Sabtu, 7 Mei 2011

15 jambatan yang mengerunkan di dunia

1. Hussaini Hanging Bridge, Pakistan


2. Aiguille du Midi Bridge, France




3. William Preston Lane, Jr. Memorial Bridge (Bay Bridge), Maryland



4. Sidu River Bridge, China


5. Royal Gorge Bridge, Colorado


6. Puente de Ojuela, Mexico


7. U Pain Bridge, Myanmar


8. Iya Valley Vine Bridges, Japan



9. Cikurutug Bridge, Indonesia


10. Carrick-a-Rede Rope Bridge, Northern Ireland


11. Capilano Suspension Bridge, Canada



12. Trift Suspension Bridge, Switzerland



13. Canopy Walk, Ghana


14. Mackinac Bridge, Michigan



15. Millau Viaduct, France

Jumaat, 6 Mei 2011

Ikan Paus Gergasi Jinak di Lagun Mexico

7 MEI 2011



SEBUAH bot pelancong mendekati seekor ikan paus gergasi di lagun San Ignacio, Mexico baru-baru ini.

BANDAR RAYA MEXICO - Para pelancong kini boleh melihat beberapa ekor ikan paus kelabu gergasi seberat 40 tan di barat pantai Mexico, lapor sebuah akhbar semalam.

Sejumlah pelancong dari seluruh dunia bermain dengan sekumpulan keluarga ikan paus tersebut yang tinggal di lagun San Ignacio, Mexico dengan menyentuh lidah dan menggosok badan haiwan tersebut.

Seorang ahli zoologi Mark Carwardine berkata: "Jika anda tidak menggaru dan mengeletek haiwan itu, kumpulan ikan paus tersebut akan mencari sebuah bot lain yang membawa pelancong untuk berbuat demikian."

Pihak berkuasa Mexico menetapkan kawasan yang boleh dilalui bot pelancong untuk melihat ikan paus tersebut yang sebahagian haiwan berkenaan sepanjang 13.71 meter..

Berita Osama tempat ke-3 dekad ini, menenggelamkan William dan Kate Middleton

May 7, 2011
Tak sampai seminggu setelah Presiden Barack Obama mengumumkan kematian pemimpin Al-Qaeda Osama Bin Laden,..

Osama Tak Akan Ditembak Jika Berbogel

07 May 2011

WASHINGTON - Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden dapat mengelakkan dirinya daripada mati ditembak oleh pasukan komando tentera Amerika Syarikat (AS) yang menyerbu rumah tempat tinggalnya di bandar Abbottabad, Pakistan pada Ahad lalu jika dia berada dalam keadaan bogel, lapor sebuah akhbar semalam.

Pasukan komando tersebut telah diberi arahan supaya menembak mati Osama sekiranya dia ditemui dalam keadaan berpakaian.

Menurut sumber Kongres Amerika Syarikat (AS), pasukan komando telah diarahkan supaya menganggap ketua Al-Qaeda itu memakai jaket bahan letupan di badannya sekiranya dia berpakaian.

Osama dipercayai ditembak di dahi dan jantungnya semasa dia memakai baju tidur.

Operasi di Abbottabad itu dikritik selepas beberapa pihak menganggap ia bertujuan untuk membunuh Osama dan dia tidak akan diberi peluang untuk menyerah diri.

Beberapa pakar tentera dilaporkan berkata, bunyi bising ketibaan empat buah helikopter yang digunakan dalam operasi tersebut akan mengejutkan para penghuni rumah berkenaan dan memastikan bahawa pertempuran akan berlaku.

Kedatangan tanpa senyap itu kata mereka, merupakan petunjuk bahawa operasi tentera tersebut bertujuan untuk melakukan pembunuhan.

"Jika sesiapa dalam pasukan ini menganggap terdapat ancaman dalam apa jua bentuk, kekerasan membunuh dibenarkan (pihak atasan)," kata seorang pegawai komando Seal kepada akhbar LA Times berhubung operasi di Abbottabad.

Kenyataannya bercanggah dengan dakwaan ketua penasihat antikeganasan AS, John Brennan yang sebelum ini menyatakan, pasukan komando berkenaan telah diberi arahan supaya menangkap Osama hidup-hidup.

"Jika kami mempunyai peluang untuk menangkap Osama hidup-hidup dan jika dia tidak mendatangkan ancaman kepada pasukan komando, mereka bersedia menangkapnya," kata Brennan

Bagaimanapun pada Selasa lepas, Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Leon Panetta berkata, Osama membuat pergerakan yang mengancam menyebabkannya dibunuh.

Pada masa yang sama, White House mengeluarkan kenyataan bahawa Osama tidak bersenjata semasa dia ditembak di dahi dan dadanya..

OLEH

Osama Tinggalkan Wasiat Terakhir

07 May 2011

LONDON - Pengganas yang paling dikehendaki Amerika Syarikat (AS), Osama bin Laden menyatakan dalam wasiatnya bahawa dia tidak mahu anak-anaknya menyertai kumpulan Al-Qaeda, lapor agensi berita Press Trust of India kelmarin.

Dalam wasiatnya itu Osama memohon maaf kepada anak-anaknya kerana kebanyakan masanya dihabiskan untuk berjihad.

Dokumen empat halaman bertarikh 14 Disember 2001 yang ditandatangani Osama mula disiarkan dalam sebuah akhbar Lebanon pada tahun 2001.

Namun, ia disiarkan semula dalam minggu ini selepas kematian Osama.

Osama dipercayai menulis wasiat itu selepas tragedi serangan 11 September 2001 di New York yang mengorbankan hampir 3,000 orang.

Dalam dokumen itu, Osama menyatakan, empat isterinya speatutnya tidak berkahwin semula selepas kematiannya.

Ketua Al-Qaeda itu dipercayai mempunyai anak seramai 12 hingga 24 orang..


0 Hamas Sedia Jayakan Perdamaian Dengan Fatah


02 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -SEMENANJUNG GAZA 6 MEI : Sehari selepas menandatangani perjanjian memulihkan hubungan dengan kumpulan Fatah, pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, berkata mereka sedia menghadapi apa saja untuk memastikan kejayaan perdamaian yang dicapai itu selepas kedua-dua pihak bertelagah selama empat tahun. "Kami akan mula melaksanakan...
[Read More...]


Permandangan Terkini( 5 Mei 2011) Di Sekitar Luar Masjidil Haram Mekah

depan pintu utama King Abd Aziz 1
masih ada lagi jemaah...

sungguh indah bila berada bersama mereka di situ...

suasana jemaah sedang sibuk memasuki MasjdilHaram...
Dataran Kaabah sudah mula di penuhi oleh Jemaah..alhamdulilah


Cpj: InsyaAllah aku akan datang kepadaMu dalam tempoh terdekat ini...InsyaAllah...