oleh amri el wahab
Tidak ada siapa yang dalam keadaan waras akal fikiranya akan bergaul dengan sesama sendiri dalam keadaan hidungnya berhingus, tahi telinganya melilih,mata nya bertempel dengan tahi mata,mulutnya berbau busuk dan dengan beraknya yang tak di basuh! Kita sangat menjaga dan mengambil berat tentang kebersihan fisikal atau lahir kita .Di sabun, di syampu, dibedak,di sapu minyak wangi, rambut dan kumis di dandan rapi .Di hias pula dengan pakaian dan aksesori yang cantik dan mahal.Sesuailah dengan perintah Allah supaya kita sentiasa menjaga kebersihan dan berkeadaan cantik kerana Allah suka yang cantik.
Jika di renung rupa rupanya manusia di jadikan dari tanah yang makhluk pijak hari hari.Di jadikan dari setitis air mani yang baunya tidak enak.Yang keluar dari bahagian manusia yang paling aib.Bahagian di mana najis pun keluar melalui itu.Dan apabila dilahirkan pun keluarnya dari tempat yang aib juga.
Di antara hikmah Tuhan jadikan air rupa rupanya adalah untuk mensucikan kotoran yang ada pada manusia (kerana manusia kotor & bernajis).Maka di perintahnya kita supaya membersihkan diri dengan mandi dan berwuduk.
Maka dari itu manusia wajib sedar akan status dia.Sesungguhnya manusia kotor dan bernajis.Maka dari itu janganlah nak menongkat langit, berlagak sombong dan bongkak di atas muka bumi Allah.
Wallahu'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan