Isnin, 11 April 2011

Sayangi remaja dengan didikan yang betul

Ahmad Baei Jaafar
Kecuaian dan kesilapan ibu bapa dalam memberi didikan kepada anak-anak boleh mengakibatkan mereka tersasar dari landasan yang betul. Tahukah anda, Islam perintahkan ibu bapa menyuruh anaknya supaya solat waktu usia tujuh tahun ada sebabnya. Bukan sekadar suruh anak solat dan apabila anak itu sudah melakukannya, ditinggalkan begitu sahaja.
Tetapi suruhan solat ini hendaklah dengan penuh kasih sayang. Manakala pendekatan suruhan itu perlukan latih tubi selama tempoh tiga tahun. Bayangkan kalau tiga tahun dididik dan diawasi dengan penuh cermat, mampukah dia mencuri tulang lagi untuk lari daripada solat. Kemungkinan besar mereka tidak sanggup kerana sudah ada rasa satu dosa kalau meninggalkan solat.
Namun realiti yang berlaku pada hari ini, pada waktu anak-anak masih kecil, mereka diasuh oleh pengasuh taska dan tadika. Pada waktu itu, mereka sudah diajar doa makan, doa belajar, doa masuk tandas dan sebagainya. Tetapi doa itu tidak lagi diamalkan di rumah apatah lagi kalau iba bapa tidak berminat untuk mendengar atau membacanya.
Apabila anak-anak itu memasuki sekolah rendah dan menengah, terdapat sistem pembelajaran agama yang baik. Di sekolah latihan solat berjemaah telah dilakukan terutama pada waktu zohor. Tetapi bagaimana ketika anak-anak itu pulang ke rumah? Ibu bapa langsung tidak memberi perhatian kepada perkara itu, malah ada ibu bapa yang tidak mahu menunaikan solat.
Jelas di sini, ibu bapa tidak berperanan pada usia anak itu tujuh tahun selama tiga tahun. Kalau inilah yang berlaku, apa yang akan terjadi kepada anak itu apabila dewasa kelak? Sudah pasti mereka tidak akan melakukan solat dan ibadah-ibadah lain. Kalaupun terdapat mereka yang melakukan solat, hanya kerana malu kepada kawan atau takut dimarahi ibu, bukan kerana tanggungjawab kepada Allah.
Jadi, proses didikan solat ini perlu dimulakan dari usia tujuh tahun dan berterusan selama 3 tahun. Apabila anak itu telah berusia 10 tahun, keadaannya perlu dipantau kerana lazimnya menjelang usia baligh seseorang itu sedang bertarung dengan godaan nafsu dan syaitan. Oleh sebab itulah Rasulullah mengingatkan ibu bapa agar merotan anak jika tinggalkan solat.
Rotan penting di usia ini kerana kanak-kanak pada peringkat ini sudah boleh berfikir mana yang baik dan mana yang jahat. Maka apabila anak itu diberi peringatan dengan rotan, dia akan melakukan yang terbaik. Solat yang dilakukan bertambah baik dan lebih khusyuk berbanding sebelumnya.
Tegasnya, anak yang terdidik sejak awal ini, akan mudah terkesan apabila diberi amaran dengan rotan. Tetapi kalau ibu bapa sudah gagal mendidik anak seusia tujuh tahun, rotan sudah tidak berkesan lagi pada usia 10 tahun. Inilah yang berlaku kepada remaja sekarang, mereka sudah tidak “makan saman” dengan ugutan rotan oleh ibu bapa mereka.

Didik iman
Selain solat, anak-anak ini perlu diberi perhatian kepada didikan iman. Iman adalah teras segala kekuatan yang memantapkan jati diri seseorang. Iman pada diri seseorang kalau hendak ibarat dengan sebatang pokok ialah akarnya. Keimanan kepada Allah adalah ibarat akar tunjangnya. Maka paling jauh akar itu ke dalam bumi pasti pokok itu akan terus kukuh berdiri.
Sebenarnya seseorang yang keimanannya kepada Allah tidak mantap, walaupun masih ada iman kepada rukun iman yang lain, jati dirinya tidak begitu kukuh. Iman tanpa keimanan kepada Allah yang mantap ibarat pokok yang tidak ada akar tunjang, mudah tumbang apabila dipukul rebut. Ini seperti pokok kelapa yang semangnya tidak ada akar tunjang.
Menyedari keadaan ini, anak-anak sebelum menjelang remaja perlu dikuatkan keimanan mereka kepada Allah. Didikan iman sama seperti didikan solat, perlu latih tubi beberapa tahun. Mungkin anda pernah dengar kisah seorang remaja pengembala kambing pada zaman Sayidina Umar al-Khattab.
Tatkala Khalifah Sayidina Umar al-Khattab membuat tinjaun ke atas akitiviti umat Islam beliau bertemu dengan seorang remaja yang sedang mengembala puluhan kambing. Khalifah yang tidak dikenali remaja itu, cuba bertanya, “bolehkah kamu menjual seekor kambing ini kepada ku?”
Remaja itu berkata, “maaf tuan, saya tidak diamanahkan untuk menjual.” Lalu Sayidina Umar berkata, “Tuan kamu tidak ada dan kalau kamu menjual seekor, pasti tuanmu tidak sedar. Dan wang jualan ini boleh kamu gunakan untuk keperluan kamu.”
Remaja itu dengan tegas berkata, “kalaupun tuan saya tidak ada dan tidak nampak, tetapi tuhan kepada tuan saya ada dan nampak perbuatan saya.”
Mendengar itu, khalifah berasa syukur kerana remaja ini sudah kukuh iman dan kukuh jati dirinya. Kerana dengan keimanan kepada Allah menjadikan dia tidak sanggup menipu tuannya walaupun peluangnya sudah di hadapan mata.
Keimanan yang semantap itu, sudah tentu bukan didikan sehari dua, tetapi bermula tiga tahun lalu. Persoalannya, berapa lama kita didik iman anak kita pada hari ini? Setahu saya proses didikan iman ini tidak pernah dilakukan dalam masyarakat kita. Belajar ilmu akidah, rukun iman belum menepati didikan iman yang saya maksudkan di atas.

Ahad, 10 April 2011

Tentera Mesir Bunuh Dua Penunjuk Perasaan

6 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


KAHERAH - Tentera Mesir yang bertindak menyuraikan penunjuk perasaan membunuh dua penunjuk perasaan di Dataran Tahrir di sini, semalam.

Kematian itu adalah yang pertama di sini selepas Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai presiden pada 11 Februari lalu.

Beberapa saksi menyatakan, anggota-anggota tentera yang dibantu polis pencegah rusuhan melepaskan lima das tembakan ke udara dan memukul para penunjuk perasaan yang berkhemah di dataran tersebut.

Para penunjuk perasaan itu berhimpun selepas puluhan ribu orang berkumpul di sini kelmarin bagi meminta Hosni dihukum termasuk beberapa tokoh terkenal semasa rejimnya berkuasa.

AFP

Khamis, 7 April 2011

Banyaknya benda Palsu..telur ayampun Palsu...


Rupanya sebiji macam telur ayam tetapi rupa-rupanya ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar,demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasarPulau Tikus di sini .

Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natriumalginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

“Komponen bahan-bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati,” katanya.

Mohamed Idris berkata kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.

“Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu,” katanya.

Loh berkata beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lepas

Gangsterism Di Sekolah Menjadi-jadi, 20 Pelajar Belasah Seorang

Kuala Terengganu: Biadab apabila sekumpulan 20 pelajar dari sekolah di Marang bertindak seperti mafia kerana sanggup menempuh perjalanan sejauh dua kilometer untuk menceroboh sekolah agama lain semata-mata bagi membelasah pelajar sekolah berkenaan, pagi semalam.

Mangsa, Wan Nur Azri Wan Mohammad (gambar), 17, dari Kampung Bukit Surau Haji Daud, Marang, cedera di muka, dahi dan belakang badan akibat dibelasah kumpulan pelajar terbabit.

Ibu mangsa, Zalina Mamat, 45, yang ditemui di pekarangan Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, kecewa dengan tindakan ganas kumpulan pelajar itu.

“Saya menerima panggilan telefon daripada anak meminta saya dan suami datang ke sekolah segera sebelum talian putus kira-kira jam 11.15 pagi tadi (semalam).

“Saya menghubungi semula nombor berkenaan dan rakannya menjawab panggilan itu memberitahu anak saya dipukul sekumpulan pelajar,” katanya.

Tanpa berlengah dia yang bekerja di sebuah jabatan kerajaan bergegas ke sekolah berkenaan dan setibanya di sekolah, rakan anaknya memberitahu guru sudah membawa anaknya ke HSNZ untuk rawatan.

Menurutnya, menerusi perbualan dengan rakan anaknya yang menyaksikan kejadian itu, seorang daripada kumpulan pelajar yang menceroboh masuk itu datang ke kelas dan memanggil anaknya sebelum berjabat tangan tetapi kemudian mengheretnya keluar dari kelas.

“Melihat keadaan agak pelik kerana kumpulan pelajar terbabit menarik anak saya, rakannya yang lain turut mengikut ke mana dia dibawa mereka.

“Selepas melihat anak saya dibelasah, rakannya memaklumkan kepada guru dan tindakan pantas mereka mengelak keadaan menjadi lebih buruk,” katanya.

Bapa mangsa, Wan Mohammad Wan Yusof, 47, berkata dia tidak tahu punca yang menyebabkan anak kedua daripada empat beradik yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini dibelasah kumpulan pelajar berkenaan.

Menurutnya, laporan polis sudah dibuat kira-kira jam 1 petang semalam di Balai Polis Bukit Payong Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan masih menjalankan siasatan.

Menurutnya, berikutan kecederaan dialami mangsa, polis menunggu masa sesuai untuk mengambil keterangannya.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Razali Daud, ketika dihubungi berkata pihak sekolah sudah membuat laporan polis mengenai kejadian membabitkan pelajar tingkatan lima sebuah sekolah agama di Marang itu.

Menurutnya, pihaknya memandang serius kejadian pelajar menceroboh sekolah lain dan memukul pelajar di sekolah berkenaan.

“Tindakan lanjut akan diambil selepas siasatan kejadian itu selesai,” katanya.



Gengster budak sekolah

KUALA TERENGGANU - Perasaan mahu membalas dendam yang membuak-buak mendorong sekumpulan lebih 20 pelajar sebuah sekolah menengah agama dekat sini menyerbu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling, Marang untuk memukul seorang pelajar tingkatan lima.

Serangan ala gengster pada pukul 11 pagi itu berlaku apabila kesemua pelajar terbabit menceroboh sekolah mangsa lalu pergi ke kelas Wan Nur Azri Wan Mohamad, 17, selepas waktu rehat sebelum membelasahnya di belakang bangunan makmal.

Difahamkan, kumpulan pelajar tersebut datang ke sekolah berkenaan dengan menaiki kenderaan dari sekolah mereka yang terletak kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi Wan Nur Azri apabila kesemua suspek bertempiaran melarikan diri selepas perkara itu dimaklumkan kepada guru SMKA Durian Guling.

Ibu mangsa, Zalina Mamat, 45, memberitahu, dia dan suaminya bergegas ke sekolah sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh anaknya. - kosmo

Keindahan solat Subuh di New Delhi dan saksikan:

Friday, April 8, 2011



Masjid Jame’ New Delhi juga antara salah sebuah masjid terbesar di India dan siap dibina pada 1656 Terletak di Fatehpur Sikri New Delhi. Masjid ini dibina oleh Shah Jehan yg juga telah membina Taj Mahal di Agra.

Sembahyang subuh ini di Imamkan oleh Syeikh Abdul Rahman Sudais

Masjid ini boleh menampung 25,000 jemaah untuk satu satu masa, dan baru baru ini pihak masjid itu telah menjemput Imam Masjidil Haram Mekah Syeikh Abdul Rahman Sudais untuk menjadi jemputan bagi sembahyang subuh dimasjid itu pada 27 march lalu.

Beberapa pemerhati amat mengkagumi akan kehebatan sambutan yg diberi dengan kehadiran orang ramai ke masjid itu dan apakah di Negara kita tidak mengingini majlis seperti ini? atau menjemput sesaorang Imam luar seperti ini? dan kita saksikan beberapa gambar nya.

Para jemaah berebut untuk melihat Abdul Rahman Sudais dari dekat

Suasana perkarangan Masjid dengan ribuan jemaah yg hadir


Burung burung turut mengimarahkan suasana dipagi itu.

Selasa, 5 April 2011


Anak Gaddafi mahu bapa berundur


01 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

Seif al-Islam el-Gaddafi
Pemimpin Libya belum beri persetujuan berhubung isu peralihan pemerintahan demokrasi

BENGHAZI: Sekurang-kurangnya dua orang anak pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mencadangkan peralihan pemerintahan negara itu kepada demokrasi, termasuk melucutkan kuasa bapa mereka.

Akhbar The New York Times yang memetik sumber tidak dinamakan, melaporkan peralihan kuasa itu akan diterajui salah seorang anak Gaddafi, Seif al-Islam el-Gaddafi.

Laporan itu menyatakan belum dapat dipastikan sama ada Gaddafi, 68, bersetuju dengan cadangan yang disokong Seif dan Saadi el-Gaddafi, tetapi ada petunjuk memberi isyarat Gaddafi mahukan penyelesaian konflik yang sudah mengorbankan banyak nyawa penduduk awam itu.

“Kedua-dua anak Gaddafi mahu peralihan pemerintahan di negara itu tanpa bapa mereka,” lapor akhbar itu memetik sumber yang rapat dengan Seif dan Saadi.

Walaupun Seif dan Saadi ingin perubahan ekonomi ala Barat dan sistem politik terbuka, beliau dijangka menghadapi tentangan daripada dua lagi saudara lelakinya yang berpendirian keras, Khamis dan Mutuassim.

“Mutuassim yang juga penasihat keselamatan kebangsaan dianggap pesaing Seif untuk menggantikan bapa mereka,” kata akhbar itu.

Pemberontak Libya bagaimanapun menolak cadangan itu dan bertegas bahawa seluruh keluarga Gaddafi mesti diusir sebelum sebarang persetujuan dibuat dengan pasukan tentera rejim.

“Gaddafi dan anaknya perlu pergi sebelum sebarang rundingan boleh diadakan,” kata jurucakap Majlis Peralihan Kebangsaan, Shamseddin Abdulmelah.

Beliau berkata, Rejim Gaddafi kehilangan hak untuk berunding apabila pasukan keselamatannya terus menerus menyerang Misrata.

“Bagaimana kita boleh berunding dengan tembakan senjata terus dilepaskan?” katanya.

Semalam, Gaddafi menerima tamparan apabila bekas menteri luar dan presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ali Treiki, menjadi orang kanan terbarunya yang berpaling tadah.

Sumber Liga Arab berkata, Treiki meletak jawatan sebagai penasihat Gaddafi tetapi tidak menyertai kumpulan pemberontak.

Sementara itu utusan Gaddafi yang juga Timbalan Menteri Libya, Abdelati Laabidi meninggalkan Athens dan selepas perbincangan dengan Perdana Menteri George Papandreou dan menteri luar Dimitris, Droutsas bagi mencari penyelesaian konflik. – AFP

Isnin, 4 April 2011

Jurutera gagal tutup rekahan loji


30 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PEKERJA loji memakai sut perlindungan ketika menyembur cecair dalam usaha menutup kebocoran loji nuklear, semalam.

REKAHAN sepanjang 20 sentimeter merosakkan loji Fukushima Daii-chi, ditemui pekerja loji itu, kelmarin.

Kebocoran bahayakan pekerja

TOKYO: Jurutera semalam gagal menutup rekahan yang menyebabkan air tercemar radiasi mencurah ke dalam Lautan Pasifik dari loji jana kuasa nuklear yang musnah akibat gempa bumi dan tsunami bulan lalu, namun pencarian di tapak itu tidak menemui kebocoran lain semalam.

Gambar diedarkan syarikat pengendali loji, Tokyo Electric Power Co (TEPCO), menunjukkan air memancut daripada dinding dan menyembur ke laut. Air tercemar itu segera larut dengan air laut, mungkin membahayakan kepada pekerja loji itu.

Lopak air di loji nuklear Fukushima Dai-ichi, yang dipercayai datangnya dari teras reaktor, berulang kali memaksa juruteknik berundur dan menangguhkan tugas.

Gempa bumi dan tsunami besar-besaran merosakkan loji jana kuasa itu pada 11 Mac lalu, menyebabkan sistem penyejukan gagal dan reaktor terlebih panas secara berbahaya sejak itu. Beberapa masalah timbul hampir setiap hari menyebabkan sejumlah besar radiasi bocor ke atmosfera, tanah dan laut dalam krisis nuklear terburuk sejak terbakarnya Chernobyl pada 1986 di negara bekas Kesatuan Soviet.

Bencana berganda yang melanda Jepun itu yang memusnahkan kawasan besar di pantai timur laut negara itu dipercayai menyebabkan 25,000 maut.

Semalam menandakan hari terakhir pencarian bersama tentera Amerika Syarikat dan Jepun untuk mayat mangsa di perairan. Usaha itu kemungkinan harapan terakhir mencari mangsa.
Setakat ini, 12,000 kematian disahkan, dan tambahan 15,400 masih hilang.

Kelmarin, pekerja menemui rekahan 20 sentimeter dalam lubang penyelenggaraan di loji Fukushima Daii-chi dipercayai disebabkan gempa bumi 9.0 magnitud yang melanda Jepun.

Air mengandungi paras iodin radioaktif jauh melebihi had selamat mencurah daripada loji itu ke dalam laut Pasifik, kata Hidehiko Nishiyama dari Agensi Keselamatan Nuklear dan Industri Jepun (NISA).

Pekerja mengisi lubang itu dengan konkrit dalam usaha menutup rekahan namun gagal mengeringkannya. Mereka bercadang meletakkan polimer semalam, kemungkinan mencipta penutup jauh ke dalam sistem.

Sejak 10 hari lalu, lopak air tercemar ditemui di seluruh loji dan paras tinggi radioaktif diukur dalam laut, namun ini menandakan kali pertama pihak berkuasa mengatakan mereka menemui satu tempat di mana air mengalir ke dalam laut. – AP