Terengganu. Nama Dungun itu masih kekal digunakan sampai sekarang. Dipercayai di tempat-tempat tersebut pernah dijelajahi dan menerima didikan dari Haji Abdur Rahman Limbong.

Nama Haji Abdur Rahman Limbong saya dengar sejak kecil lagi dari ibu saya, Hajah Wan Zainab binti Syeikh Ahmad al-Fathani ketika beliau menceritakan pembinaan sebuah masjid di Sabang Barat, Pulau Midai, bahawa bahan utama bangunan ialah kayu cengal.

Semuanya dibawa dari Terengganu dengan sebuah perahu besar. Bahan-bahan itu semuanya selesai dikerjakan di Terengganu hanya tinggal pasang saja di Pulau Midai. Masjid itu hingga tahun 1969 masih berdiri dengan megahnya tetapi manakala yang menjadi pemimpin pada tahun tersebut seorang yang tidak memahami nilai-nilai sejarah, masjid itu dimusnahkan lalu didirikan bangunan yang baru. Nilai sejarah yang masih tinggal hanyalah sebuah mimbar yang dihiasi ukiran-ukiran. Mimbar tersebut juga berasal dari Terengganu.

Imam yang pertama masjid yang tersebut ialah Haji Wan Abdur Rahman bin Wan Abu Bakar yang mendapat pendidikan di Mekah. Dipercayai Haji Wan Abdur Rahman bin Wan Abu Bakar berkenalan dengan Haji Abdur Rahman Limbong sejak kedua-duanya tinggal di Mekah lagi. Selanjutnya Haji Abdur Rahman Limbong juga pernah sampai di daerah Pulau Tujuh termasuk Kuala Maras dan Pulau Midai yang disebutkan di atas.

*PEMBERONTAKAN

Zaman dulu dan zaman sekarang sama saja, bahawa orang yang tidak berpihak kepada kebenaran menyangka yang menang itulah yang benar. Yang kalah itulah disangkanya salah. Sejarah dunia selalu saja mencatat bahawa penyelewengan dan pengkhianat sesuatu bangsa atau pun agama apabila dalam perjuangan selalu berpihak kepada musuh. Tetapi apabila keadaan telah aman, mereka pula yang mengaku dirinya sebagai pejuang bangsa atau pun pejuang agama.

Dunia Melayu tidak terlepas dari perkara itu. Indonesia berjuang melawan Belanda, Semenanjung Tanah Melayu melawan Inggeris dan Siam, umat Islam-Melayu Patani melawan Siam dan umat Islam Mindanao melawan Filipina. Sepanjang tahun 1920 hingga tahun 1928 terjadi gerakan Haji Abdur Rahman Limbong dan rakyat tani di Hulu Terengganu menentang Inggeris.


Sungguhpun ramai orang Melayu Islam yang menyokong perjuangan beliau melawan penjajahan Inggeris, namun tidak kurang juga pengkhianat bangsa dan Islam yang terlalu yakin terhadap penjajah Inggeris. Semua bangsa penjajah yang menjajah sesuatu bangsa di mana saja di dunia ini sebenarnya adalah tidak sah.

Oleh itu, dalam zaman kita yang telah merdeka sekarang ini, perjuangan Haji Abdur Rahman Limbong dan beribu-ribu pengikutnya adalah wajar dan sah dari segi undang-undang dunia. Apatah lagi ditinjau dari pandangan Islam yang mewajibkan kita berjihad apabila kita dijajah oleh orang-orang yang bukan Islam.

Bagaimanapun sewaktu Inggeris masih sebagai bangsa penjajah di Terengganu, demikian liciknya H. W. Thomson dan J. L. Humphreys membuat laporan keadaan menjadi sebaliknya. Kononnya, Haji Abdur Rahman Limbong dan pengikutnya adalah sebagai penderhaka kepada pemerintahan yang sah.

Akhirnya Haji Abdur Rahman Limbong ditangkap dan dibuang ke Singapura dan selanjutnya dibuang ke Mekah dalam tahun 1928. Setahun kemudian (tahun 1929 M), ulama pejuang Islam dan bangsa Melayu itu meninggal dunia. Sejarah mencatat bahawa sebab-sebab timbul pemberontakan adalah kerana rakyat golongan petani berasa dirugikan oleh pihak penjajah Inggeris.

Dalam tahun 1920-an, Inggeris campur tangan untuk mentadbir tanah di lokasi Kuala Telemong hingga ke Ulu Telemong. Setiap ekar tanah yang dibuka oleh rakyat dikenakan cukai oleh penjajah Inggeris.

Jika kita berfikir secara bebas dan merdeka, apa haknya bangsa Inggeris tiba-tiba mengutip cukai dalam negeri Terengganu yang sejak lama telah berkerajaan sendiri sedangkan mereka hanyalah satu bangsa pendatang.

Oleh sebab itulah, Haji Abdur Rahman Limbong dalam hujah-hujahnya di mahkamah bahawa tanah yang dibuka oleh rakyat itu adalah hak Allah bukannya hak negeri. Mungkin maksud negeri itu adalah yang ada campur tangan penjajah Inggeris.

Haji Abdur Rahman Limbong menegaskan bahawa tanah yang mereka miliki adalah tanah pusaka peninggalan orang-orang tua mereka yang datang dari Johor bersama-sama dengan Sultan Zainal Abidin I, Sultan Terengganu yang pertama. Dari riwayat ini dapat kita membuat kesimpulan bahawa orang-orang Melayu Islam di Hulu Terengganu dalam tahun 1920 lagi, di bawah bimbingan Haji Abdur Rahman Limbong, sudah kenal jati diri, kenal terhadap haknya, kenal terhadap tanah air, dan kenal terhadap bangsa sendiri.

Oleh itu, bangsa penjajah Inggeris yang cuba campur tangan dalam pentadbiran tanah wajib dilawan. Kita patut mengucapkan jutaan terima kasih kepada ulama seperti Haji Abdur Rahman Limbong yang telah membuka mata putera-putera bangsa mengenali ajaran Islam yang sebenar sekali gus bangsa Melayu Islam adalah mempunyai harga diri jangan dapat ditipu daya oleh bangsa penjajah.

*Koleksi artikel ALLAHYARHAM USTAZ WAN MOHD SHAGHIR ABDULLAH

http://silverheritage.blogspot.com/"

Cara Rasulullah SAW menegur cara berhikmah

 Jumaat 8 Jun,2012

‘JIKA KEJAHATAN DIBALAS KEJAHATAN,
ITU ADALAH DENDAM,
JIKA KEBAIKAN DIBALAS KEBAIKAN,
ITU PERKARA BIASA.
JIKA KEBAIKAN DIBALAS KEJAHATAN,
ITU ADALAH ZALIM.
TETAPI JIKA KEJAHATAN DIBALAS KEBAIKAN,
ITU ADALAH MULIA DAN TERPUJI.
Ðalam menyampaikan dakwah kepada sahabat dan umat manusia, Rasulullah SAW diiktiraf sebagai seorang ‘pendidik teragung’. Ini kerana melalui sirah, kita pasti akan menemui begitu banyak pedagogi atau kaedah pengajaran diguna-pakai oleh Baginda dalam usaha memberi didikan secara berkesan.
Ðalam dunia pendidikan moden, kita disuapkan dengan pelbagai teori dan aplikasi berkenaan kaedah pengajaran. Sebenarnya pada diri Rasulullah SAW, jika kita kaji secara berhemah dan penuh cermat, sudah tentu tersurat dan tersirat pendekatan pengajaran yang indah sehingga memberi impak positif kepada sahabat pada masa itu.
Kaedah pertama yang begitu banyak digunakan dan diamalkan Baginda ialah membuat teguran, tetapi tidak memalukan si pelaku kesalahan. Inilah satu karakter hebat dipamerkan Baginda. Hal ini dapat kita kutip melalui satu kisah yang mengatakan pada suatu hari Rasulullah SAW ada menegur seorang sahabat Baginda, Ibnu al-Lutbiyah yang dilantik sebagai amil.
Ðikatakan Rasulullah SAW menegurnya apabila dia pulang daripada mengutip zakat lalu diserahkan sebahagiannya kepada Baginda dan sebahagian lagi dikatakan sebagai hadiah yang diserahkan kepadanya ketika mengutip zakat berkenaan.
Baginda SAW menegur beliau dengan cara Baginda bangun dan berucap di atas mimbar lalu memuji Allah dan berkata: “Apakah seorang amil yang aku lantik untuk memungut zakat selepas dia pulang dia berkata ini untuk engkau dan ini dihadiahkan kepadaku, sedangkan kalaulah orang itu berada di rumah, apakah dia akan diberikan hadiah seperti itu?”
Hayati baik-baik cerita ini kerana Baginda tidak menyebut secara langsung nama pelaku kesalahan di khalayak ramai. Baginda menyampaikan secara umum dan untuk pengajaran semua. Inilah gaya halus penuh berhemah daripada lisan Baginda yang mulia. Mengapa Baginda tidak terus menyebut nama pesalah dalam kisah itu?
Ðalam hal ini, Rasulullah SAW mempraktikkan ‘Kepimpinan Melalui Teladan’, maksudnya, Baginda selalu mengajar sahabat agar jangan mengaibkan manusia lain dan jelaslah bahawa Baginda sendiri mempamerkannya dengan sikap itu.
Pesan Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sesiapa yang menutup aib manusia lain di dunia, nescaya Allah akan menutup aibnya pada hari akhirat.” (Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah SAW bukan sekadar bijak dalam menyampaikan dakwah, tetapi Baginda sendiri mendahului apa yang diajarkan. Ini pengajaran dan teladan amat berguna buat pendakwah dan pendidik. Jangan hanya sekadar bersemangat tinggi menyampaikan sesuatu ajaran, tetapi dalam kehidupan seharian jadi bertentangan dengan apa yang disampaikan.
Kaedah kedua yang diutarakan Rasulullah SAW dalam penyampaian dakwahnya ialah memberi pujian. Ðalam ilmu psikologi moden mengatakan, pujian adalah elemen kepada pencetus rangsangan untuk bertindak dengan lebih aktif dan positif. Namun, Rasulullah SAW mendahului zaman dan sejak awal lagi mempraktikkan elemen murni itu.
Ini dapat kita hayati bersama dalam satu kisah berikut. Apabila  Muaz bin Jabal duutuskan ke Yaman sebagai hakim, Baginda SAW bertanya, “Apabila kamu dihadapkan dengan sesuatu masalah, bagaimana engkau menghukum?” Muaz menjawab, “Aku menghukum seperti dalam al-Quran.”
Baginda bertanya lagi, “Jika tidak ada dalam kitab?” Jawab Muaz, “Aku menghukum seperti yang ada dalam sunnah rasul.”
Baginda meneruskan soalannya, “Jika tiada dalam sunnah rasul?” Kata Muaz, “Aku akan berijtihad berdasarkan fikiranku.”
Lalu Baginda menepuk dada Muaz sambil berkata, “Pujian bagi Allah yang memberikan taufik kepada perutusan Rasul seperti mana yang diredai oleh Rasulnya.”
Tindakan Baginda dalam memberikan pujian kepada Muaz dalam aspek ini suatu tindakan yang sudah tentu menaikkan semangat dan perangsang kepada indivitu untuk terus melakukan kebaikan.
Sebenarnya, kaedah memberikan pujian juga perlu dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa ketika mendidik anak. Jangan kedekut untuk memuji anak yang bertindak betul dan selaras dengan tuntutan agama. Ini kerana melalui pendekatan memberi pujian akan memperkembangkan potensi anak untuk menghayati ajaran yang disampaikan.
Kaedah seterusnya yang ada dalam siri dakwah Baginda kepada sahabat ialah pengajaran berasaskan strategi membuka celik minda. Rasulullah SAW banyak sekali membuka minda sahabat apabila ingin menyampaikan sesuatu perkara..

Sumber : BHarian 17/02/2012

Inna lillah! Tentera rejim Syria kembali membunuh 140 orang awam di Hamah, termasuk 50 anak dan wanita


Jum'at, 8 Juni 2012
HAMAH (Arrahmah.com) – Ketua Pasukan PBB untuk Syria menyatakan pada Khamis (7/6/2012) bahawa pasukannya dihalangi oleh rejim Syria untuk mengunjungi desa Makrazaf dan Qabir, di mana tentera rejim Syria melakukan pembantaian terbaru sehari sebelumnya.
Major Jendral Robert Mood, ketua tim, menjelaskan kepada wartawan bahwa timnya dihentikan oleh militer rezim Syria di sebuah pos pemeriksaan militer dan diperintahkan berbalik arah. Penduduk sipil setempat juga menghentikan beberapa kendaraan yang akan lewat. Menurut penduduk setempat, keamanan tim terancam jika tetap memasuki desa tersebut.
Sementara itu Dewan Revolusi Syria dan Tentara Kebebasan pro revolusi melaporkan bahwa tentera rejim Syria kembali melakukan pembantaian di pinggiran wilayahi hamah, di wilayah Qabir dekat Makrazaf. Sedikitnya 140 orang awam muslim gugur dalam pembantaian biadab tersebut, 50 di antaranya adalah anak-anak dan wanita.
Para aktivis kemanusiaan di desa terdekat melaporkan bahwa tentera rejim Syria menyerbu seluruh rumah penduduk di wilayah Qabir. Mereka membunuhi seluruh pria dalam rumah-rumah penduduk dengan pisau bayonet, kemudian membakar rumah yang masih berisi anak-anak dan wanita.
Dalam peristiwa pembantaian itu hanya empat orang awam yang lolos dari maut. Tentera rejim Syria juga menculik sejumlah pemuda dan mencincang mayat mereka. Tentera Kebebasan Syria melaporkan dari lapangan bahwa pembantaian di desa Makrazaf dan Qabir lebih biadab dari pembunuhan di Houla.
Para aktivis kemanusiaan dan Tentara Kebebasan sibuk memindahkan jenazah penduduk yang dibantai ke desa tetangga untuk dikuburkan. Sementara itu, sepanjang hari Kamis (7/6/2012) jumlah orang awam muslim yang gugur di propinsi Hamah mencapai 86 orang, atau sedikitnya 130 orang jika dihitung dengan korban di sejumlah wilayah lainnya.