Ahad, 24 Jun 2012




(Morsi selepas disytiharkan memenangi pemilihan Presiden Mesir kira-kira jam 10.40 malam waktu Malaysia)

Morsi diisytihar menang Presiden Mesir


 Isnin 25 Jun,2012
KAHERAH: Calon Ikhwanul Muslimin, Mohamed Morsi telah diisytiharkan secara rasmi memenangi pilihan raya Presiden negara itu.

Pengisytiharan itu disambut jutaan rakyat Mesir yang membanjiri Dataran Tahrir dan bergemalah sahutan Allahu Akhbar.

Morsi mendapat 13.2 juta undi dari 26 juta rakyat Mesir yang keluar mengundi iaitu 51.7 peratus dari jumlah undi.

Lawannya, Ahmed Shafiq, bekas Perdana Menteri di era Hosni Mubarak mendapat 12.3 million undi.

Lebih 800,000 undi diisytiharkan tidak sah.

Keputusan diumumkan oleh Farouq Sultan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir dalam satu ucapannya yang panjang sebelum memberikan keputusan.

Beliau mempertahankan intergriti suruhanjaya yang dipengerusikannya.

Ketidaktentuan

Pengumuman kemenangan Morsi dibuat seminggu selepas pilihan raya umum pusingan akhir pemilihan Presiden Mesir antara Mohamed Morsi dari FJP dengan Ahmad Shafiq selesai.

Sejak seminggu lalu, jutaan rakyat Mesir khasnya penyokong Ikhwanul Muslimin berhimpun di Dataran Tahrir pada setiap hari. Bilangan mereka bertambah hari ke hari sehinggalah pengumuman rasmi dibuat hari ini.

Ikhwan telah mengumumkan kemenangan Morsi sejak Ahad lalu selepas semua kertas undi selesai dikira.

Ia dibuat berdasarkan keputusan yang mereka kumpulkan dari pusat-pusat pengundian kerana semua undi telah selesai dikira di pusat-pusat pengundian itu.

Dalam pilihan raya kali ini, semua kiraan undi dibuat dipusat pengundian yang diketuai oleh seprang hakim dan keputusannya diumumkan sebaik sahaja undi selesai dikira.

Namun, hanya hari ini iaitu kira jam 10.40 malam waktu Malaysia ia diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir.

Sehingga kini tidak diketahui setakat mana Morsi akan berkuasa selaku Presiden Mesir kerana SCAF telah mengumumkan beberapa perkara sebelum pilihan raya pusingan terakhir baru-baru ini.

Antaranya, Presiden tidak mempunyai kuasa penuh dalam soal pertahanan dan keselamatan dalam negeri.

Antaranya mereka didakwa cuba mempertahankan Perjanjian Camp David yang dibuat antara kerajaan Mesir sebelum ini dengan Israel yang diusahakan oleh Amerika Syarikat.

Penolong Setiausaha Agung PAS, DR Syed Azman Syed Ahmad yang kini berada di Kaherah akan membuat laporan lanjut perkembangan yang berlaku di Mesir.
 Sumber Harakahdaily

Sabtu, 23 Jun 2012

Anak badak ke-4 dilahir dalam 10 tahun

Ahad 24 Jun,2012
RATU melahirkan anak jantan.
RATU melahirkan anak jantan.
JAKARTA: Badak sumbu spesies Sumatra yang hampir pupus, dilahirkan di tempat perlindungan di Indonesia, kelahiran keempat dalam kurungan direkod sejak lebih 10 tahun, memberi harapan kepada ahli pemuliharaan, bilangan spesies ini akan bertambah.
Ahli pemuliharaan Widodo Ramono yang bekerja di tempat perlindungan di Pulau Sumatera, berkata, “Ratu melahirkan seekor anak jantan pada 12.45 malam semalam. Ibu dan anak berada dalam keadaan baik.”
Tiga kelahiran badak sumbu spesies Sumatra sebelum ini direkodkan di Zoo Cincinnati, Ohio, Amerika Syarikat. Bapa kepada anak badak itu, Andalas, adalah yang pertama dihantar di pusat perlindungan dalam 112 tahun. Menurut zoo itu, dia dilahirkan pada September 2001.

Andalas dibawa ke Indonesia untuk mengawan dengan Ratu, badak betina yang hidup liar tetapi keluar dari hutan dan kini tinggal di Tempat Perlindungan Badak Sumbu Sumatra di Taman Negara Kambas.

Populasi badak sumbu Sumatra jatuh 50 peratus sejak 20 tahun lalu disebabkan pemburuan haram dan pemusnahan habitat mereka. - AFP

Kedai makan Afrika kena serbu



SALAH seorang warga Afrika yang ditahan semasa operasi Jabatan Imigresen di Kepong, Kuala Lumpur awal pagi semalam.



KUALA LUMPUR - Dua kedai makan yang dimiliki oleh warga Afrika di Desa Aman Puri dan Metro Prima di Kepong di sini akhirnya diserbu Jabatan Imigresen awal pagi semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, dalam serbuan itu seramai 19 warga Nigeria termasuk pekerja kedai makan terbabit ditahan atas kesalahan tidak mempunyai permit kerja yang sah.
Menurutnya, kedai makan di Desa Aman Puri, pihaknya mendapati ia dikendalikan oleh seorang warga Afrika menggunakan permit isterinya yang juga seorang warga tempatan.
"Warga Afrika itu didapati mempunyai dokumen perjalanan yang sah tetapi ada dalam kalangan pekerja dan pelanggannya tidak ada dokumen yang sah telah ditahan," ujarnya di sini semalam.
Menurut James Musa lagi, seorang pemilik restoran di Metro Prima pula dikesan memasuki negara ini menggunakan pas pelajar namun kemudian berkahwin dengan rakyat tempatan sebelum menjalankan perniagaan tersebut.
"Restoran tersebut sudah dua kali diserbu dan dikesan menukar nama kedai. Mereka biasanya daftar menggunakan nama lain tetapi perniagaan atas nama orang lain pula," katanya.
Taktik warga Afrika yang menggunakan kesempatan mengahwini wanita tempatan sebelum membuka perniagaan terbukti berlaku di negara ini.
Terdahulu, James Musa memberitahu, 19 lelaki Nigeria itu sebahagian daripada 35 warga asing yang ditahan.
Mereka yang ditahan dalam operasi itu berusia 20 hingga 40 tahun.
Beliau berkata, turut ditahan masing-masing lima lelaki warga Bangladesh dan Myanmar serta enam wanita iaitu empat dari Thailand serta masing-masing seorang dari Uganda dan Indonesia.
Operasi bermula 12 tengah malam itu berakhir pukul 2 pagi tadi.
Kesemua yang ditahan didapati tidak memiliki sebarang pasport termasuk empat wanita Thailand dipercayai pelacur.
Sumber Kosmo

PENGIRAAN SEMULA PRESIDEN MESIR!!! Dr. Mursi bakal diumum Presiden Mesir pada hari ini 

Ahad 24 Jun,2012

Akhbar Al-Ahram, akhbar rasmi pemerintah Mesir- mengeluarkan berita dari KPU Pilihanraya Pusat telah meenyelesaikan pertikaian pengiraan undi Presiden Mesir.
 
Hasilnya pengiraan semula di beberapa TPS bermasalah itu tidak mempengaruhi keputusan akhir pengiraan undi pilihanraya Mesir yang dimenangi oleh Dr. Muhammad Mursi, calon revolusi dari Ikhwanul Muslimin dan Hizbul Hurriyah wal Adalah (FJP)
Sumber dipercayai menyatakan hasil pengiraan akhir hari Sabtu ini yang dilakukan oleh Ketua dan Anggota KPU telah memutuskan keputusan akhir. Sumber itu menjelaskan bahawa Dr. Mursi masih kekal sebagai pemenang setelah pengiraan semula beberapa TPS yang dipertikaikan.
Pada masa yang sama tokoh nasional, parti politik menyatakan bergabung bersama Dr. Mursi dalam mengisi masa depan Mesir.
Sementara itu Ikhwanul Muslimin memperingatkan dan berwaspada untuk memainkan keputusan pilihanraya . Ikhwan menyampaikan beberapa risalah untuk meyakinkan rakyat Mesir dan menegaskan bahawa revolusi Mesir berjalan dengan damai.
Demikian juga Ikhwan disokong oleh perlbagai elemen masyarakat dan parti politik menentang keputusan-keputusan yang dikeluarkan oleh majlis tinggi ketenteraan Mesir yang berusaha melemahkan semangat revolusi.
Hari Ahad, 24 Jun 2012 pukul tiga petang -bi idznillah- Ketua KPU Mesir, Faruq Sulthan akan mengumumkan kemenangan Dr. Mursi sebagai presiden Mesir untuk tempoh 2012-2017. [aljazeera.net]

PROFIL RINGKAS RASULULLAH S.A.W.

 

Ahad 24 Jun,2012

Rasulullah S.A.W ialah Nabi dan Rasul yang terakhir bernama Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilap bin Murrah.
IBU baginda bernama Aminah binti Wahab bin Abd Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah.
NENEK – sebelah ibu baginda bernama Burrah binti Abd Uzza bin Usman bin Abdul dar bin Qusay bin Murrah.
NENEK – sebelah bapa baginda bernama Fatimah binti Umar al Makhzumiyah
LAHIR:
Baginda di lahirkan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun ke 53 sebelum hijrah (Tahun 570 masihi)
TEMPAT LAHIR:
Makkah dekat Bukit Sofa di rumah Abu Talib.
Di sambut oleh bidan bernama Shifa’ binti Auf (Ummu Abd Rahman)
Dan di jaga oleh Ummu Aiman
IBU susu dan saudara susu:
  1. Ibu susu Tsuwaibah al Aslamiyah – Saudara susunya (1) Abdullah bin Jahay  (2) Hamzah bin Abdul Mutalib  (3) Abu Samah bin Abdul Asad  (4) Masruh bin Tsuwaibah
  2. Halimah binti Dzuaib as Sa’adiah –  Saudara susunya (1) Abdullah bin al Harith  (2) Anisah binti al Harith  (3) Huzaifah bin al Harith
TARIKH DI LANTIK JADI NABI:
27 Ramadhan tahun ke 13 sebelum hijrah (Tahun 609 masihi) di Gua Hira” Makkah.
WAFAT :
Baginda wafat pada hari Isnin, 12 Rabiuawal tahun  ke-11 Hijrah (Tahun 632 masihi)
PEKERJAAN SEBELUM JADI NABI:
Pengembala kambing dan berniaga bersama Siti Khadijah hingga umur 40 tahun.
SIFAT SIFAT DAN TANDA TANDA KEISTIMEWAAN PADA NABI:
  • Mempunyai cop kenabian di antara dua bahu baginda.
  • Sentiasa di naungi oleh bayangan awan kemana sahaja baginda pergi
  • Wajah baginda putih kemerah merahan,berseri dan bercahaya
  • Ketinggian nya sederhana dan dada nya bidang
  • Mata dan rambutnya hitam
ISTERI ISTERI:
  1. Siti Khadijah bin Khuwailid r.h – Anak bersama Nabi (1) Zainab r.h (2) Al Qasim r.a (3) Ruqayah r.h (4) Ummu Kalthum r.h (5) Fatimah r.h  (6) Abdullah r.a
  2. Saudah binti Zam’ah r.h              – Tiada anak bersama Nabi
  3. Aisyah binti Abu Bakar r.h          – Tiada anak bersama Nabi
  4. Habsah binti Umar r.h                  – Tiada anak bersama Nabi
  5. Zainab binti Khuzaimah r.h       – Tiada anak bersama Nabi
  6. Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah r.h – Tiada anak bersama Nabi
  7. Zainab binti Jahsy r.h                   – Tiada anak bersama Nabi
  8. Juwairiyah binti al Harith r.h    – Tiada Anak bersama Nabi
  9. Safiyah binti Huyai r.h                 – Tiada Anak bersama Nabi
  10. Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufiyan r.h – Tiada Anak bersama Nabi
  11. Maimunah binti al Harith r.h    -  Tiada anak bersama Nabi
  12. Mariah binti Syam’un r.h           – Anak bersama Nabi bernama (1) Ibrahim r.a
ANAK ANAK:
LELAKI:
  1. Al Qasim r.a
  2. Abdullah r.a
  3. Ibrahim r.a r.h
  4. Ruqayah r.h
PEREMPUAN:
  1. Zainab r.h
  2. Ruqyah r.h
  3. Ummu Kalthum r.h
  4. Fatimah r.h
CUCU CUCU:
LELAKI:
  1. Ali r.a
  2. Abdullah r.a
  3. Al Hasan r.a
  4. Al Husain r.a
  5. Yahya r.a
  6. Muhammad r.a
PEREMPUAN
  1. Umamah r.h
  2. Ummu Kalthum r.h
  3. Zainab r.h
  4. Ruqayah r.h
BINATANG PEMELIHARAN NABI:
  1. KELDAI – 4 ekor – kesayangan baginda bernama Dul Dul.
  2. UNTA – 20 ekor – kesayangan banginda bernama Atba
  3. KUDA – 20 ekor – kesayangan baginda bernama Ya’afur
  4. KUCING – kesayangan baginda bernama Mueeza
PENGAWAL RASULULLAH S.A.W:
  1. Abu Salamah r.a
  2. Yassar r.a
PENJAGA RAHSIA RASULULLAH S.A.W:
  1. Anas bin Malik r.a
  2. Hudzaifah bin al Yaman r.a
  3. Fatimah r.h
BENDAHARI DAN PENGATUR KEWANGAN RASULULLAH S.A.W:
  1. Bilal bin Rabbah r.a
  2. Ali bin Abi Thalib r.a
PARA HAKIM RASULULLAH S.A.W:
  1. Ali bin Abi Thalib
  2. Mu’az bin Jabal r.a
  3. Abu ‘Ubaidah bin Jarrah r.a
  4. Bilal bin Rabbah r.a
SEPULUH SAHABAT YANG DI JAMIN SYURGA OLEH RASULULLAHS.A.W:
  1. Abu Bakar As Sadiq r.a
  2. Umar bin Khatab r.a
  3. Uthman bin Affan r.a
  4. Ali bin Abi Thalib r.a
  5. Thalhah bin Abdullah .ra.
  6. Zubair bin Awaam r.a
  7. Saad bin Abi Waqqas r.a
  8. Sa’id bin Zaid r.a
  9. Abdur Rahman bin Auf r.a
  10. Abu Ubaidillah bin Jarrah r.a
PEPERANGAN RASULULLAH S.A.W:
Jumlah peperangan dalam era Rasulullah S.A.W ialah 82 kali.
  1. Perang Ghazwah (iaitu peperangan yang Rasulullah S.A.W sendiri hadiri) ialah sebanyak 28 kali.
  2. Perang Sariyyah (iaitu peperangan yang tidak di hadiri Rasulullah S.A.W) sebanyak 54 kali.
Dalam peperangan Gahzwah hanya 9 kali Rasulullah S.A.W bertembung dengan musuh.19 kali tidak bertembung kerana musuh cabut lari.
Sembilan kali pertempuran Rasullah S.A.W dengan musuh  ialah di peperangan Badar,Uhud, al Muraisi’, Khandak, Quraidzah,Khaibar, Fathu-Makkah, Hunain dan Thaif.
KELEBIHAN KHUSUS RASULULLAH S.A.W.:
  1. Musuh merasa gerun sebelum menemui Rasulullah dalam jarak tempoh sebulan (HR Bukhari)
  2. Rasulullah dianugerah kefasihan dalam berbicara (HR Muslim)
  3. Terpelihara dari dosa
  4. Keluarga dan keturunannya di larang menerma zakat dan sedekah
  5. Di antara kedua bahunya ada tanda kenabian
  6. Qiyamulail diwajibkan baginya
  7. Saat matanya terpejam, hatinya tetap terjaga (HR al Bukhari)
  8. Janda Rasulullah dilarang dinikahi oleh sesiapa
  9. Allah mengizinkannya menikahi wanita melebihi 4 orang
  10. Pemimpin Bani Adam, penutup para Nabi dan Allah mengutuskannya kepada seluruh umat manusia (HR Muslim)
SEPULUH AMANAT TERAKHIR RASULULLAH:
Dalam khutbah terakhir Nabi Muhammad Rasulullah berpesan 10 perkara:
  1. Menjaga jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci
  2. Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu
  3. Mengingati hari kematian dan hari pembalasan
  4. Riba’ adalah diharamkan disisi Islam
  5. Berwaspada terhadap godaan syaitan demi keselamatan agama Islam walaupun dalam hal hal yang kecil
  6. Menjaga keharmonian suami isteri
  7. Mengharam zina
  8. Sempurnakan 5 rukun Islam
  9. Mengekalkan ikatan silaturahim sesama Islam (semua umat Islam adalah bersaudara)
  10. Berpegang teguh kepada al Qurandan Sunnah
 (Sumber: Boigrafi Muhammad Rasulullah s.a.w oleh Dr Mohd Khalil dan Dr Wan Hassan Wan Ahmad)

Ahad 24 Jun,2012

Nabi bersabda, "Bertenang-tenang itu dari Allah dan bergopoh-gopoh itu dari syaitan ." (HR Baihaqi)

Nabi s.a.w. bersabda,"Bukanlah kemuliaan itu dengan memakai pakaian cantik dan bersegak tetapi ia adalah dengan ketenangan, sopan santun dan merendah diri." (HR. Ad-Dailami)

Dari Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Tenanglah wahai Aisyah! Allah menyukai hal itu. Bersikap ramah dan sabarlah dalam setiap persoalan." (HR Bukhari)

Dari Abu Qatadah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, "Apabila muadzin telah qamat untuk solat, maka janganlah kamu berdiri lebih dahulu, sebelum melihatku berdiri di hadapanmu dan hendaklah kamu bersikap tenang." (HR. Bukhari)

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, "Apabila kamu mendengar qamat, maka pergilah solat berjemaah dan hendaklah bersikap tenang dan tenteram, jangan tergesa-gesa. Dalam keadaan bagaimana saja pun mereka kamu dapati, maka solatlah kamu bersama mereka, mana yang kamu ketinggalan, sempurnakanlah kemudian." (HR Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah, Nasaai & Ahmad)

Allah berfirman yang bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan hati mereka tenang dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, "Apabila berkumpul suatu kaum dalam masjid untuk membaca Al-Quran dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada di dekatNya (para malaikat). (HR. Muslim)

Jumaat, 22 Jun 2012

Siapa Sultan yang angkat batu dan pasir untuk bina benteng?
 
Jumaat 22 Jun,2012

"“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine.

Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481.

Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad.

Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Dan ketika berusia 21 tahun Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah.

Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Kemudian baginda membina benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom.

Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut serta.

Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya.

Baginda seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol).

Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis.

Baginda sentiasa bersifat tawaduk dan rendah diri. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan.

Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara. Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya.

Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam. Pada 20 Jumadil Awwal 857 / 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam.

Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Sumber: mohdtaufek.blogspot.com"