Sabtu, 5 Mei 2012





Foto Stesen Angkasa Lepas NASA 


Ahad 6 Mei,2012..

Semasa aku masih lagi seorang anak kecil diawal 60-an, aku ada fasinasi dengan usaha manusia untuk menakluk angkasa lepas. Pada ketika itu ada sebuah permainan kanak-kanak yang diberi nama KALKITOS. Aku tak tahu sama ada korang semuingat atau tidak dengan Kalkitos tetapi pada zaman 70-an aku selalu suruh mak aku belikan set Kalkitos yang bertemakan angkasa lepas. Ada satu set memaparkan keadaan masa depan dimana manusia tinggal didalam stesen angkasa lepas gergasi seperti dibawah. Aku yang naif tak sabar menanti stesen angkasa lepas ini dibina. Malangnya 40 tahun sudah berlalu dan setesen angkasa lepas ISS yang ada sekarang sangat kecil berbanding ramalan masa hadapan permainan Kalkitos. Damn it! Sebenarnya ramalan masa hadapan dibawah dibuat oleh NASA sendiri. Mereka sangat optimistik manusia zaman hadapan akan tinggal di angkasa lepas. Oh well. We all know this will not happen due to the insane construction and logistic cost. Marilah semua kecewa secara pukal.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan