Jumaat, 2 Disember 2011

Kisah Empat Pemuda Sejati Dengan berat hati kita harus diakui, keruntuhan moral masyarakat sekarang ini dilihat dari keruntuhan mentaliti pemuda-pemudinya. Walaupun orang dewasa pun banyak melakukan maksiat, kita boleh lihat pelaku seks bebas adalah pemuda, mat rempit adalah pemuda, peragut adalah pemuda, penyokong muzik barat adalah pemuda dan kebanyakan penagih dadah adalah pemuda. Mudahnya, hancurnya masyarakat kita adalah jelas oleh kehancuran akhlak pemudanya. Kebanyakan pemuda pada masa ini sudah kehilangan segala-galanya;capability, identiti dan integriti. Kisah berikut semoga boleh menjadi pelajaran berharga bagi kita. Kisah ini akan memberi gambaran kepada kita Bagaimana sesunggunya karakteristik ideal dari seorang pemuda. Dari cerita berikut setidaknya kita akan mendapat petunjuk mengenai takwa kepada Allah Swt, rasa tanggungjawab, mengambil berat, serta makna persaudaraan: Pada Zaman Khalifah Omar Bin Khattab R.A, ada seorang pemuda sedang mengembara. Dia menggunakan unta yang akan digunakan sebagai kenderaannya. Di tengah perjalanan, dia menemui sebuah tempat rehat yang ditumbuhi rumput hijau yang segar. Dia berhenti di situ untuk beristirahat sejenak. Pemuda itu kemudian duduk di bawah pohon. Kerana terlalu penat, akhirnya dia tertidur. Semasa dia tidur, tali untanya terlepas, sehingga unta itu merayau ke sana ke mari. Akhirnya, unta itu masuk ke dusun yang ada berdekatan. Unta itu memakan tanam-tanaman dan buah-buahan di dalam dusun. Unta itu juga merosakkan banyak tanamannya. Penjaga kebun adalah seorang lelaki tua. Lelaki tersebut berusaha mengusir unta itu, namun dia tidak berjaya. Kerana bimbang unta itu akan merosakkan seluruh kebunnya, lelaki tua pun membunuhnya. Setelah terjaga, pemuda itu mencari untanya. Akhirnya, dia menemui unta itu telah bergelimpang mati di dalam kebun tersebut. Pada masa itu, lelaki itu datang. Pemuda itu bertanya, “Siapa yang membunuh unta milikku ini?” Lelaki tua itu lalu menceritakan apa yang telah dilakukan oleh unta itu. Kerana risau akan merosakkan seluruh isi kebun, maka dia terpaksa membunuhnya. Mendengar perkara itu, pemuda tak dapat menahan amarahnya. Oleh kerana tidak dapat mengawal kemarahannya serta-merta dia memukul lelaki tuan punya dusun itu. Malangnya, lelaki itu meninggal ketika itu juga. Pemuda itu amat menyesal atas apa yang dilakukan. Pada masa yang sama, datanglah dua orang pemuda yang merupakan anak kepada lelaki tadi. Mengetahui ayahnya telah tidak bernyawa lagi dan disebelahnya berdiri pemuda itu, mereka lalu menangkapnya. Kemudian, keduanya membawa pemuda tadi menghadap Amirul Mukminin; Khalifah Omar bin Khattab RA. Mereka berdua menuntut dilaksanakan qisas (hukum bunuh) kepada pemuda yang telah membunuh ayah mereka. Lalu, Khalifah Omar bertanya kepada pemuda tadi. Pemuda itu mengakui perbuatannya. Dia benar-benar menyesal atas apa yang telah dilakukannya. Khalifah Omar lalu berkata, “Aku tidak punya pilihan lain kecuali melaksanakan hukum Allah terhadapmu”.Pemuda tadi dengan lapang dada menerima keputusan tersebut. Dia kemudian meminta kepada Khalifah Khalifah Omar, agar diberi waktu dua hari untuk pulang ke kampungnya, sehingga dia boleh berjumpa keluarganya serta boleh membayar hutang-hutangnya. Khalifah Omar kemudian berkata, “Hadirkan padaku orang yang menjamin, bahawa kau akan kembali lagi kesini. Jika kau tidak kembali, orang itu yang akan diqisas sebagai ganti dirimu.” Pemuda itupun menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, Aku orang asing di negeri ini, aku tidak boleh mendatangkan seorang penjamin.” Salah seorang sahabat mulia, ABU DZAR AL-GHIFARI RA (yang ketika itu usianya boleh dikategorikan masih muda) secara kebetulan hadir di majlis tersebut. Beliau kemudian berkata, “Hai Amirul Mukminin, ini kepalaku, aku berikan kepadamu jika pemuda ni tidak datang lagi setelah dua hari.” Dengan terkejut, Khalifah Omar berkata, “Apakah kau yang menjadi penjaminnya, wahai Abu Dzar, sahabat Rasulullah?,” “Benar, ya Amirul Mukminin,” jawab Abu Dzar lantang. Pada hari yang telah ditetapkan untuk pelaksanaan hukuman qisas, orang ramai tidak sabar menantikan datangnya pemuda itu. SANGAT MENGEJUTKAN! Dari jauh mereka melihat pemuda itu datang dengan memacu kudanya. Dia tiba di tempat pelaksanaan hukuman. Orang-orang memandangnya dengan penuh takjub. Khalifah Omar bertanya kepada pemuda itu, “Mengapa kau kembali lagi ke sini anak muda, padahal kau boleh menyelamatkan diri dari maut?” Pemuda itu menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, aku datang ke sini agar jangan sampai orang-orang berkata, ‘TIDAK ADA LAGI PEMUDA YANG MENEPATI JANJI DI KALANGAN UMAT INI’. Dan agar orang-orang tidak mengatakan, ‘TIDAK ADA LAGI PEMUDA SEJATI YANG BERANI BERTANGGUNGJAWAB PERBUATANNYA DI KALANGAN UMAT INI” Lalu, Khalifah Omar melangkah ke arah Abu Dzar Al-Ghiffari dan berkata, “Dan kau wahai Abu Dzar, bagaimana kau boleh berani menjamin pemuda ini, padahal kau tidak kenal dengan pemuda ini?” Abu Dzar menjawab, “Aku lakukan itu agar orang-orang tidak mengatakan BAHAWA TIDAK ADA LAGI PEMUDA YANG BERSEDIA BERKORBAN UNTUK SAUDARA SEAGAMA DALAM UMAT INI.” Mendengar itu semua, dua orang pemuda anak lelaki yang terbunuh pun ikut berkata, “Sekarang tiba giliran kami, wahai Amirul Mukminin, kami bersaksi di hadapanmu bahawa pemuda ini telah kami maafkan, dan kami tidak meminta apa pun darinya! Tidak ada yang lebih utama dari memberi maaf jika mampu. Ini kami lakukan agar orang tidak mengatakan BAHAWA TIDAK ADA LAGI PEMUDA YANG BERJIWA BESAR, YANG MAHU MEMAAFKAN SAUDARANYA DI KALANGAN UMAT INI.” SUBHANALLAH, Kisah di atas sangat mempesonakan. Inilah gambaran tentang pemuda sejati, pemuda-pemuda kaya hati. Keempat pemuda dalam kisah di atas menggambarkan kepada kita siapa itu Pemuda Sejati, Pemuda Impian banyak Hati. Posted @ www.isuhangat.net.

Kisah Empat Pemuda Sejati

 Sabtu 3 Disember 2011

Dengan berat hati kita harus diakui, keruntuhan moral masyarakat sekarang ini dilihat dari keruntuhan mentaliti pemuda-pemudinya. Walaupun orang dewasa pun banyak melakukan maksiat, kita boleh lihat pelaku seks bebas adalah pemuda, mat rempit adalah pemuda, peragut adalah pemuda, penyokong muzik barat adalah pemuda dan kebanyakan penagih dadah adalah pemuda.
Mudahnya, hancurnya masyarakat kita adalah jelas oleh kehancuran akhlak pemudanya. Kebanyakan pemuda pada masa ini sudah kehilangan segala-galanya;capability, identiti dan integriti.
Kisah berikut semoga boleh menjadi pelajaran berharga bagi kita. Kisah ini akan memberi gambaran kepada kita Bagaimana sesunggunya karakteristik ideal dari seorang pemuda. Dari cerita berikut setidaknya kita akan mendapat petunjuk mengenai takwa kepada Allah Swt, rasa tanggungjawab, mengambil berat, serta makna persaudaraan:
Pada Zaman Khalifah Omar Bin Khattab R.A, ada seorang pemuda sedang mengembara. Dia menggunakan unta yang akan digunakan sebagai kenderaannya.

Di tengah perjalanan, dia menemui sebuah tempat rehat yang ditumbuhi rumput hijau yang segar. Dia berhenti di situ untuk beristirahat sejenak. Pemuda itu kemudian duduk di bawah pohon. Kerana terlalu penat, akhirnya dia tertidur. Semasa dia tidur, tali untanya terlepas, sehingga unta itu merayau ke sana ke mari. Akhirnya, unta itu masuk ke dusun yang ada berdekatan. Unta itu memakan tanam-tanaman dan buah-buahan di dalam dusun. Unta itu juga merosakkan banyak tanamannya.
Penjaga kebun adalah seorang lelaki tua. Lelaki tersebut berusaha mengusir unta itu, namun dia tidak berjaya. Kerana bimbang unta itu akan merosakkan seluruh kebunnya, lelaki tua pun membunuhnya. Setelah terjaga, pemuda itu mencari untanya. Akhirnya, dia menemui unta itu telah bergelimpang mati di dalam kebun tersebut.
Pada masa itu, lelaki itu datang. Pemuda itu bertanya, “Siapa yang membunuh unta milikku ini?” Lelaki tua itu lalu menceritakan apa yang telah dilakukan oleh unta itu. Kerana risau akan merosakkan seluruh isi kebun, maka dia terpaksa membunuhnya.
Mendengar perkara itu, pemuda tak dapat menahan amarahnya. Oleh kerana tidak dapat mengawal kemarahannya serta-merta dia memukul lelaki tuan punya dusun itu. Malangnya, lelaki itu meninggal ketika itu juga. Pemuda itu amat menyesal atas apa yang dilakukan. Pada masa yang sama, datanglah dua orang pemuda yang merupakan anak kepada lelaki tadi.
Mengetahui ayahnya telah tidak bernyawa lagi dan disebelahnya berdiri pemuda itu, mereka lalu menangkapnya. Kemudian, keduanya membawa pemuda tadi menghadap Amirul Mukminin; Khalifah Omar bin Khattab RA.
Mereka berdua menuntut dilaksanakan qisas (hukum bunuh) kepada pemuda yang telah membunuh ayah mereka. Lalu, Khalifah Omar bertanya kepada pemuda tadi. Pemuda itu mengakui perbuatannya. Dia benar-benar menyesal atas apa yang telah dilakukannya.
Khalifah Omar lalu berkata, “Aku tidak punya pilihan lain kecuali melaksanakan hukum Allah terhadapmu”.Pemuda tadi dengan lapang dada menerima keputusan tersebut. Dia kemudian meminta kepada Khalifah Khalifah Omar, agar diberi waktu dua hari untuk pulang ke kampungnya, sehingga dia boleh berjumpa keluarganya serta boleh membayar hutang-hutangnya.
Khalifah Omar kemudian berkata, “Hadirkan padaku orang yang menjamin, bahawa kau akan kembali lagi kesini. Jika kau tidak kembali, orang itu yang akan diqisas sebagai ganti dirimu.”
Pemuda itupun menjawab,
“Wahai Amirul Mukminin, Aku orang asing di negeri ini, aku tidak boleh mendatangkan seorang penjamin.”
Salah seorang sahabat mulia, ABU DZAR AL-GHIFARI RA (yang ketika itu usianya boleh dikategorikan masih muda) secara kebetulan hadir di majlis tersebut. Beliau kemudian berkata, “Hai Amirul Mukminin, ini kepalaku, aku berikan kepadamu jika pemuda ni tidak datang lagi setelah dua hari.”
Dengan terkejut, Khalifah Omar berkata, “Apakah kau yang menjadi penjaminnya, wahai Abu Dzar, sahabat Rasulullah?,” “Benar, ya Amirul Mukminin,” jawab Abu Dzar lantang.
Pada hari yang telah ditetapkan untuk pelaksanaan hukuman qisas, orang ramai tidak sabar menantikan datangnya pemuda itu.
SANGAT MENGEJUTKAN! Dari jauh mereka melihat pemuda itu datang dengan memacu kudanya. Dia tiba di tempat pelaksanaan hukuman. Orang-orang memandangnya dengan penuh takjub.
Khalifah Omar bertanya kepada pemuda itu, “Mengapa kau kembali lagi ke sini anak muda, padahal kau boleh menyelamatkan diri dari maut?”
Pemuda itu menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, aku datang ke sini agar jangan sampai orang-orang berkata, ‘TIDAK ADA LAGI PEMUDA YANG MENEPATI JANJI DI KALANGAN UMAT INI’. Dan agar orang-orang tidak mengatakan, ‘TIDAK ADA LAGI PEMUDA SEJATI YANG BERANI BERTANGGUNGJAWAB PERBUATANNYA DI KALANGAN UMAT INI”
Lalu, Khalifah Omar melangkah ke arah Abu Dzar Al-Ghiffari dan berkata, “Dan kau wahai Abu Dzar, bagaimana kau boleh berani menjamin pemuda ini, padahal kau tidak kenal dengan pemuda ini?”
Abu Dzar menjawab, “Aku lakukan itu agar orang-orang tidak mengatakan BAHAWA TIDAK ADA LAGI PEMUDA YANG BERSEDIA BERKORBAN UNTUK SAUDARA SEAGAMA DALAM UMAT INI.”
Mendengar itu semua, dua orang pemuda anak lelaki yang terbunuh pun ikut berkata, “Sekarang tiba giliran kami, wahai Amirul Mukminin, kami bersaksi di hadapanmu bahawa pemuda ini telah kami maafkan, dan kami tidak meminta apa pun darinya! Tidak ada yang lebih utama dari memberi maaf jika mampu. Ini kami lakukan agar orang tidak mengatakan BAHAWA TIDAK ADA LAGI PEMUDA YANG BERJIWA BESAR, YANG MAHU MEMAAFKAN SAUDARANYA DI KALANGAN UMAT INI.”
SUBHANALLAH, Kisah di atas sangat mempesonakan. Inilah gambaran tentang pemuda sejati, pemuda-pemuda kaya hati. Keempat pemuda dalam kisah di atas menggambarkan kepada kita siapa itu Pemuda Sejati, Pemuda Impian banyak Hati.

42 HADITH PERISTIWA AKHIR ZAMAN (bah akhir)

Jumaat 2 Disember 2011



40. GOLONGAN YANG SELAMAT
Ertinya:

Daripada ‘Auf bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh lagi akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah-belah menjadi tujuh puIuh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diri ku di dalam kekuasaannya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk neraka. Sahabat bertanya, mana yang selamat”? Nabi saw. menjawab, “Mereka adalah jamaah”. (Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah).
H.R Ibnu Majah

Keterangan

Yang di maksudkan dengan jamaah yang selamat ini ialah golongan yang tetap berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah dan juga dengan pendirian sahabat-sababat dan salafus-shaleh, atan pun yang diistilahkan oleh para ulama dengan golongan “Ahlus Sunnah wal Jamaah”. Selain dari golongan ini adalah sesat dan akan menjadi penghuni neraka.

41. LAHIRNYA IMAM MAHADI
Ertinya:

Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Dunia tidak akan hilang (qiamat) sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki daripada keluarga ku (keturunan ku) yang namanya sama dengan namaku”.
H.R Termizi

Keterangan

Hadis ini menerangkan kepada kita bahawasanya dunia ini tidak akan qiamat sehinggalah bangsa Arab dan juga bangsa Ajam dikuasai oleh seorang lelaki keturunan Rasulullah saw., iaitu Imam Mahdi. Ia akan melaksanakan keadilan di permukaan bumi ini dan akan diikuti oleh seluruh kaum muslimin. Ia akan memerintah selama tujuh tahun. Kemudian keluarlah Dajal dan turun pula Nabi Isa ‘alaihis salam, dan Nabi Isalah yang akan membunuh Dajjal itu.

Menurut kebanyakan ulama, Imam Mahdi akan lahir disaat umat Islam berpecah-belah dan dimasa pemerintahannya semua umat Islam akan bersatu dan berjaya menundukkan seluruh bangsa yang ada di dunia ini dbawah kekuasaan Islam.

42. SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR
Ertinya:

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
H.R Muslimi

Keterangan

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7. Gempa bumi di Timur.

8. Gempa bumi di Barat.

9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah beliau turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

Wallahualam..

Sekian.. semuga kita semua mendapat manfaat insyaAllah.. wassalam

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

sumber: bujang susah

Islam, Kristian dan Yahudi adalah agama Allah

Jumaat 2 Disember 2011

Kitab Suci Al Quran,Taurat, Zabur atau Injil
Bahawasanya Agama langit disebut dalam istilah Arabnya, al-adyan as-samawiyyah, yang bererti agama-agama langit.Agama langit yang kekal hingga hari ini ada 3.Ia itu Yahudi, Kristian dan Islam.
Ia adalah istilah keagamaan yang dirujukkan kepada Allah, yang diturunkan kepada manusia, berasaskan kepada wahyu yang sahih pada mulanya. Ia diturunkan kepada rasul-rasul yang dilantik Allah, untuk menerima dan menyampaikan wahyu tersebut kepada manusia tanpa ditokok dan ditambah.
Mengamal kitab-kitab Allah SWT memang ada perbezaan. Perbezaan dari segi istilah dan nama yang dimaksudkan kepada sesuatu kitab itu. Seperti Kitab Zabur, diturunkan kepada Nabi Allah Daud a.s. disebutkan Allah dalam Surah an-Nisa, ayat 163. Manakala Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Allah Musa a.s. dicatat dalam Surah al-Maaidah, ayat 44.
Kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Allah Isa a.s., dinyatakan dalam Surah al-Maaidah, ayat 46 dan al-Quranul Karim diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w., disebut dalam Surah al-An’am ayat 19.
Memang nama-nama kitab Allah tersebut berbeza, namun inti pati sebenar daripada kitab itu tidak berbeza. Kitab-kitab itu membawa mesej yang sama dan yang paling asas adalah semua kitab memperkenalkan Allah sebagai Tuhan Yang Sebenar, Yang Maha Esa, Maha Berkuasa, Maha Bijaksana yang menjadi pencipta alam ini.
Dia (Allah) sahaja yang wajib disembah. Allah yang sama tidak pernah berubah, maka kerana itu wahyu-Nya pada umumnya tidak berubah pada perkara-perkara pokok. Wajiblah manusia seluruhnya beriman dengan Allah dengan melaksanakan tuntutan yang wujud dalam kitab-kitab tersebut tanpa dirubah dan dipinda.
Seluruh Rasul-Rasul dari Adam a.s hingga kepada Muhammad s.a.w, mengajak manusia beriman kepada Allah Yang Esa, dengan mematuhi perintah-Nya serta menjauhi larangan-Nya.
Firman Allah (mafhumnya): “Rasul telah beriman kepada apa yang diturunkan (al-Quran) kepadanya, dari Allah, tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman, semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikat-Nya, dan kitab-kitab-Nya dan Rasul-Rasul-Nya. (Mereka berkata) “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari Rasul-Rasul-Nya. Mereka berkata lagi, “Kami dengar dan kami taat. (Kami pohonkan) keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jualah tempat kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 285)
Semua Rasul disebut Rasulullah. Ertinya mereka semua adalah pesuruh Allah yang menerima wahyu dan menyamoaikan kepada manusia supaya sama-sama beriman kepada Allah.
Logiknya, jika semua Nabi dan Rasul dari Allah yang sama, bagaimana mungkin ajaran mereka beoleh berbeza khususnya pada perkara yang asas?
Sudah tentu, semuanya menyeru manusia beriman kepada Allah Yang Esa, percaya dengan kitab Allah yang diperturunkan melalui perantaraan malaikat, iaitu dari Allah mereka datang dan kepada-Nya mereka akan kembali.
Perbezaan yang ketara dan pertelingkahan antara satu sama lain, yang akhirnya nampak bertentangan antara agama lain, disebabkan, utamanya kerana Yahudi menyalahkan Nasrani, Nasrani menyalahkan Yahudi dan kedua-duanya pula menyalahkan Islam.
Islam pula menolak kefahaman yang dianuti oleh Yahudi dan Nasrani kerana tidak berpegang teguh dengan keaslian kitab-kitab Allah. Islam menolak kerana mereka mengubah ayat-ayat suci yang asal dalam kitab mereka.
Apabila agama Allah, khususnya wahyu Ilahi, diubah dan dipinda atau ditukar dan ditokok atas kehendak manusia, khususnya orang beragama di antara mereka, maka rosaklah agama Allah. Ia telah mewujudkan percanggahan antara satu sama lain.
Perihal berlakunya ubah pinda, tokok tambah terhadap agama yang dibawa oleh Rasul sebelum Nabi Muhammad s.a.w., dikhabarkan Allah dalam firmannya (mafhumnya): “Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah Kalamullah (Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar, dan berkata kepada,”kami dengar”, (sedang mereka berkata dalam hati), “kami tidak akan menurut.” (Mereka berkata) “Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk, serta (mereka mengatakan) ‘raa’ina’; (Tujuan kata-kata mereka yang tersebut) hanya memutarbelitkan perkataan mereka dan mencela agama Islam. Dan kalaulah mereka berkata, “kami dengan dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami”, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali dengan iman yang amat tipis.” (Surah an-Nisa, ayat 46)
Perihal tokok tambah dan perubahan yang dilakukan dalam kitab-kitab (agama) terdahulu disebutkan Allah di dalam al-Quran antaranya Surah Maaidah (13 dan 41), al-Baqarah (75) dan banyak ayat-ayat lain.
Oleh kerana itu, maka agama-agama sebelum Muhammad dan kitab-kitab mereka dimansuhkan Allah semuanya dan digantikan dengan al-Quran.
Jika semua sudah kembali kepada al-Quran pastikan kesemuanya akan bersatu pada prinsip yang benar. Pertentangan yang berlaku antara sesama agama Allah, sebenarnya pertentangan bukan pada asas yang benar, tetapi kerana berlaku penyelewengan akibat tidak taat kepada perintah Allah.
Nabi Isa a.s. memberitahu kepada pengikutnya bahawa sebelum beliau, Allah telah menurunkan Taurah dan Zabur. Jika penganut agama samawi boleh menerima Taurat, Zabur dan Injil sebagai kitab Allah, mengapa mereka tidak boleh menerima al-Quran?
Begitu juga mengapa orang Yahudi percaya dan boleh menerima Ibrahim, Musa, Ayub, Ismail dan Yaakub sebagai Nabi, mengapa mereka tidak boleh percaya Isa sebagai Rasul? Begitu juga mereka harus menerima Muhammad sebagai Rasul yang diutuskan Allah.
Inilah pokok yang mustahak untuk kita fahami, bahawasanya perbezaan yang wujud adalah kerana sifat manusia yang mengingkari Allah. Moga moga penjelasan ini memberi kefahaman kepada kita bersama.Waalhua’lam.

(Di petik dari Syarah Prof Datuk Dr Haron Din)

02 December 2011


Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (HR Bukhari)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (HR Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (HR Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (HR Muslim)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (HR Muslim)

Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla', disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.

sumber :tazkirah
Pekan Kajang dilanda banjir kilat
KAJANG, 2 Dis: Hujan lebat beberapa jam sejak petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Kajang di sini dilanda banjir kilat.

Paling terjejas teruk pekan Kajang yang dinaiki air sekaligus merosakkan barangan di dalam beberapa buah kedai.

Selain itu beberapa kenderaan juga turut terkandas ekoran air yang naik secara mendadak.

Kejadian banjir teruk di Kajang pernah berlaku pada tahun 2008.

Berikut antara gambar-gambar yang dirakam orang ramai beberapa minit lalu.




  sumber harakahdaily

Permintaan Hosni Mubarak " Isteriku, siapkan kuburku"

Jumaat 2 Disember 2011 

Permintaan Terakhir Mubarak: ''Istriku, Siapkan Kuburanku''
HHRS 2.0 - Keadaan Hosni Mubarak, diktator diguling rakyat Mesir, semakin kritikal setelah menyaksikan kejayaan pelaksanaan pilihan raya perundangan di Mesir. Mubarak akhirnya meminta kepada isterinya agar mempersiapkan kuburan keluarga mereka di kawasan Misr al-Jadidah.

Laporan Mehr Khamis (01/12) dilaporkan oleh laman surat khabar Mesir 'Elfagr' menulis pasca kejayaan penyelenggaraan pilihan raya perundangan Mesir, Hosni Mubarak dalam sebuah keputusan yang menunjukkan keputusannya meminta kepada Suzanne Mubarak, isterinya, untuk mempersiapkan kuburan keluarga mereka di kawasan Misr al-Jadidah. Hosni Mubarak juga meminta tolong kepada seorang usahawan dan arkitek untuk membantu isterinya mengubahsuai kubur keluarganya.

Kubur keluarga Hosni Mubarak terletak di kawasan Misr al-Jadidah berdiri di atas kawasan seluas 120 meter persegi dan dibuat dari batu marmar. Lokasi perkuburan keluarga Mubarak ini dilengkapi dengan beberapa kemudahan seperti tandas, bilik mandi, tempat rehat, sistem audio dan sebuah bilik khas.

Sebelumnya, sebuah televisyen satelit Mesir menayangkan terperinci kubur keluarga Mobarak yang dibina dengan kos 15 juta pound. Lokasi perkuburan ini juga dilengkapi dengan sambungan telefon antarabangsa.
 
Sumber :Diterjemah dari fiqhislam/republika

Ikhwanul Muslimin sedia galas cabaran



6 Muharram 1433H.
KAHERAH - Selepas menunggu selama 83 tahun, Parti Ikhwanul Muslimin akhirnya semakin hampir mendapat peluang yang ditunggu-tunggu untuk mentadbir Mesir selepas dilaporkan mendahului pilihan raya fasa pertama sejurus pengiraan undi tamat, semalam.

Parti berlandaskan Islam itu berharap mampu mengemudi perubahan politik Mesir selepas revolusi Arab, dan berikrar akan meningkatkan kembali ekonomi negara dengan 80 juta penduduk itu yang terjejas akibat pergolakan politik, awal tahun ini.

Ikhwanul Muslimin, gerakan Islam tertua di Mesir dijangka mendapat kedudu-kan kukuh di Parlimen dan berharap dapat membentuk kerajaan campuran sejurus pilihan raya tiga fasa itu berakhir, Januari depan.

Kejayaan parti itu mendahului pilihan raya menandakan perubahan besar kerana pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak dan pemimpin sekular sebelum ini menindas dan melarang Ikhwanul Muslimin menyertai dunia politik.

Diketuai golongan profesional seperti doktor, jurutera dan guru, Ikhwanul Muslimin membawa slogan ‘Islam adalah penyelesaiannya’ dan turut mengutamakan demokrasi, keadilan sosial serta kebebasan undang-undang.

Namun perjalanan politik parti itu dijangka berhadapan cabaran besar apabila majlis tentera Mesir dilihat mahu mempengaruhi pemilihan Kabinet dan cuba meletakkan pemimpin pilihan mereka.

Populariti Parti Ikhwanul Muslimin juga menghancurkan impian kuasa Barat yang sejak dahulu kerap menjadikan pemimpin Arab sebagai boneka demi memenuhi kepentingan mereka.

Selain Mesir, parti berlandaskan Islam juga memenangi pilihan raya terbaru di Tunisia dan Maghribi.

SINAR HARIAN/-