Rabu, 30 Mac 2011

Gempa Jepun: perahu dan kapal menyapu darat oleh tsunami

Jepun gempa dan tsunami: Kilang Fukushima Dai-ichi tenaga nuklear lumpuh terlihat di Okumamachi, Wilayah Fukushima, Jepun utara

Unit 4 Kerosakan Unit 3 (kiri) dan Unit 4

Gambar: AIR PHOTO SERVICE / AP


Sebuah kapal terdampar oleh tsunami menghancurkan sebuah rumah di dekat Sendai di Wilayah Miyagi

Sebuah kapal terdampar oleh tsunami menghancurkan sebuah rumah di dekat Sendai di Wilayah Miyagi

Gambar: AFP / Getty

Sebuah kapal terdampar di dinding pelabuhan di Sendai

Sebuah kapal terdampar di dinding pelabuhan di Sendai

Gambar: AP

Sebuah kapal ikan, jumlah Myojinmaru 3, terletak di jalan di bandar Kesennuma setelah didorong oleh tsunami

Sebuah kapal ikan, jumlah Myojinmaru 3, terletak di jalan di bandar Kesennuma setelah didorong oleh tsunami

Gambar: AFP / Getty

Mubarak dikenakan tahanan rumah


25 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan keluarganya kini berada di bawah tahanan rumah di kediamannya di pusat peranginan Laut Merah, Sharm El Sheikh.

Menurut Majlis Tertinggi Tentera Mesir, khabar angin yang mengatakan Mubarak dan keluarganya berpindah ke Arab Saudi adalah palsu.

"Khabar angin bahawa Mubarak berpindah ke Tabuk, Arab Saudi tidak benar. Beliau kini di bawah tahanan rumah bersama keluarganya," menurut kenyataan tentera dalam laman sosial Facebook, kelmarin.

Mubarak dipaksa meletak jawatan selepas 30 tahun memerintah dan menyerahkan kuasanya kepada Majlis Tertinggi Tentera, bulan lalu, selepas protes antikerajaan tercetus di negara itu.

Pihak berkuasa Mesir turut memerintahkan pembekuan dana dan aset keluarga Mubarak bulan lalu dan mengenakan larangan perjalanan ke atas keluarga pemimpin itu.

Sinar Harian/-

Kabinet Syria dijangka dibubar



25 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

DAMSYIK - Kerajaan Syria dijangka dibubarkan hari ini dan Kabinet akan dibentuk dalam tempoh 24 jam, kata seorang pegawai kanan di sini kepada AFP.

Pegawai itu yang enggan namanya disiarkan berkata, kerajaan akan mengemukakan peletakan jawatannya hari ini dan Kabinet baru bakal dibentuk dalam tempoh 24 jam.

Perdana Menteri Mohammed Naji Otri membentuk kerajaannya pada 2003 dan melakukan rombakan terakhir pada April 2009.

Sementara itu, beribu-ribu rakyat Syria berhimpun di ibu negara ini dan sekurang-kurangnya empat bandar lain hari ini sambil membawa gambar Presiden Bashar Assad dan mengibarkan bendera Syria bagi menyatakan sokongan kepada kerajaan.

Penyokong kerajaan hari ini berhimpun di Damsyik, wilayah Aleppo dan Hasakeh di utara Syria dan bandar Hama dan Homs di bahagian tengah negara.

Sesi persekolahan dibatalkan hari ini sementara golongan pekerja diberikan pelepasan selama dua jam bagi menghadiri perhimpunan tersebut.

"Rakyat mahukan Assad. Kami menolak perpecahan kaum dan perselisihan sivil," laung mereka sambil membawa sepanduk prokerajaan.

Assad yang menguasai Syria selama empat dekad dan mempunyai rekod menumpaskan pihak yang menentangnya dengan kejam, cuba untuk meredakan protes secara kompromi.

Beliau dijangka menyampaikan ucapan kepada negara dalam tempoh 24 jam bagi mengumumkan penarikan balik pemerintahan darurat selama hampir 50 tahun dan membatalkan sekatan ketat ke atas kebebasan sivil serta politik. - AFP

Isnin, 28 Mac 2011

Kebocoran air radioaktif di loji Fukushima merebak


23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

OSAKA: Air dengan radioaktif tahap tinggi bocor dari satu turbin reaktor di loji nuklear Fukushima Daiichi di Jepun, sekali gus menambah kebimbangan cecair itu meresap ke persekitaran.

Pegawai Tokyo Electric Power (TEPCO) berkata air terbabit yang ditemui di terowong bawah tanah yang menghubungkan reaktor nombor dua di loji berkenaan menunjukkan bacaan radiasi melebihi 1,000 milisievert sejam. Dianggarkan terdapat beribu meter padu air itu di torowong terbabit. “Kami perlu memeriksa jika air berkenaan boleh mengalir terus ke laut," katanya.

Setiap bangunan turbin reaktor dihubungkan dengan terowong penyelenggaraan yang cukup besar untuk pekerja berjalan melaluinya.

Dalam kes terowong reaktor nombor dua, air berkenaan meningkat hampir satu meter ke paras atas terowong setinggi 15.9 meter itu yang terletak 55 meter dari laut, menyebabkan kebimbangan ia akan melimpah.

Semalam, paras iodine radioaktif 1,850 kali ganda daripada had yang dibenarkan undang-undang dikesan dalanm air laut beberapa meter dari pantai tetapi pihak berkuasa menolak ia memberi ancaman segera terhadap kehidupan marin dan keselamatan makanan laut.

Sebelum ini, radiasi melebihi 1,000 milisievert sejam dikesan pada air dalam bangunan turbin reaktor nombor dua, sekali gus melengahkan kerja membaikpulih sistem penyejukan bagi memulihkan kawalan terhadap loji nuklear berkenaan. - AFP

Sabtu, 26 Mac 2011

Menarik, Air Terjun Api


Menarik!! Setiap tahun pada bulan Febuari, Horsetail Falls (air terjun ekor kuda) terjadi detik perubahan musim dari musim sejuk ke musim panas. Ketika ia berlaku, salji meleleh menjadi air, mengairi sungai dan terjun dari tebing di Yosemite National Park. Air terjun ini terkena sinar matahari yang hampir terbenam dan warnanya berubah menjadi keemasan seperti air terjun api.



Subhanallah!!

Foto Pertama Dari Dalam Loji Tenaga Nuklear Jepun

Sejumlah pekerja Loji Tenaga Nuklear Fukushima Dai-Ichi (Japan Nuclear) kini sedang mempertaruhkan nyawa, berjuang untuk menyelamatkan seluruh Jepun dari krisis lebih parah nuklear. Zulkifli Nordin sedang berjuang dan mempertaruhkan nyawa supaya lelaki dalam video seks itu benar-benar Anwar!!

Mereka sedang berusaha menyambungkan kembali kabel, memeriksa peralatan, dan mendinginkan reaktor nomor 3 dan 4. Kita tidak pasti, siapakah mereka yang berani itu. Mereka hanya dikenali dengan sebutan 'Fukushima 50' atau 'Samurai Nuclear Fukushima'.

Beberapa gambar yang diambil dari loji itu, untuk pertama kali, dunia mengetahui keadaan mereka yang bekerja dalam kegelapan dan hawa yang menyengat. Mereka mengenakan pakaian pelindung, namun dalam keadaan sedar sepenuhnya, bahawa radiasi boleh membunuh mereka.

Sudah lima orang pekerja dilapokan mati dan 15 yang lain cedera dalam medan pertempuran Fukushima. Salah seorangnya, pengurus berusia 30-an yang ditarik keluar dari loji kerana menderita akibat radiasi yang melewati 100mSv/tahun.

Lelaki itu berkata dia akan kembali ke logi untuk meneruskan perjuangan. "Kalau batasan radiasi dinaikkan menjadi 250 millisieverts, saya pasti akan kembali," katanya seperti dilaporkan news.com.



Semoga mereka terselamat

17,303 Anak Luar Nikah Didaftar 2009: Berakhirnya Peradaban Sebuah Bangsa ?

KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.

Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.

Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara.

Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara.

Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama. Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa.

Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes).

Beliau berkata, bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam diletakkan nama diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah).

“Keputusan itu selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan ia juga selaras format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi berserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran.

“Bagaimanapun, hanya maklumat ibu akan dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan dan nama pada MyKad kanak-kanak itu kekal menggunakan nama dalam sijil kelahiran,” katanya.

Bagi kes bayi pasangan yang berkahwin di luar negara tanpa mendaftar semula di Malaysia, beliau menasihatkan mereka menyelesaikan urusan dengan pihak berkaitan termasuk majlis agama atau mahkamah.

“Jika anak dilahirkan di luar negara, daftar dengan kedutaan dan apabila pulang ke Malaysia, daftar semula dengan JPN.

“Bagi kes yang tidak mendaftar perkahwinan mereka tetapi sudah mempunyai anak, mereka boleh mendaftar terus untuk dapatkan sijil kelahiran tanpa perlu dokumen daripada mahkamah, tetapi nama bapa tidak akan dimasukkan dalam rekod.

“Maklumat itu boleh diganti dengan nama sebenar bapa selepas mendapat pengesahan status perkahwinan,” katanya

Sumber: Berita Harian Online, Sabtu, 26 Mac 2011