Isnin, 6 Disember 2010

Jadilah isteri yang disenangi suami

Hayat sesuatu perkahwinan umat Islam pada akhir-akhir ini tidak lama, paling lama boleh bertahan ialah selama lima tahun tetapi yang paling singkat ialah 7 hari. Ketidakserasian dikatakan punca berlakunya perpisahan mereka.

Persoalannya bagaimana perkahwinan itu boleh terjalin kalau tidak serasi. Adakah sebelum berkahwin mereka tidak melihat keserasian itu? Mengapa pula selepas berkahwin baru didapati hubungan mereka tidak serasi?

Barangkali benarlah kata orang tua-tua, “cinta itu buta”. Sewaktu bercinta mereka tidak nampak cacat celanya. Waktu bermadu kasih, semua yang buruk nampak cantik dan indah belaka. Jadi, keserasian tidak dapat dikesan kerana manusia dikatakan boleh berlakon melindungi watak sebenar.

Walau bagaimanapun hujah keserasian itu tidak begitu kuat untuk diterima kerana keserasian boleh datang selepas berkahwin. Jadi, punca sebenarnya ialah pasangan itu tidak pandai membina keserasian. Suami dan isteri gagal memahami hak dan tanggungjawab masing-masing.

Dalam ruangan yang terbatas ini saya ingin membawa pembaca untuk menghayati sebuah hadis iaitu Nabi s.a.w. bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taatlah kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, nescaya sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran. Sungguhpun begitu sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al-Imam Bazzar).

Menurut hadis di atas, dua perkara yang sering diabaikan oleh isteri ialah; mentaati suami dan mengakui hak suami. Lazimnya selepas pasangan pengantin diijabkabulkan mereka enjoy dengan kebebasan yang mereka peroleh. Mereka terlupa untuk mengenali secara lebih mendalam isi hati masing-masing atas alasan sudah kenal lama.

Sebenarnya alam perkenalan, bertunang dan alam rumah tangga tidak sama perjalanan hidupnya. Kalau sekiranya selepas berkahwin, gaya hidupnya sama seperti zaman perkenalan sudah tentu akan berlaku kompleks yang tidak kesudahan. Apa tidaknya, tanggungjawab tidak diberi perhatian, hak suami isteri tidak dijaga, dan pantang larang hidup berkeluarga sering dilanggar.

Pada waktu itu kesalahan suami isteri, boleh dimaafkan dengan cara baik kerana darah masih panas dan manis. Tetapi jika setelah tiga bulan kesalahan sama terus diulangi, tentu akan timbul rasa kurang senang hati pasangannya. Ketika itu akan berlakulah pertengkaran kecil.

Inilah realiti masyarakat kita pada hari ini, si isteri tidak tahu meletakkan ketaatan kepada suami kerana dia menganggap dirinya dengan suaminya sama sahaja. Suaminya tidak ada keistimewaan berbanding lelaki lain yang dia kenali.

Boleh jadi suami sejak berkahwin sehingga ke saat itu, tidak pernah menunjukkan kewibawaannya, ilmunya mungkin kurang, agamanya juga kurang, dan pendapatannya juga mungkin kurang daripada isterinya. Bagaimanakah dalam keadaan itu si isteri boleh menghormati suaminya?

Barangkali kalau suami pada hari perkahwinannya telah menunjukkan kewibawaannya sebagai pemimpin, pembimbing, pendidik, tegas, kasih sayang, dan amanah pasti isteri akan taat kepadanya. Biarpun suami tidak ada ilmu sehebat isteri, tetapi dengan kewibawaannya memimpin keluarga, cukup besar ertinya kepada si isteri. Isteri memang mahu seorang lelaki yang boleh membela hidupnya hingga ke akhirat.

Walau bagaimanapun berdasarkan hadis di atas, isteri yang boleh taat suami dan menjaga hak suami walaupun suaminya tidak berwibawa, walaupun miskin, dan tidak cukup ilmu, wanita inilah yang akan berboleh pahala seperti berjihad di medan perang.

Menyentuh sikap isteri yang tidak mahu mengakui hak suami, ia berpunca daripada kegagalan suami mendidik isteri pada awal perkahwinan. Mungkin dia tidak tahu apakah hak suami yang perlu dijaga. Kalau tidak masakan isteri tidak boleh menghormati suami dan menjaga haknya.

Tanpa didikan itu, seorang isteri mungkin tidak membenarkan suaminya menyentuh tubuhnya selagi tidak diadakan majlis kenduri kahwin. Ada juga isteri yang tidak membenarkan tubuhnya disentuh suami kerana tidak sanggup mengandung dan masih tidak mahu anak. Malah ada juga isteri yang tidak mahu disentuh suami kerana masih terbayang bekas kekasihnya.

Biasanya dalam keadaan itu suami akan terus bersabar. Dia masih sayangkan isteri, apatah lagi telah mengeluarkan wang yang banyak untuk mengahwininya, sudah pasti dia cuba memaafkannya. Harapannya lambat laun isterinya akan insaf dan berubah. Tetapi berapa lama dia boleh bersabar?

Sebenarnya dalam Islam suami berhak terhadap tubuh isterinya. Isteri ibarat ladang yang boleh dibajak dan dituai, begitu juga sebaliknya. Tetapi apabila hak itu disekat dan tidak diiktiraf, akan musnahlah segala harapan dan perkahwinan itu hanya menunggu retak. Suami ketika itu tidak akan rasa sayang lagi akan wang pelaburannya dan akan bertindak menceraikan isterinya.

Jadi, isteri perlu pelihara dua perkara di atas untuk disenangi suami dan beroleh pahala yang besar. Wallahu aklam.

Ahad, 5 Disember 2010

Beza adat dan Ibadat

Adat

Duduk rehat didalam masjid

Makan hanya sekadar makan

Berkahwin untuk menamatkan zaman bujang

Bertudung kerana ingin kelihatan cantik dan ala-ala artis

Bermake up supaya muka kelihatan cantik tiruan

Ibadat

Iktikaf didalam masjid

Makan supaya badan kuat untuk beribadat

Berkahwin kerana sunnah & menjauhi maksiat

Bertudung lantaran akur dengan perintah Allah

Berwudhuk sudah mampu mempamerkan cahaya & kecantikan asli pada wajah

Rahsia wajah dan hati yang cantik

Tips agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik :

1. Cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir dan jangan lupa berdoa.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga' dengan memperbanyakkan solat-solat wajib dan sunat.

Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', doa ketika melihat cermin iaitu, "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud a.s. iaitu selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayur-sayuranan, buah-buahan dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan, dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Mudah-mudahan ia menjadi amalan rutin kita sehari-hari, insya Allah.

Sabtu, 4 Disember 2010

Surah Bacaan Ketika Mengandung

  1. Surah Al-Fatihah- Untuk menerangkan hati dan menguatkan ingatan
  2. Surah Maryam- Bagi memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat
  3. Surah Luqman- Bagi memperolehi anak cerdik akal dan cerdik jiwa
  4. Surah Yusuf- Bagi memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak
  5. Surah Hujurat- Bagi memperbanyakkan air susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
  6. Surah Yasin- Bagi menenangkan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
  7. Surah At-Taubah-Bagi membersihkan jiwa dan terpelihara dari maksiat
  8. Surah An-Nahl- Untuk melahirkan anak yang berdisiplin

Bahayanya sikap suka mengampu..

Pahlawan Mexico yang terkenal iaitu Jeneral Alvaro Obregon pernah berkata

Jangan takut pada musuh yang menyerang kita. Takutlah pada kawan-kawan yang mengampu kita.

Lihatlah betapa bahayanya sikap suka mengampu sehinggakan seorang jeneral yang hebat pun menyedari hakikat ini dan memberi amaran bahayanya sikap ini kepada kita.

Kata-kata tersebut saya petik dari buku How to Win Friends & Influence People. Salah satu karya agung Dale Carnegie.