Ahad, 2 Oktober 2011

Tentera Nazi pernah datang ke Asia Tenggara dengan puluhan U-boat

Isnin 3 September 2011

Pada bulan Mei 1943 Kriegsmarine mengadakan perjanjian dengan Jepun. Persetujuan tersebut adalah untuk mengimport senjata perang yang ditukar dengan bahan mentah seperti getah, minyak, timah, molybdan, wolfram dll. Major Tentera Laut Jerman, Dr. Herman Kandeler (yang juga merupakan wakil ahli diplomatik) meminta pada Jepun villa dan Ladang Helfferichs di Cikopo, Bogor Indonesia diberikan kembali kepada Jerman.

U-Boat Jerman

Villa dan ladang ini dijadikan tempat berehat kru U-boat Jerman yang telah melalui pelayaran di bawah laut selama berbulan-bulan. Kemudian ladang ini diserahkan kepada Alber Vehring. Vehringlah yang menyediakan segala makanan selama kru U-boat tersebut berada di ladang. Dalam catatan hariannya Peter Marl (merupakan salah satu awak U-boat) menulis "Mereka boleh menikmati tempat itu, syurga tropika dan boleh melupakan sejenak untuk masa yang singkat kejamnya perang dan bahayanya pelayaran laut".

Perkuburan Kru U-boat


Tercatat selama tempoh 1943-1944, sebanyak 42 kapal selam telah dihantar ke Indonesia. Bahkan U-180 telah dua kali dihantar. Namun hanya sedikit sekali yang dapat kembali dengan selamat ke Perancis mengingati tahun-tahun tersebut laut telah dikuasai oleh Sekutu

10,000 peluru berpandu Libya hilang, AS bimbang besar !




Isnin 3 September,3 Zulkaedah 1432H.

BERLIN - Pegawai kanan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mendedahkan kepada media Jerman hari ini, bahawa sekurang-kurangnya 10,000 peluru berpandu di Libya hilang, sekali gus melahirkan kebimbangan sekiranya peluru tersebut jatuh ke tangan kumpulan militan al-Qaeda.

Akhbar Der Spiegel melaporkan, Laksamana Giampaolo di Paola, yang mempengerusikan jawatankuasa yang terdiri daripada ketua-ketua ketenteraan (NATO), melahirkan kebimbangan berhubung isu tersebut ketika mengadakan taklimat rahsia untuk ahli Parlimen Jerman pada Isnin lalu.

"Peluru berpandu tersebut mungkin berada di negara lain atau jatuh ke pihak yang salah. Kehilangannya boleh memberi ancaman serius kepada operasi penerbangan awam," katanya. - AFP


Gambar Istana Negara yang baru

Ahad 2 Oktober 2011

Ini adalah sedikit gambar-gambar Istana Negara yang baru untuk dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia.

























Lagi gambar sila lihat di SINI

TANDA-TANDA KIAMAT KECIL TELAH LENGKAP SEMPURNA

Ahad 2 Oktober 2011

Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat

“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

10) Bulan sabit kelihatan besar

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar

“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim

14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai

15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)

Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur.
  8. Gempa bumi di Barat.
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

khalifahidayah.

Sabtu, 1 Oktober 2011

Wali fasik merosakkan perkahwinan anak sendiri

Ahmad Baei Jaafar
Akhir-akhir ini kita dipaparkan isu perceraian yang amat menakutkan. Lalu ramai yang memberi ulasan bahawa semuanya berpunca daripada kursus pra perkahwinan yang tidak mencapai sasaran. Kononnya, modul yang disediakan tidak memberi fokus kepada bagaimana membentuk keluarga islami. Dalam kursus itu juga tidak memberi penekanan kepada kaedah mengatasi krisis rumah tangga.
Menurut dakwaan mereka, kesan daripada kekurangan itu, apabila sesuatu pasangan mendirikan rumah tangga, mereka cipta formula sendiri. Ada yang ikut cara Barat, ada juga ikut cara tradisonal dan tidak kurang yang masih mencuba kaedah sendiri. Dalam keadaan itu, apabila berlaku krisis, mereka gagal mengawalnya dan akhirnya berlaku perceraian.
Sebab itu kita sering dapati terdapat keluarga yang hanya bahagia pada tiga bulan pertama perkahwinan. Malah ada yang mentamsilkan ketika itu, kalau kentut pun wangi. Tetapi setelah berlalu tiga bulan, minyak wangi pun dihidu sebagai busuk.
Kita tidak nafikan sebahagian perceraian kerana punca di atas, tetapi ramai lagi yang mendirikan rumah tangga tidak pula mengalami kes seperti itu. Jadi, alasan di atas bukanlah seratus peratus tepat.
Wali fasik punca segalanya
Sebenarnya ramai yang terlepas pandang, bahawa wali amat besar peranan dalam mengharmonikan rumah tangga anak-anak mereka. Semuanya bermula daripada watak wali dalam membesarkan anak, semasa menikahkan anak dan selepas mengahwinkan anak mereka.
Perlu ditegaskan di sini, wali dalam apa jua jenis perkahwinan pun perlu memilik watak orang yang beriman dan bertakwa. Tetapi untuk memiliki watak ini tidak cukup dengan sehari dua sebelum mengahwinkan anaknya. Watak ini perlu dilazimkan lebih lama malah sudah menjadi budaya. Hal ini kerana watak baik ini tidak boleh menjadi realiti dengan hanya sekadar lakonan.
Wali untuk sesuatu perkahwinan disyaratkan adil bukan fasiq. Jadi wali sendiri perlu mempersediakan dirinya sebagai orang yang adil. Apakah kaitan adil dalam perkahwinan anaknya? Dan apakah maksud adil dalam konteks ini?
Adil dalam Islam bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dalam konteks ini, seseorang wali itu hendaklah bertindak mengikut kehendak syariat. Kalau dia berkata pula, perkataannya mestilah benar, tidak berbohong. Ertinya seseorang wali itu tidak akan melakukan dosa apatah lagi dosa besar.
Wali yang tidak adil dalam syariat disebut fasik. Maka wali fasik adalah ditolok kewaliannya. Jadi, dia tidak boleh menjadi wali dalam perkahwinan anak perempuannya. Jika dia menjadi wali juga dalam keadaan dia sedar kefasikannya, maka perkahwinan anaknya akan berakhir dengan masalah.
Di sini ramai yang tidak faham bagaimana seseorang itu boleh dikategorikan sebagai fasik. Sebenarnya fasik di segi bahasa ialah rosak dan di segi syarak ialah mereka yang mengekalkan dosa kecil. Maknanya orang fasik walaupun pada dasarnya tidak melakukan dosa besar tetapi dia sukar menghindari daripada melakukan dosa kecil.
Walau bagaimanapun jika orang yang sesekali terjebak dalam dosa kecil dan setelah tersedar segera bertaubat, tidaklah dikategorikan sebagai fasik. Inilah sifat orang mukmin yang dikasihi Allah. Oleh sebab itu, mereka yang boleh bertaubat setiap masa apatah lagi setiap kali melakukan dosa kecil, bukan saja terhapus dosa tetapi terus dikasihi Allah.
Dosa kecil yang sering dilakukan umat Islam adalah yang melibatkan sesama manusia. Namun dosa tersebut sukar ditinggalkan oleh mereka kerana sudah menjadi kebiasaan. Antara dosa tersebut ialah, mengumpat, hasad dengki, menipu, hisap rokok, mencari salah orang, mendedahkan kepada ketika keluar rumah dan melihat aurat wanita.
Berdasarkan pengalaman yang lalu, dalam satu hari sekurang-kurangnya satu dosa akan dilakukan seseorang. Tetapi tidak dipastikan berapa ramai pula yang secara sedar bertaubat daripada dosa tersebut?
Fasik tidak boleh elak
Berdasarkan pengalaman itu, tidak ada seorang pun di dunia ini yang terselamat daripada fasik. Jadi, bagaimana agaknya sesuatu pasangan itu boleh diakadnikahkan sedangkan wali masih fasik. Kalau diikutkan syarat wali yang adil sudah tentu tidak seorangpun anak gadis pada hari ini boleh berkahwin.
Menyedari keadaan itu, ulama memutuskan satu kaedah penyelesaian sebelum majlis akad nikah diadakan. Caranya, para hadirin terutama wali, saksi dan pengantin perlu diajak beristighfar, syahadah dan berselawat ke atas nabi. Acara ini sebaiknya dikendalikan oleh Penolong Pendaftar Nikah di tempat masing-masing.
Amalan ini termasuk dalam usaha bertaubat daripada dosa. Sekurang-kurangnya waktu majlis itu berjalan tidak ada orang yang berdosa di dalamnya. Semoga taubat mereka diterima oleh Allah. Maka atas kepercayaan semua orang sudah bertaubat dan diterima taubat, angkat nikah segera dijalankan.
Walau bagaimanapun taubat yang sekadar tiga kali istighfar, tidaklah sama dengan orang yang benar-benar bertaubat terlebih dahulu. Wali yang sudah sedia berada dalam keadaan taubat sebelumnya tentu lebih baik daripada taubat segera. Setidak-tidaknya anak yang hendak dikahwinkan itu sudah terbiasa dengan sikap ayahnya sudah bertaubat.

Wali fasik anak juga fasik
Wali yang tidak dibiasakan dengan amalan baik lazimnya akan dicontohi oleh anak-anak. Oleh sebab itu, mana-mana ibu bapa yang ada anak perempuan eloklah membuat persiapan awal dengan bertaubat. Bukan tunggu hari hendak diakadnikahkan anaknya. Pada masa yang sama didiklah anak agar menjadi anak solehah dan isteri solehah.
Semua ini penting sebelum terjadikan ikatan perkahwinan kerana biasanya orang fasik akan lupa banyak perkara, antaranya:
1. Lupa agama; mereka cuai dalam soal solat lima waktu, apabila malas dan sebuk, solat boleh ditinggalkan begitu sahaja. Malah dalam soal tauhid sesekali akan berlaku pula syirik setidak-tidaknya syirik khafi.
2. Lupa adab; mereka ini sudah tidak ambil kisah soal adab sopan. Tidak tahu bagaimana menghormati orang lain termasuk ibu bapa. Pergaulan dengan manusia banyak mengikut budaya Barat.
3. Banyak dosa; mereka ini memandang dosa seperti lalat singgah di atas hidung sahaja. Mereka tidak rasa serius untuk menolaknya.
Jika dalam keadaan ini mereka berkahwin juga, walaupun beristighfar banyak kali dilakukan belum tentu amalan buruk itu boleh dibuang daripada dirinya. Mungkin ketika itu semua dosa sudah diampunkan tetapi kesan dosa lama sukar dibuang daripada hati. Jadi, usaha di atas perlu dilakukan bagi menyelamatan perkahwinan anak-anak mereka.
Baiki kesilapan
Bagi mereka yang sudah mendirikan rumah tangga dalam kedudukan di atas eloklah melakukan sedikit muhasabah. Bertaubatlah mengikut cara yang disyariatkan iaitu empat perkara:
1. Sesali kesilapan lalu
2. Tidak berniat untuk mengulanginya lagi
3. Tidak mengulangi kejahatan itu lagi.
4. Minta maaf daripada manusia yang pernah dia berdosa.

Setelah bertaubat binalah semula hubungan suami isteri dengan sebaik-baiknya. Untuk mencapai kebahagian rumah tangga, adalah dicadangkan kedua-dua belah pihak supaya menyenaraikan sebanyak mungkin apa yang anda suka dan juga apa yang dibenci. Setelah itu, senarai suami hendaklah diberi kepada isteri dan sebaliknya senarai isteri diserahkan kepada suami.
Berdasarkan senarai itu, bandingkan mana yang sama dan mana yang tidak sama. Mungkin daripada senarai yang sama, sudah ada kesefahaman. Tetapi pada senarai yang tidak sama, perlu dibincang bagi mencari titik persamaan. Dan kalau boleh, biarlah masing-masing boleh berkompromi agar dengan itu tidak akan mengecilkan hati mana-mana pihak.
Percayalah dengan cara itu krisis rumah tangga yang sering dialami oleh orang Islam ekoran saksi fasik akhir-akhir ini dapat dibanteras. Jadi, pepatah nasi sudah menjadi bubur tidak boleh diamalkan dalam konteks ini. Hal ini kerana setiap perkara yang berlaku ada jalan penyelesaiannya. Yang penting suami tahu peranan dan tanggungjawabnya, dan isteri pula tahu peranannya dan kewajipannya

KENAPA ISRAEL DI LINDUNGI BARAT?

Sabtu,2 Oktober 2011

Israel – satu negara yang dipertikaikan taraf kewujudannya.
Israel – satu negara yang tidak pernah berhenti mengancam dan terancam.
Israel – suatu negara yang tidak pernah menghormati pandangan & pendapat dunia
Israel – satu negara yang menjadi punca kepada banyak pertikaian dan persengketaan yang
telah dan sedang berlaku di dunia ini.

Namun seluruh dunia bersetuju bahawa Israel adalah satu-satunya negara yang paling bertuah di dunia ini. Ia berterusan menjadi kesayangan dan sentiasa dilindungi oleh Barat terutama Britain pada satu masa dahulu dan Amerika buat masa ini. Walau apa yang dilakukan olehnya, sokongan yang diberi tidak pernah luntur. Walau bagaimana kejam pun tindakannya terhadap penduduk pribumi Palestin, perlindungan yang dinikmatinya semakin dikukuhkan.

Tidak ada mana-mana negara lain didunia ini yang boleh menandingi kedudukan istimewa Israel ini di mata Barat. Banyak dari faedah dan keistimewaan yang diberi ini melebihi dari faedah dan keistimewaan yang dinikmati oleh rakyat negara penyumbang itu sendiri. Semua keistimewaan ini telah berlanjutan dari hari penubuhannya pada bulan Mei 1948 dan berterusan hingga ke hari ini.

Walau dikutuk dunia terutama dari dunia Islam kerana kekejamannya terutama terhadap rakyat Palestin, suatu yang pasti, Israel telah dan akan kekal bermaharajalela di pentas dunia kerana perlindungan yang terus menerus di beri oleh negara-negara pelindungnya.
Israel terus menikmati begitu banyak faedah dan keistimewaan-keistimewaan lain. Mari
kita lihat sebahagian darinya:

Penubuhannya

Penubuhan negara ini telah dirintis apabila parlimen Britain mengeluarkan Peristiharan
Balfour pada tahun 1917. Melalui peristiharan ini, parlimen British telah membenarkan
orang Yahudi dari mana-mana pelusuk dunia untuk masuk dan menetap di Palestin. Maka masuklah mereka secara berbondong-bondong ke Palestin yang pada masa itu berada dibawah mandat (penjajahan) British tanpa sekatan, seolah-olah Palestin itu suatu negara tanpa pemilik.

Melalui percaturan pihak Barat, PBB kemudianya telah menubuhkan UNSCOP (United Nation Special Committee on Palestine) yang kemudianya mengusulkan supaya negara Palestin di pecah dua – 45% untuk penduduk asal manakala 55% pula untuk pendatang Yahudi melalui Resolusi 181.
Resolusi PBB ini telah diterima dan akhirnya Israel telah diistiharkan penubuhannya secara
rasmi pada 14hb Mei 1948 oleh Perdana Menteri pertamanya David Ben Gurion.

Bantuan Kewangan

Polisi Amerika Syarikat semenjak 1948 menggariskan bahawa jumlah bantuan ekonomi kepada Israel mesti menyamai atau melebihi jumlah bayaran balik hutang Israel kepadanya. Berbanding negara-negara lain yang menerima bantuan secara ansuran, bantuan kepada Israel sejak 1982 adalah secara penuh pada setiap permulaan tahun kewangan yang menyebabkan kerajaan AS perlu meminjam dari pendapatan masa depannya.

Semenjak 1949, bantuan AS kepada Israel telah berjumlah US$83.205 billion. Jumlah bayaran faedah yang terpaksa ditanggung oleh pembayar-pembayar cukai di AS bagi pihak Israel pula adalah berjumlah US$49.937 billion. Ini menjadikan jumlah keseluruhan bantuan yang diberi kepada Israel sejak 1949 berjumlah US$133.132 billion.
Ini juga bermakna kerajaan AS telah memberi bantuan tahunan kepada rakyat Israel
melebihi jumlah bantuan kepada rakyat negaranya sendiri.

Dua Taraf Kerakyatan

Hanya rakyat Amerika Syarikat dari keturunan Yahudi yang dibenarkan memiliki dua taraf kerakyatan yakni kerakyatan Amerika dan kerakyatan Israel. Disamping itu, mereka juga dibenarkan untuk memegang jawatan penting kerajaan di Israel dan juga di Amerika Syarikat.
Tiada satu pun negara lain yang memiliki keistimewaan ini!

Perlindungan dari Resolusi PBB

Dari 1967 hingga 1989, Majlis Keselamatan PBB telah meluluskan 131 resolusi yang berkait terus dengan konflik Arab-Israel. Dari 131 resolusi ini, 43 resolusi boleh dianggap sebagai berkecuali manakala baki 88 resolusi adalah mengutuk dan menentang tindakan Israel atau yang boleh dianggap sebagai bertentangan dengan kepentingannya.

Dalam masa yang sama pula, dalam Perhimpunan Agung PBB, 429 resolusi terhadap Israel telah diluluskan dan Israel telah dikutuk sebanyak 321 kali. Amerika Syarikat pula telah menggunakan kuasa vetonya bagi menghalang resolusi berkaitan Israel ini dari sampai kepada Majlis Keselamatan PBB sebanyak 42 kali sejak 1970. Mana-mana resulusi yang diluluskan pun tidak pernah mempunyai sebarang mekanisma penguatkuasaan oleh PBB dan biasanya dianggap tidak mempunyai nilai untuk diambil tindakan di bawah undang- undang antarabangsa.


Membangunkan Kuasa Nuklear

Isreal sehingga kini dilaporkan telah memiliki sehingga 200 buah peledak nuklear. Bagaimana sebuah negara yang baru muncul dan hidup atas ehsan negara lain mampu melakukannya. Sudah pasti ia tidak akan dapat membangunkan program senjata nuklear ini bersendirian tanpa bantuan negara lain. Kini, ianya bukan rahsia lagi. Selepas Krisis Suez pada tahun 1956, Perancis dilaporkan telah bersetuju untuk membantu Israel membangunkan reaktor nuklearnya.

Walau bagaimana pun, bantuan terbesar datangnya dari Britain. Dari dokumenn-dokumen rahsia yang terbongkar, Britain dilaporkan telah membuat beratus-ratus penghantaran barangan terlarang melalui laut dari tahun 1950an hingga 1960an. Walau pun dinafikan oleh Menteri Luarnya Kim Howells, Britain pada bulan Mac 2006 akhirnya mengaku bahawa barangan-barangan terlarang tersebut memang dihantar ke Israel dengan menggunakan khidmat syarikat milik Norway.
Itu hanyalah sebahagian dari perlindungan dan keistimewaan yang diberikan oleh Barat
kepada Israel sejak sekian lama.


Persoalannya, kenapakah Israel:

-begitu istimewa dimata Barat sehingga mereka menutup mata atas segala
kekejamannya?

-terus diberi bantuan kewangan yang besar walau pun membangkitkan rasa
tidak puas hati di dalam negara kerana ianya melebihi bantuan terhadap
rakyat negara penyumbang itu sendiri?

-terus-menerus disokong walau pun akhirnya negara penyokong dibenci dan
dimusuhi oleh negara atau kumpulan penentang Israel?

-terus dilindungi walau pun menyusahkan dan membahayakan negara
pelindung itu sendiri?

Namun Israel terus menerus dibantu dan dilindungi. Pastinya ada sesuatu sebab besar yang
telah memungkinkan semua ini berlaku!

Bersatu Menzalimi Umat Islam

Mari bersama kita renungi kembali peringatan yang jelas dari Allah SWT melalui ayat 120,
Surah Al-Baqarah,

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu).

Melalui maksud ayat ini, kita dapat kaitkan secara langsung dengan apa yang sedang berlaku di Palestin. Ianya menjadi contoh nyata bagaimana golongan Yahudi (Israel) telah bersekongkol dengan golongan Nasrani (Amerika dan Barat) bagi menindas dan menzalimi golongan Islam (Palestin).

Agak menghairankan, bagaimanakah golongan Nasrani (Kristian) dan Yahudi ini boleh bersatu sedangkan mereka saling bermusuhan dan salah menyalahi antara satu sama lain? Sebahagian golongan Kristian marah dan memusuhi Yahudi kerana dikatakan menjadi dalang sehingga “tertangkap” dan “tersalibnya” Nabi Isa AS (Jesus Christ) oleh pemerintah Rom. Sementara itu, permusuhan antara golongan Yahudi dan Kristian telah bermula dari saat penolakkan Yahudi terhadap Jesus Christ. Disamping itu Yahudi juga tidak akan lupa 2000 tahun sejarah penindasan dan kezaliman golongan Kristian terhadap mereka termasuk kemuncaknya dengan peristiwa holocaust oleh Hitler.
Namun mereka terus bersatu menindas umat Islam Palestin. Pastinya ada sesuatu sebab
besar yang telah dapat menyatukan mereka!

Zionis Kristian

Untuk memahami kenapa Israel begitu istimewa dimata Barat dan bagaimana kerjasama besar antara Kristian dan Yahudi ini boleh terjalin, kita perlu melihat kepada satu golongan atau kumpulan yang jarang diperkatakan tetapi ujud dan mempunyai peranan yang sangat besar dalam memastikan keselamatan dan kelangsungan negara haram Israel terus dipertahankan walau berapa tinggi harganya. Kumpulan yang dinamakan Zionis Kristian.

Gerakan atau fahaman Zionis biasanya dikaitkan dengan Yahudi. Namun dikalangan penganut Kristian, ujud satu fahaman yang sebenarnya bertitik-tolak dari ajaran Bible yang menyokong gerakan untuk orang Yahudi kembali ke ’tanah yang telah dijanjikan” (the Promised Land) yakni Palestin. Kumpulan yang menganut fahaman inilah yang dinamakan
sebagai Zionis Kristian.

Sokongan Zionis Kristian terhadap Yahudi ini bukan atas dasar kasih sayang atau simpati mereka, tetapi berdasarkan agenda dan kepentingan diri yang lebih besar. Sokongan kepada usaha golongan Yahudi untuk masuk dan menguasai Palestin serta terus kekal disana adalah sebagai syarat wajib untuk kumpulan ini masuk syurga!

Armageddon dan Rapture

Zionis Kristian adalah gerakan yang berpusat di Amerika yang mempercayai bahawa negara Israel adalah pemangkin untuk berlakunya apa yang mereka tunggu dan harap-harapkan - kedatangan semula Jesus. Apabila ini berlaku, semua penganut Kristian yang setia, akan diangkat ke langit bersama Jesus untuk bertemu Tuhan dan kemudian memasuki syurga tanpa perlu mati terlebih dahulu (Rapture).

Menurut kepercayaan kumpulan ini, dimasa itu juga akan berlaku pertempuran terakhir antara kebaikan dan kejahatan (Armageddon). Menurut perkiraaan mereka, antara yang perlu dikorbankan adalah seluruh kaum Yahudi melainkan seramai 144,000 yang bertukar ke agama Kristian! Walau bagaimana pun, sebelum ini berlaku, beberapa syarat perlu dipenuhi terlebih dahulu: Yahudi mesti pulang dan menguasai Palestin seluruhnya, menawan dan menyatukan Jurusalem sebagai pusat pentadbirannya serta membina semula kuil (Temple of Solomon) di atas tapak Masjid Al-Aqsa.


Kerjasama Erat Walau Berlainan Matlamat

Sudah jelas kepada kita kenapa Israel perlu dilindungi dan pertahankan dengan apa cara dan dengan berapa harga sekalipun oleh Barat. Jika Israel dihapuskan dari dunia, sebelum berlakunya peristiwa Rapture, maka musnahlah harapan golongan Kristian ini untuk masuk
syurga tanpa melalui pintu kematian. Oleh itu Amerika mesti berterusan membantu negara
Israel untuk memastikan kaum Yahudi terus hidup sehingga berlakunya Rapture.

Tetapi bagaimanakah pula Israel berasa sangat selesa serta mengalu-alukan semua bantuan yang dihulurkan walau pun mereka maklum bahawa tujuan mereka dibantu dan dikumpulkan di Palestin adalah untuk kemudiannya disembeleh oleh golongan Kristian ini? Mengapa mereka sanggup bekerjasama kearah kemusnahan mereka sendiri?

Bagi Israel, sebenarnya kerjasama ini adalah satu gagasan yang sangat bijak. Oleh kerana sebahagian besar Yahudi tidak pernah percaya bahaya Jesus akan kembali, mereka merasakan bahawa kerjasama ini tiada kekurangannya. Mereka mendapatkan sokongan untuk Israel dan mereka tidak akan disembeleh akhirnya kerana mereka tidak pernah hirau atau percaya kepada ramalan itu.


Penutup

Golongan Zionis Kristian mendapat semangat baru apabila salah satu keperluan dalam membuktikan kepercayaan mereka muncul apabila terbentuknya negara haram Israel pada tahun 1948. Sehingga kini dianggarkan lebih 20 juta rakyat Amerika menganut fahaman ini.


Apa yang menjadikan fahaman ini merbahaya kepada seluruh dunia adalah kerana selain dari orang awam, ia turut dianuti oleh kalangan pentadbiran di Rumah Putih. Maka apa sahaja kekejaman yang telah, sedang dan yang akan diperlakukan oleh Israel adalah sah kerana ia dianggap menurut perancangan tuhan untuk membawa mereka semua ke syurga nanti. Paul Wolfowidtz, Dick Cheney serta Condolisa Rice adalah antara penganutnya.

Maka bolehkah umat Islam terus mengharapkan pembebasan Palestin dan Masjid Al-Aqsa melalui meja perundingan yang diatur dan dicatur oleh kalangan Kristian Zionist dengan kerjasama talibarut-talibarutnya?

Tahukah Anda Apa itu Hudud?

Allah subhanahu wa ta’ala al-Hakiem (yang maha bijaksana) senantiasa menjaga hak-hak manusia dan menjaga kehidupan mereka dari kezholiman dan kerusakan. Syariat islam pun ditetapkan untuk menjaga dan memelihara agama, jiwa, keturunan, akal dan harta yang merupakan adh-Dharuriyat al-Khamsu (lima perkara mendesak pada kehidupan manusia). Sehingga setiap orang yang melanggar salah satu masalah ini harus mendapatkan hukuman yang ditetapkan Syari’at yang disesuaikan dengan pelanggaran tersebut.

Salah satunya adalah penegakan hudud yang menjadi satu keistimewaan ajaran islam dan merupakan bentuk kesempurnaan rahmat dan kemurahan Allah subhanahu wa ta’ala kepada makhluknya.
Syaikhul Islam ibnu Taimiyah rahimahullah menyatakan:

“Hudud berasal dari rahmat untuk makhluk dan kebaikan mereka. Oleh karena itu, sudah sepatutnya orang yang menghukum manusia Karena dosa-dosa mereka bertujuan dalam melakukannya untuk kebaikan dan rahmat kepada mereka, sebagaimana tujuan orang tua membina anak-anaknya dan dokter dalam mengobati orang yang sakit.” (1)

PENGERTIAN HUDUD

Hudud adalah kosa kata dalam bahasa Arab yang merupakan bentuk jama’ (plurals) dari kata had yang asal artinya pembatas antara dua benda. Sehingga dinamakan had karena mencegah bersatunya sesuatu dengan yang lainnya. (2) Ada juga yang menyatakan bahwa kata had berarti al-man’u (pencegah), sehingga dikatakan Hudud Allah adalah perkara-perkara yang Allah larang melakukan dan melanggarnya (3).

Adapun menurut syar’i, istilah hudud adalah hukuman-hukuman kejahatan yang telah ditetapkan oleh syara’ untuk mencegah dari terjerumusnya seseorang kepada kejahatan yang sama dan menghapus dosa pelakunya. (4)

DELIK HUKUMAN KEJAHATAN (Jarimah al-Hudud)

Kitabullah dan sunnah Rasul-Nya sudah menetapkan hukuman-hukuman tertentu bagi sejumlah tindak kejahatan tertentu yang disebut jaraimu al-hudud (delik hukuman kejahatan).

Yaitu meliputi kasus; perzinahan, tuduhan berzina tanpa bukti yang akurat, pencurian, mabuk-mabukan, muharabah
(pemberontakan dalam negara Islam dan pengacau keamanan), murtad, dan perbuatan melampui batas lainnya. (5)

Dengan demikian Hudud mencakup 7 jenis:

1. Had zina (hukuman Zina) ditegakkan untuk menjaga keturunan dan nasab.
2. Had al-Qadzf (hukuman orang yang menuduh berzina tanpa bukti) untuk menjaga kehormatan dan harga diri
3. Had al-Khamr (Hukuman orang yang minum Kamer (minuman memabukkan) untuk menjaga akal
4. Had as-Sariqah (Hukuman mencuri) untuk menjaga harta
5. Had al-Hiraabah (hukuman para perampok) untuk menjaga jiwa, harta dan harga diri kehormatan.
6. Had al-Baghi (Hukuman pembangkang) untuk menjaga agama dan jiwa
7. Had ar-Riddah (hukuman orang murtad) untuk menjaga agama. (6)

HIKMAH PENSYARIATAN HUDUD

Hudud disyaria’tkan untuk kemaslahan hamba dan memiliki tujuan yang mulia. Diantaranya adalah:

a. Siksaan bagi orang yang berbuat kejahatan dan membuatnya jera. Apabila ia merasakan sakitnya hukuman ini dan akibat buruk yang muncul darinya maka ia akan jera untuk mengulanginya kembali dan dapat mendorongnya untuk istiqamah dan selalu taat kepada Allah subhanahu wa ta’ala.

Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:

“Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Qs. al-Maidah/5:38)

b. Membuat jera manusia dan mencegah mereka terjerumus dalam kemaksiatan, oleh karena itu Allah memerintahkan untuk mengumumkan had dan menerapkannya dihadapan manusia.

“Dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.” (Qs. an-Nur/24:2)

Syeikh ibnu Utsaimin t menyatakan bahwa diantara hikmah dari hudud adalah membuat jera pelaku untuk tidak mengulangi dan orang lain agar tidak terjerumus padanya dan pensucian dan penghapusan dosa. (7)

c. Hudud adalah penghapus dosa dan pensuci jiwa pelaku kejahatan tersebut. Hal ini ditunjukkan oleh hadits Ubadah bin Shamit radhiallahu ‘anhu, ia bertutur:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَحَوْلَهُ عِصَابَةٌ مِنْ أَصْحَابِهِ بَايِعُونِي عَلَى أَنْ لَا تُشْرِكُوا بِاللَّهِ شَيْئًا وَلَا تَسْرِقُوا وَلَا تَزْنُوا وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ وَلَا تَأْتُوا بِبُهْتَانٍ تَفْتَرُونَهُ بَيْنَ أَيْدِيكُمْ وَأَرْجُلِكُمْ وَلَا تَعْصُوا فِي مَعْرُوفٍ فَمَنْ وَفَى مِنْكُمْ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَمَنْ أَصَابَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا فَعُوقِبَ فِي الدُّنْيَا فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَهُ وَمَنْ أَصَابَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا ثُمَّ سَتَرَهُ اللَّهُ فَهُوَ إِلَى اللَّهِ إِنْ شَاءَ عَفَا عَنْهُ وَإِنْ شَاءَ عَاقَبَهُ فَبَايَعْنَاهُ عَلَى ذَلِك

Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata dan disekeliling beliau ada sekelompok sahabatnya, “Berjanji setialah kamu kepadaku, untuk tidak akan mempersekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak membunuh anak-anak kamu dan tidak berbuat dusta sama sekali serta tidak bermaksiat dalam hal yang ma’ruf. Siapa di antara kamu yang menepati janjinya, niscaya Allah akan memberikannya pahala. Tetapi siapa saja yang melanggar sesuatu darinya, lalu diberi hukuman didunia maka hukuman itu adalah sebagai kafarah (penghapus dosanya), dan barangsiapa yang melanggar sesuatu darinya lalu ditutupi olah Allah kesalahannya (tidak dihukum), maka terserah kepada Allah; Kalau Dia menghendaki diampuni-Nya kesalahan orang itu dan kalau Dia menghendaki disiksa-Nya.” (Muttafaqun ’alaih: Fathul Bari I/ 64 no: 18, Muslim 3/1333 no: 1709 dan Nasa’i 7/148)

d. Menciptakan suasana aman dalam masyarakat dan menjaganya.
e. Menolak keburukan, dosa dan penyakit dari masyarakat, karena kemaksiatan apabila telah merata dan menyebar pada masyarakat maka akan diganti Allah dengan kerusakan dan musibah serta dihapusnya kenikmatan dan ketenangan. Untuk menjaga hal ini maka solusi terbaiknya adalah menegakkan dan menerapkan hudud. Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:

“Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusi, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” (Qs. ar-Rûm/30:41)

Sehingga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

لَحَدٌّ يُقَامُ فِيْ الأَرْضِ أَحَبُّ إِلَى أَهْلِهَا مِنْ أَنْ يُمْطَرُوْا ثَلاَثِيْنَ صَبَاحًا

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Satu hukuman kejahatan yang ditegakkan di muka bumi lebih penduduknya daripada mereka diguyurhujan selama empat puluh hari.” (Hasan ; Shahih Ibnu Majah no; 2057, Ibnu Majah 2/848 no : 2538, Nasa’I 8/76). (8)

SYARAT PENERAPAN AL-HUDUD (9)

Penerapan al-Hudud tidak dilakukan tanpa 4 syarat:

1. Pelaku kejahatan adalah seorang mukallaf yaitu baligh dan berakal.
2. Pelaku kejahatan tidak terpaksa dan dipaksa.
3. Pelaku kejahatan mengetahui pelarangannya.
4. Kejahatannya terbukti ia yang melakukannya tanpa ada syubhat. Hal ini bisa dibuktikan dengan pengakuannya sendiri atau dengan bukti persaksian orang lain.

HUKUM MENEGAKKAN HUKUMAN HAD

Diwajibkan kepada wali umur (penguasa) untuk menegakkan dan menerapkan hukuman Had kepada seluruh rakyatnya berdasarkan dalil dari al-Qur`aan, as-Sunnah dan Ijma’ serta dituntut qiyas yang shahih. (10)

Dalil al-Qur`aan diantaranya adalah firman Allah subhanahu wa ta’ala:

“Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Qs. al-Maidah/5:38)

Dalil as-Sunnah diantaranya adalah hadits Ubadah bin Shamit yang menuturkan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

أَقِيمُوا حُدُودَ اللَّهِ فِي الْقَرِيبِ وَالْبَعِيدِ وَلَا تَأْخُذْكُمْ فِي اللَّهِ لَوْمَةُ لَائِمٍ

“Tegakkanlah hukuman-hukuman (dari) Allah pada kerabat dan lainnya, dan janganlah kecamanan orang yang suka mencela mempengaruhi kamu dalam (menegakkan hukum-hukum) Allah.” (Hasan: Shahih Ibnu Majah No. 2058 dan Ibnu Majah No. 2540)

Demikian juga ulama kaum muslimin sepakat atas hal ini.

TIDAK DIBENARKAN SYAFAAT (REKOMENDASI) PEMBEBASAN HUKUMAN, BILA SUDAH DIMEJA HIJAUKAN

Apabila perkaranya telah masuk ke pemerintah atau telah dimeja hijaukan maka dilarang adanya syafaat (rekomendasi) pembebasan atau pengurangan hukuman. Juga pemerintah tidak boleh menerima syafaat dalam hal ini. Hal ini dijelaskan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadits ‘Aisyah radhiallahu ‘anha yang berbunyi:

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ قُرَيْشًا أَهَمَّهُمْ شَأْنُ الْمَرْأَةِ الْمَخْزُومِيَّةِ الَّتِي سَرَقَتْ فَقَالُوا وَمَنْ يُكَلِّمُ فِيهَا رَسُولَ اللَّهِ

صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا وَمَنْ يَجْتَرِئُ عَلَيْهِ إِلَّا أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ حِبُّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَلَّمَهُ أُسَامَةُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَشْفَعُ فِي حَدٍّ مِنْ حُدُودِ اللَّهِ ثُمَّ قَامَ فَاخْتَطَبَ ثُمَّ قَالَ إِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الْحَدَّ وَايْمُ اللَّهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا

“Dari Aisyah radhiallahu ‘anha bahwa kaum Quraisy sangat memusingkan mereka ihwal seorang perempuan suku Makhzum yang telah melakukan kasus pencurian. Mereka mengatakan, “Siapa yang bisa berbicara dengan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam (yaitu mengemukakan permintaan supaya perempuan itu dibebaskan)?” Tidak ada yang berbicara hal itu, kecuali Usamah kesayangan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan Beliau menjawab, “Adakah engkau hendak menolong supaya orang bebas dari hukuman Allah?” Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berdiri lalu berkhutbah, “Hai sekalian manusia, orang-orang sebelum kamu menjadi sesat hanyalah disebabkan apabila seorang bangsawan mencuri, mereka biarkan (tidak melaksanakan hukuman kepadanya. Demi Allah, kalaulah seandainya Fathimah binti Muhammad mencuri, niscaya Muhammad memotong tangannya.” (Muttafaqun ’alaih)(11)

Dalam hadits yang mulia ini Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengingkari orang yang member syafaat dalam hukuman had setelah sampai ke pemerintah. Adapun bila belum sampai maka diperbolehkan.

Syaikhul Islam ibnu Taimiyah rahimahullah menuturkan:

Tidak boleh menggagalkan (hukuman had) dengan syafaat, hadiah dan yang lainnya dan tidak boleh memberikan syafaat padanya. Siapa yang menggagalkannya karena hal ini –padahal ia mampu menerapkannya- maka semoga laknat Allah, malaikat dan semua manusia menimpanya.(12)

PIHAK YANG BERWENANG MELAKSANAKAN HUDUD

Tak ada yang berwenang menegakkan hudud, kecuali imam, kepala negara, atau wakilnya (aparat pemerintah yang mendapat tugas darinya). Sebab, di masa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, Beliaulah yang melaksanakannya, demikian pula para Khalifahnya sepeninggal Beliau. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah juga mengutus Unais radhiallahu ‘anhu untuk melaksanakan hukum rajam, sebagaimana dalam sabdanya shallallahu ‘alaihi wa sallam:

وَاغْدُ يَا أُنَيْسُ إِلَى امْرَأَةِ هَذَا فَإِنْ اعْتَرَفَتْ فَارْجُمْهَا

“Wahai Unais, berangkatlah menemui isteri orang itu, jika ia mengaku (berzina), maka rajamlah!” (HR al-Bukhaari no. 2147)

Demikian juga memerintahkan para sahabat untuk merajam Maa’iz, dengan menyatakan:

اذْهَبُوا بِهِ فَارْجُمُوهُ

“Bawalah ia dan rajamlah.” (HR al-Bukhaari no. 6815)

Demikian juga karena penentuan hukuman had dibutuhkan ijtihad dan tidak aman dari kezholiman, sehingga wajib dilaksanakan oleh imam atau wakilnya. (13)

LAKI-LAKI DAN PEREMPUAN SAMA DALAM HUDUD?

Wanita dalam penerapan hukuman had sama seperti lelaki, karena pada asalnya semua yang ditetapkan syari’at untuk lelaki juga berlaku pada wanita sampai ada dalil yang mengkhususkannya. Hal ini umum berlaku dalam ibadah, mu’amal ataupun dalam hukuman. Namun para ulama memberikan 3 pengecualian, yaitu:

a. Wanita dihukum dengan duduk sedangkan lelaki dengan berdiri.
b. Pakaian wanita diikat sedangkan lelaki tidak.
c. Jangannya di tahan (diikat) hingga tidak terbuka auratnya, sedangkan lelaki tidak. (14)

Syeikh ibnu Utsaimin rahimahullah menyatakan: Inilah yang membedakan wanita dengan laki-laki dalam had karena kebutuhan menuntutnya. Kalau tidak maka pada asalnya wanita sama dengan lelaki.(15)

Demikianlah selintas permasalahan hudud dalam islam. Mudah-mudahan dapat memberikan pencerahan kepada kaum muslimin tentang keindahan dan kelengkapan syari’at islam.

Wabillahitaufiq.

Referensi:

1. Asy-Syarhu al-Mumti’ ‘Ala Zad al-Mustaqni’, Syeikh Muhamad bin Shalih al-Utsaimin, cetakan pertama tahun 1428, Dar Ibnu al-Jauzi
2. Fat-hu Dzi al-Jalal wa al-Ikram, Syeikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, cetakan pertama tahun 1428 H, al-Maktabah al-Islamiyah.
3. Al-Mulakhash al-Fiqh, Prof.DR. Sholeh bin Abdillah alfauzaan, cetakan pertama tahun 1423 H, Idârat al-Buhuts al-Ilmiyah wa al-Ifta`
4. Taudhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram, Syeikh Abdullah bin Abdurrahman al-Basâm, cetakan kelima tahun 1423 H, Maktabah al-Asadi.
5. Manhaj as-Salikin Wa Taudih al-Fiqhu Fiddin, Syeikh Abdurrahman bin Naashir as-Sa’di, tahqiq Muhammad bin Abdulaziz al-Khudhairi, cetakan pertama tahun 1421 H, Dar al-Wathan
6. Dll.

Penulis: Ustadz Kholid Syamhudi, Lc.