Isnin, 4 April 2011

Kemanisan iman anugerah Allah

Apabila seseorang itu berada pada tahap iman yang kukuh nescaya dia akan dikurniakan rasa kemanisan iman. Ketika itu, pasti imannya sukar digugat lagi. Oleh sebab itu iman pada tahap tinggi ini perlu diusahakan oleh umat Islam. Persoalan sekarang, mampukah umat Islam memilikinya sedangkan iman bertaraf rendah pun masih gagal?
Inilah cabaran yang harus dibawa oleh umat Islam jika mereka mahu berjaya dalam perjuangan hidup di dunia ini. Mereka wajar memburu bagi memiliki kemanisan iman. Untuk itu, tiga peluang dibentangkan oleh Rasulullah.
Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Ada tiga perkara, yang jika tiga perkara itu ada pada seseorang, maka dia akan berasa manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada yang lain. Keduanya; mencintai seseorang, yang dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah. Ketiganya; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)
Bagaimana dengan peluang pertama, bolehkah anda memilikinya? Atau sudahkah anda rasa kemanisan itu? Marilah kita sama-sama menilai situasi ini, anda tentu ada rasa cinta kepada ibu bapa, rasa cinta kepada isteri, rasa cinta kepada anak, rasa cinta kepada harta dan sebagainya. Mana yang lebih anda cintai antara perkara di atas dengan cinta kepada Allah dan rasulnya?
Anda tentu cinta kepada isteri anda. Sebagai tanda cinta, maka segala kehendaknya diturutinya. Satu hari dia hendak memakai baju cantik yang pastinya mendedahkan aurat. Apakah tindakan anda? Membenarkannya atau melarang. Allah melarang umat Islam mendedahkan aurat, maka sebagai tanda cinta kepada Allah, kita perlu patuh kepada perintah Allah. Kehendak isteri itu wajar dilarang. Tapi kalau anda membiarkan isteri anda mendedahkan auratnya ternyata anda lebih cintakan isteri berbanding cinta kepada Allah.
Begitu juga dengan harta yang anda cari, tentu anda sayang lalu menjaganya dengan baik daripada dicuri orang. Kerana sayangkan harta anda tidak mahu membayar zakat. Tidak mahu mendermakan untuk membantu orang yang susah. Sedangkan Allah mewajibkan umat Islam mengeluarkan zakat dan membantu orang yang susah. Jadi kalau anda tidak mahu membayar zakat kerana sayang, maka anda ternyata lebih sayang harta daripada Allah.
Kemudian dalam soal cinta sesama manusia pula, sama ada lelaki cintakan perempuan ataupun sesama lelaki, apakah anda boleh bercinta kerana Allah iaitu bercinta sebagaimana yang Allah perintahkan. Tetapi lazimnya percintaan pada hari ini adalah kerana nafsu lalu berlakulah pergaulan bebas hingga sanggup berkhalwat. Malah kerana cinta, mereka sanggup berzina atau meliwat. Tegasnya wujud pasangan lesbian dan gay secara berleluasa adalah kerana cinta berasaskan nafsu.
Cinta sesama manusia tidak salah malah digalakkan, tetapi cinta itu hendaklah kerana Allah. Cinta berdasarkan perintah Allah, maka apa yang dilarang ditinggalkan. Cintakan wanita sebagai contoh, lelaki mesti menghormati wanita dengan melindungi mereka daripada didera, dirogol dan dizinai. Lalu wanita tidak boleh disentuh tubuh dan perasaannya kerana semua itu dilarang oleh Allah.
Seterusnya, sebagai umat Islam kita perlu benci untuk kembali kepada kekufuran dan kesesatan. Ini kalau sebelumnya kita berada dalam keadaan sesat dan kufur, maka setelah disedarkan dan diberi hidayah, perlulah dijaga betul-betul aqidah itu. Mereka ini bukan sahaja tidak mahu kembali kepada jahiliah malah akan mengajak orang lain kepada Islam.
Sudahkah anda berada di salah satu daripada tahap iman di atas? Jika ada sesungguhnya anda sudah memiliki kemanisan Islam. Tetapi kalau semua itu sudah ada dalam diri anda, percayalah keimanan yang anda miliki sukar digugat lagi. Rasa kemanisan iman itu sudah berada di tahap tinggi.
Percayalah semua umat Islam boleh mencapai kemanisan iman itu. Tiga peluang dibentangkan itu tidak susah untuk dilaksanakan oleh umat Islam. Sebaiknya, laksanakan mana yang senang dahulu, setelah itu laksanakan yang kedua dan ketiga.

Spiderman Cipta Rekod



Spiderman dari Perancis, Alain Robert berjaya memanjat Burj Khalifa, Dubai, menara tertinggi dunia pada 28 Mac 2011. Yang berbeza dengan pengalamannya sebelum ini, Alain tidak ditahan oleh polis kerana beliau diundang oleh Burj Khalifa jadi perbuatannya tidak salah.

Alain Robert, 49, dikenali Spiderman, berminat memanjat sejak berumur 12 lagi. Beliau pernah berjaya memanjat Menara Kembar Petronas di KL, Menara 101 di Taipei, Menara Eiffel dan Empire State Building New York.

Menara Khalifa, dengan tingginya 828 meter merupakan bangunan yang tertinggi di dunia. Ia juga satu-satunya bangunan yang ketinggiannya melebihi 800 meter di dunia sekarang ini.

Ahad, 3 April 2011

Korea Selatan No 1 Capaian Internet ke Rumah Terpantas di Dunia...'1Gbps'

Seoul- Korea Selatan merupakan negara yang mempunyai sistem capaian atau sambungan Internet terpantas di dunia - terpantas global setakat ini -namun ia masih belum cukup baik lagi pada tanggapan kerajaan Kore Selatan.
Pada tahun 2012, penduduk Korea Selatan akan menikmati kemudahan Internet ke rumah-rumah dengan kelajuan '1Gbps'...1 gigabit per saat. Itu akan menjadi sepuluh kali ganda peningkatan daripada standard nasional dan lebih 200 kali ganda lebih cepat yang dimiliki oleh penduduk-penduduk di Amerika Syarikat.
Satu projek perintis gigabit oleh kerajaan Korea Selatan sedang dilaksanakan, sebagai permulan dengan 1,500 buah rumah untuk setiap bandar di lima buah bandar Korea Selatan. Setiap pengguna dikenakan bayaran sekitar 30.000 won [ RM 90.00] sahaja sebulan untuk sambungan internet 1Gbps.
Berikut adalah senarai 10 teratas negara-negara yang memiliki keupayaan capaian internet terpantas di dunia untuk ke rumah-rumah. [Peratusan berdasarkan jumlah pengguna broadband di setiap negara tersebut] :
1. South Korea (95 percent)

2. Singapore (88 percent)

3. Netherlands (85 percent)

4. Denmark (82 percent)

5. Taiwan (81 percent)

6. Hong Kong (81 percent)
7. Israel (77 percent)

8. Switzerland (76 percent)

9. Canada (76 percent)

10. Norway (75 percent).
Waaaaah... Kemudahan sambungan internet di Malaysia masih jauh ketinggalan. Sebagai contoh di bandar KB ni amat sukar untuk melanggan sambungan internet [streamyx tmnet] pada kelajuan 2Mb... paling laju sekadar 1mb saja. Di kawasan bandar besar pula maksimum 4mb...Negara jiran Singapura sudah capai 8mb untuk sambungan ke rumah.

Jumaat, 1 April 2011

Ratusan Mayat Di Zon Larangan Nuklear Jepun


27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

HONG KONG: Kira-kira 1,000 mayat mangsa gempa bumi dan tsunami masih tidak dikutip dalam kawasan zon larangan di sekitar loji nuklear kerana kebimbangan terhadap kesan radiasi, kata laporan yang dikeluarkan pada Khamis.

Memetik sumber polis, Kyodo News berkata, pihak berkuasa berhasrat menghantar mayat keluar daripada zon larangan 20 kilometer di sekitar loji Fukushima tetapi menimbang semula rancangan berkenaan.

Mayat itu sudah "terdedah dengan kesan radiasi tinggi selepas kematian", kata laporan itu memetik sumber. Polis tempatan memutuskan untuk tidak mengutip mayat-mayat berkenaan kerana kebimbangan terhadap radiasi.

Kira-kira 28,000 orang disahkan mati atau disenaraikan sebagai hilang sejak gempa bumi dan tsunami melanda pada 11 Mac lalu di timur laut Jepun serta melumpuhkan operasi loji nuklear berkenaan dan berlaku kebocoran sehingga menyebabkan kesan radiasi. - AFP

Binatang Pun Tidak Ingin Jadi Manusia, Tapi Manusia Suka Jadi Binatang.

Assalamualaikum Wbr.

Kerbau

Dikisahkan.....
Jibril AS, Kerbau, Kelawar & CacingAssalamualaikum Wbr...[Image]Kerbau
Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau.
Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.


Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "Hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, daripada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri".
Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelelawar.Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua.

Kelawar

Kemudian mulai bertanya kepada si kelawar, "hai kelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelawar.

Cacing Tanah

Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". [Image]
Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal sholih ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".


Panglima bercerita

MENGAPA BAYI ANDA MENANGIS

Mari kita berkongsi sedikit info untuk mereka yang bakal bergelar ibu-ibu atau bapa-bapa atau mungkin baru dapat baby,tahniah diucapkan.Bagi mereka yang baru dapat baby mungkin kurang pengalaman tentang karenah baby anda...so...kita kongsi info ini.


Fenomena bayi yang menangis di tengah malam sebegini kadang kala diterjemahkan dengan pelbagai terjemahan. Ada yang percayai bayi mereka di’usik’ oleh makhluk halus. Yang lebih hairan, kalau minda mereka sudah ’dicetak’ dengan pemikiran begitu, mengapa harus dibawa ke perubatan moden pula.Apakah agaknya punca anak menangis di waktu malam? Apa sebenarnya yang berlaku? Apa yang sebenarnya bayi ini mahu? Apa yang perlu dilakukan untuk menghentikan mereka menangis?


Banyak alasan mengapa mereka menangis. Pakar psikologi kanak-kanak memberitahu bahawa bayi sebenarnya cuba berkomunikasi dengan ibubapanya. Ayat yang mereka gunakan ialah tangisan yang lebih menarik perhatian ibubapa.Antara sebab mereka menangis di waktu malam kerana mereka lapar. Bayi yang berumur kurang dari setahun terutamanya kurang dari enam bulan kerap mereka lapar dan perlu disusukan. Ini disebabkan perut mereka yang kecil. Mereka menyusu dengan sedikit tetapi kerap. Mereka harus disusukan setiap 4-6 jam.

Ramai ibubapa yang tidak menyangka bahawa bayi mereka mempunyai perasaan. Bayi bukannya seperi pokok bunga yang hidup tanpa perasaan. Mereka adalah makhluk yang hidup dan berperasaan. Pembentukan emosi mereka di peringkat baru dan sedang dibentuk.Mereka sebenarnya mahu dimanjai. Ibubapa haruslah mendodoi mereka dan jangan biarkan mereka baring dan disusukan begitu. Walaupun disusukan dengan susu formula menggunakan botol, namun dakapan ketika menyusukan bayi amat bernilai dari segi psikologi dan pembentukan mental mereka.
cara penyusuan yang betul

Mereka akan rasa lebih disayangi dan selamat. Jadi sebelum bayi kita menjerit di tengah malam, pastikan kita memberikan sedikit masa untuk mendakap mereka dan mendodoikan mereka. Apabila bayi sudah menjerit, tidak banyak yang boleh dilakukan lagi untuk meredakan tangisannya.Pastikan bayi anda tidak tidur sepanjang waktu siang. Ada bayi yang di waktu siang akan rehat dan tidur, sementara di waktu malamnya pula masih bertenaga. Mereka masih mahu bermain sedang ibubapa pula sudah kepenatan kerana bekerja sepanjang hari di tempat kerja.

Untuk membaiki keadaan ini, beritahu pengasuh bayi kita supaya tidak membiarkan mereka terus tidur sepanjang waktu siang. Kalau ada kesempatan, bermain dan bercakap-cakap dengan bayi akan membuatkan mereka letih di sebelah petang.Gelapkan atau suramkan lampu di bilik mereka. Ini akan membuatkan otak mereka tidak berfikir secara aktif. Ramai ibubapa yang berasa tidak selamat membiarkan bayi mereka tidur dalam cahaya yang suram.Sebenarnya ia adalah selamat selagi kita memastikan tiada barang-barang atau selimut yang boleh menyebabkan mereka susah bernafas. Bayi selalunya akan menangis jika mereka bermasalah dan perlukan perhatian. Lampu yang terang menyebabkan mereka aktif bermain sendirian.

Ramai yang tidak percaya jika saya memberitahu bahawa bayi mereka menangis kerana mereka kepenatan. Lebih mudah untuk memberitahu bahawa bayi mereka diganggu makhluk halus. Ibubapa sering menganggap bayi mereka ibarat patung ’babydoll’ yang tidak boleh berasa penat.Bayangkan kalau sepanjang hari ibubapa bermusafir dari Alor Star ke Johor Bahru dengan berkereta. Jika posisi bayi tidak berubah, tentu otot-otot mereka berasa lenguh. Jika bayi berumur 6 bulan ke atas, mereka boleh diurut perlahan-lahan dengan teknik yang betul. Ini akan menyebabkan bayi akan berasa selesa dan mudah untuk tidur.

Bilik tidur yang gelap sememang membantu untuk otak bayi ”turn off”. Walaupun kepenatan, bayi tidak mampu untuk lena jika keadaan bilik mereka terang benderang. Otak mereka akan sentiasa “standby”, dan akan ”turn on” bila-bila masa jika ada ransangan seperti bunyi angin atau bunyi air yang menitik. Perkara yang sama berlaku pada orang dewasa yang tidak dapat lena.

Saya percaya ramai ibubapa yang keliru dengan jeritan bayi. Apabila mereka dikejutkan dari tidur oleh suara teriakan bayi, mereka terus ke dapur dan membuatkan susu untuk bayi mereka. Tanpa menyedari apa yang berlaku, mereka menyumbatkan mulut anak mereka dengan puting botol susu.Seharusnya ibubapa haruslah perhatikan persekitaran bayi. Suhu bilik di mana kita letakkan bayi juga haruslah diberikan perhatian. Jika suhu bilik terlalu sejuk atau terlalu panas, tentu ianya tidak selesa pada bayi. Bayi mungkin akan berpeluh dan menambahkan ketidak selesaan. Pasangkanlah kipas yang berpusing dengan kelajuan sederhana. Tujuannya agar udara di bilik itu bergerak dan perudaraannya baik. Tidak perlu meletakkan bayi di sebelah kipas kerana apabila bayi terkena udara secara langsung, bayi itu mungkin lebih tidak selesa.

Perhatikan juga lampin bayi yang mungkin basah dan kotor. Jika lampin tidak ditukarkan, ia kan memberikan kesan kegatalan pada kulit dan menyebabkan bayi akan tidak selesa. Mereka menjerit minta ditukarkan lampin yang basah dan kotor.Ahli psikologi kanak-kanak juga mengandaikan bayi juga mempunyai mood perasaan. Adakalanya bayi menjadi cerewet dan mudah meradang. Malah mereka mungkin berasa ceria dan mempunyai mood yang baik. Ini semua boleh dirangsangkan apabila ibubapa berkomunikasi dengan bayi dengan baik.

Bercakap, bercerita, berlawak dengan bayi akan meningkatkan mood mereka. Jika mereka dibiarkan tanpa komunikasi dan interaksi, mood bayi tidak diceriakan dan bayi akan mudah marah dan menangis.Walau bagaimana pun, mood ibubapa juga mempengaruhi mood bayi mereka. Ahli psychology kanak-kanak berpendapat bahawa ibu yang marah, kecewa, sugul, penat dan murung selalunya bayi akan menangis sekuat hati. Selain itu bayi juga akan menangis lebih lama. Begitu juga ibu mereka mempunyai masalah dengan suami atau terasa diabaikan.

Jadi sebelum bergegas membawa bayi kita ditengah malam berjumpa doktor, elok juga jika kita mempelajari dan mempraktikkan apa yang kita ketahui.Namun punca-punca bayi menangis tadi haruslah dibezakan dengan dua punca yang lain, iaitu colic dan demam. Punca-punca ini lebih serius dan memerlukan perhatian, dan harus dibawa berjumpa doktor.Colic adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan bayi yang menangis di tahap melampau. Ia selalunya bermula dari umur dua minggu hingga 4 bulan. Namun ada bayi yang masih lagi menangis walaupun berumur lebih empat bulan.Mereka menangis sepanjang petang dan kadang kala berlarutan ke malam.

Colic disebabkan oleh pengecutan otot usus menyebabkan rasa senak dan memulas-mulas selepas menyusu bayi. Pakar Pediatrik memberikan teori bahawa ianya disebabkan susu yang tidak dapat dihadamkan.Susu yang tidak dihadamkan menghasilkan lebih banyak gas. Setengah bayi mempunyai alahan pada susu lembu dan kambing. Perut mereka menjadi kembung.Gas yang berada dalam usus tidak dapat menyerap dalam badan, ia harus dikeluarkan. Otot usus mengecut semaksima mungkin agar gas ini dapat dikeluarkan samada sebagai muntah atau kentut/ceret beret.

Banyak ubat yang boleh didapati di farmasi yang membantu mengurangkan colic pada bayi. Antaranya ialah gripe water dan colimix. Namun haruslah bertanyakan kepada farmasi yang bertauliah atau doktor tentang masalah bayi anda sebelum memberikan apa-apa ubat kepadanya.Mengurut dan mengusap bayi dengan teknik yang betul mampu melegakan bayi. Caranya ialah dengan melakukan pergerakan yang berulang-ulang aksi seolah-olah bayi sedang menunggang basikal.

Kaki mereka berada di udara dan ‘mengayuh’ dalam keadaan telentang. Pergerakan pasif yang dilakukan oleh ibubapa mereka sangat membantu bayi merasakan kelegaan.Mengusap dengan lembut perut bayi akan mengurangkan rasa tidak selesa. Bayi ditiarapkan dan diusap dari belakang terutama kaki dan bahunya. Urutan yang lembut sebegini tidak menggunakan minyak panas, hanya sekadar minyak ’baby oil’ yang melicinkan pergerakan tangan ketika mengurut.

Saya amat mencadangkan ibubapa membeli termometer yang ringkas agar dapat mengukur suhu badan bayi. Ianya akan membantu ibubapa mengetahui samada bayi mereka sedang demam atau tidak.Bayi yang demam adalah antara masalah yang serius dan harus dibawa berjumpa doctor. Demam yang tinggi dan berlarutan boleh memberikan kesan buruk pada bayi.Jadi perhatikan keadaan bayi sebelum kita membawanya ke pusat kesihatan. Adakalanya bayi akan diam dengan sendirinya tanpa perlu memakan apa-apa ubat.
Sumber:Dr .Zubaidi.com

Manusia dan Akal

Sabtu, 02/04/2011 07:03
Oleh Silvani sumber [eramuslim.com]
Manusia adalah makhluk Allah yang mulia. Allah memuliakan manusia dengan memberinya akal. Dengan akal manusia diangkat menjadi khalifah Allah di muka bumi. Dengan akal kita berpikir, memahami, dan mengambil pelajaran. Betapa banyak ayat tentang akal dalam al-Qur’an. "…Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan Kami kepada orang-orang berpikir.” (QS. Yunus [10] : 24). “….Maka apakah mereka tidak memikirkan?” (QS. Yasiin [36] : 68)
Namun sungguh sangat aneh, yang terjadi sekarang adalah setelah manusia menggunakan akalnya, dengan congkaknya manusia berkesimpulan bahwa Al-Qur’an tidak tepat!
Akal adalah ciptaan Allah, dan Al-Qur’an adalah wahyu Allah, tidak mungkin tak ada kesesuaian antara akal dan wahyu Allah. Logiskah kesimpulan manusia?
Ada seorang muslimah yang makan daging babi dan minum minuman keras. Ketika saya bertanya padanya mengapa dia melanggar larangan Allah yang jelas telah mengharamkan babi dan minuman keras, apa jawaban muslimah tersebut? Dia katakan bahwa larangan Allah memakan babi tidak masuk akal!
Pernah pula dalam suatu majelis ta’lim, seorang peserta menyatakan bahwa manusia harus bersikap kritis terhadap Al-Quran, karena Al-Quran sifatnya kontekstual, hanya sesuai dengan zamannya. Dan perbedaan yang sekarang terjadi di dunia adalah bukan suatu yang sesat, melainkan rahmat dari Allah. Astaghfirullah…
Betapa sering kita mendengar ucapan “Ayat ini tidak cocok lagi untuk zaman sekarang!”, “Hukum Islam ini tidak adil untuk wanita!”, atau ucapan “Ayat ini hanya diperuntukkan untuk masyrakat Arab, hanya cocok untuk budaya Arab saja!”
Sungguh aneh. Akal, perangkat penting yang diciptakan Allah untuk manusia hanya dipergunakan manusia untuk mengingkari ayat-ayat Allah, membuat manusia jauh dari Allah, membuat manusia berpaling dari Allah!
Bagaimana mungkin, kita mau Islam tapi kita mengingkari ayat Allah. Kita mau Islam, tapi kita tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar. “Peganglah dia lalu belenggulah tangannya ke lehernya. Kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala. Kemudian belitlah dia dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta. Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar.” (QS. al-Haaqqah [69] : 30-33)
Dr. M. Ratib al-Nabulsi dalam bukunya memberikan perumpamaan sebagai berikut: Apabila kita membeli perangkat elektronik yang sangat canggih, mahal, dan memiliki fungsi yang besar, maka kita akan melihatnya dengan sangt antusias, dan sangat antusias pula membaca buku manual yang diterbitkan oleh pihak produsen. Kita sangat serius membacanya, menerjemahkannya, memahaminya dan mempraktekkan petunjuk-petunjuknya dengan sangat detail. Dengan sangat hati-hati kita menjaga alat elektronik yang canggih tersebut.
Demikian pula manusia. Manusia adalah perangkat tercanggih di seluruh alam semesta. Di dalam sel-sel, struktur tubuh, organ tubuh manusia terdapat kerumitan dan kecanggihan yang luar biasa. Di dalam manusia terdapat jiwa dengan berbagai insting dan dan perasaanyang teramat rumit. Ilmuwan paling jenius sekalipun tidak akan mampu memahami cara kerja tubuh dan jiwa manusia yang sangat rumit dan canggih ini.
Dan sekarang, manusia, membutuhkan buku manual dari Pencipta-Nya! Buku manual sebagai pegangan hidupnya, dan buku manual itu adalah Al-Qur’an! Al-Qur’an diturunkan Allah untuk kemaslahatan manusia, ciptaan-Nya!
Al-Qur’an adalah kebenaran mutlak, ia datang dari Allah yang Maha Sempurna. Hasil berpikir akal yang bertentangan dengan Al-Qur’an jelas salah. Allah SWT berfirman “Yang tidak datang kepadanya (Al-Qur’an) kebatilan baik dari depan maupun belakangnya, yang diturunkan dari Rabb yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji." (QS. Fushshilat [41] : 42)
Manusia adalah hamba Allah. Tugas seorang hamba adalah menaati segala perintah-Nya dan menjauhi segalalarangan-Nya. Allah menegaskan dalam firman-Nya, “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. az-Zariyaat [51] : 56)
Tapi sekarang manusia bersikap seakan manusia bukan hamba Allah. Ketika Allah memerintahkan dan melarang suatu hal, manusia berpaling dan ingkar, padahal sejatinya perintah dan larangan Allah adalah untuk kebaikan manusia.
Tidak cukupkah bagi kita ketika Allah berfirman kuperintahkan hal ini kepadamu, lantas kita segera menaati-Nya? Tanpa perlu lagi kita bertanya Mengapa? Apa alasannya? Apa relevansinya?
Saudaraku, gunakan akal kita untuk mengenal-Nya, untuk merenungi hasil ciptaaan-Nya. Gunakan akal kita untuk bersungguh-sungguh mendekat kepada-Nya, hingga iman kita kepada Allah semakin bertambah. Gunakan Al-Qur’an untuk memvonis akal, bukan sebaliknya.
Wallahu a’lam bishshawaab.