Sabtu, 29 Oktober 2011
Beza Bersemangat Dan Bermotivasi
Ahad 30 Oktober 2011Ramai orang kata, orang bermotivasi adalah orang yang bersemangat.
Tapi sebenarnya orang yang bersemangat, tak semestinya dia adalah orang bermotivasi. Orang bersemangat, semangatnya panas sekejap saja, lepas tu dia kena ‘reload’ balik semangatnya supaya jadi terus bersemangat, berapi menyala-nyala. Tapi orang yang bermotivasi sentiasa merasa terdorong untuk maju ke hadapan walaupun sederhana semangatnya. Cool saja. Tapi usahanya konsisten sepanjang masa.
Orang yang bermotivasi biasanya tak terlalu ghairah dan tidak juga pasif saja. Air mukanya tenang, tapi jauh di dalam hati dia memiliki tekad yang amat kuat. Tekad yang cemana tu? Tekad mahu perbaiki diri, tekad mahu buat lebih baik lagi dari yang lalu.
Orang bermotivasi lebih banyak mendengar suara hati sendiri dan lebih banyak meluangkan masa mengeratkan hubungan dengan Tuhan. Dia ni biasanya pemilih, kerana dia memilih dengan siapa dia berkawan, dengan siapa dia berbual-bual dan dengan siapa dia bergaul.
Adakah Anda orang bermotivasi? Ya. Apabila Anda ada matlamat, Anda ada dorongan untuk maju dan apabila Anda bangun pagi, perkara pertama yang masuk di kepala Anda adalah bagaimana untuk mencapai keinginan Anda.
Adakah Anda orang bersemangat? Ya, apabila Anda ada kemahuan membara mahu mencapai sesuatu, apabila Anda seronok melakukan sesuatu juga apabila Anda cukup minat berkata tentang sesuatu. Inilah yang dikatakan semangat. Dari sudut lain, dipanggil sebagai passion atau excitement. Passion ini risikonya sekejap ada, sekejap tidak ada.
Adakah Anda orang yang bersemangat dan bermotivasi? Ya, apabila Anda sedar apa yang Anda mahu capai dalam hidup, peranan Anda, kelebihan Anda dan kekurangan Anda. Apabila dilanda masalah atau Anda menerima sindiran, Anda menggunakan reverse thinking iaitu melihat sesuatu yang buruk sebagai sesuatu yang baik. Anda sentiasa melihat yang baik-baik, walau seburuk cemanapun situasi yang Anda lalui.
Anda adalah orang bermotivasi, Andalah juga orang yang bersemangat. Katakan pada diri Anda ayat berikut…
“Aku bermotivasi, aku bersemangat!”. Apa yang Anda katakan pada diri Anda sendiri, itulah yang akan jadi.
Ahad 30 Oktober,2011





Oleh: siasahkini
TUNIS 28 Okt. - Parti Islam utama Tunisia memenangi pilihan raya pertama negara ini, semalam dengan mendapat 90 daripada 217 kerusi di Dewan Perhimpunan, sembilan bulan selepas diktator Zine el Abidine Ben Ali digulingkan dalam kebangkitan rakyat.Menurut saksi dan Kementerian Dalam Negeri, protes hebat berlaku di tengah bandar Sidi Bouzid, tempat di mana pemberontakan bermula pada Disember lalu, selepas keputusan sementara pilihan raya diumumkan.
Parti Ennahda kini memiliki kerusi terbanyak di Dewan Perhimpunan yang akan menggubal semula Perlembagaan, melantik Presiden dan membentuk kerajaan, kata ketua pilihan raya, Kamel Jendoubi.
Kamel juga mengumumkan pembatalan enam calon daripada parti Petisyen Untuk Keamanan Dan Pembangunan kerana 'penyelewengan wang'.
Parti itu itu dipimpin tokoh korporat Tunisia, Hechmi Haamdi, yang bertapak di London dan dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Ben Ali, mendapat tempat keempat dengan memenangi 19 kerusi.
Hechmi, bagaimanapun menarik balik pencalonannya dari Dewan Perhimpunan itu walaupun selepas pengumuman keputusan piihan raya itu dibuat.
Hechmi yang berkempen dari London menggunakan stesen televisyen satelitnya, Al-Mustakilla berkata, beliau risau penyokongnya akan menunjukkan kemarahan mereka selepas Ennahda menolak untuk menyertakan partinya dalam perbincangan membentuk kerajaan baru.
Saksi berkata, lebih 2,000 orang penyokong Hechmi berarak ke ibu pejabat Ennahda di Sidi Bouzid dan membaling batu ke arah pasukan keselamatan ketika keputusan pilihan raya itu diumumkan. - AFP
sumber
http://anakharimau.blogspot.com
