Sabtu, 5 Mei 2012

CHELSEA JUARA PIALA FA 2012

Ahad 6 Mei,2012 






Stadium Wembley: Chelsea merangkul juara Piala Fa 2012 selepas menewaskan Liverpool dengan jaringan 2-1.Ramires membuka jaringan pada minit ke-11 dengan sepakan kencang ke arah kanan pintu gol bagi menewaskan Pepe Reina.Didier Drogba pula mencipta sejarah apabila beliau menjadi pemain pertama yang menyumbat gol dalam empat perlawanan akhir Piala FA yang berasingan dengan jaringan selepas separuh masa.

Andy Carroll merapatkan jurang gol dengan jaringan pada minit ke 64 hasil kesilapan pertahanan Chelsea,Jose Bosingwa.

Beberapa minit sebelum perlawanan berakhir,Petr Cech pula menghampakan Liverpool apabila menyelamatkan bola sepakan Andy Carroll di atas garisan gol.

Ianya menjadi hari yang menakjubkan bagi pengurus Chelsea Di Matteo,yang menjadi pengurus Itali ketiga dalam tempoh tiga tahun untuk memenangi Piala, selepas Carlo Ancelotti (Chelsea) pada tahun 2010 dan Roberto Mancini (Manchester City) tahun lepas.

Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan