Ahad, 27 Mei 2012

Siapa kah orang yang warak?

 

Ahad 27 Mei,2012

Hanya orang yang warak yang selamat dan mampu menegakkan persoalan halal dan menghindari yang haram.Malangnya, istilah warak telah tersasar kefahamannya oleh masyarakat.Dalam masyarakat seorang yang warak digambarkan sebagai seorang yang merendah diri, berjalan tunduk atau sedikit kelihatan naif.Adakah pengertian ini menepati maksud warak menurut istilah agama?
Kalau begitu apa kah erti warak?
Warak ialah sikap berhati hati terhadap sesuatu perkara syubhah kerana takut terjerumus kepada perkara haram.Orang warak sangat mengambil berat soal haram.Seluruh perhatiannya diperuntukkan untuk menghidari daripda melakukan perkara haram.Orang warak juga akan menjaga segenap jalan yang memungkinkan baginya terbuat maksiat.Warak adalah sikap berhati hati yang melahirkan manusia berusaha menghindari segala hal yang tidak bersih, noda dan dosa.Ia melindungi daripada semua yang meragukan dan mencurigakan.
Rasulullah saw bersabda, maksudnya: “ Tinggalkan apa yang meragukan kepada apa yang menyakinkan”. (Riwayat Muslim).
Baginda berbicarakan tentang wajibnya meninggalkan segala sesuatu yang mendatangkan kesangsian dan ragu, perkara yang mendatangkan kebimbangan, kecemasan dan ketakutan dalam hati.Sebaliknya berpegang kepada sesuatu yang mendatangkan rasa aman dan damai.
Orang warak akan berhati hati terhadap apa yang dilakukanya agar tidak membuat perkara haram.Dia akan berhati hati meneliti tanda yang terdapat pada kandungan makanan.Kakinya akan berhati hati daripada memasuki premis yang meragukan kehalalan nya.Itulah benteng bagi keselamatan manusia yang paling menyeluruh.
Menurut Imam al Ghazali di dalam kitab Ihya’ ‘Ulumiddin pada bab Ilmu Pengetahuan, warak terbahagi kepada 4 peringkat:-
  1. Tidak melakukan perkara yang jelas haramnya.Ini tingkat biasa bagi kebanyakkan orang awam.
  2. Tidak juga melakukan perkara yang meragukan (syubhah).Ini tingkat orang orang soleh.
  3. Tidak juga melakukan perkara yang halal tetapi dikuatiri terbawa kepada haram.ini tingkat orang orang muttaqin.
  4. Berpaling (meninggalkan) selain kepada Allah Taala kerana takut terpakai meskipun sesaat umur kepada yang tidak mendatangkan faedh, sekalipun perkara itu tidak akan membawa kepada yang haram.Ini tingkat orang orang siddiqin.

(Oleh: Ustaz Zul Ramli M Razali – Majalah Q & A)

Khamis, 24 Mei 2012

Fenomena Ikan Aneh Sebelum Tsunami

Jumaat 25 Mei 2012

4 Rejab 1433H. 

Ekoran gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter di luar Pantai Sendai di Jepun 11hb Mac 2011 lalu, sebuah persisiran pantai di Mexico telah ‘dihadiri’ jutaan sekumpulan besar ikan pelik berbagai jenis. Antaranya yang dilihat adalah ikan sardin, ikan pelata, ikan bass dan ikan bilis.

Kehadiran ikan-ikan tersebut membuatkan suasana persisiran pantai dilitupi dengan warna hitam gelap berminyak.
Bagi nelayan di kawasan Pantai Acapulco, Mexico, ia bagaikan bulan jatuh ke riba. Mereka hanya menggunakan pukat, bakul dan apa sahaja yang tercapai untuk menangkap ikan-ikan tersebut.

“Di sana dalam 20 hingga 30 orang nelayan bersama-sama anak-anak mereka mengambil kesempatan atas fenomena ini”, ujar Carlos Morales yang turut teruja menyaksikan fenomena ikan pelik tersebut.

Nelayan di sekitar kawasan tersebut yakin kejadian pelik ini berlaku kerana bencana Tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini. Walaubagaimanapun, para pakar tidak pasti kejadian ini mempunyai kaitan dengan Tsunami di Jepun.

“Tsunami sememangnya boleh mengubah sesuatu, namun ia jauh untuk mendakwa ia ada kaitan(dengan tsunami di Jepun)”, kata Rich Briggs yang juga ahli geologi daripada U.S Geological Survey. Lihat gambar-gambar fenomena ikan pelik yang sempat dirakam di luar persisiran pantai Mexico:

Sumber

Al-Qur'an Memberikan Saya Ketenangan,Kata Mesut Ozil(Real Madrid)




Ada ramai pemain bola sepak Muslim yang bermain di liga utama Eropah. Namun boleh dikira dengan jari mereka yang boleh meraih prestasi hebat di kelab dan memperkuatkan kelab besar. Satu di antara pemain bola sepak Muslim yang beruntung adalah pemain tengah kreatif Real Madrid, Mesut Ozil.

Pemain berdarah Turki yang memperkuat pasukan kebangsaan Jerman itu dikenali sebagai kreator kejayaan Los Blancos merebut juara La Liga Sepanyol musim ini. Capaian itu semakin melambungkan nama Ozil di kancah pesepakbolaan dunia.

Ternyata ada sedikit rahsia di balik paparan gemilang permainan Ozil sepanjang musim 2011/2012. "membaca Al-Quran setiap sebelum kick-off," ungkap Ozil menceritakan kunci kejayaan meraih prestasi bersama Madrid.

Saat ini, terdapat enam pemain Muslim yang membela Madrid. Lima pemain lain adalah Karim Benzema, Sami Khedira, Hamit Altintop, Nuri Sahrin, dan Lassana Diarra. Namun hanya Ozil dan Khedira yang rutin turun sebagai starter di bawah pengendalian Mourinho.

Menurut Ozil, membaca beberapa ayat kitab suci umat Islam itu boleh memberinya ketenangan selama di lapangan. Tak heran Ozil dikenali sebagai pemain tenang di lapangan, meski laga berlangsung dalam tensi tinggi. "Al-Quran suci memberi saya kekuatan lebih untuk bermain dalam pertandingan dengan baik," ujar eks pemain Werder Bremen itu.

sumber dari: republika.co.id

Isnin, 21 Mei 2012

Dunia yg Mysterious : ARAH LAWAN JAM
 
Selasa 22 Mei,2012

Oleh: merong

"1.    Perhatikan pusaran puting beliung. Bukankah puting beliung berputar mengikut arah lawan jam.

2.    Perhatikan pusaran angin dan awan. Bukankah mereka juga bergerak mengikut arah lawan jam.

3.    Perhatikan arah aruhan medan magnet Bukankah arah aruhan tersebut mengikut arah lawan jam.

4.    Perhatikan bagaimana Bulan mengorbit bumi.Bukankah bulan juga bergerak mengikut arah lawan jam

5.    Perhatikan kajian tentang atom.Bukankah elektron bergerak mengikut lawan jam mengelilingi nucleus

6.    Perhatikan pusaran air secara semulajadi dilautan. Bukankah arah pusarannya juga mengikut arah lawan jam.

7.    Perhatikan bagaimana atlit membaling baling tukul besi. Bukankah mereka semua berpusing mengikut arah lawan jam sebelum membaling.

8.    Perhatikan di padang –padang permainan di kawasan anda. Bukankah mereka-mereka yg berlari/berjalan itu majoritinya mengikut arah lawan jam.

9.    Perhatikan stadium yg berada di tempat anda.Samaada acara trek ataupun perarakan, semuanya berlangsung mengikut arah lawan jam

DAN Bukankah kita bertawaf mengelilingi Kaabah JUGA mengikut arah lawan jam

APAKAH SUDAH MENJADI SUNATULLAH ATAU KEBETULAN BAGI SETIAP YANG BERNAMA MAKHLUK YANG BERADA DIBUMI SEMUANYA WAJIB BERGERAK MENGIKUT ARAH LAWAN JAM SEBAGAIMANA RUKUN TAWAF MENGELILINGI KAABAH DI BAITULLAH?"
Sumber :tranungkite 

Khamis, 17 Mei 2012

10 Peperangan Amerika yang Di mulakan Dengan Pembohongan

Jumaat 18 Mei 2012

  • digg

  • 2930
    Share
Jika diteliti, setiap peperangan yang tercetus sentiasa didahului oleh pembohongan besar-besaran oleh media-media yang berpengaruh. Sejarah lalu membuktikan Amerika Syarikat telah mengancam Venezuela dan Ecuador. Esok, mungkin Iran. Dan selepas itu, yang akan datang, siapa pula.
Media akhbar arus perdana mencerminkan kempen propaganda untuk perang Amerika Syarikat yang akan datang. Mari kita imbas tentang kisah berapa kali Amerika Syarikat dan talibarut media yang sama telah dimanipulasikan. Setiap perang yang tercetus adalah satu dari hasil penipuan besar-besaran. Berikut di bawah senarai pendek pembohongan besar oleh media berkaitan peperangan.
Hasil perang yang diingini ‘mereka’



1. Perang Vietnam (1964-1975)
Pembohongan Media : 2 dan 3 Ogos 1964, pasukan Vietnam Utara telah dituduh oleh kerajaan Amerika Syarikat telah melancarkan serangan terhadap dua kapal tentera Amerika Syarikat di Teluk Tonkin.
Analisis Perang : Tiada kapal pernah diserang. Itu adalah pembohongan besar oleh media White House.
Matlamat : Untuk mencabar kemerdekaan Vietnam dan mengekalkan dominasi Amerika Syarikat di rantau ini.
Kesan : Berjuta-juta mangsa, kecacatan genetik (Agent Orange) dan berlaku masalah sosial besar-besaran.
Kawasan semburan Agent Orange
Kecacatan genetik disebabkan Agent orange
2. Perang Grenada (1983)
Pembohongan Media : Pulau Caribbean kecil telah dituduh membina pangkalan tentera Soviet dan untuk menyelamatkan doktor Amerika Syarikat.
Analisis Perang : Semuanya palsu. Presiden Amerika Syarikat Reagan mencipta semua alasan itu dari awal.
Matlamat : Untuk mencabar reformasi sosial dan demokratik Perdana Menteri, Maurice Bishop (yang telah dibunuh). Reagan berkata ‘Kita tidak boleh membiarkan komunis apaches untuk mengambil alih taman peribadi kita’.
Kesan : Serangan US Marine, penindasan kejam dan pemulihan kawalan ke atas negara.
3. Perang Panama (1989)
Pembohongan Media : Pencerobohan oleh tentera marine Amerika Syarikat adalah dirancang untuk menangkap presiden Manuel Noriega yang dituduh mengedar dadah.
Manuel Noriega menjadi kambing hitam kerakusan US
Analisis Perang : Ejen CIA Noriega mendakwa kedaulatan terusan Panama berada pada akhir pajakan. Ini tidak dapat diterima oleh Amerika Syarikat yang terus mahu menguasai terusan Panama..
Matlamat : Untuk mengekalkan kawalan Amerika Syarikat (komunikasi strategik).
Kesan : Amerika Syarikat telah mengebom dan membunuh 2000 hingga 4000 orang awam, berita yang diabaikan oleh media.
4. Perang Iraq (1991)
Pembohongan Media : Iraq mencuri inkubator di Kuwait (Bandar Materni).
Analisis Perang : Media ciptaan yang dihasilkan oleh Hill & Knowlton agensi pengiklanan, yang dibayar oleh Pemerintah Kuwait sendiri.
Liga Arab juga bersekutu dalam menyerang Iraq
Matlamat : Untuk mencabar Timur Tengah dan untuk mengekalkan dominasi Amerika Syarikat dan mengekalkan kawalan tentera Israel ke atas rantau tersebut.
Kesan : Tak terkira jumlah mangsa semasa perang, diikuti oleh sekatan dalam tempoh yang lama termasuk ubat-ubatan.
5. Perang Somalia (1993)
Pembohongan Media : Bernard Kouchner mengakui dirinya sebagai wira kempen kemanusiaan di Somalia.
Analisis Perang : Empat syarikat besar Amerika Syarikat telah membeli satu perempat daripada Somalia yang kaya dengan hasil bawah tanah, terutamanya minyak.
Matlamat : Untuk mengawal ketenteraan di rantau strategik.
Kesan perang terhadap rakyat Somalia
Kesan : Tidak dapat mengawal Somalia, Amerika Syarikat mengekalkan negara ini di dalam huru-hara.
6. Perang Bosnia (1992 – 1995)
Tahanan perang Bosnia di Kem Manjaca
Pembohongan Media : Firma Amerika Syarikat Ruder Finn dan Bernard Kouchner mengecam panggilan ‘kem-kem penghapusan Serbia’.
Analisis Perang : Ruder Finn dan Kouchner berbohong. Orang-orang kem tahanan perang bersedia untuk pertukaran. Presiden Muslim Bosnia Itzebegovic mengakuinya.
Matlamat : Menyerahkan kawasan tersebut untuk kawalan multinasional, mengawal Sungai Danube dan jalan Balkan.
Kesan : Empat tahun perang menakutkan untuk semua bangsa (Bosnia, Serb dan Croatia).
7. Perang Yugoslavia (1999)
Pembohongan Media : Telah berlaku pembunuhan beramai-ramai di Albania dan Kosovo oleh tentera Serbia.
Analisis Perang : Pembohongan besar seperti mana yang diakui oleh Jamie Shea, jurucakap rasmi NATO.
Matlamat : Untuk mengenakan kawalan NATO ke atas kawasan Balkan dan transformasi sebagai Pasukan Polis. Juga untuk membina pangkalan tentera Amerika Syarikat di Kosovo.
Kesan : 2000 mangsa pengeboman NATO. Pembersihan etnik Kosovo oleh Tentera Pembebasan Kosovo yang dilindungi oleh NATO.
8. Perang Afganistan (2001)
Pembohongan Media : Bush mahu membalas dendam selepas 9/11 dan menangkap Osama Bin Laden.
Analisis Perang : Tidak ada bukti kewujudan pertubuhan Al-Qaeda. Bagaimanapun, Taliban telah mencadangkan untuk mengekstradisi Bin Laden.
Matlamat : Untuk kawalan ketenteraan rantau Asia ini yang strategik, untuk membina satu saluran paip merentasi Afghanistan untuk mengawal pembekalan tenaga Asia Selatan.
Kesan : Pekerjaan jangka panjang dan peningkatan besar-besaran pengeluaran candu dan penyeludupan.
9. Perang Iraq (2003)
Pembohongan Media : Saddam telah menggunakan senjata kimia berbahaya yang mengakibatkan kemusnahan yang dinyatakan Colin Powel pada PBB.
Media memainkan peranan awal dalam kejatuhan Saddam
Matlamat : Kawalan semua sumber minyak dan kemungkinan untuk memeras ugut pesaing seperti Eropah, Jepun dan China.
Kesan : Iraq dalam keadaan huru-hara dan perang saudara.
10. Perang Venezuela-Ecuador (2008)
Pembohongan Media : Hugo Chavez menyokong keganasan, mengimport senjata dan seorang diktator.
Analisis Perang : Chavez dijatuhkan kerana beliau seorang anti Semitik (anti yahudi).
Matlamat : Syarikat-syarikat utama Amerika Syarikat mahu mengekalkan kawalan ke atas minyak benua dan sumber-sumber lain. Mereka takut kebebasan demokrasi dan sosial Amerika Latin.
Kesan : Washington mengetuai dunia dalam memerangi seluruh benua selatan seperti sabotaj ekonomi, memeras ugut, pemasangan pangkalan tentera Amerika Syarikat di kawasan yang kaya dengan hasil bumi.
Kesimpulan
Bagaimanapun, setiap peperangan didahului dan dibenarkan oleh penipuan kempen media besar-besaran. Dan kita jauh daripada sumber cerita yang sebenarnya. Jangan kita mempercayai bulat-bulat apa yang disampaikan oleh media. Kerana mereka sedang berurusniaga. Kekayaan dapat membeli ‘cerita’ dan didendangkan dengan menarik untuk tontonan semua.
Sumber: http://zharifalimin.blogspot.com

Hukum Meninggalkan Solat Fardu

Jumaat 18 Mei 2012
Hukum meninggalkan solat fardu dengan sengaja tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak adalah haram dan berdosa besar.

Pelaku wajib segera memohon keampunan kepada Allah (istighfar) dan bertaubat. Jumhur ulamak mengatakan wajib qada' (ganti) solat tersebut.

Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Perjanjian di antara kita orang Islam dan orang kafir ialah solat dan sesiapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir. (HR al-Tirmidzi)


Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sesungguhnya yang membezakan antara seseorang dengan kesyirikkan dan kekufuran adalah dengan meninggalkan solat". (HR Muslim)


Diterangkan oleh An-Nawawi bahawasanya orang yang meninggalkan solat dengan menolak atau mengingkari kewajipan solat, dipandang telah menjadi kafir, telah terkeluar dari Islam. (ijma' ulamak Islam).

Jika dia meninggalkan solat kerana malas atau lalai tetapi masih mengi'tikadkan kewajiban solat itu atas dirinya, maka Imam Malik dan Asy Syafi'i menetapkan bahawa orang itu tidak kafir, hanya dipandang fasik (melakukan dosa besar) dan disuruh bertaubat. Jika dia tidak mahu bertaubat, nescaya dibunuh, selaku suatu hukuman yang mesti dijalankan.

Segolongan ulamak salaf, diantaranya Ahmad dan Ishaq menetapkan bahawa orang yang meninggalkan solat telah kafir dan dihukum bunuh selaku seorang kafir.

Abu Hanifah dan al-Muzany menetapkan bahawa orang yang meninggalkan solat tidak dikafirkan dan tidak dibunuh, hanya dipenjarakan dan dita'zirkan sehingga dia kembali mengerjakan solat.

Sumber:tazkirah 
Lelaki Ini Lari Melalui Tingkap Tak Mahu Berzina..
 
Khamis 17 Mei 2012
 
Oleh: imamsurau



Seorang pelajar Yaman yang tinggal di Arizona dipaksa untuk melakukan perzinaan oleh 5 pelajar Amerika Syarikat di apartmennya yang berdekatan dengan kampus tempat ia belajar.
Sebagaimana dilaporkan oleh Al Arabiya 13 Mei 12, lima perempuan itu merupakan teman satu fakulti memasuki apartemen tempat tinggal Isham As Syar’abi.

Mereka berbogel setelah mengunci pintu apartmen untuk menghalangi pelajar Yaman tersebut melarikan diri.

Namun pemuda itu berjaya keluar dari apartmen setelah melompat melalui tingkap biliknya. Setelah keluar Isham segera melapor ke pos keselamatan terdekat hingga pengawal keselamatan itu  menangkap 5 pelajar tersebut.

Menurut hasil penyidikan, diketahui bahawa pelajar wanita itu telah berkali-kali mengajak Isham melakukan perzinaan. Namun pemuda Yaman itu menolaknya kerana menurutnya hal itu dilarang oleh agama jika tidak didasari oleh pernikahan.
: Begitulah sikap seorang pemuda Islam tulin, ia tetap mengikuti peraturan yang diperintahkan kepadanya.  Ia tetap patuh kepada resepi atau menu oleh pencipta agama yang dianut itu.

Kerana Muhammad SAW, wakil pemberi peringatan penguatkuasaan itu, pernah mengingatkan  mengenai 7 Golongan Yang Mendapat Perlindungan ArashNya (hadiah istimewa dari Allah) di Akhirat, seperti yang dirawikan oleh Abu Hurairah. Rasul SAW itu berkata...
"Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya.
  • Pemimpin yang adil;
  • pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT;
  • seseorang yang hatinya terpaut pada masjid;
  • 2 lelaki yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah SWT;
  • lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah;
  • seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya;
  • dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.”
(Riwayat Muslim)

Okey, mari kita hurai sikit.. 

Satu: Pemimpin atau Imam yang adil.
Ertinya, setiap pemimpin bertanggungjawab atas jagaannya. Ia akan dipersoalkan kembali di akhirat kelak. Perdana Menteri Malaysia tetap bertanggungjawab ke atas apa yang terjadi kepada rakyatnya. Senang susah, adil atau zalim (contohnya perlakuan terhadap peserta Bersih 3.0 baru-baru ini), zina buang bayi, segala macam maksiat, dasar pendidikan tempang dan lain-lain.

Oh, seronok sangatlah, kepada pemimpin-pemimpin yang adil, melaksanakan amanah dan hukum Allah SWT ke atas tadbirannya. Ia dapat hadiah ' Perlindungan ArashNya di Akhirat.' Begitu juga pemimpin-pemimpin lain, termasuk suami memimpin isteri atau isteri-isteri, isteri memimpin anak-anak, pimpinan yang diamanahkan tugas kepada mereka. Dan  sebagainya.

Dua: Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.
Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup atau membesar dalam ibadah kepada Allah. Bukan nanti tua baru nak ibadat. Ibadat dalam ertikata yang luas, ibadat khas dan ibadat umum. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.

Tiga: Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.
Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajib lima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.

Empat: Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana Al-Allah. Dalam satu hadis Rasulullah bersabda..

“Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”.
Malaikat bertanya: “Nak kemana?”
Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..”
Tanya malaikat lagi: Untuk apa?”
Lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.”
Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?”
Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.”
Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?”
Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:”
Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:
"Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.”(Riwayat Muslim)

Perasaan sayang dan kasih, atau cinta terhadap seseorang bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.

Lima: Lelaki apabila mengingati Allah bersendirian menitis airmatanya.
Hadirnya perasaan takut kepada Allah walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran Allah SWT.

Enam: Seorang lelaki yang dirangsang atau digoda oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan Allah” (inni akhofullah)
Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada Allah dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dariNYA, seperti kisah pemuda  di atas.

Tujuh: Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.
Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap Allah dan orang lain.

Kesimpulan: 

Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYa yang ikhlas dan redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindunganNYA selalu.