Ahad, 4 Disember 2011

FAKTA TENTANG MEKAH DAN KAABAH YANG JARANG KITA KETAHUI

Ahad 4 Disember 2011

Mekah dan kaabah merupakan tempat yang sangat sinonim bagi kita semua. Mekah merupakan tempat suci umat Islam. Manakala kaabah pula merupakan tempat tujunya muslimin dan muslimah mengadap dan bersujud ketika solat. Apakah perkaitan yang kita tidak tahu sedangkan kedua-dua tempat ini telah dikenalkan sejak kecil lagi? Inilah perkara yang ingin aku kongsikan bersama mengenai keajaiban tuhan terhadap tanah suci ini. Mari kita sama-sama ambil iktibar daripada kelebihan yang kita miliki daripada anugerah tuhan ini.

1.   Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2.   Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3.   Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4.   Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.
5.   Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6.   Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7.   Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8.   Teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah.
9.   Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
10.               Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
11.               Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
12.               Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
13.               Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
14.               Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
15.               Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itulah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
16.               Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgq0Nmdz1if1ppTsWX-at2feqW_3lv83t9Zr9BrqxRWRwQlgrv-Zh_gl4S6NKdE4Nn1S85R8sFqseRKYrPyfti7u8f3PEHzgzQIjM6GlC2aDx0VSA-d8K_LP67Pul4EkC0n_aMCv3pBeNo/s400/MAKKAH-PAAK-5.jpg

sumber

Bunga-Bunga Cantik Di Dunia

Ahad 4 Disember 2011

Setiap manusia pada hakikatnya menyukai keindahan, dan keindahan-keindahan biasanya di ekspresikan melalui bunga. Nah, ternyata di Thailand terdapat bunga yang unikdengan paduan warna yang cantik dan serasi. Bunga tersebut bernama Parrot Flower.
Nama Parrot Flower diberikan kepada bunga ini kerana bentuknya yang menyerupai burung kakak tua. Unik bukan? Namun anda hanya boleh mengaguminya tanpa boleh untuk memegangnya kerana spesies bunga ini cukup jarang ditemui dan dilindungi, sehingga bunga Parrot Flower ini tidak boleh di eksport ke luar negeri.
att0000821

att0001131
Dan ini pula ialah bunga cantik yang di hasilkan di Belanda dari hasil kajian bertahun-tahun.  Warna-warna indah yang dihasilkan di setiap kelopak , dibentuk secara natural melalui pewarnaan semulajadi melauli batangnya semasa pertumbuhan.
 
sumber isuhangat

70 tahun serangan Pearl Harbor: AS sudah tahu akan diserang?

Tarikh 7 Disember akan datang, dunia akan memeringati 70 tahun serangan angkatan bersenjata Jepun atas Pangkalan Tentera Laut AS di Pearl Harbor, Hawaii. Selama tujuh dekad itu pula, ramai orang percaya pemimpin Amerika waktu itu sebenarnya sudah tahu akan datangnya serangan yang mencetuskan Perang Pasifik tersebut.

Beberapa teori konspirasi menyebutkan, Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Franklin D Roosevelt (FDR), sebenarnya sudah menerima maklumat perisikan tentang rancangan serangan Jepun ke Pearl Harbor, tetapi sengaja membiarkan serangan itu berlaku. Menurut teori itu, Roosevelt percaya kesan kejutan yang tidak serangan tersebut akan membuat rakyat AS mahu diajak terjun ke kancah Perang Dunia II.

Teori popular tersebut dibantah oleh sejarawan. "Itu hanya legenda. Ini adalah semacam teori konspirasi yang sengaja dibuat demi keuntungan jualan buku," kata ahli sejarah ketenteraan Daniel Martinez dari Monumen Nasional Pearl Habor di Hawaii.

Sejarah mencatat, AS tidak serta merta terjebak dalam Perang Dunia II, sejak tentera Nazi Jerman menyerang Poland pada September 1939. Martinez berkata, FDR memang berusaha keras meyakinkan rakyat Amerika bahawa AS perlu terlibat dalam perang itu.
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Nuffnang Ads
Namun, sebelum serangan Pearl Harbor, perang yang dimaksudkan FDR adalah perang di medan perang Eropah. "Dia mahu berperang melawan Jerman. Dia sama sekali tidak mahukan perang besar di dua medan pertempuran," kata dia.

Martinez menambah, banyak orang Amerika pada hari ini yang lupa bahawa pada tahun 1941 AS belum menjadi negara kuasa besar tentera seperti ketika ini. "Kami hanya mempunyai angkatan darat yang kecil, angkatan laut yang kecil, dan bahkan angkatan udara yang sangat kecil," kata Martinez.

Bahkan, Tentera Udara AS (USAF) baru disahkan sebagai cabang angkatan bersenjata AS yang berdiri sendiri pada 1947, dua tahun selepas Perang Dunia II selesai. Meskipun beroperasi secara bebas, angkatan udara AS semasa Perang Dunia II masih menjadi sebahagian dari Angkatan Darat AS (US Army).

Hingga malam sebelum serangan ke Pearl Harbor, FDR masih menulis surat kepada Maharaja Hirohito di Jepun untuk memujuk agar tidak berlaku konflik ketenteraan dengan Jepun. Bahkan, jika pihak perisikan Washington sudah tahu akan ada perang dengan Jepun, tidak ada satu pun penunjuk waktu itu bahawa pangkalan US Navy di Hawaii akan menjadi sasaran pertama.

Pihak AS waktu itu lebih meyakini Jepun akan lebih dulu menyerang pengkalan tentera AS di Filipina. Selain itu, ada semacam perasaan merendahkan kemampuan Jepun di kalangan para pemimpin AS ketika itu. "Ada pendapat yang mengatakan Jepun tidak akan mampu melakukan itu (menyerang pangkalan AS). Kami melihat Jepun ketika itu sebagai bangsa yang inferior, sama ada secara ketenteraan mahupun dari segi bangsa," ungkap Martinez.

Sejarah mencatat, sistem radar yang dipasang AS di Pearl Harbor tidak mampu mengesan kedatangan enam kapal induk Jepun yang mengangkut tidak kurang dari 400 pesawat pejuang. Padahal, enam kapal induk itu berhenti hanya 350 kilometer dari sasaran mereka.

Serangan Pearl Harbor, yang oleh FDR disebut sebagai "Hari Kehinaan" bagi AS, sangat mengejutkan orang Amerika. Hanya sehari selepas serangan, yang mengorbankan lebih dari 2400 prajurit AS, itu, Kongres AS meluluskan seruan FDR agar AS menyatakan perang dengan Jepun.

Tiga hari kemudian, Hitler menyatakan perang dengan AS di perang Eropah. Kebimbangan terbesar FDR pun wujud: AS harus menghadapi perang besar di dua peperangan.
 
Sumber :Diterjemah dari kompas/ AFP