Selasa, 4 Oktober 2011

Keburukan Kacang Soya

4 Oktober 2011

Perkongsian melalui email.

KACANG SOYA MENGALIH KITA DARI PEMAKANAN SUNNAH

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.

Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

1. Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

2. Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.

3. Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai.

Hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengkagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous,
mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko
penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia.

Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya.

Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-Maranji

Media: Gambar anggota Amisom tembak jurugambar Bernama TV didedah

October 05, 2011

KUALA LUMPUR, 5 Okt — Gambar empat anggota tentera misi pengaman Kesatuan Afrika di Somalia (Amisom) yang bertanggungjawab melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd. Nor didedahkan apabila ia dihantar menerusi e-mel kepada Bernama semalam.

Berdasarkan gambar yang dihantar oleh Agensi Keselamatan Somalia itu, mereka yang sebelum ini dilaporkan sebagai tentera Burundi dan bertugas dalam Amisom dilihat berjalan tanpa sebarang kelengkapan senjata namun dikawal oleh beberapa tentera lain ke suatu tempat yang tidak dinyatakan, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Laporan polis Somalia memberitahu, pihak Amisom telah menjalankan siasatan dalaman berhubung kejadian berkenaan dan mendapati keempat-empat tentera yang dituduh itu didapati bersalah kerana melepaskan tembakan berkenaan.

Amisom pada 26 September lalu secara rasminya telah menyempurnakan siasatan penuh terhadap empat tertuduh yang sebelum ini dikatakan menembak dan menyebabkan kematian Allahyarham Noramfaizul dan mencederakan jurukamera TV3, Ajis Saregar Mazlan.

Pasukan keselamatan itu juga telah memohon maaf atas kejadian tersebut serta melucutkan mereka yang terlibat daripada menjalankan tugas pasukan pengaman dan menghantar mereka pulang ke Burundi untuk dibicarakan.

Noramfaizul (gambar), 39, terkorban setelah terkena tembakan curi ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan menaiki pacuan empat roda semasa menyertai misi bantuan kemanusiaan anjuran Kelab Putra 1 Malaysia di Mogadishu, Somalia pada 3 September lalu.

malaysiainsider/

Jambatan paling mengerikan

Rabu 4 Oktober 2011


Jambatan Ash-Shirathul Mustaqim



Salahsatu peristiwa dahsyat yang bakal dialami oleh setiap orang yang telah mengucapkan ikrar syahadat Tauhid ialah keharusan menyeberangi jambatan yang dibentangkan di atas kedua-dua punggung neraka jahannam. Ia tidak saja dialami oleh umat Islam dari kalangan umat Nabi Muhammad shollallahu 'alaih wa sallam, melainkan semua orang yang beriman dari umat para Nabi sebelumnya juga wajib mengalaminya.

Peristiwa ini akan dialami oleh setiap orang yang beriman, baik mereka yang imannya sejati mahupun yang berbuat banyak maksiat termasuk kaum munafik. Menurut sebahagian ahli tafsir peristiwa menyeberangi jambatan di atas neraka telah diisyaratkan Allah di dalam Al-Qur'anul Karim.

"Dan tidak ada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi neraka itu. Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan. Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut. "(QS Maryam [19]: 71-72)

Maksud dari kata "mendatangi" ialah melintas di atas Neraka Jahannam dengan menyeberangi jambatan tersebut. Semua orang yang beriman-bagaimanapun tinggi imannya pasti mengalaminya. Hanya Allah menjamin keselamatan bagi mereka yang imannya sejati (orang-orang bertaqwa). Dan adapun mereka yang imannya bermasalah (orang-orang yang zalim / kaum munafik) akan jatuh tergelincir ke dalam Neraka Jahannam saat melintasinya.

Dalam sebuah hadis bahkan secara lebih detail Nabi shollallahu 'alaih wa sallam menggambarkan keadaan jambatan dimaksudkan. Jambatan itu lebih tipis dari sehelai rambut dan lebih tajam dari sebilah pedang. Laa haula wa laa quwwata illa billah!

Betapa sulitnya bagi kita untuk berjalan menyeberang di atasnya. Tetapi Allah Maha Kuasa, sekaligus Maha Bijaksana. Allah akan berikan kelebihan bagi orang-orang yang imannya sejati untuk sanggup melintas di atas jambatan tersebut. Beginilah gambaran Rasulullah shollallahu 'alaih wa sallam mengenai jambatan tersebut dengan kejadian-kejadiannya:

"Dan Neraka Jahannam itu mempunyai jambatan yang lebih tipis dari rambut dan lebih tajam dari pedang. Di atasnya ada besi-besi yang berpengait dan duri-duri yang mengambil siapa saja yang dikehendaki Allah. Dan manusia di atas jambatan itu ada yang (melintas) laksana kedipan mata, ada yang laksana kilat dan ada yang laksana angin, ada yang laksana kuda yang berlari kencang dan ada yang laksana unta berjalan. Dan para malaikat berkata: "Ya Allah, selamatkanlah. Selamatkanlah. "Maka ada yang selamat, ada yang tercabik-cabik lalu diselamatkan dan juga ada yang digulung dalam neraka di atas wajahnya." (HR Ahmad 23649)

Jadi, menurut hadis di atas ada mereka yang bakal menyeberanginya dengan selamat dan ada yang menyeberanginya dengan selamat namun harus mengalami luka-luka kerana terkena duri-duri yang mengenai tubuhnya. Lalu ada pula mereka yang gagal menyeberanginya hingga ke hujung. Mereka tergelincir, tergelincir sehingga terjatuh dan terjerembab dengan wajahnya ke dalam neraka yang menyala-nyala di bawah jambatan. Na'udzubillahi min dzaalika!

Lalu bagaimana seseorang dapat menyeberanginya dengan selamat? Nabi shollallahu 'alaih wa sallam menjelaskan bahawa pada saat peristiwa menegangkan itu sedang berlangsung para Nabi dan para malaikat sibuk mendoakan keselamatan bagi orang-orang yang beriman. Mereka berdoa: "Rabbi sallim. Rabbi sallim. (Ya Rabbi, selamatkanlah. Ya Rabbi, selamatkanlah). "Selanjutnya Allah akan memberikan cahaya bagi setiap orang. Baik mereka yang beriman sejati, mereka yang banyak melakukan dosa, mahupun yang munafik sama-sama memperolehinya.

Namun ketika sedang melintasi jambatan tersebut orang-orang yang imannya emas akan terus ditemani dan diterangi oleh cahaya tersebut hingga selamat sampai ke hujung penyeberangan. Sedangkan orang-orang munafik hanya sampai setengah perjalanan melintas jambatan tersebut tiba-tiba Allah mencabut cahaya yang tadinya menerangi mereka sehingga mereka berada dalam kegelapan lalu terjatuhlah mereka dari atas jambatan shirath ke dalam api menyala-nyala Neraka Jahannam. Na'udzubillahi min dzaalika!

"Allah akan memanggil umat manusia di akhirat nanti dengan nama-nama mereka ada tirai penghalang dari-Nya. Adapun di atas jambatan Allah memberikan cahaya kepada setiap orang yang beriman dan orang munafiq. Bila mereka telah berada di tengah jambatan, Allah pun akan merampas cahaya orang-orang munafiq. Mereka menyeru kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebahagian dari cahaya kamu." (Surah Al-Hadid ayat 13) Dan berdoalah dengan berkata orang-orang yang beriman: "Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami." (QS at-Tahrim ayat 8) Ketika itulah setiap orang tidak akan ingat orang lain. "(HR Thabrani 11079)

Saudaraku, sungguh pemandangan yang sangat mendebarkan. Maka, apabila Nabi shollallahu 'alaih wa sallam menyatakan bahawa saat peristiwa menyeberangi jambatan di atas Neraka Jahannam sedang berlangsung setiap orang tidak akan ingat kepada orang lain. Sebab semua orang sibuk memikirkan keselamatannya masing-masing.

Ya Allah, bersihkanlah hati kami dari kemunafikan, dan 'amal perbuatan kami dari riya dan lisan kami dari dusta serta pandangan mata kami dari khianat. Sesungguhnya Engkau Maha Tahu khianat pandangan mata dan apa yang disembunyikan.
Diterjemah dari sayaberitahu

Cara benteng iman dari iblis



rABU 4 Oktober 2011,7 Zulkaedah 1432H.

Cara bentengi iman daripada godaan Iblis

Ada cara dan doa Rasulullah untuk berlindung daripada syaitan

DALAM Quran, jelas sekali Allah swt mendedahkan bahawa musuh manusia bukanlah manusia tetapi Iblis yang ingkar akan perintah-Nya untuk sujud kepada Adam.

Oleh kerana disingkirkan dari syurga, Iblis berjanji untuk membinasakan Adam dan anak cucunya hingga ke hari akhirat. Allah swt telah mengizinkannya.

Allah mengingatkan agar kita sentiasa berwaspada daripada pengaruh syaitan. Ia melihat dan hidup bersama kita tetapi kita tidak dapat melihatnya. Dia selalu mengacau sekalipun dalam solat. Ia menghiaskan kita dengan pelbagai maksiat.

Bagaimana kita dapat mengatasi, menolak segala rupa ancaman serta bisikannya yang mendorong kepada kesesatan?

Pertama, hendaklah kita menganggapnya sebagai musuh utama di dunia ini. Bahaya syaitan yang paling kita khuatiri ialah bahawa ia mengetahui kelemahan jiwa manusia.

Ulama telah memberikan pandangannya tentang dunia syaitan. Syaitan mempunyai zuriat sama seperti manusia sebagaimana yang difirmankan Allah yang bermaksud:

"Patutkah kamu mengambil ia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain daripadaKu, sedang mereka adalah musuhmu?" -- Al-Kahf: 50.

Jika syaitan itu bukan daripada unsur malaikat tetapi serba sedikit ada menyerupainya. Tatkala Allah swt memerintah malaikat sujud kepada Nabi Adam
as, iblis terus menyampuk sambil berkata: "Patutkah aku tunduk dan sujud kepada makhluk yang dijadikan daripada tanah?'' Apabila iblis enggan melaksanakan
perintah Allah swt, maka ia terus disingkir daripada rahmat-Nya. Allah berfirman:

"Dia adalah dari golongan jin, maka ia menderhakai perintah Tuhannya." -- Al-Kahf: 50

Iblis bukan sahaja menderhakai Allah swt malah bersumpah dengan kekuasaan Allah bahawa ia akan tetap menggoda segala makhluk Allah melainkan hamba-Nya yang ikhlas dan taat. Al-Quran menyebut:

"Iblis menjawab: Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas di antara mereka (orang-orang yang telah diberi taufik untuk mentaati segala petunjuk dan perintah Allah)." -- Shaad: 82,83.

Justeru itu, Allah swt selalu mengingatkan kita akan godaan syaitan. Setiap insan ada syaitannya yang sering menggoda, menyesat dan menghiaskan baginya pelbagai maksiat.

Dalam hal ini, para ulama telah mengemukakan beberapa dalil. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra, yang berkata:

"Rasulullah saw telah keluar pada satu malam dari kamarku. Secara sepontan, aku berasa cemburu padanya. Apabila Rasulullah saw datang melihat keadaanku, maka Baginda pun bertanya:

Apa yang telah terjadi padamu ya Aisyah? Adakah kamu cemburu padaku? Aku menjawab: Adakah aku pernah cemburu seperti yang aku hadapi sekarang? Rasulullah saw berkata: Adakah syaitanmu telah menguasaimu? Aku menjawab: Wahai
Rasulullah! Adakah syaitan bersamaku juga? Jawab Rasulullah: Ya.

"Aku teruskan pertanyaanku. Adakah syaitan juga bersamamu ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ya, Tetapi Tuhanku telah melindungiku hinggalah aku terselamat daripadanya."

Ada juga sepotong hadis yang maksudnya: "Sesungguhnya syaitan itu masuk lari ke dalam tubuh anak Adam melalui saluran darahnya."

Syaitan mempunyai pelbagai cara perangkap dan komplot. Syaitan sangat suka menyesatkan orang-orang yang jahil atau kurang ilmu.

Ia menghiaskan mereka dengan amalan telek-menelek dan kepercayaan karut sehingga dapat menyakinkan manusia dengan ilmu ghaib.

Ia juga memperdaya orang-orang jahil supaya memberi fatwa tanpa pegangan ilmu yang sahih dan juga menyebarkan perkara bidaah serta memesongkan manusia dengan ajaran-ajaran sesat yang bertentangan dengan Islam.

Kita dapat mempertahankan hasutan dan tipu-daya syaitan dengan memohon perlindungan daripada Allah. Allah swt menyifatkan orang-orang yang bertakwa sahajalah yang dapat menentang ancaman syaitan daripada menembusi hatinya seperti firman-Nya:

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka ditimpa wasangka daripada syaitan mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahan mereka." -- Al-A'raaf: 201.

Tipu-daya syaitan itu lemah jika dinisbahkan dengan seorang Mukmin yang teguh imannya.

Apabila syaitan mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran, dirinya menjadi kecil seperti ukuran lalat dan apabila mendengar seruan azan pula, ia lari lintang-pukang dek ketakutan. Allah swt telah mengajar kita bagaimana kita dapat menolak syaitan sehingga ia mengundurkan dirinya. Allah berfirman:

"Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." --
Al-A'raaf: 200.

Rasulullah saw juga telah mewasiatkan umatnya supaya membaca ayat al-Kursi sebelum tidur, seperti sabdanya yang bermaksud:

"Apabila salah seorang daripada kamu hendak tidur, maka bacalah ayat al-Kursi. Sesungguhnya dia sentiasa dalam jagaan Allah dan syaitan tidak akan mengganggunya sehinggalah waktu fajar."

Terdapat juga doa-doa menentang godaan syaitan iaitu seperti doa Rasulullah yang berbunyi: "Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada kemarahan-Nya, seksaanNya, kejahatan hamba-Nya dan juga daripada bisikan-bisikan syaitan."

Oleh MOHD YUSOP HASSIM Penulis khas

Solat mengajar umat Islam jaga disiplin

Ahmad Baei Jaafar
Kita biasa dengar orang berkata, sesiapa yang tidur selepas subuh tertutup pintu rezekinya. Kenapa subuh dan apa rasionalnya pintu rezeki tertutup untuk mereka? Saya percaya bagi mereka yang makan gaji, isu ini tidak timbul kerana pada hujung minggu mereka boleh tidur semahunya. Walaupun mereka tidak bekerja gaji tetap dibayar.
Yalah, sama ada mereka tidur selepas subuh atau tidak, rezeki tetap ada. Malah sesetengahnya tidak bangun untuk solat Subuh, tetapi terus tidur sehingga tengah hari. Gaji bulanannya tetap sama. Jadi, berdasarkan itu, kurang tepatlah kenyataan di atas bagi mereka. Namun kalau dinilai di sudut kesihatan, ada juga kebenarannya.
Apa tidaknya, kalau tidur dalam tempoh yang lebih lama, akan mengakibatkan mereka ditimpa penyakit. Bagaimana? Ya, kalau tidur selepas Subuh tubuhnya akan lemah. Bayangkan kalau mereka bersikap begitu, boleh jadi umurnya akan pendek. Dengan itu sumber pendapatannya akan terhenti.
Sebenarnya Rasulullah telah mengingatkan umat Islam dalam sabdanya yang bermaksud: “Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.” (Riwayat at-Tabarani dalam al-Awsath)
Rasulullah mahu umat Islam bangun awal untuk mencari rezeki kerana Allah menurunkan rezeki dan keberkatan pada waktu pagi. Maknanya kalau mereka bangun lambat, keberkatan sudah tiada. Maka rezeki juga akan menjadi kurang. Sebab itu Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) ketika melihat anaknya tidur di waktu pagi. Baginda berkata kepada anaknya: "Bangun! Apakah kamu tidur di waktu rezeki dibahagi-bahagikan?

Kemunduran umat mana puncanya
Realiti yang dapat dilihat di negara ini, orang Cina yang beragama Bhuda akan bangun awal pagi apatah lagi kalau mereka golongan peniaga atau petani. Mereka bangun sebelum orang Islam bangun untuk solat Subuh. Lihatlah, kalau mereka membuka kedai, perkara pertama yang dilakukan ialah sembahyang dengan menyalakan colok di hadapan gerai atau kedai mereka.
Keadaan yang sama berlaku kepada orang India yang beragama Hindu, mereka bangun awal pagi sebelum matahari terbit. Apabila terbit matahari mereka akan menyembah tuhan mereka dengan menghadap kepada matahari. Istiqamah mereka dalam hal ini menjadikan mereka berjaya dalam mencari rezeki.
Jelas di sini mereka yang hendak berjaya perlu membiasakan disiplin diri iaitu bangun awal sebelum Subuh. Tetapi persoalannya berapa ramai umat Islam ikut disiplin di atas? Walaupun banyak hadis Rasulullah yang mengajar kita ke arah itu. Sudah banyak panduan dan disiplin yang disediakan untuk kita ikut. Tetapi bagaimana dengan kehidupan umat Islam kini, bolehkah mereka bangun awal pagi untuk solat Subuh dan keluar kerja awal pagi?
Ya, kalau kita ke masjid waktu Subuh, jemaahnya hanya satu saf berbanding dengan waktu Maghrib dan Isyak. Ertinya masih ramai yang bangun lambat lalu melakukan solat Subuh di rumah bersendirian. Malah ada juga yang tidak melakukan solat Subuh lalu terus keluar ke tempat kerja. Demikian sIkap mereka yang bekerja, tetapi bagi yang menganggur mereka akan terus sambung tidur.
Kalau begitulah keadaan orang Islam pada zaman ini, apakah mereka beroleh kejayaan seperti yang dimiliki oleh Cina dan India di atas? Inilah realiti orang Islam pada hari ini, malah inilah jawapan kenapa umat Islam mundur dalam segala lapangan. Kalau adapun yang berjaya, keberkatannya tidak ada.
Rasulullah ketika melewati anaknya, Fatimah r.ha didapati dia sedang berbaring pada waktu pagi, maka Baginda bersabda: “Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau tergolong dalam kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Riwayat al-Baihaqi)
Anak Rasulullah juga perlu bangun awal dan tidak boleh tidur waktu pagi sebaliknya terus bekerja mencari rezeki. Di dunia ini kita tidak boleh rasa senang hati tidur dan mengharapkan rezeki datang melayang.
Bangunlah segera wahai umat Islam
Umat Islam diperintahkan bangun awal sebelum terbit fajar lagi. Allah perintah umat Islam bangun untuk solat tahajud dan solat witir sebelum masuk waktu Subuh. Sebaik sahaja masuk waktu Subuh, mereka diminta pula melakukan solat sunat fajar. Walaupun solat ini termasuk dalam kategori sunat, tetapi percayalah, solat itu yang menjadikan solat Subuh senjata yang digeruni musuh.
Bayangkan kalau semua umat Islam boleh melakukan solat Subuh sama seperti solat Jumaat, dan solat itu dilakukan setiap pagi, tidakkah keadaan itu boleh menjadi senjata kekuatan umat Islam. Kalau setakat seminggu sekali umat Islam berkumpul, apalah ertinya kepada Islam. Hal ini kerana solat Jumaat hanya berjaya menonjolkan syiar Islam tetapi belum boleh digeruni musuh.
Barangkali sebahagian anda pernah mendengar kenyataan tokoh Yahudi mengenai sikap umat Islam. Di sini saya paparkan sebahagian yang ditulis: “Pernah, salah seorang Yahudi, menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali pada satu hal iaitu apabila jumlah jemaah solat Subuh menyamai jumlah jemaah solat Jumaat.¨
Kebanyakan kita tidak sedar, betapa sudah banyak peluru kita hilang entah ke mana. Oleh sebab itu musuh kita Yahudi sudah tidak takut dengan kita. Malah mereka kini boleh menghancurkan kita kalau mereka mahu. Di segi agama mereka telah berjaya merosakkan akidah umat Islam. Pada masa yang sama mereka berjaya melalaikan kita agar tidak berminat untuk melakukan solat subuh.
Menyedari keadaan itu, umat Islam perlu kembali menghayati ajaran Islam dengan memenuhkan masjid pada waktu solat Subuh. Mungkin untuk memulakannya agak sukar kerana sudah terbiasa dengan bangun lambat. Inilah cabaran yang perlu diikuti oleh umat Islam. Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan begitu saja, katakan: ‘Kami telah berfirman?’ Sedangkan mereka tidak diuji lagi? Sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya, Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut: 1-3)
Munafik musuh dalam selimut
Perlu dijelaskan di sini, golongan yang banyak menggagalkan kemajuan Islam dan kecemerlangan umatnya ialah golongan munafik. Mereka ini bukan sahaja tidak serius untuk melaksanakan perintah Allah, malah cuba menghasut orang Islam yang lain agar bersikap sepertinya.
Rasulullah menjelaskan sifat orang munafik dalam sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik ialah solat Isya’ dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalam dua solat itu, nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya dengan merangkak. Sungguh, aku ingin menyuruh melaksanakan solat, lalu solat itu ditegakkan, kemudian aku perintahkan orang lain untuk solat bersama dengan orang ramai. Kemudian beberapa lelaki berangkat bersamaku dengan membawa kayu yang terikat, dan segera mendatangi suatu kaum yang tidak menghadiri solat berjemaah, sehingga aku bakar rumah mereka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam hadis yang lain sabda Rasulullah SAW, ”sesungguhnya dua solat iaitu isyak dan subuh adalah solat yang berat bagi orang munafik. Sesungguhnya apabila mereka mengetahui apa yana ada dalam solat subuh dan isyak nescaya maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (Riwayah Ahmad dan An-Nasa’i)
Sebenarnya ganjaran pahala untuk solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka dia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Riwayat Muslim).
Apabila golongan munafik telah memenuhi sesuatu kariah atau negeri, maka masjid tidak akan dipenuhi oleh umat Islam lagi, lebih-lebih lagi pada waktu Subuh. Apabila keadaan ini terjadi, musuh Islam akan memandang umat Islam golongan yang lemah. Dengan itu mereka boleh mempermainkan malah memperbodohkan umat islam.
Atas kesedaran itu, selamatkan diri kita daripada sifat munafik. Untuk itu, umat Islam perlu penuhkan masjid pada waktu subuh seperti solat Jumaat. Dengan ini sahaja yang boleh mengembalikan kekuatan Islam termasuk dalam soal ekonomi.
Solat dhuha
Bagi merealisasikan kemenangan Islam dalam semua bidang, Islam menganjurkan umat Islam melakukan solat sunat Dhuha. Waktu dhuha yang bermula dari 28 minit selepas terbit matahari sehingga tergelincir matahari. Percayalah mereka yang istiqamah melakukan solat dhuha ini akan diberi ganjaran termasuk dibukakan pintu rezeki.
Alangkah cantiknya, kalau semua umat Islam boleh melakukan solat Dhuha selepas sama-sama menunaikan solat Subuh. Selain mereka terhindar daripada golongan munafik, mereka juga akan diberi rezeki yang tidak disangkakan.
Jadi, apa yang menghalang kita daripada menunaikan solat Subuh dan solat-solat sunat yang mengiringinya? Bukankah solat ini suatu bahagian yang begitu besar berbanding dunia dan seisinya? Sudah sampai masanya umat Islam keluar dari zon selesa lalu mengharapkan kejayaan tanpa usaha.
Sesungguhnya kejayaan yang dimaksudkan itu sangat bergantung kepada diri kita sendiri bukan orang lain. Kalau kita boleh mendisiplinkan diri dalam perkara di atas, umat Islam mampu menguasai ekonomi dunia.

Gambar Rumah Nabi Muhammad SAW

Selasa 4 Oktober, 2011

Sosok manusia paling mulia dan paling berpengaruh sepanjang zaman tampil hidup di tengah-tengah masyarakat negeri Arab ketika itu dengan penuh kesederhanaan. Sosok yang berakhlak mulia dan tidak pernah letih membimbing umatnya ini hidup bersama isteri tercintanya Khadijah r.ha di rumah yang sederhana.

Ini adalah foto Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah r.ha, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun.

Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah r.ha yang dilihat lebih dekat.

Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah r.ha

Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah r.ha, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.

Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah r.ha

Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.

Gambar di atas ini adalah makam Sayyidah Khadijah r.ha (yang besar) dan puteranya, Qasim (yang kecil) di sudut. ~ indonesiaterkini

MLM tidak patuh syariat Islam


Selasa 4 Oktober 2011,6 Zulkaedah 1432H.

KUALA LUMPUR – Sebahagian besar daripada kesemua 1,411 buah syarikat sistem pemasaran berbilang tingkat (MLM) yang berdaftar di negara ini tidak menepati syariat Islam.

Kebanyakannya didapati melakukan pelbagai penyelewengan dan penipuan kepada ahli-ahlinya berdasarkan hasil penemuan Jawatankuasa Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Antara penyelewengan yang dikenal pasti ialah mengamalkan skim piramid, mengandungi unsur penindasan, manipulasi dan eksploitasi dalam pelan pemasaran.

Selain itu, pelan pemberian insentif yang mengelirukan, mengandungi unsur-unsur paksaan, pembaziran, menjanjikan keuntungan tetap tanpa usaha, mengandungi unsur syubahah atau perkara yang tidak jelas dalam sistem yang diamalkan.

Seorang daripada ahli panel jawatankuasa tersebut yang juga merupakan Pensyarah Kuliyyah Ekonomi Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr. Zaharuddin Abd. Rahman berkata, kebanyakan daripada operasi syarikat MLM yang terdapat di negara ini berada dalam keadaan yang meragukan.

“Kita mendapati daripada banyak sudut seperti kontrak, pelan, pemberian bonus, komisen, cara pemasaran dan melanggar adab-adab serta etika perniagaan.

“Walaupun masalah ini tidak dilakukan oleh semua syarikat MLM tetapi syarikat terbabit seharusnya bertanggungjawab untuk memastikan mereka melakukan perniagaan dengan beretika,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Justeru, katanya, pada Jun baru-baru ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 telah bersetuju untuk memperakukan garis panduan baharu tersebut.

KOSMO/-