Ahad, 13 Mei 2012

Kisah Abu Yazid Al Bustami dan Paderi Gereja Samaan
I
snin 14 Mei 2012
Oleh: siasahkini

"altAbu Yazid Al Bustami merupakan seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.
Ia masuk ke gereja Samaan tanpa diketahui oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia bersama-sama paderi lain menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap.

Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini."

Semua paderi menjadi gempar dan mereka menghendaki orang itu di bunuh. Namun ketua paderi mencegahnya, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.
Menjawab 50 pertanyaan bertanya 1 pertanyaan.
Ketua paderi berkata, "Wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikuti agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuhmu."
Jawab Abu Yazid, "Baiklah! Tanyakan apa saja yang kamu ingin tanyakan."
Ketua paderi itu mengemukakan 50 pertanyaan bertubi-tubi dan kemudian Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.
Kata Abu Yazid, "Saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang apakah ada lagi pertanyaan-pertanyaan yang lain?"
Semua pendeta menjawab, "tidak ada lagi,"
Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka. "Beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit."
Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahawa memang mereka tidak tahu jawabannya. Baru satu pertanyaan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh pertanyaan. Mereka
meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu.
Katanya, "Bukan saya tidak mau menjawab, tetapi saya takut kamu semuatidak sependapat." Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk menyetujui serta menerima kata-kata ketua mereka.
Kemudian ketua Paderi menjawab "Bahwa kunci Syurga dan Kunci langit itu tidak lain ialah "LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARASULULLAH." Tegas ketua paderi.
Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid berkata, "Memang benar kata ketua kamu ini." Semua paderi memeluk Islam, Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya.
"Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahawa apa yang saya ceritakan ini adalah benar. Saya tidak dipaksa oleh siapapun dalam mengucapnya. Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan masalah ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu waktu."
"Dari mana tuan mengetahui perkara ini?" Tanya salah seorang paderi.
"Dari ketua sebelum saya." Jelas ketua paderi.
"Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahwa perkara yang dikatakan itu adalah benar." Sambung ketua paderi itu.
"Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!" Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid. Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada maut. Ilmu ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam!
Berikut ini Pertanyaan Ketua Paderi. Dan Jawaban Abu Yazid Al-Bustami
1. Yang satu tidak ada duanya.
Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu bagiNya.
2. Yang dua tiada tiganya.
Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.
3. Yang tiga tiada empatnya.
Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wa Ta'ala.
4. Yang empat tiada limanya.
Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
5. Yang lima tiada enamnya.
Islam telah memfardhukan solat lima waktu : Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.
6. Yang enam tiada tujuhnya.
Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalam Kitab-kitab suci juga.
7. Yang tujuh tiada lapannya.
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.
8. Yang lapan tiada sembilannya.
Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya) : Dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalah lapan Malaikat.
9. Yang sembilan tiada sepuluh.
Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya) : Di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik.
10. Sepuluh yang sempurna.
Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna.
11. Yang sebelas.
Saudara-saudara Nabi Yusof AS.
12. Yang dua belas.
Bilangan bulan dalam setahun.
13. Yang tiga belas.
Mimpi Nabi Yusof AS yang tersebut di dalam Kitab Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Jumlahnya tiga belas.
14. Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga.
Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof AS. Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob AS bahawa Yusof telah di makan serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.
15. Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka.
Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya) : Telah berkata Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu mempercayai agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sebagai agama yang sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka.
16. Tempat roh dalam badan manusia.
Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkan firmannya (ertinya) : Katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku.
 17. Al Zariyati Zarwa.
Nama empat macam angin.
18. Al Hamilati Wakra.
Awan gemawan di dada langit.
19. Al Jariyati Yusra.
Perahu-perahu yang belayar di laut.
20. Al Mukassimati Amra.
Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban.
21. Yang empat belas.
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya) : Maka Allah berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap perintahKu ataupun secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, "kami akan datang kepadaMu secara patuh dan taat."
22. Kubur yang berjalan dengan penghuninya.
Ikan besar yang menelan Nabi Yunus AS. Nabi Yunus AS di bawa oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin Allah Taala.
23. Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh.
Waktu subuh seperti firman Allah Taala (ertinya) : Demi subuh apabila ia terlepas.
24. Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi.
Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman AS di dalam botol iaitu air peluh kuda.
25. Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada punggung lelaki dan daripada perempuan.
Kibas yang di bawa Jibril AS sebagai korban ganti Nabi Ismail AS, unta Nabi Salleh AS yang disembelih kaumnya, untuk Nabi Adam dan Siti Hawa AS.
26. Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk.
Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya) : Sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai.
27. Darah yang mula-mula mengalir ke bumi.
Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil.
28. Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat.
Helah kaum wanita, seperti firman Allah Taala (ertinya) : Sesungguhnya tipu helah wanita adalah suatu tipu helah besar atau berat.
29. Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh.
Tongkat Nabi Musa AS.
30. Wanita yang paling utama.
Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran.
31. Gunung yang paling utama.
Gunung Tursina.
32. Binatang yang paling utama.
Kuda.
33. Bulan yang paling utama.
Bulan Ramadhan.
34. Malam yang paling utama.
Lailatul Qadar.
35. Tentang Atta'mah.
Hari Kiamat.
36. Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan.
Pohon itu "tahun" yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari. Lima itu ialah lima waktu solat.
37. Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji.
Bahtera Nabi Noh Alaihissalam.
38. Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu.
Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar.
39. Nakir, fatil dan kitmir.
Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.
40. Sabid dan Labad.
Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.
41. Sam dan Ram.
Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam AS.
42. Maksud keldai Makwak.
Keldai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.
43. Maksud anjing menyalak.
Anjing menyalak bermaksud : Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa.
44. Maksud jeritan kuda.
Kuda menjerit bermaksud : Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tentera berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.
45. Maksud jeritan unta.
Unta menjerit membawa maksud : Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila (ertinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.
46. Maksud nyanyian burung Bulbul.
Nyanyian Bulbul bermaksud : Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu petang.
47. Maksud bunyi katak.
Bunyi katak bermaksud : Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja ada makhlukNya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.
48. Maksud kata-kata burung Nakus.
Maksud kata-katanya : Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam! Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit?
49. Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat.
Makhluk itu adalah lebih seperti firman Allah Taala (ertinya): Dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih.
50. Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam.
Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit.

Sumber tranungkite

Sabtu, 12 Mei 2012

Pesawat Perang Dunia Kedua Ditemui Selepas Hilang 70 Tahun 


Ahad 13 Mei 2012

Sebuah pesawat Curtiss P-40 Kittyhawk milik Tentera Udara Diraja Britain ditemui di tengah-tengah gurun utara Mesir selepas hilang pada Jun 1942. Penemuan dilakukan oleh beberapa pekerja syarikat petrolium yang sedang mencari tapak menggali minyak di padang pasari tersebut. Pesawat yang dipandu Sarjan Dennis Copping terhempas beratus batu dari penempatan awam selepas mengalami kerosakan akibat ditembak musuh. Adalah dipercayai beliau cuba membuat pendaratan kecemasan tetapi kerana kerosakan instrumen pesawat beliau tersesat dan terpaksa mendaratkan pesawat di tengah-tengah padang pasir. Beliau juga dipercayai terselamat kerana payung terjun dan radio ditemui diluar pesawat. Beliau mungkin cuba menghubungi pengkalan tentera berikat terdekat tetapi gagal. Pihak Tentera Udara Diraja Britain kini sedang melakukan usaha mencari jasad beliau didalam lingkungan 20 batu dari tapak pesawat ditemui. Mereka juga bercadang membawa pulang pesawat ini untuk dipamerkan kepada orang ramai di Muzium RAF di Hendon, Utara London.

Kasihan juga kepada Sarjan Dennis Copping kerana maut akibat ketiadaan makanan dan minuman selepas terselamat dari terhempas. The good news is at least kini nasib beliau sudah diketahui dan usaha mencari jasad beliau untuk pengkebumian sedang dijalanakan. Ini mengingatkan aku kepada kisah pesawat pengedom yang terhempas di Kelantan ketika darurat dahulu dan jasad anak kapal akhirnya ditanam di Kubur Askar Komenwel Kuala Lumpur

RIP


Jumaat, 11 Mei 2012

MAHRAM

Sabtu 12 Mei 2012

Muhrim dan mahram tidak sama maknanya.

Muhrim ialah orang yang sedang berihram ketika haji atau umrah.

Mahram ialah orang yang berlainan jantina dengan kita tetapi haram kita bernikah dengannya.

Adalah perlu untuk mengetahui siapakah mahram kita supaya dapat menjaga aurat dari dilihat oleh orang yang tidak sebenarkan oleh Islam.

Perlu juga tahu siapakah mahram kita agar tidak bersalaman dengan orang yang bukan mahram kita.





Aurat Perempuan - Klik Sini
Sumber:tazkirah 

Khamis, 10 Mei 2012

Pengertian Fatwa menurut Yusuf Al Qardawi.

Khamis 10 Mei,2012

fatwa
Hari ini kita lihat ada sestengah pihak mempertikaikan fatwa yang di keluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kerana ada fatwa yang  tidak selari dengan kehendak,selera dan kefahaman mereka.
Sebelum kita terikut ikut dengan rentak golongan ini marilah kita fahamkan terlebih dahulu tentang pengertian fatwa itu sendiri.
Saya bentangkan di sini metod Fatwa Al Qardawi secara ringkas sebagai contoh.
Fatwa menurut Al Qardhawi adalah penjelasan mengenai hukum syarak dalam sesuatu isu sebagai jawapan kepada soalan yang di kemukakan oleh pihak yang bertanya, sama ada diketahui orangnya ataupun tidak diketahui dan samada daripada individu mahupun daripada masyarakat.Orang yang bertanggungjawab mengeluarkan fatwa dinamakan sebagai Mufti.Tugasannya mengeluarkan fatwa di namakan Ifta’.
Pendek kata fatwa ialah mengeluarkan satu hukum syarak yang di lakukan oleh mufti berhubung dengan sesuatu isu yang berlaku dalam masyarakat yang tidak terdapat nas yang jelas dari Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas mahu pun dari sumber mazhab yang empat yang muktabar.
Hukum mengeluarkan fatwa dalam sesuatu situasi adalah Fardhu Kifayah.Namun adalah haram keatas orang yang tidak mempunyai kelayakan mengeluarkan fatwa.
Kebanyakkan fatwa yang di keluarkan di putuskan berdasar suara majoriti melalui majlis fatwa yg di tubuhkan oleh sesebuah kerajaan.Keputusan fatwa saperti ini lebih selamat di amalkan oleh umat Islam, kerana ia berdasarkan suara majoriti ulama.Fatwa seumpama ini di sebut Fatwa Jama’i.
Menurutnya lagi fatwa di keluarkan dan berubah mengikut perubahan masa, tempat ,situasi,tradisi dan adat masyarakat setempat.
Contoh: Mufti di negara A mungkin fatwanya berbeza dengan fatwa mufti di negara B mengenai isu yang serupa.
Contoh lagi: Seseorang bertanya mufti tentang keperluan menentang kemungkaran tertentu dengan tangan  tetapi mufti berpendapat menghilangkan kemungkaran dengan cara ini boleh menimbulkan kemungkaran yang lebih besar daripada kemungkaran sebelumnya.Di waktu ini, mufti tidak boleh menfatwakan berdasarkan hukum yang umum iaitu boleh menentang kemungkaran dengan tangan kerana ia akan mendatangkan keburukan yang lebih besar. Qardawi merujuk dan bersandar kepada kisah Ibn Taimiyah yang pernah bertembung dengan segolongan tentera Tartar yang sedang minum arak dan mabuk.Para sahabat beliau cuba mencegah atas alasan mereka orang orang Islam dan haram minum arak.Walaubagaimanapun Ibn Taimiyah melarang sahabat sahabatnya daripada berbuat demikian kerana pada pandangan beliau, dalam kes yang beliau hadapi itu, arak telah menghalang tentera Tartar daripada menumpahkan darah orang Islam dan merampas harta benda mereka.
Qardawi menjelaskan dalam situasi dunia zaman moden ini jika ada seorang mufti sendiri berselisih pendapat dalam sesuatu isu maka hendaklah ikut fatwa majoriti mufti kerana menurutnya fatwa yang di keluarkan oleh majoriti mufti adalah hampir kepada kebenaran berbanding pendapat yang di kemukakan oleh seorang mufti.Beliau beralasan dengan sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Ibnu Umar r.a yang bermaksud:
“Sesungguhnya syaitan bersama dengan seorang, tetapi menjauhi dari dua orang”.(Al Tirmizi, kitab al Fitan, bab Luzum al Jamaah, hadis no 2165)

(Sumber: Buku Metode Fatwa Al Qardawi oleh Basri bin Ibrahim Al hasani Al Azhari)

Rabu, 9 Mei 2012

Tabligh menyampaikan mesej menyelamat umat

 

09 Mei 2012


Ahmad Baei Jaafar
Dahu-dulu orang tabligh dicemuh kerana sering membawa periuk belanga masuk keluar kampung. Sesetengah masjid tidak membenarkan mereka masuk ke dalam masjid untuk aktiviti dakwah mereka kerana dikatakan boleh mengotorkan masjid. Tetapi pada zaman kebelakangan ini penampilan mereka sudah berubah, tidak lagi membawa periuk belanga ke masjid.
Walau bagaimanapun gerakan dakwah atau tablighnya masih sama seperti dahulu, mengajak orang ramai ke masjid dan selepas aktiviti bayan, mengajak jemaah yang hadir untuk berjanji bagi menyertai mereka sekurang-kurangnya tiga hari. Walaupun yang mengikutnya tidak ramai, namun mereka tidak pernah jemu dan berputus asa.
Demikian sifat dan sikap orang tabligh yang harus kita kagumi. Mereka tidak membesar diri malah mereka tidak mahu melabelkan mereka sebagai orang dakwah. Katanya, “kami datang di sini untuk belajar cara berdakwah, dan kami sekadar menyampaikan  apa yang kami tahu.”
Tepatlah seperti sabda Rasulullah SAW  بَلِّغْ عَنِّي وَلَوْ اَيَّة Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat. Kalau kita dapat satu hadis, sampaikanlah hadis itu kepada orang lain. Maknanya jangan tunggu sampai banyak ilmu baru kita nak sampaikan kepada orang lain. Itulah konsep tabligh yang sebenar. Kalau begitu kedudukannya, semua orang boleh jadi orang tabligh.
Jadi, setiap orang Islam apabila mendapat satu hadis atau ilmu hasil pengajiannya di kuliah Maghrib kenalah disampaikan kepada orang lain, isteri dan anak-anak. Tetapi itulah yang tidak pernah terjadi dalam masyarakat kita, ilmu yang diperolehi sekadar maklumat diri, malah kadang-kadang selepas keluar masjid sudah lupa semuanya.
Tabligh adalah sifat Rasulullah yang baginda tidak pernah lokek dengan ilmu yang diperolehnya. Setiap kali baginda mendapat wahyu daripada Allah dia akan terus sampaikan kepada sahabat. Tetapi kalau dalam majlis itu tidak dihadiri oleh semua sahabat, maka para sahabat akan memanjangkan mesej itu kepada sahabat yang tidak dapat datang itu.
Sifat Baginda yang terus menyampaikan mesej itu menyebabkan semua umat Islam mendapat maklumat dan Ilmu dengan tepat. Tetapi bayangkan kalau wahyu yang diperoleh itu disimpan sahaja, kalau ada sahabat datang bertanya baru boleh disampaikan, tentulah banyak ilmu yang tidak dapat disampaikan. Kenapa? Sahabat yang jauh tidak akan berkesempatan untuk bertemu Rasulullah. Dan kalau bertemu pun mereka tidak tahu apa yang hendak ditanya.
Kalau Rasulullah bersifat menyampaikan, tidak menyembunyikan atau menyimpan supaya menjadi banyak baru hendak disampaikan, patutlah kita mencontohi sifat menyampai itu. Kalau pun kita tidak mampu hendak ikut Rasulullah, ikutlah sahabat, kerana mereka juga cepat menyampaikan mesej yang mereka dengar daripada Rasulullah.
Dalam hal ini syabas diucapakan kepada orang tabligh kerana mereka terus berjalan merantau menyampaikan mesej kepada orang ramai. Cuma perlu diingatkan, untuk menjadi orang tabligh tidak semestinya kena masuk jemaah tabligh, tak perlu juga belajar sekolah agama atau masuk sekolah tahfiz atau university Islam. Kalaupun kita mengaji kitab dekat masjid, kita sudah boleh menjadi orang tabligh.
Tetapi kita amat berdukacita, dengan sikap umat Islam pada hari ini yang apabila kita ajak atau memberi tahu satu ilmu, dia dengan senang hati berkata, bila jadi ustaz ni. Dan ada yang lebih berat, sudah mula dah khutbahnya.
Kita perlu ingat golongan ini boleh dimasukkan dalam satu daripada dua kategori berikut:
1.      Mereka mempermain-mainkan usaha tabligh yang mewarisi sifat Rasulullah.
2.      Mereka sama dengan orang Quraisy semasa dakwah Rasulullah.
Jadi, umat Islam pada hari ini tiada pilihan lain kecuali dengan mencontohi sifat Rasulullah SAW sebagai pembawa mesej daripada Allah. Dan setelah menerima mesej, amalkan terus dalam kehidupan kerana ilmu ini kalau disimpan tanpa dipraktikkan, pasti dilupakan dengan kesebukan harian kita.

Selasa, 8 Mei 2012

Lawatan OIC ke Selatan Thailand bagi meredakan konflik

Rabu 9 Mei 2012

Ekmeleddin Ihsanoglu dari Turki, setiausaha agung OIC.

Pemimpin Islam Thailand percaya lawatan delegasi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) hari ini akan mengingatkan kerajaan Thai bahawa layanan yang adil Muslim Thai adalah bahagian yang penting dalam menamatkan keganasan di Selatan .

Terdapat juga berharap bahawa OIC, yang dipercayai oleh pemberontak Islam, akan dapat bertindak sebagai sebuah badan perantara antara pemisah dan kerajaan. Angkhana Neelaphaijit, pengerusi Kumpulan Kerja Keadilan untuk Keamanan dan isteri peguam Islam Somchai Neelaphaijit _ yang hilang pada malam 12 Mac, 2004 dan masih belum boleh dijumpai berkata beliau kecewa bahawa kerajaan tidak menjemput dia untuk memenuhi wakil-wakil OIC.

Cik Angkhana berkata beliau percaya delegasi itu boleh bertindak sebagai orang tengah dalam rundingan proses damai di antara kumpulan pemberontak, yang mempercayai OIC dan kerajaan Thailand.Beliau berkata kerajaan perlu memujuk OIC untuk membantu melibatkan kumpulan pemisah dengan cara yang positif.

Cik Angkhana berkata jika dia mempunyai peluang untuk bertemu delegasi OIC, dia akan menimbulkan isu-isu pencabulan hak asasi manusia dan layanan yang tidak adil kepada umat Islam di selatan Thailand.

"Saya percaya ini adalah sebab-sebab keganasan yang bertambah," katanya."Dan tiada kemajuan [sejak beberapa tahun kebelakangan ini] mengenai kes kehilangan suami saya."

Keganasan muncul semula di wilayah-wilayah selatan yang dikuasai oleh Islam di Pattani, Narathiwat dan Yala pada Januari 2004, apabila pemberontak bersenjata menyerang sebuah kem tentera di Narathiwat daerah Cho Airong, membunuh lima orang pegawai tentera dan membuat dengan mencuri 470 senapang.

Sehingga kini belum ada tanda-tanda pertumpahan darah akan berkurangan, menyebabkan beberapa organisasi antarabangsa, termasuk OIC, untuk mengambil berat. Delegasi itu akan menghabiskan seminggu perjalanan di Thailand, termasuk dalam Selatan, untuk mengumpul maklumat mengenai perkembangan terkini dalam konflik itu. Mereka akan menamatkan lawatan mereka pada hari Ahad.

Penemuan mereka akan disiarkan dalam satu laporan semasa persidangan OIC November ini di Djibouti di Afrika Timur.

Somboon Bualuang Ahmad, bekas ahli Suruhanjaya kini dibubarkan Penyesuaian Negara untuk menangani masalah di Selatan, berkata beliau percaya lawatan wakil-wakil OIC akan membantu kerajaan menjadi lebih sedar tentang keperluan untuk melaksanakan dasar bahawa pelanggaran asas manusia hak-hak Muslim Thai.

"Apabila mereka [OIC] melawat Selatan , agar kerajaan dapat menggalakan mereka untuk bercakap dengan pelbagai kumpulan orang yang terjejas akibat keganasan, bukan sahaja pihak berkuasa," Encik Somboon berkata.

Bekas duta Thailand Surapong Jayanama, yang bekerja untuk menangani masalah di Selatan dalam ketika beliau menjadi Timbalan Setiausaha kepada Perdana Menteri Jen Surayud Chulanont, berkata kerajaan perlu menggunakan peluang itu untuk menggesa OIC untuk mengutuk keganasan tersebut.

"OIC mengutuk kita apabila keganasan disebabkan oleh negeri ini, seperti Krue Se dan Tak Bai pertempuran dan kehilangan Somchai Neelaphaijit," kata Encik Surapong, yang juga sebahagian daripada usaha di Selatan dalam pentadbiran Abhisit Vejjajiva.

Jurucakap Kementerian Luar Thani Thongphakdi berkata OIC akan mempunyai pemahaman yang lebih besar Thailand selepas perjalanan mereka, apabila mereka akan menemui kedua-dua ahli akademik dan wakil-wakil masyarakat sivil."Tetapi jika keganasan masih berterusan, OIC masih perlu perhatian kepadanya kerana ia adalah satu perkara yang melindungi minoriti Islam di seluruh dunia," katanya.

OIC sebelum ini Pertubuhan Persidangan Islam. Ia menukar namanya pada Jun 2011 kepada Pertubuhan Kerjasama Islam.

sumber Bangkok Post

Tanda tanda kematian

 Rabu 9 Mei 2012
Soalan; Assalammualaikum, tersebar dalam internet mengenai tanda-tanda sebelum ajal menjelang bagi umat Islam seperti 100 hari sebelum mati badan akan mengalami getaran sesudah asar, 40 hari sebelum meninggal akan berdenyut pusat, juga berlaku sesudah asar. soalannya, sejauh manakah kesahihan tanda-tanda ini sedang tidak diketemui sebarang nas atau dalil dari Al-Quran atau Sunnah. Sedang ada yang mengatakan ia pandangan segelintir ulama. Dan apakah hukum jika ia dijadi iktiqad? dan apakah hukum jika menolaknya? Sekian.
Jawapan;
Sesuatu yang tidak sabit dengan nas dari al-Quran atau as-Sunnah, tidak harus dijadikan iqtiqad. Termasuklah juga perkara-perkara ghaib. Urusan aqidah dan kepercayaan adalah urusan agama. Oleh itu, tiada siapapun harus mendakwa sesuatu itu sebagai keyakinan agama atau amalan agama melainkan ia wajib mendatangkan dalil yang soheh dari al-Quran atau as-Sunnah. Sabda Nabi -sallallahu alaihi wasallam-; “Sesiapa mereka-reka dalam urusan kami ini (yakni urusan agama) apa-apa yang bukan darinya, maka ia adalah tertolak”. Adapun suatu dakwaan yang dibuat atas dasar pengalaman, kajian, penelitian dan sebagainya -bukan atas dasar agama-, itu terserah kepada setiap individu sama ada untuk menerima atau menolaknya berpandukan penilaian akal masing-masing.
Kesimpulannya, orang yang mendakwa tanda-tanda kematian itu adalah dari agama, wajiblah ia mendatangkan dalil dari al-Quran atau as-Sunnah. Jika ia mendakwa ianya dari pengalaman atau penelitian, terserahlah kepada masing-masing untuk mempercayainya atau tidak.
Tanda-tanda kematian yang baik (husnul-khatimah)
Apa yang jelas terdapat nas tentangnya ialah tanda-tanda kematian yang baik (husnul-khatimah) iaitu;
1. Mati dengan mengucap kalimah syahadah
Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;
مَنْ كَان آخِرَ كَلامِه لا إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ دَخَلَ الجَنَّةَ
“Sesiapa yang ucapan terakhirnya (sebelum mati) ialah Lailahaillallah, maka ia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam al-Hakim dari Mu’az bin Jabar –radhiyallahu ‘anhu-. Kata al-Hakim; Hadis ini sanadnya soheh.)
2. Berpeluh di dahi
Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;
اَلْمُؤْمِنُ يَمُوْتُ بِعَرَقِ الْجَبِيْنِ
“Seorang mukmin mati dengan berpeluh dahinya”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasai dan al-Hakim dari Buraidah –radhiyallahu ‘anhu. Kata Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Menurut al-Hakim; hadis ini adalah soheh. Tashih al-Hakim itu dipersetujui Imam az-Zahabi. (Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 9145))
Maksud hadis di atas ialah; jika kelihatan pada dahi si mati renik-renik peluh, maka itu tanda bahawa ia mati dalam iman. Sebab terjadinya renik-renik peluh itu menurut sebahagian ulamak ialah kerana malunya kepada Allah yang memberi rahmat kepadanya sedangkan masih ada dosanya kepada Allah. Sebahagian ulamak pula berkata; orang mukmin tidak terlepas dari merasai kepayahan ketika mati, namun kepayahan yang dihadapinya ringan sahaja iaitu hanya sekadar kepayahan yang menerbitkan peluh yang berpercikan pada dahi. (Faidhul-Qadier, hadis no. 9145)
Dalam satu hadis yang lain, Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda;
لَقِّنُوْا مَوْتَاكُمْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ فَإِنَّ نَفْسَ الْمُؤْمِنِ تَخْرُجُ رَشْحًا وَنَفْسُ الْكَافِرِ تَخْرُجُ مِنْ شِدْقِهِ كَمَا تَخْرُجُ نَفْسُ الْحِمَارِ‏
“Ajarilah orang yang hampir mati di antara kamu Lailahaillallah. Sesungguhnya ruh orang beriman akan keluar dengan bercucuran peluhnya. Adapun ruh orang kafir akan keluar dari rahangnya sebagaimana keluarnya ruh kaldai”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari Abdullah bin Mas’ud –radhiyallahu ‘anhu-. Kata Imam al-Haithami; sanad hadis ini adalah hasan. (Lihat; al-Asas Fi as-Sunnah, Sa’id Hawa, jil. 3, hlm. 1164, hadis no. 1112)).
3. Mati ketika sedang melakukan amal soleh
Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;
مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ اِبْتِغَاْءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ صَامَ يَوْمًا اِبْتِغَاْءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ اِبْتِغَاْءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ
“Sesiapa mengucapkan Lailahaillallah semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati dengan kalimah itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa berpuasa pada satu hari kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati ketika sedang berpuasa itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa bersedekah dengan satu sedekah kerana mencari redha Allah, lalu ia mati sesudah bersedekah itu, maka ia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Ahmad dari Huzaifah –radhiyallahu ‘anhu-. Berkata Imam al-Haithami di dalam Majma’ az-Zawaid; “Para perawi hadis ini adalah tsiqah”. Menurut Syeikh al-Albani; hadis ini adalah soheh. (Lihat; Ahkam al-Janaiz)).
(Tuan-tuan/puan-puan yang ingin membaca lebih lanjut tentang kematian dan hal-hal berkait dengannya boleh dapatkan buku tulisan saya “Rahsia Kematian, Alam Barzakh dan Roh”. Ebook sila dapatkan di (http://ebook-ilmudanulamak.blogspot.com/)).
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1.Rahsia Kematian, Alam Barzakh & Roh, Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil.
Oleh: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL  Ahli Penal Syariah HPA8