Ahad, 8 Ogos 2010

SEJARAH SPM 2010(BAB TUMPUAN )

TERKINI (27.OKT.2010)

BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

TAMADUN INDUS

(a) Namakan dua buah terancang dalam tamadun Indus

F1 Harappa
F2 Mohenjor Daro

(b)

Keistimewaan bandar terancang

Bandar Mohenjo Daro dan Harappa
Bandar ini terbahagi kepada dua bahagian
Dikelilingi oleh tembok
Bahagian utama
Pusat pentadbiran / keagamaan
Menempatkan bangunan pentadbiran / tempat mandi awam untuk upacara ritual / pembersihan / tempat menyimpan hasil pertanian
Bahagian kedua ialah kawasan perumahan
Bandar dirancang dengan rapi / susun atur yang sistematik
Perancangan bandar dibantu dengan kemajuan ilmu geometri /pembinaan / sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba
Bandar disusun berasaskan blok berbentuk empat persegi
Setiap blok dipisahkan oleh jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain
Mempunyai sistem kumbahan yang terancang
Setiap rumah mempunyai bilik mandi / tandas
Air kumbahan disalir keluar ke longkang yang mengalir keluar di bawah Jalan
Longkang tidak ditutup terus untuk kerja pembersihan
Bahan buangan dihantar ke pusat pembuangan di luar bandar
Bandar dihubungkan oleh sungai sebagai jalan perhubungan
Batu bata yang dihasilkan melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi digunakan

c

Struktur masyarakat Tamadun Indus.

Terbahagi kepada dua golongan
Golongan atasan dan bawahan
Golongan atasan terdiri daripada pendeta / pedagang
Tiada bukti kewujudan raja
Sejarawan berpendapat pemerintahan diterajui oleh pendeta
Kelas atasan utama terdiri daripada pendeta
Pendeta berkuasa untuk mengawal aktiviti masyarakat / kegiatan Keagamaan
Golongan bawahan memberi taat setia kepada golongan pendeta
Golongan bawahan terdiri daripada petani / buruh
Petani menjalakan aktiviti pertanian
Hasil pertanian diserahkan kepada pihak berkuasa
Golongan buruh melakukan kerja-kerja buruh
Menjaga kebersihan bandar / membina tembok / benteng / membina terusan
Golongan hamba terletak di bawah sekali dalam susun lapis masyarakat Indus

d




Huraikan sumbangan tamadun Indus/yang dapat dijadikan panduan generasi hari ini

Keupayaan / kebolehan mengeksploitasi
Mengeksploitasi Sungai Indus untuk memajukan kehidupan mereka
Perancangan bandar
Berupaya mewujudkan bandar terancang iaitu Mohenjo-Daro / Harappa
Gabungan kepakaran dari sudut letak bandar raya / pengisiannya
Pemahaman tentang ilmu geometri / kesenian / matematik
Kemajuan bidang geometri
Hasil pertembungan tamadun Mesopotamia / tamadun Mesir Purba
Bandar disusun berasaskan bentuk empat persegi
Pembinaan jalan raya yang lurus
Peningkatan mutu bahan binaan
Pembuatan batu bata daripada tanah liat
Tidak bergantung pada panas matahari
Pembuatan batu bata melalui kaedah pembakaran suhu yang tinggi
Sifat keterbukaan
Mengadakan hubungan dengan tamadun lain
Membolehkan kedua-dua belah pihak memperoleh manfaat dalam bentuk pertukaran teknologi
Semua pengaruh yang diterima dari luar disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan
Mengajar kedamaian dan keamanan
Tunjang kepada kekuatan sesebuah negara
Untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan

Faktor kejayaan masyarakat Indus membina bandar terancang

F1 – Mempunyai ilmu pengetahuan tentang geometri
F2 – Kemampuan meningkatkan mutu bahan binaan
F3 – Melakukan teknologi pembakaran batu bata
F4 – Memiliki ilmu kesenian
F5 – Memiliki ilmu matematik
F6 – Pengetahuan daripada perhubungan luas dengan Mesopotamia dan Mesir
F7 – Sifat keterbukaan masyarakat Indus
F8 --Teknologi pembuatan batu bata

Sumbangan Tamadun Indus kepada perkembangan tamadun manusia pada hari ini.

F1 Keupayaan masyarakat mengekploitasi kelebihan yang ada
F2 Mengeksploitasi Sungai Indus untuk kemajuan pertanian
F3 Perancangan bandar
F4 Pembangunan bandar Harappa dan Mohenjo Daro
F5 Kepakaran dalam aspek susun atur bangunan, kepakaran ilmu geometri, kesenian dan matematik
F6 Teknik penghasilan batu bata menggunakan suhu yang tinggi
F7 Bersifat terbuka menjalin hubungan dengan tamadun lain
F8 Mengutamakan perdamaian dan keamanan


Punca kejatuhan Tamadun Indus

F1 Serangan orang Aryan
F2 Bencana alam


TAMADUN HWANG HO

Nyatakan nama pusat kerajaan Dinasti Shang

F1 Anyang

Berikan dua ciri istimewa yang terdapat di bandar tersebut.

F1 Terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan
F2 Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran
F3 Golongan pembesar dan agama tinggal di kawasan bandar
F4 Dilengkapi dengan tembok untuk menghalang penceroboh
F5 Dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat tani

Mengapakah berlakunya peralihan kuasa daripada Dinasti Shang kepada Dinasti Chou ?

F1 Kezaliman pemerintah Raja Shang
F2 Kebangkitan golongan hamba
F3 Kepercayaan kepada mandat daripada Tuhan

Langkah yang dilaksanakan oleh Raja-Raja Dinasti Chou untuk mendapat sokongan daripada pembesar mereka

F1 Melalui ikrar taat setia kepada pemerintah
F2 Memberi hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang
F3 Diminta melindungi Raja
F4 Memberikan bantuan tentera pada masa perang
F5 Diberi hak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan

Peranan golongan bangsawan dalam Tamadun Hwang Ho

F1 Mentadbir wilayah di luar pusat pentadbiran Raja
F2 Diberi hak oleh Raja untuk mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri
F3 Bertanggungjawab memungut cukai
F4 Menguruskan pertahanan
F5 Mentadbir undang-undang di wilayah masing-masing

Jelaskan Sumbangan Tamadun Hwang Ho dalam setiap aspek berikut,

(a) Bidang politik/pemerintahan

F1 Sistem pemerintahan berbentuk monarki diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching
F2 Gelaran raja ditukar kepada maharaja
F3 Raja dikaitkan dengan konsep anak syurga dan mandat dari syurga
F4 Amalan dinasti diteruskan hingga abad ke-20
F5 Raja dibantu oleh bangsawan
F6 Raja dibantu oleh pegawai kerajaan








(b) Sumbangan tamadun Hwang Ho dalam bidang pertanian

F1 Memperkenalkan sistem pengairan
F2 Pembinaan empangan Szechwan
F2 Memperkenalkan alat pertanian daripada besi
F3 Menggunakan cangkul
F4 Menggunakan sabit
F5 Memperkenalkan teknologi pembajakan
F6 Memperkenalkan batas untuk tanaman

(c) Ciri-ciri Sistem Tulisan Tamadun Hwang Ho

F1 Tulisan Ideogram
F2 berbentuk gambar dan simbol
F3 terhasil dari penilikan tulang oracle
F4 diguna dalam penulisan
F5 diguna dalam pencetakan
F6 diguna oleh orang Jepun dan Korea

(d) Bidang agama dan kepercayaan

• Pemujaan roh nenek moyang
• Unsur pemujaan yang dijalankan sejak zaman Shang telah diteruskan mengikut
kesesuaian masa
• Unsur korban manusia tidak lagi diamalkan dan digantikan dengan unsur makanan , duit kertas dan barangan perhiasan
• Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui diteruskan hingga ke hari ini
• Orang China mempercayai alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada unsur saling
melengkapi iaitu Yin dan Yang
• Konsep Feng Hsui berlandaskan falsafah Taoisme yang berlandaskan falsafah alam
semesta yang merujuk pada hubungan antara manusia dengan alam sekitar

( e ) Sistem kalendar

• Kalendar dicipta semasa Dinasti Shang.
• 30 hari dalam sebulan dan 360 hari setahun.
• Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan menuai
• Untuk menjalankan aktiviti harian.
• Amalan menggunakan kalendar diteruskan untuk upacara perkahwinan / perburuan / pengkebumian.

(f) Senaraikan sumbangan tamadun Hwang Ho kepada peradaban manusia pada hari ini.

F1 Pembinaan sistem pengairan
F2 Kemajuan teknologi pembajakan
F3 Penciptaan cangkul/sabit
F4 Alatan pertanian daripada besi
F5 Pemujaan roh nenek moyang
F6 Pengenalan sistem kalendar
F7 Pengamalan falsafah perang Sun Tzu dalam perniagaan
F8 Konsep Yin Yang berdasarkan keseimbangan unsur alam dalam perubatan
F9 Konsep Feng Sui berlandaskan falsafah alam semesta
F10 Penciptaan tulisan ideogram



Bab 4-KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH

Sifat-Sifat peribadi terpuji Nabi Muhammad s.a.w/Peranan nabi sebagai ketua keluarga

F1 Memiliki empat sifat terpuji
F2 Sifat siddiq / berkata benar
F3 Amanah / dipercayai
F4 Tabligh / menyampaikan
F5 Fatanah / bijaksana
F6 Digelar al-Amin
F7 Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai dan tidak pernah berbohong.
F8 Bersifat amanah
F9 Khadijah binti Khuwailid menyerahkan modal yang besar kepada baginda untuk
diperniagakan
F10 Bersungguh-sungguh menyampaikan ajaran Islam walaupun menghadapi pelbagai
rintangan
F11 Berwibawa sebagai pemimpin sebelum menjadi rasul
F12 Menyelesaikan isu perletakan Hajarul Aswad
F13 seterusnya dapat mengelakan berlaku perbalahan yang besar antara suku kaum
F14 Ketua keluarga yang patut dicontohi
F15 Pengasih dalam melayan keluarga
F16 melayan anak-anak anak-anak.
F17 Bertimbang rasa
F18 Membantu isteri dalam urusan rumah tangga
F19 Mengamalkan cara hidup sederhana
F20 Menjadikan diri baginda teladan kepada anak-anak
F21 Memberikan pendidikan agama secukupnya
F22 Merendah diri dalam pergaulan
F23 Bergaul dengan semua lapisan masyaraka
F24 Bersifat penyayang terhadap orang tua dan kanak – kanak
F25 Menunjukan sifat pemaaf
F26 Terhadap orang Arab Quraisy yang menyerah diri semasa pembukaan Kota Mekah
F27 Bijaksana dalam menyelesaikan masalah
F28 Semasa menandatangani Perjanjian Hudaibiyah
F29 Selalu memikirkan tentang kehidupan masyarakat
F30 Kehidupan masyarakat Arab yang tidak bermoral
F31 Taasub dengan amalan jahiliah
F32 Bertahannuth/mengasingkan diri untuk beribadat.
F33 Menyerahkan sepenuh jiwa raga kepada Allah.

Mengapakah Nabi Muhammad s.aw. bertahanuth di Gua Hirak?

F1 Memikirkan tentang kehidupan masyarakat
F2 Mencari kaedah untuk mengubah nilai hidup masyarakat Arab Jahiliah
F3 Mengasingkan diri daripada masyarakat Arab Jahiliah
F4 Beribadat kepada Allah
F5 Mencari tempat beribadat yang sunyi dan tenang
F6 Menyerah diri kepada Allah
F7 Memikirkan masalah yang dihadapi oleh kaum Quraisy/ Kepincangan hidup masyarakat


Kepentingan membaca/surah Iqra’

F1 Mendapat ilmu
F2 Menambahkan ilmu
F3 Sesuatu bangsa itu akan berilmu
F4 Mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai bidang
F5 Meningkatkan tamadun
F6 Membina masyarakat

Kepentingan surah al-Muddasir

F1 Pengisytiharan Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul
F2 Seruan Menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh alam sejagat
F3 Sebagai rahmat kepada seluruh alam sejagat
F4 Membetulkan akidah masyarakat Arab












BAB 5 KERAJAAN ISLAM DI MADINAH


Pernyataan berikut berkaitan dengan Perjanjian Aqabah.

Tahun Peristiwa
621 Masihi Perjanjian Aqabah Pertama
622 Masihi Perjanjian Aqabah Kedua

(a) Senaraikan dua pihak yang terlibat dalam kedua-dua perjanjian di

F1 Suku Kaum Aus
F3 Suku Kaum Khajraj
F3 Nabi Muhammad s.a.w.

(b) Syarat dalam Perjanjian Aqabah Pertama.

F1 Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul
F2 Berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.
F3 Meninggalkan amalan jahiliah
F4 Tidak mencuri
F5 Tidak meminum arak
F6 Tidak membunuh bayi perempuan

(c) Syarat dalam Perjanjian Aqabah Kedua.

F1 Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam
F2 Mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w.
F3 Menjemput Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam di Makkahberhijrah ke Madinah
F4 Sukarela akan menyediakan tempat tinggal
F5 Menjanjikan keselamatan untuk baginda dan orang Islam Makkah
F6 Kesediaan mempertahankan Islam

(d) Kesan Perjanjian Aqabah Kedua

F1 Islam tersebar ke Madinah
F2 Umat Islam Makkah berhijrah ke Madinah
F3 Madinah menjadi tapak penyebaran Islam yang baru
F4 Keselamatan orang Islam Makkah terjamin semasa berada di Madinah
F5 Suku Aus dan Khazraj telah memeluk Islam
F6 Taat setia orang Islam kepada Nabi Muhammad s.a.w. bertambah kukuh
F7 Suku Aus dan Khazraj dengan sukarela menyediakan tempat tinggal
F8 Kesediaan Suku Aus dan Khazraj mempertahankan Islam
F9 Pembentukan kerajaan Islam Madinah
F10 Perpaduan antara Muhajirin dan Ansar
F11 Pembinaan masjid Nabawi
F12 Pengukuhan sistem ekonomi Islam
F13 Pelaksanaan sistem perundangan Islam

(e) Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada Perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua?

F1 Kesetiaan kepada pemimpin
F2 Tepati janji
F3 Perpaduan
F4 Ikhlas
F5 Berani
F6 Tabah
F7 Sabar
F8 Kebijaksanaan
F9 Berwawasan

HIJRAH

Nyatakan pengertian hijrah.

F1 Berasal daripada perkataan Arab iaitu berpindah
F2 Perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain
F3 Perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke kota Madinah
F4 Perjuangan untuk memperkukuhkan Islam.
F5 Merupakan strategi baru untuk menyebarkan Islam.
F6 Perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan kejahatan
F7 Semangat ingin berubah dalam pelbagai keadaan
F8 Perubahan dari segi sikap
F9 Perubahan dari segi cara berfikir
F10 Perubahan dari segi tingkah laku
F11 Bukan pelarian seperti pandangan orientalis Barat


Terangkan kepentingan hijrah

F1 Dakwah Islamiah
H1a dapat dilaksanakan dengan aman tanpa selindung
H1b di Makkah seruan terhadap Islam sering terganggu
F2 Mendamaikan suku Arab di Madinah
H2a yang sering bersengketa khususnya suku Aus dan Khazraj
H2b melalui semangat persaudaraan sesama Islam
F3 Menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang
Islam Madinah
H3a Orang Islam Makkah yang berhijrah tidak berasa asing atau rendah diri di Madinah
H3b menyatukan golongan ini yang sebelumnya mempunyai perbezaan dari segi kedudukan
ekonomi dan sosial
H3c Nabi Muhammad telah memberikan gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang
berhijrah ke Madinah
H3d gelaran Ansar kepada orang Islam Madinah
F4 Menyatukan penduduk Madinah
H4a yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan Agama
H4b Ini melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah
H4c Dengan ini masyarakat Madinah dapat menjalankan kegiatan ekonomi dan agama
F5 Membina sebuah masjid
H5a iaitu Masji al-Nabawi
H5b Masjid Quba merupakan masjid pertama
H5c Masjid dijadikan sebagai tempat untuk beribadat, belajar, tempat bertemu dan berbincang
masalah,kawasan persekitaran masjid diadakan aktiviti harian seperti jual beli
F6 Wujud takwim Islam
H6a Berdasarkan kiraan tahun Hijrah
H6b Takwim ini digunakan ketika Khalifah Umar al-Khattab
F7 Menubuhkan sebuah negara Islam Madinah
H7a menukarkan nama Yathrib kepada Madinah al- Munawwarah
H7b Menjadikan Madinah sebagai pusat tamadun Islam
F8 Menunjukkan sikap toleransi kaum dan tolong- menolong
H8a Orang Madinah memberikan bantuan yang besar kepada orang Islam Makkah yang berhijrah
H8b Mereka sanggup memberikan tempat tinggal, makanan, keperluan asas
H8c menerima orang Islam Makkah sebagai saudara dan sebahagian daripada masyarakat Madinah
F9 Pengorbanan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w.
H9a Abu Bakar al-Siddiq sanggup bergadai nyawa dan harta
H9b Ali bin Abu Talib sanggup tidur di tempat tidur baginda
H9c Abdul Rahman bin Auf beri sumbangan harta
F10 Menunjukkan peranan wanita
H10a Asmah binti Abu Bakar membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.
H10b Menghantar makanan
H10c menyampaikan berita tentang pergerakan Quraisy
F11 Menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad s.a.w.
H11a Baginda sanggup berkorban dan meninggalkan kesenangan hidup
H11b Tidak pernah berputus asa
H11c Bijak mengatur strategi peperangan
H11d Bersembunyi di Gua Thur dan cari jalan lain ke Madinah

Iktibar yang diperoleh daripada kejayaan hijrah Nabi Muhammad s.a.w dari Makkah ke Madinah

F1 Sabar
F2 Tolong menolong
F3 Mengutamakan perpaduan
F4 Bijak mengatur strategi
F5 Sanggup berkorban
F6 Tidak berputus asa
F7 Perjuangan menegakkan kebenaran
F8 Meninggalkan keburukan dan kejahatan
F9 Semangat ingin berubah
F10 Perubahan sikap/cara berfikir/tingkah laku

PENYEBARAN ISLAM


Peperangan yang berlaku di Madinah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.
(622 – 630 Masihi.

F1 Perang Badar
F2 Perang Uhud
F3 Perang Khandak
F4 Perang Tabuk

Garis panduan yang mesti dipatuhi oleh tentera Islam dalam peperangan.

F1 Larangan membunuh orang yang lemah
F2 Orang tua, kanak-kanak, wanita, orang sakit, orang yang menyerah diri
F3 Tidak dibenarkan membunuh binatang ternakan
F4 Dilarang memusnahkan tanam-tanaman
F5 Dilarang merobohkan tempat ibadat

Sebab Islam membenarkan umatnya berperang.

F1 Apabila diserang oleh musuh
F2 Untuk mencari keamanan
F3 Untuk memelihara tempat ibadat
F4 Menjaga maruah negara
F5 Memelihara daripada kemusnahan harta benda
F6 Melindungi orang yang tidak berdosa

Bukti bahawa Islam berkembang bukan dengan cara peperangan.

F1 Nabi Muhammad s.a.w. mengampunkan tawanan Perang Badar
F2 Tawanan wanita dan kanak-kanak dibebaskan
F3 Tawanan lelaki diberi syarat untuk membebaskan diri mereka iaitu mengajar sepuluh kanak-
kanak membaca dan menulis sehingga pandai

Cara-cara untuk mengelakkan peperangan

F1 Mengamalkan akhlak yang mulia
F2 Saling bertolak ansur
F3 Kepimpinan melalui teladan
F4 Menghormati hak asasi
F5 Mengelakkan isu-isu sensitif dipersoalkan seperti agama, bahasa, institusi pemerintahan

Bukti yang menunjukkan agama Islam tersebar secara sukarela dan toleransi.

F1 Nabi Muhammad s.a.w. mengampunkan tawanan perang Badar
F2 Tawanan wanita/kanak-kanak dibebaskan
F3 Tawanan lelaki disyarakatkan mengajar 10 orang kanak-kanak Islam membaca dan menulis hingga pandai
F4 Tentera Islam dilarang membunuh sesuka hati
F5 Tentera Islam dilarang merosakkan tanaman/ membunuh binatang
F6 Ramai orang Arab Quraisy memeluk Islam selepas Perang Badar
F7 Dakwah Islam dijalankan secara bijaksana melalui nasihat
F8 Peperangan bertujuan memelihara maruah dan kesucian Islam
F9 Orang Islam berperang apabila diserang musuh
F10 Nabi Muhammad s.a.w. menghantar warkah ke Rom untuk berdakwah
F11 Nabi Muhammad s.a.w. tidak memaksa
F12 Menunjukkan nilai-nilai baik
F13 Seruan memeluk Islam melalui warkah


Terangkan Peristiwa Pembukaan Kota Makkah

F1 Kota Makkah tempat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
H1a Kota Makkah tempat lahirnya agama Islam
H1b Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah kerana Islam tidak diterima sepenuhnya di
Makkah
F2 Arab Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah
H2a Tidak menghormati hak kebebasan yang dipersetujui bersama
H2b Mereka membunuh orang Bani Khuzaah yang berpihak kepada Islam
F3 Pembukaan kota Makkah merupakan strategi jangka panjang penyebaran Islam
H3a Penguasaan Makkah akan memantapkan kerajaan Islam Madinah
H3b Nabi Muhammad s.a.w. merancang memasuki kota Makkah secara bijak
H3c Berpegang kepada prinsip aman tanpa kekerasan
F4 Pembesar Arab Quraisy sangat bimbang dengan kedatangan tentera Islam ke Makkah
H4a Al-Abbas dan Abu Suffian telah memeluk Islam sebelum tentera Islam kuasai Makkah
H4b Mereka menyedari kepalsuan perjuangan sebelum ini
F5 Nabi Muhammad s.a.w. menyediakan empat pasukan tentera Islam
H5a Terdiri daripada 10 000 tentera Islam
H5b Diketuai oleh Khalid al-Walid/Abu Ubaidah al Jarrah/Saad bin Ubadah/Zubair al-Awwam
H5c Tentera masuk ke kota Makkah melalui empat arah berbeza
H5d Arah utara, selatan dan barat daya Makkah
H5e Orang Arab Quraisy terkepung dalam kota Makkah
F6 Semangat takwa dan keyakinan tentera Islam
H6a Tentera Islam tidak menghadapi rintangan besar
H6b Tentangan kecil hanya dihadapi oleh pasukan Khalid al Walid
H6c Mudah ditewaskan oleh tentera Islam

Kepentingan Pembukaan semula Kota Makkah

F1 Pengislaman Abu Sufian dan Abbas
F2 Ramai orang Arab Quraisy memeluk Islam
F3 Jaminan keselamatan kepada orang Quraisy oleh Nabi Muhammad s.a.w.
F4 Nabi Muhammad s.a.w. bertawaf sebanyak tujuh kali mengelilingi kaabah
F5 Nabi Muhammad s.a.w. menyeru umat Islam bersatu padu
F6 Menonjolkan sifat pemaaf Nabi Muhammad s.a.w.
F7 Kaabah terpelihara daripada unsur jahiliah
F8 Kota Makkah menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia untuk beribadat
F9 Kota Makkah menjadi kota suci umat Islam
F10 Amalan penyembahan berhala berakhir selamanya di Makkah
F11 Masyarakat Islam dapat mendalami ilmu pengetahuan
F12 Menjadi pembuka jalan kepada penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab
F13 Dakwah Islam tersebar secara aman
F14 Mewujudkan pusat pemerintahan Islam yang kuat
F15 Madinah menjadi pusat pentadbiran Islam
F16 Makkah menjadi wilayah Islam
F17 Pemerintahan Makkah dilajalankan oleh wakil yang dilantik oleh Nai Muhammad s.aw.

Apakah iktibar yang diperoleh daripada peristiwa pembukaan semula kota Makkah?/Sifat-sifat kepimpinan Nabi yang boleh diteladani/dicontohi

F1 Semangat ketakwaan dan keyakinan
F2 Bijaksana dalam menyusun strategi
F3 Berpegang pada janji
F4 Pentingnya perpaduan dalam masyarakat
F5 Pentingnya harmoni dan baik sangka di antara pelbagai kaum & agama
F6 Semangat bantu membantu
F7 Amalan sifat pemaaf
F8 Tidak membalas dendam terhadap musuh
F9 Amalan prinsip dan nilai murni












BAB 7 ISLAM DI ASIA TENGGARA


Teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara melalui China

Emanuel Gadinho Eredia

F1 Peniaga Arab mengunjungi Khan Fo/Canton/ Guang Zhou sejak abad ke 9 M.
F2 Jalinan hubungan ini membolehkan Islam berkembang dalam kalangan pedagang China
F3 Pedagang Cina menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara.

S.Q Fatimi

F4 Perpindahan beramai-ramai pedagang Islam di Canton/Amoy ke Asia Tenggara
F5 Penemuan batu bersurat Terengganu di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu
bertarikh 1303 M/
F6 Terengganu telah wujud Kerajaan Tua yang bergantung kepada perdagangan

Bukti Tambahan

F7 Penemuan sepasang batu nisan ditemui di Kampung Permatang Pasir, Pulau Tambun,Pahang
F8 Islam telah dibawa oleh mubaligh China Islam menerusi Laut China Selatan, ke Phang Rang di
Indo China dan ke Pekan Pahang
F9 Terdapat persamaan unsur seni bina di China dengan seni bina pada masjid-masjid di Nusantara/
Kelantan / Melaka / Pulau Jawa
F10 Di Melaka unsur seni bina China pada bentuk bumbung masjid mempunyai persamaan dengan
bumbung rumah ibadat China / pagoda .
F11 Pengaruh atap genting China serta warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap
masjid
F12 Pengaruh China pada jubin lantai, dinding, tangga, kolam air di masjid
F13 Islam berkembang ke Asia Tenggara dari China melalui Champa

Teori Kedatangan Islam ke Asia Tenggara melalui India

F1 Dikemukakan oleh Snouck Hurgronje/sejarawan Belanda
F2 Islam datang dari wilayah Gujerat dan Pantai Koromandel sejak abad ke 13 M
F3 Hubungan perdagangan telah lama wujud antara India dan Asia Tenggara
F4 Pedagang India Islam menyebarkan Islam ke rantau Asia Tenggara
F5 Gujerat ialah pelabuhan penting semasa pemerintahan Alaudin Khilji di India
F6 Penemuan batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa mempunyai
ciri buatan India
F7 Batu nisan Malik al- Salih di Pasai mempunyai ciri buatan India
F8 Budaya masyarakat Asia Tenggara hamper sama dengan unsur kebudayaan Hindu sejak dahulu lagi

Apakah nilai yang dapat dicontohi daripada pedagang yang menyebarkan Islam di Asia Tenggara

F1 Berusaha meningkatkan ekonomi
F2 Bijaksana menyebarkan dakwah
F3 Berani meneroka ke kawasan lain
F4 Ketinggian budi pekerti/ Memiliki sifat mahmudah
F5 Mahir dalam selok belok perdagangan
F6 Jujur dalam perbuatan/perkataan
F7 Rajin bekerja
F8 Menjauhi riba
F9 Mencari rezeki yang halal
F10 Berurus niaga secara halal
F11 Menghindari penipuan dan penindasan

BAB 8 PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT


Apakah kesan kedatangan Islam terhadap institusi pemerintahan di Negeri-Negeri Melayu?

F1 Penggunaan istilah sultan menggantikan raja
F2 Zilullah fil-alam /Zilullah fil ardh (bayangan Allah di muka bumi)
F3 Pengesahan seseorang raja berteraskan Islam
F4 Pemerintah menggunakan khalifatul mukminin/Pemimpin orang-orang mukmin
F5 Nasab keturunan sultan dikaitkan dengan Iskandar Zulkarnain
F6 Bertujuan meninggikan kedudukan sultan
F7 Institusi kesultanan berdasarkan sistem warisan
F8 Raja atau sultan sebagai kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan dan pentabdiran
F9 Golongan ulama sebagai penasihat sultan
F10 Makhdum Sayid Abdul Aziz/Maulana Abu Bakar/Maulana Sadar Jahan/Maulana Jalaluddin
F11 Di Kelantan dan Terengganu muncul ulama seperti Tuk Pulau Manis/Tuk Pulau Condong/Tuan Tabal
F12 Pelaksanaan konsep daulat
F13 Pengikat antara rakyat dengan pemerintah
F14 Adat istiadat istana/cara berpakaian/jenis pakaian/bahan dan pengucapan

Bagaimanakah Islam telah memajukan taraf pendidikan orang Melayu di negara kita?

F1 Menuntut ilmu wajib
F2 Pendidikan Al Quran/Muqaddam
F3 Istana pusat pengajian Islam
F4 Kitab seperti Tasawuf
F5 Cerita hikayat seperti Amir Hamzah
F6 Ilmu fardhu ain
F7 Pendidikan madrasah
F8 Pengenalan tulisan jawi
F9 Mencintai ilmu
F10 Kedatangan ulama

Kesan kedatangan Islam terhadap sistem ekonomi di Tanah Melayu

F1 Perdagangan
H1a Pedagang Islam menguasai perdagangan di Lautan Hindi dan Laut Cina Selatan
H1b Pedagang Melayu mulai terbabit secara aktif
H1c Saranan Islam bahawa perniagaan merupakan sumber rezeki yang besar
H1d Melaka menjadi pusat perdagangan terpenting
H1e Pengenalan sistem timbang dan sukat di Melaka
H1f Penggubalan Undang-Undang Laut Melaka berteraskan Islam
H1g Kelantan,Kelantan dan Terengganu menjadi pusat perdagangan penting abad ke 17 dan ke-18

F2 Mata Wang
H2a Perantaraan nilai perdagangan
H2b Alternatif kepada sistem barter
H2c Mata wang timah di Melaka tertera nama sultan memerintah dan tarikh Islam
H2d Johor- Wang Katun diperbuat daripada timah mempunyai tulisan Jawi atau Arab
H2e Wang Timah Kedah-Wang Ayam Jantan/Wang emas turut digunakan secara meluas
H2f Wang Emas Johor- diperkenal pada zaman Sulatan Alauddin Riayat Syah
H2g Wang Emas Johor dikenali Kupang
H2g Kelantan-Wang emas kijang tertera Khalifatul mukminin
F3 Peraturan percukaian yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka

F1 Pedagang diwajibkan membayar cukai sebelum urusan perdagangan dijalankan
F2 Cukai tetap/cukai import ditetapkan oleh pemerintah
F3 Pedagang dari India/Ceylon/Tanah Arab/Siam/Pegu dikenakan cukai sebanyak enam peratus
F4 Pedagang dari Jepun/China dikehendaki membayar cukai sebanyak lima peratus
F5 Beras dan makanan dikecualikan cukai
F6 Orang asing yang menetap di Melaka dikenakan cukai
F7 Orang asing yang datang dari kepulauan Melayu dikenakan cukai diraja sebanyak tiga peratus
F8 Orang asing lain dikenakan cukai diraja sebanyak enam peratus
F9 Golongan kaya dan berkemampuan membayar zakat harta
F10 Kutipan zakat disimpan di baitulmal

Terangkan Pengaruh kedatangan Islam terhadap gaya hidup masyarakat Melayu tradisional di Tanah Melayu.

F1 Perubahan akidah /prinsip kepercayaan
H1a Perubahan akhlak dalam setiap aspek
F2 Sistem pemerintahan
H2a Pelaksanaan undang-undang syariah Islam
H2b Amalan protokol/hijabah dilaksanakan
H2c Lafaz ikrar mengantikan pembacaan ciri dalam proses pertabalan
H2d Pengganti sultan dilantik sebelum istiadat pemakamam
F3 Kehidupan bermasyarakat
H3a Hubungan antara individu dan pertalian kekeluargaan rapat
H3b Menghormati ibu bapa atau orang tua
H3c Jirang dianggap keluarga sendiri
H3d Panggilan hormat untuk orang yang lebih tua
H3e Pak long/Mak long/Pakcik
H3f Tidak dipanggil nama walaupun seringkas mungkin
H3g Bercakap dengan nada suara rendah dengan orang tua
F4 Tetamu dilayan dengan hormat
H4a Dihidangkan makanan dan minuman
H4b Memberi salam ketika berziarah
H4c Tuan rumah wajib menjawab salam
H4d Tetamu bersalaman ketika masuk ke dalam rumah
H4e Kanak-kanak mencium tangan orang lebih tua
H4f Membaca bismillah ketika hendak minum atau makan
F5 Majlis perkahwinan mengikut Islam
H5a Majlis Khatam Quran
H5b Dijalankan dengan semangat gotong royong
H5c Berpegang kepada konsep bersatu teguh bercerai roboh













BAB 10 DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA*****

Faktor kemasukan/penghijrahan imigran China dan India ke Tanah Melayu sejak
abad ke -19 ? ******

F1 Kepesatan pembangunan sektor pertanian dan perlombongan oleh British
F2 kemakmuran ekonomi
F3 Galakkan British
F4 Keperluan buruh di lombong-lombong dan ladang-ladang
F5 Tidak pernah ditentang oleh orang Melayu
F6 Wujud hubungan tradisi antara Tanah Melayu dengan India
F7 Terdapat peluang pekerjaan dalam pertanian dan perlombongan
F8 Kestabilan politik di Tanah Melayu
F9 Kemiskinan di tempat asal
F10 Kekayaan sumber alam di Tanah Melayu

Terangkan cara kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu pada abad ke 19.
Kemasukan buruh Cina

F1 Melalui sistem tiket kredit
H1a Bakal imigran dikumpulkan oleh kheh-tau (ketua).
H1b Dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa
H1c Imigran (sin kheh) ini diletakkan di bawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh
yang dibayar oleh majikan.
H1c Golongan sin kheh membuat perjanjian untuk menjelaskan hutang mereka secara bekerja
dengan majikan untuk tempoh tertentu.
H1d Mereka dibekalkan dengan tiket ke pelabuhan yang dituju.
H1e Tiba di pelabuhan, mereka diambil oleh pemborong buruh yang akan mendapatkan
majikan untuk mereka.
F2 Melalui sistem pengambilan kakitangan,
H2a majikan akan menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan buruh.
H2b Segala perbelanjaan dan tambang dibiayai oleh majikan.
H2c Pegawai yang dihantar mengiringi buruh tersebut hingga sampai ke tempat majikan.
F3 Sistem pengambilan rumah kongsi
H3a pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh sesebuah
rumah kongsi.
H3b Pegawai tersebut membiayai perbelanjaan buruh sehingga mereka sampai di rumah kongsi

Kemasukan buruh India

F4 Sistem buruh bebas
H4a datang sendiri dengan biayaan masing-masing.
H4b kedatangan mereka diatur oleh orang atau kumpulan tertentu
H4c mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan yang mereka kehendaki
F5 Melalui sistem kontrak
H5a majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu.
H5b sebagai balasan Buruh akan bekerja dengan majikan untuk jangka masa tertentu n
H5c Dibayar kadar upah 9 hingga 13 sen sehari
F6 Melalui sistem kangani
H6a seseorang kangani / tandil / ketua / mandur diberi lesen dan dihantar pulang ke India untuk
mencari buruh.
H6b Kangani diberi wang pendahuluan untuk perbelanjaan buruh ke Tanah Melayu.
H6c Sistem ini diharamkan kerana penyelewengan oleh kangani

Kesan/akibat kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu/ciri-ciri masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu/KBKK

F1 Pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu
F2 Wujud petempatan yang berbeza-beza mengikut kaum
F3 Jenis pekerjaan yang berbeza mengikut kaum
F4 Penggunaan bahasa yang berbeza dalam pertuturan
F5 Tidak terdapat interaksi antara kaum
F6 Tidak ada perpaduan antara kaum
F7 Wujud sistem pendidikan vernakular
F8 Taraf kesihatan yang rendah / penyakit berjangkit
F9 Pembangunan tidak seimbang antara wilayah
F10 Perbezaan taraf hidup antara orang tempatan dengan imigran
F11 Peningkatan jumlah imigran Cina dan India
F12 Perbezaan budaya dan cara hidup
F13 Kemunculan bandar
F14 Tidak terdapat interaksi antara kaum
F15 Orang Melayu kekal di luar bandar
F16 Ekonomi / taraf hidup orang Melayu ketinggalan
F17 Perasaan prejudis / prasangka antara kaum

Bagaimanakah masyarakat yang bersatu padu boleh dibentuk di Malaysia ?(KBKK)

F1 Menghayati Rukun Negara
F2 Mewujudkan satu sistem sekolah kebangsaan
F3 Menguatkuasakan Akta Bahasa Kebangsaan / Mendaulatkan bahasa Melayu
F4 Mengamalkan konsep kejiranan
F5 Meningkatkan peranan Jabatan Perpaduan Negara
F6 Memperkasakan Rukun Tetangga
F7 Melaksanakan program perpaduan di sekolah/RIMUP
F8 Menjayakan program 1 Malaysia

Huraikan faktor perkembangan bandar baru awal abad ke 20.

F1 Pembinaan kemudahan infrastruktur
H1a jalan raya / bekalan air bersih / sekolah / pusat kesihatan / institusi kewangan
F2 Pembinaan sistem perhubungan / kemudahan sistem pengangkutan
C2a Pembinaan jalan raya yang baik
C2b Pembinaan jalan kereta api
H2a Menghubungkan antara pekan dengan pekan/bandar
H2b Menghubungkan antara kawasan petempatan dengan bandar
F3 Wujud pertambahan fungsi ekonomi
H3a Menjadi pusat kegiatan jual – beli
H3b Pusat pengumpulan barangan
H3c Pusat pengedaran barangan
H3d Tempat / pusat orang ramai mendapatkan barangan
F4 Kawasan yang kaya dengan sumber semulajadi .
C4a bijih timah / bijih besi / arang batu / getah / petroleum
H4a Wujud kawasan kegiatan perlombongan
C4a Lembah Klang / Ampang / Ipoh / Taiping / Sg. Ujung / Miri
H4b Wujud kawasan ladang – ladang getah
F5 Wujud pertambahan penduduk
H5a British menempatkan imigran Cina dan India di bandar-bandar baru





F1 Sistem mata wang zaman Kesultanan Melayu Melaka
H1a semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah
C1a mata wang emas / perak / timah dikeluarkan
H1b mata wang telah melicinkan urusan perdagangan
H1c mata wang timah berbentuk bulat
H1d mata wang timah itu seberat satu kati lapan tahil
H1e nama sultan / tarikh Islam dicatat pada mata wang
H1f mata wang asing juga digunakan
H1g mata wang asing boleh ditukar dengan mata wang tempatan
C1b seperti mata wang Pasai / Hormuz / Cambay

F2 Sistem mata wang di Tanah Melayu selain Melaka

H2a terdapat pelbagai jenis mata wang primitif
C2a Dinar emas / kijang di Kelantan
C2b wang emas / kupang emas di Terengganu.
C2c jongkong tampang di Pahang
C2d wang timah / wang katun / wang emas / kupang emas di Johor
C2e wang timah ayam jantan hinggap di atas cincin / wang emas di Kedah
H2b pada masa ini pedagang Eropah menggunakan wang perak
H2c pedagang India / China / Arab menggunakan wang emas

F3 Mata wang Eropah
H3a pedagang Eropah memperkenalkan mata wang asing di Tanah Melayu
C3a mata wang perak Sepanyol
H3b mata wang ini bertahan selama 300 tahun
H3c mata wang ini digunakan di Negeri-Negeri Melayu / Negeri Selat
H3d wang ini dikeluarkan oleh Lembaga Pesuruhjaya Wang yang ditubuhkan pada 1897
H3e wang dikeluarkan bagi negeri-negeri Selat di bawah Ordinan X III
C3b wang kertas
H3f hanya mata wang kertas sahaja yang sah digunakan
H3g untuk perdagangan di Negeri-Negeri Selat
H3h mata wang kerajaan Melayu telah terhapus.

Peranan institusi kewangan di Tanah Melayu sehingga awal abad ke-20.

F1 Menyediakan kemudahan pinjaman kepada pelabur
F2 Memajukan dan memesatkan lagi industri getah dan bijih timah
F3 Memperkenalkan sistem kewangan moden yang berorientasikan keuntungan
F4 Memperkenalkan kadar faedah yang tinggi
F5 Dana dari luar disalurkan terus ke Tanah Melayu dengan lebih mudah dan cepat
F6 Bank bertindak sebagai agen pembayar kepada pengimport dan pengeksport
F7 Menjadikan urusan perniagaan antarabangsa bertambah licin
F8 Pedagang tempatan boleh mendapatkan perkhidmatan bank Eropah melalui orang tengah
(komprador).
F9 Komprador menjadi penaja kepada peminjam
F10 Operasi bank dipantau oleh pihak pemerintah agar dapat menjana perkembangan sektor
ekonomi negara

Jelaskan ciri-ciri pemilikan dan penggunaan tanah di Tanah Melayu sebelum kedatangan British.

F1 Kadar cukai ditentukan oleh pembesar
H1a Aktiviti ekonomi yang hendak diusahakan mendapat mesti kebenaran pembesar
H1b Tidak mempunyai rekod/catatan mengenai pemilikan tanah
H1c Tidak ada undang-undang/peraturan mengenai pemilikan tanah
H1d Berdasarkan undang-undang adat
F2 Tanah menjadi milik seseorang yang meneroka
H2a Tanah menjadi milik orang yang mengerjakan tanah tersebut
H2b Tanah boleh diwarisi oleh generasi seterusnya
F3 Tanah merupakan sumber ekonomi/pertanian
H3a Menjadi tunggak kuasa politik
H3b Mencerminkan kedudukan sosial pembesar Melayu


Huraikan undang-undang Tanah Simpanan Melayu yang diperkenalkan oleh British.

F1 Akta Tanah Simpanan Melayu 25 November 1913,
H1a Diluluskan oleh Majlis Persekutuan
H1c Untuk menjamin kelangsungan masa depan ekonomi/sosial/politikorang Melayu
H1d Bertujuan mengelakkan tanah milik orang Melayu berpindah kepada orang asing
H1e Residen berkuasa mengisytiharkan tanah milik orang Melayu sebagai Tanah Simpanan
Melayu (TSM)
H1f Menyelamatkan tanah tersebut daripada dijual/dipajakgadai/ditukar milik kepada orang
bukan Melayu
H1g Pihak British sebenarnya melindungi kepentingan ekonomi mereka
H1h Orang Melayu tidak dibenarkan menanam tanaman komersial di kawasan TSM
H1i Kebanyakan kawasan TSM tidak subur
H1j Tidak sesuai digunakan untuk kegiatan ekonomi perladangan
H1k Kawasan yang subur didapati terlalu kecil

Bagaimanakah cara British mengurangkan penglibatan pekebun kecil Melayu dalam
sektor perladangan getah?

F1 Memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917
H1a Melarang penanaman getah di kawasan padi
H1b Untuk mengurangkan jumlah penyertaan pekebun kecil getah
F2 Premium permohonan tanah baru untuk penanaman getah dinaikkan
F3 Pembukaan tanah-tanah baru untuk penanaman getah dilarang
H3a Penglibatan orang melayu dalam penanaman getah secara kecil-kecilan sahaja
F4 Rancangan Sekatan Stevenson 1922 diperkenalkan
H4a Rancangan ini mengehadkan pengeluaran getah
H4b Untuk melindungi pemodal dan pengusaha Eropah
F5 Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa dilaksanakan
H5a Pekebun kecil / orang Melayu diberi kuota yang rendah
F6 British menubuhkan Jabatan Parit dan Tali Air
H6a Untuk membaiki sistem perparitan dan tali air
H6b Membantu kegiatan penanaman padi
H6c British juga menggalakkan pelaburan Eropah
H6d British meminggirkan golongan pekebun kecil / orang Melayu
F7 Insentif kewangan / bantuan teknikal tidak diberikan kepada pekebunkecil / orang melayu
H7a British meminggirkan pekebun kecil / orang Melayu daripada aliran ekonomi




TINGKATAN LIMA

BAB 1 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

Nyatakan ciri-ciri perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara pada tahap pertama.

F1 Penentangan secara terbuka tetapi bersifat setempat
F2 Penentangan tidak berorganisasi
F3 Isu-isu kebudayaan/agama/hak peribumi menjadi faktor pencetus
F4 Dipimpin oleh golongan pertengahan berpendidikan Barat/Asia Barat
F5 Menekankan kesedaran politik
F6 Menuntut hak-hak dikembalikan
F7 Menuntut taraf hidup mereka dibaiki
F8 Tidak meminta kemerdekaan dengan segera

Pada pandangan anda, mengapakah gerakan nasionalisme di Asia Tenggara bertukar menjadi lebih radikal pada tahap kedua?

F1 Pihak penjajah gagal memenuhi tuntutan yang dibuat
F2 Tindakan kekerasan yang dilakukan oleh penjajah
F3 Gerakan nasionalisme tahap pertama gagal
F4 Pemimpin ingin menuntut kemerdekaan
F5 Pemimpin ingin membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat
F6 Berasakan gerakan yang lebih radikal akan berjaya


Berikan dua ciri birokrasi Barat yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina.

F1 Sepanyol memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat
F2 Gabenor Jeneral menjadi pemerintah tertinggi di peringkat pusat
F3 Datuk Bandar menjadi pentadbir wilayah
F4 Gabenor kecil menjadi pentadbir Bandar
F5 Encomiendero menjadi pemerintah Encomienda




F1
F2
F3 Nyatakan tugas encomiendero yang di perkenalkan oleh Sepanyol di Filipina

Menjaga keamanan
Mengutip cukai
Mengkristian penduduk barangay





F1
F2 Mengapakah Sistem Encomienda dibenci oleh penduduk tempatan di Filipina

Sistem ini mengenakan cukai yang tinggi
Kerahan ttenaga kepada penduduk tempatan


Bentuk /ciri sistem pemerintahan yang diperkenalkan oleh Perancis di Indo Cina

Penubuhan Union Indochinoise
Penubuhan kerajaan pusat
Rang undang-undang diluluskan oleh parlimen Perancis
Kerajaan tempatan membayar cukai
Menyediakan kerahan tenaga
Gabenor Jeneral mengetuai Union IndoCina


Pada pandangan sejarah anda,apakah kesan pengaruh sistem Birokrasi Barat ke atas sistem pentadbiran tempatan di Asia Tenggara?

Mengurangkan pengaruh raja dan pembesar tradisional
Tercetus nasionalisme
Penubuhan kerajaan pusat
Pelantikan Gabenor Jeneral
Pelaksanaan pentadbiran melalui biro
Perlantikan pegawai barat sebagai ketua biro
Pengenalan undang-undang barat

Nyatakan ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap pertama dan kedua di Asia Tenggara

Tahap pertama
Penentangan secara terbuka bersifat terbuka dan tidak berorganisasi
Mengemukakan isu –isu kebudayaan, agama dan hak peribumi
Dipimpin oleh golangan pertengahan berpendidikan barat dan Asia Barat
Pemimpin nasionalis menekankan kesedaran politik daripada tindakan politik
Mereka menuntut hak mereka dikembalikan dan taraf hipup dibaiki
Tidak menuntut kemerdekaan dengan segera
Tahap kedua

Gerakan nasionalisme yang lebih radikal melakukan penentangan secara revolusi
Berorganisasi melalui penubuhan politik dianggotai oleh rakyat
Dipimpin oleh golongan yang berpendidikan dan berpengetahuan luas dalam kebudayaan dan ilmu pengetahuan barat
Mempunyai matlamat yang lebih jelas
Menuntut kemerdekaan dan membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat
Jelaskan perkembangan gerakan nasionalisme di Thailand



Tahap pertama

Merupakan kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja
Menentang raja berkuasa mutlak
Perkembangan sistem pendidikan Barat
Pendidikan memberi pendedahan terhadap fahaman liberal, demokrasi, dan sistem raja berperlembagaan
Muncul golongan intelek
Kelemahan sistem pentadbiran
Dan sikap boros Raja Vajiravudh
Menyebabkan rakyat tidak berpuas hati
Rakyat menubuhkan Parti Rakyat dan melancarkan revolusi Thai
Menamatkan sistem berkuasa kutlak

Tahap kedua

Rakyat tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan Cina
Perdana Menteri Phibul Songgram meluluskan undang-undang
Menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina
Membubarkan sekolah dan akhbar Cina
Menggalakkan peribumi melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi
Mengenakan syarat jawatan tinggi kerajaan hanya untuk penganut Buddha
Pada tahun 1939, Phibul Songram menukar nama Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas

Pada pandangan anda, bagaimanakah kuasa Barat menangani gerakan nasionalisme radikal di Asia Tenggara?

Menangkap pemimpin radikal seperti Soekarno di Indonesia dan Jose Rizal di Filipina
Membuang negeri penentang seperti Jose Rizal
Dikenakan hukuman mati seperti Jose Rizal dan Emilio Aguilnaldo di Filipina
Mengharamkan parti-parti politik radikal seperti Parti Nasional
Indonesia di Indonesia dan Viet Nam Quang Phu Hoi(VNQPH) di Indochina
Membenarkan penubuhan parti-parti politik sederhana seperti tindakan Amerika di Filipina
Di penjarakan seperti Soekarno dipenjarakan oleh Belanda pada tahun 1929 -1931





(a) Namakan tokoh yang terlibat dalam gerakan nasionalisme di Thailand


Nai Pridi Panomyong
Field Marshall Phibul Songram


(b) Berikan dua sebab berlakunya gerakan nasionalisme tahap pertama di Thailand

Kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja
Penentangan rakyat terhadap raja berkuasa mutlak
Perkembangan sistem pendidikan Barat
Golongan intelek didedahkan kepada fahaman liberal
Perkembangan sistem demokrasi
Pengetahuan mengenai raja berperlembagaan
Kelemahan sistem pentadbiran
Sikap boros Raja Vajiravudh


(c) Apakah kesan gerakan nasionalisme tahap pertama tersebut ?


Penubuhan Parti Rakyat oleh Nai Pridi Panomyong dan Field Marshall Phibul Songram
Parti Rakyat melancarkan Revolusi Thailand
Tamat sistem raja berkuasa mutlak


(d) Nyatakan tindakan Perdana Menteri Thailand untuk mengatasi rasa tidak puas hati rakyat dalam gerakan nasionalisme tahap kedua


Meluluskan undang-undang menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina
F2 Membubarkan sekolah Cina
F3 Membubarkan akhbar Cina
F4 Menggalakkan penduduk pribumi melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi
F5 Menetapkan jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha
F6 Menukar nama Siam kepada Thailand bermaksud Tanah Bebas
F7 Bekerjasama dengan Jepun dalam Perang Dunia Kedua
F8 Memperoleh semula wilayah-wilayah di Indo-China dan Tanah Melayu


(e) Pada pandangan anda, mengapakah negara Thailand tidak pernah dijajah sehingga kini?

F1
Dasar buka pintu
F2 Pemodenan dalam pentadbiran
F3 Kerjasama dengan Jepun
F4 Memperkenalkan birokrasi Barat
F5 Raja Mongkut/ Raja Chulalongkorn melantik 80 orang penasihat Barat
F6 Penasihat Barat ketua pelbagai jabatan
F7 Penasihat kewangan/ pelabuhan/ polis dari Britain
F8 Penasihat kastam/ ketenteraan dari Amerika Syarikat/ Peranchis
F9 Melatih pegawai-pegawai tempatan mentadbir
F10 Memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah/ Majlis Mesyuarat Tertinggi/ Kabinet Menteri
F11 Melantik juruaudit dari Britain untuk berkhidmat dalam perbendaharaan negara
F12 Memperkenalkan sistem raja perlembagaan menggantikan raja berkuasa mutlak




BAB 2 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Maksud gerakan Islah

Gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap Islam
Akhbar dan majalah yang menjadi saluran gerakan Islah.

Al – Imam
Neracha
Idaran Zaman
Pengasuh



Matlamat perjuangan Gerakan Islah di Tanah Melayu

Menjana kemajuan Islam dari sudut kemajuan dunia
Gesaan memajukan ekonomi umat Islam
Gesaan memajukan pendidikan umat Islam
Gesaan memajukan social / politik orang Melayu
Berusaha menyemat sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Islam
Mengkritik raja / pembesar Melayu yang tidak berperanan penting dalam memajukan orang Melayu
Menggalakkan ilmu pertukangan
Menggalakkan kegiatan perniagaan
Menggalakkan orang Melayu menguasai ilmu perubatan
Mengamalkan gaya hidup yang berlandaskan agama Islam







Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,apakah cabaran yang di hadapi oleh kaum muda dalam perjuangan mereka di Tanah Melayu

Hanya bergerak di Negeri-negeri Selat
Beberapa undang –undang telah dikeluarkan oleh negeri –negeri Melayu bagi menghalang pengaruh kaum muda
Undang –undang tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaan sultan
Undang –undang tidak membenarkan risalah dan buku Kaum Muda dibawa masuk ke negeri- negeri tersebut


Apakah Saranan Kaum Muda untuk memajukan orang Melayu

F1 Menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia
F2 Menekankan pendidikan dunia dan akhirat
F3 Mempelajari mata pelajaran Fardu Ain, Ilmu Hisab dan bahasa Inggeris
F4 Menggalakan pendidikan untuk perempuan
F5 Mengkritik penjajah
F6 Mengkritik raja dan pembesar Melayu
F7 Memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial

Bagaimanakah Kaum Muda menyampaikan idea perjuangan mereka?


Menubuhkan madrasah
Menekankan pendidikan dunia dan akhirat
Peluang belajar kepada perempuan
Melalui akhbar al-Imam
Mengeluarkan buku dan risalah
Berdakwah

Halangan/cabaran yang dihadapi Kaum Muda dalam menyebarkan idea perjuangan mereka
F1 Ditentang Kaum Tua
F2 British turut mehalang
F3 Negeri-Negeri Melayu mengeluarkan undang-undang
F4 Tidak dibenarkan berdakwah tanpa kebenaran sultan
F5 Risalah dan buku Kaum Muda disekat

Akhbar yang meniupkan semangat kebangsaan sebelum Perang Dunia Kedua.

F1 Majlis
F2 Utusan Melayu
F3 Warta Malaya
F4 Warta Negara
F5 Lembaga Malaya
F6 Fajar Sarawak


Bagaimanakah /peranan akhbar,majalah dan novel dalam membantu menggerakkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu

F1 Kesedaran untuk memajukan diri
F2 Menyeru masyarakat bersatu padu
F3 Mengkritik dasar penjajah yang menekan orang Melayu
F4 Membangkitkan persoalan pendidikan/social/ekonomi/politik
F5 Menyedarkan dan memajukan bangsa
F6 Majalah menyentuh isu pendidikan/ekonomi/bahasa/sastera/politik
F7 Menyemai sikap anti penjajah dan anti orang asing
F8 Majalah Guru/Pengasuh/Bulan Melayu
F9 Novel menyeru semangat nasionalisme yang tinggi dalam kalangan generasi muda
F10 Menggesa rakyat menentang penjajah
F11 Menuntut rakyat membela maruah bangsa
F12 Wanita digalak memajukan diri dan bangsa
F13 Novel Keris Melaka/Putera Gunung Tahan/Anak Mat Lela Gila/Melor Kuala Lumpur


Apakah mesej yang terdapat dalam novel berikut pada tahun 1930-an?

(a)Keris Melaka-Ahmad Bakhtiar

F1 Semangat perjuangan menentang penjajah Barat seperti Portugis
F2 Menghargai sumbangan tokoh-tokoh pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
F3 Menggunakan sejarah sebagai inspirasi dan pedoman perjuangan generasi muda

(b) Anak Mat Lela Gila -Ishak Hj Muhammad

F1 Semangat menentang penjajah oleh anak muda
F2 Menghargai warisan bangsa sendiri
F3 Mencintai tanah air
F4 Menolak kesenangan demi maruah bangsa

(c) Putera Gunung Tahan – Ishak Hj Muhamamd

F1 Semangat wira pemuda tempatan menentang penjajah
F2 Mencintai tanah air
F3 Bangga dengan kebolehan sendiri
F4 Seorang gadis tempatan menolak cinta pegawai penjajah
F5 Tidak mahu menjatuhkan maruah bangsa

Melor Kuala Lumpur – Harun Aminurrashid

F1 Emansipasi atau kebebasan wanita menentukan hala tuju
F2 Wanita yang mengutamakan pendidikan untuk kebaikan diri
F3 Membuang pandangan negatif yang boleh menghalang kemajuan

Isu-isu yang dibangkitkan oleh majalah-majalah di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua

F1 Pendidikan anak-anak Melayu
F2 Perpaduan dalam kalangan orang Melayu
F3 Meniupkan semangat cinta akan negara dan menentang penjajahan
F4 Membaiki taraf hidup orang Melayu
F5 Memajukan bahasa dan sastera
F6 Galakkan perpaduan di kalangan guru sebagai pemimpin bangsa
F7 Bincang soal penafsiran Islam yang progresif untuk kemajuan ummah
F8 Memperluas ilmu dalam semua bidang
F9 Memberikan penafsiran kepada persoalan orang Islam
F10 Menggesa orang Melayu menjauhkan sifat buruk
F11 Menggalakkan perpaduan dalam kalangan guru perempuan Melayu Johor
F12 Menggalakkan golongan wanita mendapatkan pendidikan
F13 Menggesa wanita menjaga kesopanan dengan nilai Islam dan budaya Timur
F14 Menggalakkan wanita menjadi obor memajukan bangsa

Isu ekonomi dan politik yang diperjuangkan oleh akhbar Melayu sebelum Perang Dunia Kedua

(a) Ekonomi

F1 Menggalakkan syarikat kerjasama
F2 Mendesak British mengurangkan kemasukan orang dagang kerana mengancam orang Melayu
F3 Menggalakkan orang Melayu berniaga
F4 Melarang orang Melayu menjual tanah
F5 Menyeru orang Melayu berjimat cermat
F6 Mendesak British mewujudkan kawasan kampong khas orang Melayu di Kuala Lumpur

(b) Politik

F1 Mengkritik British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu
F2 Mengkritik pembesar dan Raja-Raja kerana tidak melaksanakan kepimpinan yang sewajarnya untuk rakyat
F3 Menolak sikap pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan
F4 Menuntut diadakan Malay Administrative Service (M.A.S)
F5 Melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan
F6 Menyeru orang Melayu bersatu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan
F7 Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan




Kejayaan yang dicapai oleh Kesatuan Melayu Singapura (KMS)

F1 British member perhatian terhadap kebajikan orang Melayu
F2 Penempatan khas orang Melayu di Singapura
F3 Pemimpin KMS dilantik menganggotai pentadbiran British
F4 Mohd Eunos Abdullah dilantik menjadi Ahli Majlis Perundangan Negeri Selat

Golongan masyarakat yang menganggotai Persatuan Sahabat Pena di Sabah

F1 Peniaga kecil
F2 Pegawai rendah kerajaan
F3 Guru sekolah Melayu

Usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) untuk mencapai matlamat politiknya

F1 Bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British dari Tanah Melayu
F2 Menjadikan KMM sebagai badan propaganda Jepun
F3 Membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda anti British
F4 Mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan
F5 Menubuhkan cawangan untuk meluaskan propaganda


Isu yang dibincangkan dalam Kongres Melayu pada tahun 1939 dan 1940.

F1 Soal kemunduran orang Melayu dalam pendidikan
F2 Kemunduran orang Melayu dalam ekonomi
F3 Sikap pilih kasih British terhadap anak negeri/orang Melayu

Mengapakah orang Melayu pada waktu itu perlu mewujudkan sebuah persatuan di peringkat kebangsaan?KBKK

F1 Agar orang Melayu lebih kuat
F2 Memastikan suara orang Melayu didengar oleh British
F3 Dapat membela kepentingan ekonomi dan social
F4 Mengatasi semangat kenegerian
F5 Mengukuhkan kuasa politik orang Melayu
F6 Menjaga kebajikan orang Melayu
F7 Mudah memupuk semangat kebangsaan
F8 Usaha awal ke arah kemerdekaan

















BAB 3 KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

Circiri negara bangsa pada zaman Kesultanan Melayu Melaka

F1 Mempunyai wilayah
H1a mempunyai kawasan lingkungan pengaruh yang luas
H1b sempadan tidak ditetapkan
H1c empayarnya meliputi seluruh semenanjung Tanah Melayu dan Seluruh timur Sumatera.
F2 Kedaulatan
H1a merujuk kepada raja yang memerintah
H1b mewakili negeri atau kawasan pemerintahan
F3 Lambang negara
H3a simbol atau tanda menjadi identiti sesebuah negara
H3b bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan
H3c lambang penyatuan negara dan bangsa
H3d sistem pemerintahan beraja
H3e adat istiadat Melayu
H3f alat regalia
H3g nobat
H3h warna
H3i bahasa
H3j undang-undang
H3k protokol dan
H3l adat istiadat istana
F4 Undang-undang bertulis
H4a Hukum kanun Melaka
H4b Undang-undang Laut Melaka
H4c Hukum kanun Melaka mengandungi 44 fasal
H4d menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar
H4e pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat
H4f menyatakan hukuman terhadap kesalahan jenayah awam
H4g undang-undang keluarga
H4h Undang-undang Laut Melaka menyentuh tatacara pelayaran laut
H4i tanggungjawab pengawal kapal
H4j atur cara pelayaran
H4k perniagaan
H4l bidang kuasa nakhoda kapal
H4m hukuman bagi kesalahan jenayah
F5 Rakyat
H5a bertanggungjawab mentaati raja yang memerintah
H5b rakyat bersedia mempertahankan negara
H5c menghadiri adapt istiadat kerajaan
H5d mengadakan gotong-royong
H5e kerahan tenaga
F6 Kerajaan
H6a pemerintah yang tertinggi
H6b dibantu oleh bendahara / Penghulu Bendahari / Temenggung / Laksamana
H6c tonggak institusi kerajaan yang memerintah
H6d diberi portfolio mengikut bidang tugas masing-masing Istana, darat, laut disekitar Melaka dan
jajahan takluk Melaka
H6e Sistem pembesar empat lipatan
H6f Menjamin kesentosaan sistem pemerintahan beraja

Nyatakan warisan pensejarahan Kesultanan Melayu Melaka yang masih diamalkan oleh negeri-negeri Melayu lain pada hari ini.

F1 Adat istiadat Melayu
F2 Agama Islam
F3 Bahasa Melayu
F4 Kerajaan Johor, Perak, Pahang diasaskan oleh kerabat diraja Melaka
F5 Menggunakan gelaran Sultan pada awal nama
F6 Sistem perwarisan takhta mementingkan jurai keturunan sebelah bapa
F7 Putera sulung sultan dengan permaisuri berpeluang mewarisi takhta
F8 Sekiranya sultan tiada putera, adik lelaki boleh mewarisi takhta
F9 Mengamalkan Sistem Pembesar Empat lipatan
F10 Gelaran berbeza mengikut keadaan tempat
F11 Kitab undang-undang Johor, Perak dan Pahang
F13 Disalin/dipinda berdasarkan hukum kanun Melaka disesuaikan dengan unsur tempatan
F14 Undang-undang Pahang yang disusun oleh Sultan Abdul Ghapur Muhaiyuddin Syah.

Terangkan ciri-ciri sistem pentadbiran di Negeri Sembilan

F1 Mirip persekutuan
H1a Menggabungkan sembilan buah negeri
H1b Sungai ujong/Johol/Jelebu/Jempol/Seri Menanti/Inas/terachi/Gunong pasir
H1c Pemerintah menggunakan gelaran Yamtuan Besar /Yang Dipertuan Besar
F2 Mengamalkan Adat Perpatih
H2a Pelantikan pemimpin dibuat diperingkat paling bawah
H2b Anak buah/Buapak/Lembaga/Undang
H2c Yang Dipertuan Besar tidak melantik pembesar
H2d Setiap keputusan Yang DiPertuan Besar perlu berunding dengan Undang
F3 Dibahagikan kepada beberapa daerah/luak
H3a Empat Luak utama ialah Rembau/Sungai Ujong/Jelebu/Johol
H3b Undang menjadi ketua luak
H3c Undang dilantik oleh Lembaga
H3d Undang melantik Yang Dipertuan Besar
F4 Lembaga berada di bawah Undang
H4a Lembaga dilantik oleh Buapak
H4b Lembaga bertanggungjawab terhadap setiap suku
H4c Lembaga berkuasa memilih Undang
F5 Buapak merupakan ketua perut
H5a Setiap perut dikenali sebagai Anak Buah
H5b Buapak menjadi tempat rujukan setiap masalah
H5c Khususnya berkaitan adat
F6 Sistem pemerintahan berbentuk demokrasi
H6a Tiada kuasa mutlak
H6b Pengagihan kuasa kepada individu mengikut peringkat
H6c melahirkan semangat gotong royong/permuafakatan antara suku












Jelaskan keistimewaan Sistem Pentadbiran di Kelantan

F1 Sultan Muhammad I melantik beberapa orang pembesar membantu pentadbiran
F2 Sultan Muhammad II membentuk sistem Jemaah Menteri
F3 Terdapat lapan Jemaah Menteri
F4 Empat orang pembesar menganggotai setiap Jemaah Menteri
F5 Jemaah Menteri mempunyai bidang kuasa masing-masing
F6 Jemaah Menteri Penasihat Raja (JMPR) – Uruskan perkara bukan rahsia
F7 Jemaah Menteri Istana(JMI) – Istiadat diraja dan istiadat rasmi seluruh negeri
F8 Jemaah Menteri Keadilan dan Kehakiman (JMK) – Urusan Keadilan dan kehakiman
F9 Jemaah Menteri Luar (JML) – Urus dasar/hal ehwal luar negeri
F10 Jemaah Menteri Perbendharaan (JMB)-Kendali hasil mahsul dan harta benda negari
F11 Jeamaah Menteri Peperangan (JMPerang) – Pertahanan dan keamanan negeri
F12 Jemaah Menteri Pentadbiran dan Imarah Negeri – Urus kewangan dan pembangunan
F13 Pelantikan golongan Nik dan Wan


BAB 6 PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA****

Langkah-Langkah Ke arah Pembentukan Malaysia

F1 Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)
H1a Lawatan Tunku Abdul Rahman ke Sarawak, Sabah dan Brunei.
H1b Tujuannya bagi menerangkan konsep, tujuan dan matlamat Malaysia.
H1c Rundingan antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu
H1d Dengan pegawai British dari Sarawak, Sabah dan Singapura.
H1e Pembentukan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)
H1f Ditubuhkan di Singapura
H1g Dipengerusikan oleh Donald Stephens.
H1h Ahli JPPK ialah Tunku Abdul Rahman/ Ong Yoke Lin/ Khir Johari/ Lee Kuan Yew
(Singapura)/Tun Datu Mustapha Datu Harun (Sabah).
H1i Berperanan menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia.

F2 Suruhanjaya Cobbold
H2a Disertai oleh tiga orang pegawai British
H2b Lord Cobbold/ Sir Anthony Abell /Sir David Watherston.
H2c Pemimpin tempatan ialah Dato’ Wong Pow Nee/Tan Sri Ghazali Shafie.
H2d Meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
H2e Membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada pihak British.
H2f Menerima memorandum yang dikemukakan oleh pelbagai pertubuhan.
H2g Mengemukakan laporan kepada kerajaan British pada Jun 1962.
H2h Laporan Suruhanjaya Cobbold
H2i Satu pertiga penduduk Sarawak dan Sabah sokong gagasan Malaysia tanpa syarat.
H2j Satu pertiga sokong dengan syarat, iaitu kepentingan mereka harus dilindungi.
H2k Satu pertiga lagi ingin kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia

F3 Cadangan Suruhanjaya Cobbold
H3a Perlembagaan Malaysia berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
H3b Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya.
H3c Bahasa Melayu bahasa kebangsaan.
H3d Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah.
H3e Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk.
H3f Penentuan tarikh penubuhan Malaysia.

F4 Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
H4a Memperincikan laporan Suruhanjaya Cobbold
H4b Dianggotai wakil Persekutuan Tanah Melayu/Sabah/Sarawak /Britain
H4c Dipengerusikan oleh Lord Landsdowne( Menteri Negara bagi Tanah Jajahan)
H4d Dibantu oleh Tun Abdul Razak
H4e Mengunjungi Sabah dan Sarawak untuk menerangkan tentang gagasan Malaysia
H4f Bermesyuarat sebanyak 24 kali
H4g Bertujuan mewajarkan kemasukan Sabah/ Sarawak ke dalam Malaysia
H4h Membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak

F5 Perwakilan Malaysia ke PBB (UNMM)
H5a Dibentuk oleh Setuasaha Agung PBB, U Thant
H5b Menghantar wakil untuk meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak
H5c Diketuai oleh Lawrence Michaelmore
H5d Hasilnya majoriti penduduk bersetuju dengan gagasan Malaysia


Terangkan faktor-faktor pembentukan Malaysia

F1 Faktor ekonomi
H1a Pasaran yang luas
H1b Galakkan pelaburan asing
H1c Perkembangan indudtri pertanian
H1d Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi
H1e Memanfaatkan sumber antara negeri
H1f Bijih timah (Tanah Melayu)/Sarawak/Sabah ( Kayu Balak)
F2 Faktor Sosial
H2a Mengimbangi pertumbuhan kaum
H2b Mempercepatkan kemderkaan Sabah/Sarawak/Singapura
H2c Memajukan negeri-negeri anggota
H2d Selari dengan dasar dekolonisasi British
H2e Semangat setiakawan negara anggota
F3 Faktor politik
H3a Kebangkitan pengaruh Parti Barisan Sosialis di Singapura
H3b Ancaman komunis
H3c Tanah Melayu berpengalaman menghadapi ancaman komunis
H3d Ancaman Komunis di Sarawak/ Clandestine Communist Organization(CCO)
H3e Benteng menghadapi ancaman komunis di Sabah dan Sarawak
H3f Menjamin kemerdekaan lebih awal Sabah,Sarawak,Singapura
H3g Mewujudkan kestabilan politik rantau Asia Tenggara
H3h British ingin melindungi kepentingan mereka di Singapura

Nyatakan pertubuhan yang menyokong gagasan Malaysia

(i) Sarawak
F1 BERJASA (BARISAN RAKYAT JATI SARAWAK)
F2 SNAP ( Sarawak National Party)
F3 PESAKA ( Pesaka Anak Sarawak)
F4 PANAS ( Parti Negara Sarawak)
F5 SCA ( Sarawak Chinese Association)

(ii) Sabah

F1 Pasok Momogun
F2 USNO ( United Sabah National Organization)
F3 UNKO ( United Kadazan Organization)
F4 Parti Perikatan Sabah

Nyatakan kandungan Akta Malaysia yang ditandatangani pada tahun 1963

F1 Kerajaan Persekutuan mengawal semua urusan luar negara
F2 Agama Islam sebagai agama Persekutuan kecuali Sabah/Sarawak
F3 Bebas mengamalkan agama lain
F4 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
F5 Bahasa lain boleh digunakan
F6 Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi hingga 10 tahun selepas Hari Malaysia bagi
Sabah/Sarawak
F7 Sabah/Sarawak berkuasa mengawal hal ehwal imigresen
F8 Sabah/Sarawak berkuasa mengawal perkhidmatan awam
F9 Sarawak peroleh 24 kerusi/Sabah 16/Singapura 15 kerusi parlimen
F10 Rakyat Sabah/Sarawak dapat taraf sama dengan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu

BAB 7 CIRI-CIRI DEMOKRASI BERPARLIMEN *****


Konsep Perlembagaan

F1 undang-undang tertinggi
F2 menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan
F3 dokumen rasmi yang mengandungi segala peraturan dan prinsip
F4 sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara

Mengapakah Perlembagaan Malaysia memerlukan pindaan dari semasa ke semasa?

F1 Melindungi kepentingan rakyat
F2 Menjamin keselamatan negara
F3 Melicinkan urusan pentadbiran
F4 Agar sentiasa releven dengan keperluan semasa
F5 Menjadi perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah
F6 Melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka
F7 Perkara sensitif termasuklah pemerintahan beraja/agama Islam/Kedudukan
bahasa Melayu/ Hak istimewa orang Melayu
F8 Pindaan Akta Hasutan 1970
F9 Mengehadkan kebebasan bercakap seseorang individu
F10 Larangan menyentuh perkara sensitif
F11 Mengelakkan perbalahan antara kaum
F12 Pindaan pemansuhan imuniti(kekebalan) bagi Yang Dipertuan Agong dan Raja
daripada kesalahan jenayah

Apakah perkara yang boleh dipinda dengan kelulusan Majlis Raja-Raja Melayu

F1 Tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja
F2 Kewarganegaran
F3 Keutamaan Yang diPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong
F4 Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak
F5 Perubahan sempadan negeri

Maksud Raja Berperlembagaan

F1 Sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan perlembagaan
F2 YDA bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri
F3 YDA tidak boleh bertindak sendirian
F4 Kecuali dalam perkara yang memerlukan budibicara tertentu
F5 YDA dipilih secara bergilir daripada sembilan orang Sultan/Raja
F6 Pemilihan mengikut perlembagaan Malaysia
(YDA-Yang Dipertuan Agong)

Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.


Ketua negara
Mengetuai badan legaslatif / badan eksekutif / badan kehakiman
Satu daripada unsur parlimen
Berkuasa memanggil parlimen bersidang
Berkuasa membubarkan parlimen
Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata
Berkuasa mengampunkan sesuatu hukuman yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera
Berkuasa menangguhkan sesuatu hukuman yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera
Menjaga dan memelihara hak istemewa orang-orang Melayu
Berkuasa menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistemewaan / kedudukan / kehormatan / kemuliaan Raja-Raja Melayu
Ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri / Pulau Pinang / Melaka / Wilayah Persekutuan / Sabah / Sarawak
Mempunyai budi bicara dalam melantik Perdana Menteri
Mempunyai kuasa melantik Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri
Berkuasa melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri
Berkuasa mengisytiharkan Undang-undang Darurat jika mendapati keselamatan negara terancam
Berkuasa melantik Pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya
Berkuasa melantik ahli Perkhidmatan Kehakiman
Berkuasa melantik Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Berkuasa melantik Peguam Negara
Berkuasa melantik Ketua Audit Negara
Berkuasa mentauliahkan duta-duta negara

Kepentingan Sistem/institusi Raja Berperlembagaan

Tonggak keagungan kerajaan Malaysia/negara
Membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja
Memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi oleh raja
Simbul keutuhan dan perpaduan rakyat

Badan Perundangan(Legislatif)


Dewan Negara

Dikenali sebagai Senat
Merupakan dewan tertinggi
Mengandungi seramai 69 ahli
Ahlinya digelar Senator
Mewakili setiap negeri
Dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihan raya
Memegang jawaaatan bagi tempoh tiga tahun dalam satu penggal
Mesti berumur sekurang-kurangnya 30 tahun
Tarafnya sama dengan Ahli Parlimen
Boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri
Keahlian dalam Dewan negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
Ahlinya telah memberi sumbangan yang cemerlang dalam perkhidmatan awam / bidang profesional / perniagaan / perusahaan / pertanian / kesenian / kebajikan / mewakili sesuatu kumpulan minoriti
26 ahli dipilih daripada 13 buah negeri
Dua orang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mewakili Wilayah persekutuan
40 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertan Agong daripada kalangan individu yang cemerlang dalam bidang profesional


Dewan Rakyat

F1 Merupakan dewan terpenting
F2 Ahli dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya
F3 Mengandungi 219 ahli
F4 Mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh negara
F5 Tempoh perkhidmatan selama 5 tahun
F6 Tugas utamanya menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat

Proses penggubalan undang-undang di Parlimen

F1 Cadangan oleh kementerian/menteri terbabit
F2 Jabatan Peguam Negara menggubal Rang Undang-Undang
F3 Bacaan Pertama di Dewan Rakyat/ Pembacaan tajuk sahaja
F4 Bacaan Kedua/Rang Undang-undang dibahaskan
F5 Jawatankuasa Dewan Rakyat mengadakan perbincangan terperinci
F6 Bacaan ketiga/Dibahaskan sebelum diluluskan
F7 Pembentangan di Dewan Negara
F8 Proses bacaan pertama /kedua dan ketiga di Dewan Negara
F9 Penyerahan Rang Undang-Undang kepada Yang DiPertuan Agong
F10 Perkenan YDA dan diturunkan cop mohor Negara
F11 Diwartakan dalam Warta Kerajaan

NEGARA PERSEKUTUAN

(a) Maksud negara Persekutuan

F1 Penyatuan beberapa buah negeri
F2 Mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan
F3 Beberapa buah Kerajaan Negeri
F4 Kerajaan Persekutuan dan Negeri menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang
diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia

(b) Senarai Persekutuan

F1 Hal ehwal luar negeri(hubungan luar)
F2 Pertahanan
F3 Keselamatan dalam negeri
F4 Pentadbiran dan keadilan
F5 Kerakyatan negara
F6 Pilihanraya negara
F7 Kewangan
F8 Perniagaan, perdagangan dan perusahaan
F9 Perkapalan, pelayaran dan pengangkutan
F10 Jabatan Ukur, penyelidikan
F11 Kerja raya dan tenaga pusat
F12 Pelajaran
F13 Kesihatan
F14 Keselamatan buruh dan sosial
F15 Orang Asli
F16 Hal-hal lain





(b) Senarai Negeri.

F1 Undang-undang Islam
F2 Tanah
F3 Petanian
F4 Perhutanan
F5 Kerajaan tempatan
F6 Perkhidmatan tempatan
F7 Kerajaan negeri
F8 Hari cuti negeri
F9 Undang-undang negeri
F10 Perhubungan

(c) Bidang kuasa Senarai Bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

F1 Kebajikan sosial
F2 Biasiswa
F3 Taman Negara
F4 Perancangan bandar
F5 Perancangan wilayah
F6 Penjagaan haiwan
F7 Kesihatan
F8 Kebersihan awam
F9 Parit
F10 Tali air
F11 Pemulihan
F12 Hiburan awam
F13 Perhubungan

(d) Pada pandangan anda, mengapakah Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri harus
menjalin hubungan baik?

F1 Kestabilan politik.
F2 Membentuk kerajaan yang berwibawa
F3 Menghindar perbalahan antara kaum / etnik
F4 Menjamin keharmonian
F5 Mewujudkan toleransi
F6 Memastikan kemajuan ekonomi
F7 Memudahkan agihan kekayaan
F8 Menyelaraskan pentadbiran
F9 Mengenepikan semangat kenegerian
F10 Menyatupadukan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri













BAB 8 PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN*****

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Cadangan Laporan Barnes :

F1 Semua sekolah vernakular Melayu,Cina dan Tamil dibubarkan
F2 Digantikan dengan sekolah kebangsaan
F3 Pada peringkat sekolah rendah bahasa pengantar ialah bahasa Melayu
F4 Pada peringkat sekolah menengah dan peringkat yang lebih tinggi bahasa pengantar
ialah bahasa Inggeris
F5 Tentangan terhadap Laporan Barnes
F6 Masyarakat Cina menganggap bahasa ibunda mereka akan tergugat

Cadangan laporan Fenn-Wu

• Sekolah vernakular Cina terus kekal dan bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan
Cadangan Ordinan Pelajaran 1952 :

F1 Dua sistem persekolahan
F2 Penggunaan dua bahasa pengantar iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu
F3 Pengajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan sekiranya ada permintaan daripada
ibubapa
F4 Bahasa Melayu diwajibkan diajar di sekolah Inggeris dan bahasa Inggeris diwajibkan
diajar di sekolah Melayu
F5 Masalah dalam pelaksanaan Ordinan Pelajaran - Tentangan masyarakat Cina, Tentangan
masyarakat dan India , kekurangan kewangan dan ancaman komunis

Dua elemen penting Penyata Razak untuk memupuk perpaduan

F1 Sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk
F2 Penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan

Cadangan Penyata Razak :

F1 Penubuhan sekolah umum ( rendah ) yang menggunakan bahasa Melayu sebagai
pengantar
F2 Sekolah menengah Melayu menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar
F3 Sekolah menengah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
F4 Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan diajar di semua sekolah

Syor/Cadangan Laporan Rahman Talib 1960

F1 Sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan
F2 Sekolah jenis umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan
F3 Pelajaran percuma diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan tanpa
mengira keturunan dan agama
F4 Sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukar
kepada bahasa Melayu
F5 Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menengah
F6 Pelajaran agama Islam diajarkan di semua sekolah bantuan penuh kerajaan yang
mempunyai tidak kurang 15 pelajar Islam
F7 Bahasa Cina dan bahasa Tamil akan diajar di sekolah kebangsaan sekiranya terdapat
sekurang-kurangnya 15 orang pelajar
F8 Semua peperiksaan awam akan diadakan dalam bahasa kebangsaan


Cadangan Kajian Aminudin Baki :

F1 Sistem persekolahan aneka jurusan diperkenalkan
F2 Menyediakan pelajaran pada peringkat menengah rendah sehingga berumur 15 tahun
F3 Memberikan pelbagai kursus kemahiran untuk melahirkan tenaga kerja mahir sebagai
persediaan untuk pasaran kerja
F4 Kursus kemahiran yang diajarkan ialah perdagangan , sains rumah tangga , seni
perusahaan dan sains pertanian
F5 Mata pelajaran wajib adalah seperti yang diajarkan di sekolah menengah biasa


Jawatankuasa Kabinet 1974

Objektif penubuhan Jawatankuasa Kabinet 1974 :

F1 Menilai sejauh mana pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan yang sedia ada dapat melahirkan
sumber tenaga manusia yang diperlukan oleh negara
F2 mengenalpasti sejauh mana dasar pelajaran kebangsaan dapat melahirkan masyarakat yang
bersatu padu, berdisiplin dan terlatih

Kandungan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974:

F1 Penguasaan dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira ( 3M )
F2 Kenaikan darjah secara automatik
F3 Penekanan terhadap sekolah vokasional
F4 Sukatan pelajaran sekolah swasta
F5 Bahasa melayu sebagai mata pelajaran wajib dalam peperiksaan
F6 Penekanan terhadap kokurikulum dan disiplin sebagai asas perpaduan

Kesan Laporan Jawatankuasa Kabinet :

F1 Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) 1982
F2 Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM ) 1988
F3 Penekanan perkembangan diri pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek

Kandungan/ Penekanan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan :

F1 Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
F2 Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani , emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
F3 Melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketerampilan ,
berakhlak mulia, bertanggungjawab , berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
F4 Memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara




AKTA BAHASA KEBANGSAAN

A Langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk mendaulatkan Bahasa Melayu sejak mencapai kemerdekaan sehingga kini

F1 Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP)
F2 Melancarkan Minggu/Bulan Bahasa
F3 Slogan “Bahasa jiwa Bangsa”
F4 Sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
F5 Sekolah Alam Shah, Sekolah Seri Puteri ,Sekolah Sultan Abdul Halim, Kedah
F6 Meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan
F7 Bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris telah ditukarkan kepada bahasa kebangsaan
F8 Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia
F9 Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah menggantikan bahasa Inggeris
F10 Bahasa Melayu digunakan di mahkamah


Bukti bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu

Penubuhan universiti Kebangsaan Malaysia
Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar bagi semua sekolah

Wawasan Dewan Bahasa dan Pustaka yang ditubuhkan pada tahun 1956.

Untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa
utama dunia


Kedudukan bahasa Melayu semakin kukuh apabila Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan pada tahun 1967. Buktikan pernyataan tersebut.

Bahasa pengantar sekolah Inggeris ditukar kepada bahasa kebangsaan
Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia menggunakan bahasa Melayu
Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah
Bahasa Melayu mula digunakan di mahkamah


DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan

F1 Mengukuhkan perpaduan melalui kebudayaan
F2 Memupuk/memelihara keperibadian kebangsaan
F3 Memperkaya/mempertingkat kualiti kehidupan
F4 Aspek kemanusian/kerohanian diseimbang dengan pembangunan sosioekonomi
F5 Menjadi panduan dalam membentuk/mengekalkan identiti negara Malaysia


Prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan

F1 Kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang
F2 Unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima
F3 Islam sebagai unsur yang terpenting



Usaha/langkah kerajaan untuk menggalakkan sukan di peringkat sekolah

F1 Sukan merupakan aktiviti kokurikulum yang sangat digalakkan
F2 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah telah ditubuhkan
F3 Menyediakan kemudahan fizikal/padang/gelanggang di sekolah
F4 Menyediakan peralatan sukan di sekolah
F5 Menyediakan guru-guru yang mahir dalam bidang sains sukan
F6 Pemberian markah 10 peratus untuk aktiviti kokurikulum

Bagaimanakah aktiviti sukan mampu memupuk perpaduan kaum di negara ini?

F1 Aktiviti sukan tanpa mengira ideologI
F2 Mampu menyemarak semangat patriotik rakyat
F3 Aktiviti tidak terhad kepada sesuatu kaum sahaja
F4 Peluang terbuka seluas-luasnya kepada mereka yang berminat
F5 Penganjuran sukan SUKMA
F6 Aktiviti sukan /kokurikulum di sekolah


Matlamat pelancaran Wawasan 2020 oleh Perdana Menteri Dato Seri Dr Mahathir Mohamad

F1 Menjadikan Malaysia sebuah negara industri yang maju
F2 Menggunakan acuan sendiri
F3 Setanding dengan negara maju yang lain
F4 Kemajuan yang diharapkan bukan hanya kemajuan dari segi fizikal semata-mata
F5 Kemajuan yang ingin dicapai ialah kemajuan bersepadu

Sembilan cabaran yang terdapat dalam wawasan 2020.

F1 Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
F2 Membina masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan
F3 Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang
F4 Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
F5 Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi
F6 Membina masyarakat yang maju dan saintifik
F7 Mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang
F8 Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya
F9 Memupuk dan membina masyarakat makmur

Sembilan Cabaran Wawasan 2020 :

Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
F1 Perpaduan dapat dicapai melalui dasar kerajaan seperti dasar Pembangunan Nasional, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan
F2 Memberikan sumbangan ke arah mewujudkan hubungan antara kaum
F3 Dapat mewujudkan rakyat yang beridentitikan Malaysia

Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan
F1 Bangsa yang gagah akan dapat memajukan negara dan mengangkat martabat bangsa dan negara
F2 Musuh negara mudah ditangkis


Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang
F1 masyarakat memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan
F2 menggunakan hak-hak demokrasi dengan sewajarnya
F3 perasaan tidak puas hati dan teguran kepada kerajaan dan pemimpin disalurkan melalui saluran tenteram

Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
F1 diseimbangkan dengan kemajuan fizikal dalam membentuk masyarakat berbudaya unggul
F2 kepatuhan kepada agama, pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang
F3 keberkesanan sistem pendidikan
F4 keunggulan institusi kekeluargaan sumber pembinaan masyarakat bermoral
F5 penekanan kepada melahirkan insan berilmu , berakhlak , seimbang dan harmonis

Mewujudkan masyarakat yang matang , liberal dan bertoleransi
F1 masyarakat yang matang dapat berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara melulu
F2 masyarakat yang liberal dapat membebaskan diri daripada fahaman sempit dan berfikiran terbuka serta menerima perubahan dan pandangan orang lain
F3 dapat dilihat melalui perlembagaan negara , pengamalan sistem demokrasi , kewujudan parti politik gabungan pelbagai kaum seperti Barisan Nasional , Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Bahasa Kebangsaan

Membina masyarakat yang maju dan saintifik
F1 masyarakat progresif yang dapat menyerap perubahan persekitaran untuk membina kecemerlangan
F2 penguasaan masyarakat terhadap ilmu pengetahuan yang bertunjangkan sains dan teknologi ukuran kemajuan bangsa
F3 mempunyai budaya ilmu yang menjana produktiviti dan amalan kreatif serta inovatif

Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang
F1 dicirikan dengan kehidupan masyarakat yang bermuafakat, saling memahami dan menghomati, bekerjasama dan saling membantu
F2 masyarakat yang tidak individualistik
F3 meletakkan kepentingan masyarakat lebih daripada kepentingan diri
F4 asas masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada agama, nilai-nilai murni amalan tradisi dan institusi kekeluargaan

Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya
F1 Pelaksanaan dasar-dasar seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun , Rancangan Pembangunan Luar Bandar , Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional.
F2 Dasar-dasar ini untuk memjamin keadilan ekonomi sekaligus meningkatkan taraf hidup rakyat

Memupuk dan membina masyarakat makmur
F1 Dicirikan oleh masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan mempunyai taraf hidup yang tinggi F2 tiada ahli masyarakat yang hidup melarat dalam kemiskinan
F3 pendapatan isi rumah pendapatan negara berada pada tahap yang tinggi

Kekangan yang dihadapi oleh kerajaan dalam menjayakan Wawasan 2020 ? KBKK

Masalah polarisasi kaum / perkauman
Mewujudkan identiti Malaysia
Menyemai perasaan Malaysia Boleh
Masalah masyarakat yang berfikiran sempit / tidak terbuka Menangkis gejala sosial dari Barat
Masalah keruntuhan akhlak seperti buang bayi / bohsia /rempit / dadah /
Masalah buta huruf
Mewujudkan masalah celik ICT
Mewujudkan budaya bersaing di peringkat global tapi akar bertunjangkan negara sendiri (glokal)
Mewujudkan masyarakat yang mencintai ilmu pengetahuan
Melahirkan budaya mencipta
Menekankan kepentingan agama dalam kehidupan
Masalah tidak menghormati generasi tua
Masalah minda kelas ketiga
Masalah merosakkan harta awam
Mengagihkan kekayaan negara secara adil
Meninggikan taraf hidup dan kualiti hidup rakyat
Membasmi kemiskinan /kemiskinan sifar
Meningkatkan pendapatan penduduk / negara

Peranan pelajar dalam merealisasikan Wawasan 2020

Menuntut ilmu pengetahuan
Mendalami ilmu ICT
Mempelajari Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris
Mempelajari pelbagai bahasa asing
Mengamalkan perpaduan antara kaum
Bersikap boleh bertolak ansur / tidak mementingkan diri
Memiliki moral yang baik
Mengamalkan sikap penyayang tanpa mengira kaum
Menjauhi gejala tidak sihat / negatif
Patuh kepada ajaran agama
Menghormati nilai tradisi budaya bangsa
Menerapkan semangat Malaysia boleh dalam diri
Mengikuti peraturan dan undang-undang sekolah dan negara


BAB 9 MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA*********

Jelaskan faktor-faktor yang membawa berlakunya Perang Dunia Pertama (1914-1918)****
F1 - Berlaku disebabkan kemunculan nasionalisme di Eropah.
H1a - Negara-negara kecil di Eropah bersatu membentuk sebuah negara bangsa lebih besar.
H1b - Kuasa-kuasa besar ini berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan.
H1c - Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa besar ini sanggup berperang untuk
membuktikan kekuasaan masing-masing.
F2 - Wujud pakatan negara-negara Eropah.
H2a - iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga.
C2a - Pakatan Kuasa Tengah terdiri Jerman, Austria-Hungry dan Italy
C2b - Pakatan Bertiga terdiri Britain , Peranchis dan Rusia.
H2b - Persaingan antara kedua-dua pakatan i mengancam perimbangan kuasa dunia yang wujud
pada masa itu.
F3 - Persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi.
H3a - bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan untuk mendapatkan bahan mentah
H3b - dan untuk memasarkan barang keluaran mereka
F4 - Faktor politik
H4a - Archduke Franz Ferdinand pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya dibunuh oleh
pengganas Serbia.
H4b - Austria yang mendapat sokongan Jerman mengisytiharkan perang terhadap Serbia.
H4c - Serbia pula disokong oleh sekutunya Rusia dan Peranchis
F5 - Serangan Jerman terhadap Perancis
H5a - Jerman yang menyerang Perancis melalui negara berkecuali Belgium menimbulkan
kemarahan Britain.
H5b - Britain meminta bantuan Amerika Syarikat menentang Jerman.
H5c - Jerman menyerang kapal dagang Amerika Syarikat menyebabkan Amerika turut
terlibat dalam perang itu.

Jelaskan kesan Perang Dunia Pertama dari segi ekonomi. *****

F1 - Negara-negara yang berperang mengalami inflasi
F2 - Menanggung hutang peperangan yang tinggi kerana perbelanjaan perang yang besar
F3 - Diakhir perang Pakatan Bertiga membelanjakan US$125 bilion
F4 - Perikatan Kuasa Tengah membelanjakan US$60 bilion
F5 - membawa kepada masalah pengangguran
F6 - Pasaran dunia diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun
F7 - ia memberi kesan kepada negara Eropah terutama Britain
F8 - Britain kehilangan 1/3 daripada perdagangan luarnya.

Mengapakah Liga Bangsa gagal mencapai matlamat penubuhannya?

F1 Gagal menggalakkan keamanan / kesejahteraan dunia
F2 Tidak berjaya mencapai kerjasama antarabangsa
F3 Gagal menjamin keselamatan dunia
F4 Kuasa-kuasa besar tidak akur dengan prinsip Liga Bangsa
F5 Pencerobohan Peranchis di Ruhr ( Jerman )1923
F6 Pencerobohan Jepun di Manchuria 1931
F7 Pencerobohan Itali di Habsyah (Ethiopia)
F8 Pencerobohan Itali di Perancis 1940
F9 Jepun menarik diri daripada Liga Bangsa 1931
F10 Liga Bangsa sebuah organisasi yang lemah
F11 Tidak disertai Amerika Syarikat dan Soviet Union
F12 Liga Bangsa dibubarkan pada tahun 1945

Bagaimanakah kemelesetan ekonomi dunia tahun 1929 menjadi faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua?
F1 Kemelesetan ekonomi berlaku di Amerika Syarikat
F2 Kemudian merebak ke seluruh dunia
F3 Amerika tidak mampu menyediakan pinjaman untuk Jerman
F4 Jerman tidak mampu membayar hutang perang
F5 Kemelesetan ekonomi menyebabkan negara-negara Eropah mengurangkan peruntukan ketenteraan
F6 Di antaranya ialah negara Britain, Peranchis dan Itali
F7 Jerman cuba mengalih perhatian rakyat daripada masalah ekonomi
F8 Jerman bertindak mengukuhkan ketenteraannya
F9 Jerman menjalankan dasar perluasan kuasa
F10 Jepun juga cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada masalah ekonomi
F11 Jepun mengukuhkan kuasa ketenteraan
F12 Jepun merangsang aktiviti dasar perluasan kuasa
F13 Jepun menakluki Manchuria 1931
F14 Jerman menduduki Peranchis
F15 Jepun menduduki Indo-China

Kemunculan Blok Dunia dan Perang Dingin selepas Perang Dunia Kedua


F1 Blok kapitalis merupakan negara demokratik
F2 Kerajaannya dipilih melalui pilihan raya
F3 Blok kapitalis memberi peluang perniagaan persendirian
F4 Blok kapitalis juga memberi peluang pemilikan persendirian
F5 Blok kapitalis menganjurkan kebebasan individu sepenuhnya



F1 Blok komunis diperintah oleh diktator
F2 Hanya Parti Komunis sahaja yang diiktiraf
F3 Bagi blok komunis perniagaan dimiliki oleh kerajaan
F4 Kerajaan komunis sahaja menguruskan perniagaan
F5 Blok komunis melindungi / mengawal kebebasan individu

Kesan Perang Dingin

F1 Pembentukan blok dunia
F2 Yang terbahagi kepada blok kapitalis dan blok komunis
F3 Penubuhan NATO
F4 Penubuhan pakatan WARSAW
F5 Pembentukan Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (South-East Asia Treaty Organization /
SEATO)
F6 Berlaku perlumbaan senjata
F7 Negara Dunia Ketiga membina identiti sendiri
F8 Negara Dunia Ketiga tidak memihak kepada mana-mana blok

Dasar-Dasar Luar Malaysia

Kepentingan penggubalan dasar luar Malaysia.

F1 Menjamin keselamatan rakyat dan negara
F2 Memelihara kepentingan nasional
F3 Mengekalkan kedaulatan negara
F4 Menggalakkan pembangunan/ kemajuan ekonomi
F5 Menjaga keamanan sejagat
F6 Menjadi warga dunia yang bertanggungjawab
F7 Memupuk kesejahteraan dunia

Bentuk Hubungan Luar Maksud
Bilateral Hubungan terus dengan negara tertentu
Multilateral Hubungan melalui kumpulan atau pertubuhan seperti ASEAN, OIC

Terangkan lima asas penggubalan dasar luar Malaysia sejak mencapai kemerdekaan

F1 Faktor Sejarah
H1a Hubungan perdagangan dengan China, Arab, Siam dan Kepulauan Melayu
H1b Hubungan serumpun di Kepulauan Melayu
H1c Contoh Brunei, Singapura, Indonesia dan Malaysia.
H1d Menyertai Komanwel selepas merdeka
H1e Pro-Barat kerana mengamalkan dasar anti komunis
H1f Bergantung kepada Barat untuk mendapatkan bantuan pertahanan
F2 Faktor Ekonomi
H2a Mengamalkan pasaran bebas
H2b Hubungan baik dengan Britaian dan Amerika Syarikat kerana pasaran bijih timah dan getah
H2c Mengharapkan pasaran dan modal dari Barat selepas merdeka
H2d Menggalakkan kemasukan pelaburan asing
H2e Meningkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk
H2f Pelaksanaan Dasar Pandang ke Timur
H2g Berbaik dengan Jepun dan Korea Selatan
H2h Meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia
H2i Mengalakkan kemasukan pelaburan negara Jepun dan Korea
F3 Faktor Politik
H3a Mengamalkan amalan demokrasi berparlimen
H3b Berhak menentukan hala tuju masa depan negara berdasarkan prinsip keamanan sejagat
H3c Menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain
H3d Menyokong Palestin untuk mewujudkan keamanan di Asia Barat
H3e Berpegang teguh kepada prinsip piagam PBB
H3f Menyokong resolusi PBB ke arah keamanan dunia
F4 Kedudukan Geografi
H4a Berkongsi sempadan dengan Indonesia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand
H4b Perairan menjadi laluan kapal dagang dunia
F5 Faktor Demografi
H5a Menjalin hubungan baik dengan negara Islam
H5b Tidak menjalin hubungan degan Israel kerana menceroboh Palestin
H5c Menentang dasar aparteid
H5d Menghargai kebebasan beragama dan budaya hidup rakyat



Apakah faedah yang diperoleh dan peranan Malaysia dalam pertubuhan Komanwel?

F1 Membantu Malaysia menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya
F2 Perjanjian pertahanan Malaysia dengan Britain, Australia, New Zealand
F3 Bantuan kepada Malaysia semasa Konfrontasi
F4 Kerjasama pertahanan
F5 Eksport barangan Malaysia ke negara-negara Komanwel dikenakan cukai yang rendah
F6 Mendapat bantuan teknikal dan biasiswa melalui Rancangan Colombo
F7 Menjadi tuan rumah mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel/CHOGM
F8 Perisytiharan Deklarasi Langkawi
F9 Bersuara dengan lantang menentang dasar apartheid
F10 Mengajurkan Sukan Komanwel


(a) Apakah matlamat penubuhan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)

F1 Mengekalkan keamanan dunia
F2 Tidak menyokong blok Barata tau Blok Komunis

(b) Mengapakah Malaysia mengganggotai NAM

F1 Perubahan dasar luar Malaysia dari Pro Barat kepada Berkecuali
F2 Ingin berbaik dengan semua negara di dunia

(c ) Apakah prinsip yang diperjuangkan oleh NAM

F1 Mengelak campur tagan asing dalam sesebuah negara
F2 Menghormati kedaulatan negara lain
F3 Menyelesaikan pertelingkahan melalui rundingan atau persefahaman
F4 Menghormati hak asasi manusia

(d) Isu yang ditimbulkan /peranan Malaysia dalam Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)

F1 Membuat beberapa usul membela negara-negara sedang membangun
F2 Membangkitkan isu Palestin
F3 Isu kerjasama ekonomi
F4 Isu Benua Antartika
F5 Cadangan menghapuskan dasar apartheid
F6 Membincangkan isu kerjasama politik dalam kalangan negara anggota
F7 Menjadi naib presiden dalam sidang kemuncak NAM di Belgrade, Yugoslavia
F8 Menjadi ahli kumpulan 16
F9 Menubuhkan kumpulan G15
F10 Menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak NAM yang ke-13 pada tahun 2003
F11 Mendaftar dua negara anggota baru iaitu Timur Leste dan Pulau Catalina
F12 Berjaya menganjurkan mesyuarat tidak rasmi OIC
F13 Membangkitkan isu serangan tentera Amerika Syarikat ke atas Iraq


Malaysia Dalam Pertubuhan Antarabangsa

Negara-Negara Selatan;

• Suruhanjaya Selatan-Selatan(3S) merupakan idea Dr. Mahathir Mohamad semasa Sidang Kemuncak NAM di Zimbabwe.Dikenali juga negara Dunia Ketiga
• Strateginya adalah dengan menubuhkan Kumpulan 15 (G15) pada tahun 1989.
• Sidang Kemuncak G15 pertama di Kuala Lumpur pada tahun 1990
• Projek 3S iaitu kerjasama dalam bidang sains dan teknologi, penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan di Kuala Lumpur.
• Malaysia terlibat dalam projek lain seperti penubuhan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global dan penubuhan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan.

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC);

• Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung yang pertama
• Malaysia menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq.
• Terlibat dalam bantuan pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan
• C Memberi bantuan kewangan kepada negara Islam kurang maju seperti Sudan, Nigeria dan Chad.
• Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia menyediakan peluang pendidikan
• Malaysia mengesyorkan penggunaan dinar emas
• Memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam
• Menyelesaikan isu Palestin
• Menjadi tuan rumah Persidangan Luar Biasa Menteri Luar OIC berkenaan takrif keganasan global pada tahun 2002.
• Menjadi tuan rumah Persidangan OIC 1974 dan 2003.




Peranan Malaysia dalam usaha meningkatkan kesejahteraan melalui pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC).

Memainkan peranan penting dalam pertubuhan OIC
Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausah Agung OIC pertama
Menjadi perantara menyelesaikan peperangan Iran-Iraq
Malaysia menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq
Memberi sokongan kepada rakyat Palestin
Memperjuangkan usaha masyarakat Palestin mendapatkan semula tanah mereka daripada Israel
Menjadi tuan rumah Persidangan OIC
Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara-negara Islam
Menawarkan biasiswa kepada para pelajar dari negara OIC
Melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa
Mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam
Dinar emas digunakan dalam urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi lain



Maksud Globalisasi****

F1 Perubahan dunia tanpa sempadan
F2 Kepesatan dan kepantasan teknologi maklumat
F3 Segala aspek menyebarangi sempadan dalam masa yang singkat
F4 Seperti sekonomi/sosial/barangan/modal/tenaga manusia/kemahiran
F5 Dihubungkan dengan bidang teknologi maklumat dan komunikasi

Pandangan tentang globalisasi

F1 Globalisasi sesuatu yang berfaedah
F2 Kunci kepada pembangunan ekonomi
F3 Pembangunan ekonomi dunia pada masa hadapan
F4 Globalisasi sebagai sesuatu yang dapat meningkatkan jurang perbezaan di dalam negara antara
bandar dengan luar bandar
F6 Antara negara maju dengan negara membangun
F7 Menyekat peluang pekerjaan
F8 Merendahkan taraf hidup
F9 Menghindarkan perkembangan sosial

Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT)****

F1 Memerlukan Peralatan Tekonologi
F2 ICT merujuk satu kaedah serta peralatan yang membolehkan proses komunikasi berlaku
dengan pantas, mudah dan berkesan.
F3 Peralatan – komputer , internet dan telefon mudah alih
F4 Faktor pemangkin perkembangan ICT
F5 Perkembangan teknologi komunikasi
F6 Kos pengangkutan murah
F7 Membina prasarana ICT dengan melancarkan Koridor Raya Multimedia
F8 Projek Koridor Raya Multimedia
F9 Melalui ini kerajaan memulakan e-pendidikan , e-dagang , pemasaran tanpa
sempadan dan penyiaran digital

K-masyarakat. *****

F1 iaitu Knowledge Society ( K-masyarakat )
F2 merujuk masyarakat yang sentiasa berusaha membaiki dan memperkayakan diri
dengan pengetahuan.
F3 konsep pembelajaran sepanjang hayat
F4 K-masyarakat dibangunkan melalui bidang pendidikan
F5 usaha dilakukan untuk menyusun semula sistem pendidikan
F6 menubuhkan sekolah wawasan
F7 Tujuan memupuk perpaduan dan meningkatkan daya saing
F8 menubuhkan sekolah Bestari
F9 Tujuan memupuk rasa cinta dengan Information Technology (IT)
F10 Kurikulum juga diubah suai
F11 melahirkan pelajar yang kreatif , dinamis , berfikiran kritis dan analisis.
F12 melahirkan kumpulan tenaga kerja berpendidikan tnggi , bermotivasi tinggi dan
berkemahiran tinggi
F13 matlamat untuk ke arah masyarakat yang maju dan saintifik selari dengan Wawasan 2020.




TINGKATAN 4
BAB 1
 Tamadun Indus
 Perkembangan bandar Harappa dan Mohenjo Daro
 Sumbangan Tamadun Indus
 Tamadun Hwang Ho
 Sumbangan dalam bidang sains dan teknologi
BAB 2
 Kemajuan perbandaran tamadun India
 Sumbangan tamadun China dalam bidang pertanian
BAB 3
 Cara-cara penyebaran Pengaruh Hindu Buddha di Asia Tenggara
 Pengaruh Hindu Buddha dalam sistem pentadbiran/Bahasa Sanskrit/Candi
BAB 4
 Tentangan yang dihadapi oleh Nabi Muhammad S.A.W dan cara mengatasinya
 Sifat-sifat mulia Nabi Muhammad
BAB 5
 Perjanjian Hudaibiyah dan Pembukaan Kota Mekah
BAB 6
 Sumbangan Kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang pentadbiran
 Sumbangan Abbasiyah dalam bidang ilmu pengetahuan
BAB 7 dan BAB 8
 Teori Kedatangan Islam di Asia Tenggara
 Pengaruh Islam dalam pendidikan di Tanah Melayu
 Pengaruh Islam dalam perdagangan dan nilai-nilai masyarakat
 Pengaruh Islam dalam bidang ekonomi


BAB 9
 ……………….
BAB 10
 Undang-undang Tanah/Akta Tanah
 Kemasukan buruh/Imigran
 Pembandaran

TINGKATAN 5
BAB 1
 Perkembangan nasionalisme Tahap 1 dan Tahap 2 di Filipina,Indonesia
BAB 2
 Gerakan Islah
 Isu/tema akhbar dan majalah
 Persatuan-persatuan Melayu
BAB 3
 ……………
BAB 4
 Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948
BAB 6
 Penubuhan Malaysia
BAB 7
 Lambang-lambang-Bendera Malaysia,Jata Negara,Lagu Negaraku
 Raja Berperlembagaan-Peranan Yang diPertuan Agong
 Proses penggubalan perlembagaan
 Ciri Dewan Rakyat/Dewan Negara

BAB 8
 Dasar Pendidikan Kebangsaan,Kebudayaan Kebangsaan dan sukan untuk perpaduan***
 Wawasan 2020
BAB 9
 Perang Dunia Pertama
 OIC/NAM/Negara Selatan
 Komanwel
 Globalisasi/K-Masyarakat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan