Jumaat, 27 April 2012


VIDEO: DOA-DOA UNTUK PERLINDUNGAN DARI HASUTAN DAN BISIKAN SYAITAN. (GANGGUAN MAKHLUK HALUS)

Sabtu 28 April,2012

Doa-doa ini baik amalkan selepas setiap kali solat supaya anda sentiasa dilindungi dan dipeliharakan oleh Allah SWT setiap masa dari gangguan jin, syaitan dan iblis. Banyak doa-doa yang lain untuk hindarkan dari gangguan syaitan tetapi yang ini mudah dibaca oleh setiap orang. Bacalah 3/7/11 kali dan mulakan dengan salawat nabi, al-fatihah dan ayatul kursi.


DOA 1.
DOA INI UNTUK PERLINDUNGAN DARI GANGGUAN MAKHLUK HALUS. (Mulakan Bacaan  Dari "ROBBI". 

Maksudnya:

Dan katakanlah: "Wahai Tuhanku, Aku berlindung kepadamu dari hasutan syaitan-syaitan, "Dan Aku berlindung kepadaMu, Wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku". (Surah Al Mukminun, Ayat 97-98)

DOA 2.
DOA INI UNTUK KUATKAN JIWA DAN SEMANGAT YANG LEMAH


Maksudnya:

"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya." 

DOA 3.
SURAH INI UNTUK ELAKKKAN BISIKAN DAN HASUTAN SYAITAN


Maksudnya:

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.” Yang Menguasai sekalian manusia, "Tuhan Yang berhak disembah oleh sekalian manusia, "Dari kejahatan pembisik penghasut Yang timbul tenggelam, -"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". (114:1-5)

Dalam sebuah hadis yang bertaraf baik, riwayat ahmad, Nabi s.a.w. mengajar sahabat agar membaca ta’awwuz daripada syaitan dan bukan memaki hamunnya kerana dengan memaki hamun, syaitan akan menjadi lebih besar dan dia bertekad mengalahkanmu. Sebaliknya jika kamu mengucapkan ta’awwuz, dia akan menjadi kecil seperti lalat. Hadis ini menjadi bukti bahawa syaitan akan lari dari hati yang sentiasa ingat kepada Allah s.w.t. (Tafsir Ibn Kathir, tafsir surah an-Nas)

Sekian, Wasallam.

Sumber:resipirahsiaku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan