Khamis, 2 September 2010

SEMINAR KECEMERLANGAN SEJARAH SPM 2010 ANJURAN MGC/ PPD.KOTA BHARU

TERKINI (10/10/10)
SEMINAR KECEMERLANGAN SPM(SEJARAH)
SMK.KOTA/SMK.DATO AHMAD MAHER 13/14 OKTOBER 2010

TINGKATAN 4

PESERTA 1

BAB 1
TAMADUN INDUS
- Contoh 2 buah bandar terancang
- Keistimewaan bandar terancang
- Proses pembentukan tamadun Indus
- Faktor kejayaan tamadun Indus membina bandar terancang
- Punca kejatuhan tamadun Indus
- Struktur masyarakat tamadun Indus
Soalan KBKK
- Apakah iktibar yang boleh dipelajari daripada kejayaan tamadun Indus kepada negara kita.
- Peranan generasi muda dalam mengekalkan kemajuan tamadun negara kita.
- Mengapa pembentukan bandar terancang penting dalam kehidupan masyarakat kini
- Apakah ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh masyarakat Indus bagi membina bandar terancang.
- Bagaimana amalan sikap keterbukaan tamadun Indus dapat dicontohi dalam memajukan negara kita


BAB 2
TAMADUN HWANG HO
- Proses pembentukan tamadun Hwang Ho
- Ciri-ciri tamadun Hwang Ho
- Sumbangan tamadun Hwang Ho dalam pertanian
- Kepercayaan masyarakat Hwang Ho
- Struktur masyarakat Tamadun Hwang Ho
- Peranan pembesar
- Ciri negara kota Anyang


PESERTA 2
BAB 4
1. NABI MUHAMMAD S.A.W
- Sifat-sifat nabi Muhammad s.a.w
- Peranan nabi sebagai ketua keluarga
- Kenapa nabi Muhammad bertahanuth di gua Hira’
- Kepentingan membaca / surah Iqra’/surah al-Mudattsir
BAB 5
1. HIJRAH KE MADINAH
- Faktor penghijrahan
- Kepentingan hijrah kepada peradaban dunia
- Iktibar kejayaan nabi hijrah ke Madinah
- Piagam Madinah

PESERTA 3

PEPERANGAN DALAM ISLAM
- Prinsip peperangan dalam Islam
- Islam tidak berkembang secara paksaan
- Cara-cara / Strategi penyebaran Islam di luar Kota Mekah dan Madinah
- Cara-cara mengelak berlakunya peperangan

PERJANJIAN HUDAIBIYAH / PEMBUKAAN KOTA MEKAH
- Sebab nabi membuka semula Kota Mekah
- Mengapa Kota Mekah mudah dibuka oleh tentera Islam
- Kepentingan pembukaan semula kota Mekah
- Ketokohan Nabi yang boleh diteladani
- Kenapa perlu mengamalkan sikap bermaaf-maafan dalam kehidupan seharian
- Sebab pengislaman al-Abbas dan Abu Sufiyan

PESERTA 4
BAB 7
1. KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARA
- Teori dan bukti kedatangan Islam dar Arab / China /India
- Peranan pedagang dalam menyebarkan Islam
- Faktor perkahwinan dan perdagang dalam penyebaran Islam.
SOALAN KBKK
- Bagaimanakah generasi muda dapat menerapkan unsur-unsur
Islam dalam perdagangan
- Unsur persamaan pada ketiga-tiga teori kedatangan Islam ke A.T.
BAB 8
1. PENGARUH ISLAM TERHADAP PENDIDIKAN
2. PENGARUH ISLAM TERHADAP EKONOMI
- penggunaan mata wang di negeri-negeri Melayu.
- Sistem percukaian yang diamalkan semasa KMM
3. PENGARUH SENIBINA Islam di Malaysia


PESERTA 5
BAB 10
1. PENGGUNAAN TENAGA BURUH LUAR
- Faktor kemasukan/ penghijrahan imigran (India /China)
- Cara kemasukan kaum imgran
- Ciri-ciri masyarakat berbilang kaum T. Melayu
- Kesan akibat kemasukan buruh Cina dan India.
2. KESAN-KESAN DASAR BRITISH
- Ciri-ciri pendidikan Venarkular di Tanah Melayu
- Perubahan Undang-undang tanah
3. TANAMAN KOMERSIAL
- Punca wujudnya dwiekonomi
SOALAN KBKK
- Sebagai pemimpin apakah langkah yang perlu diambil untuk mengelak negara bergantung kepada tenaga buruh asing
- Cara-cara / langkah mengukuhkan perpaduan kaum


TINGKATAN 5

PESERTA 6
2. Gerakan Islah
-Tokoh / akhbar dan majalah / matlamat / idea (mesej) perjuangan / cara perjuangan
- Halangan / undang-undang / Kaum Tua
- Apakah kejayaan Gerakan Islah di Tanah Melayu
- Mengapakah British memberi tekanan kepada Gerakan Islah
- Peranan media cetak dalam membangkitkan kesedaran kebangsaan
3. Persatuan-persatuan Melayu
- KMS / PASPAM / KMM
- Tokoh dan peranan
- matlamat penubuhan dan isu
- KBKK : Faedah menyertai persatuan di sekolah

PESERTA 7
Bab 6
1. Pembentukan Malaysia
- Cadangan / tokoh
- Langkah pembentukan /Suruhanjaya Cobbold / JPPK
- Perjanjian Malaysia dan Akta Malaysia
- KBKK : Bagaimanakah cara mengekalkan keamanan di Malaysia
- Apakah prinsip yang dipegang oleh pegawai British dan pembesar
tempatan dalam menjayakan JPPK dan Suruhanjaya Cobbold ?

PESERTA 8
Bab 7
1. Maksud Raja Berperlembagaan
2. Bidang kuasa YDP Agong
- KBKK : Apakah kepentingan institusi Raja Berperlembagaan kepada negara ?
3. Ciri –ciri Dewan Negara dan Dewan Rakyat
- KBKK : Berikan kepentingan pengagihan kuasa pentadbiran
Kebaikan konsep pengasingan kuasa di negara kita
4. Proses penggubalan undang-undang
5. Peranan Badan Pelaksana
6. Peranan Badan Kehakiman
7. Maksud negara Persekutuan
- Bidang kuasa Persekutuan / Negeri / Bersama
- KBKK : Mengapakah Kerajaan Persekutuan dan Negeri harus menjalin
hubungan baik ?
Usaha untuk mengekalkan kestabilan politik negara ?

PESERTA 9
Bab 8
1. Perkembangan Dasar Pendidikan Negara sebelum merdeka
- Laporan Barnes, Fenn Wu, Penyata Razak ,Laporan Rahman Talib
-
SOALAN KBKK
Sebagai pelajar bagaimana merealisasikan hasrat negara membentuk konsep 1Malaysia ?
1. Bagaimanakah perpaduan boleh dicapai melalui sistem pendidikan ?
2.Langkah memartabatkan bahasa
- KBKK : Aktiviti meningkatkan penguasaan pelajar dalam Bahasa Melayu
3 Objektif / Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan
4 Sukan untuk perpaduan
- KBKK : Kepentingan perpaduan kaum kepada negara
Langkah kerajaan untuk menggalakkan sukan di peringkat sekolah
5. Wawasan 2020 – matlamat dan cabaran
- KBKK : Bagaimanakah merealisasikan Wawasan 2020 ?




PESERTA 10
Bab 9
1. Perang Dunia Pertama – sebab dan kesan
- KBKK : Bagaimanakah sesebuah negara boleh menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain ?
- Langkah-langkah untuk mengelakkan peperangan / konflik
2. Blok Dunia dan Perang Dingin
4. Komanwel – faedah dan peranan Malaysia
5. Negara-negara Selatan
6. NAM – ciri dan matlamat
7. OIC – faedah dan peranan /sumbangan kepada Malaysia
8. Globalisasi
- Maksud / konsep, faktor, cabaran, usaha, kesan
- KBKK : Sebagai seorang pelajar, apakah yang perlu dilakukan supaya Malaysia dapat terus bersaing dalam cabaran globalisasi ?

Soalan KBKK SPM 2010
CAKNA KBKK TINGKATAN 4


BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA


1. Jelaskan peranan anda sebagai generasi muda hari ini dalam mengekalkan kemajuan tamadun agama, bangsa dan negara Malaysia yang kita kecapi hari ini.

F1 Mematuhi ajaran agama
F2 Mengukuhkan semangat cinta negara
F3 Mengamalkan budaya bangsa
F4 Mengeratkan perpaduan bangsa
F5 Memelihara jati diri
F6 Menguasai ilmu pengetahuan
F7 Menguasai segala bidang kemahiran
F8 Menghindari budaya negatif
F9 Mana-mana jawapan munasabah

2. Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada kejayaan masyarakat tamadun awal dalam membina negara kota dan bandar.

F1 Mempunyai organisasi tersusun
F2 Pemerintahan stabil
F3 Ekonomi maju
F4 Pengkhususan kerja
F5 Mempunyai ilmu
F6 Kemajuan tulisan
F7 Ada undang-undang
F8 Kuat berusaha
F9 Inovasi
F10 Mana-mana jawapan munasabah

3. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah sumbangan penting tamadun awal manusia dalam bidang pertanian kepada masyarakat hari ini?

F1 Memperkenalkan sistem pengairan
F2 Menggunakan pengetahuan matematik dalam pertanian
F3 Memperkenalkan alat pertanian daripada besi
F4 Menggunakan cangkul
F5 Sabit
F6 Teknologi pembajakan
F7 Kaedah batas untuk tanaman
F8 Mana-mana jawapan munasabah






BAB 2: PENINGKATAN TAMADUN


1. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda mengenai pencapaian tamadun ulung dunia seperti Yunani, Rom, India dan China, bagaimanakah kita boleh memajukan negara kita setaraf dengan negara maju hari ini?

F1 Pemerintahan stabil - demokrasi
F2 Perundangan adil - Hukum Kanun 12
F3 Ekonomi maju
F4 Pertanian
F5 Perdagangan
F6 Perusahaaan
F7 Pendidikan
F8 Sains Teknologi
F9 Seni bina maju
F10 Mana-mana jawapan munasabah

2. Berdasarkan pemerhatian anda terhadap negara demokrasi hari ini, apakah tujuan negara tersebut menjalankan pilihanraya?

F1 Rakyat memilih wakil
F2 Kerajaan ditadbir wakil yang dipilih pilihan raya
F3 Kerajaan rakyat oleh rakyat untuk rakyat
F4 Rakyat membuat keputusan politik
F5 Memilih pemimpin adil
F6 Pemimpin yang diterima majoriti
F7 Mana-mana jawapan munasabah

3. Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada dalam diri pemimpin negara yang mengamalkan sistem demokrasi?

F1 Jujur
F2 Adil
F3 Telus
F4 Ada ilmu mentadbir
F5 Tidak rasuah
F6 Bijak mentadbir
F7 Mana-mana jawapan munasabah









BAB 3: TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA


1. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah kerajaan agraria dan maritim saling bergantung antara satu sama lain?

F1 Tenaga kerja
F2 Bekalan beras
F3 Barangan mewah
F4 Tembikar/gelas dan manik dari China/tekstil dari India
F5 Bahan mentah/ hasil hutan
F6 Kenderaan/ gajah
F7 Kayu untuk membuat kapal
F8 Tukang kayu dan tukang batu
F9 untuk menjaga kebajikan rakyat jelata
F10 Keperluan perdagangan/jual beli/barter
F11 Mana-mana jawapan munasabah

2. Pada pandangan anda, bagaimanakah masyarakat Asia Tenggara dapat membentuk kehidupan yang aman dan harmoni dalam kalangan masyarakatnya?

F1 Ekonomi saling bergantung
F2 Taat pemerintah
F3 Struktur masyarakat teratur
F4 Taat kepada agama Hindu/Buddha
F5 Mencintai seni seperti candi
F6 Melalui karya sastera
F7 Berbahasa Sanskrit
F8 Tolong menolong
F9 Berfikiran terbuka
F10 Bersatu padu
F11 Hormat
F12 Mana-mana jawapan munasabah

3. Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan pencapaian masyarakat awal Asia Tenggara yang menjadi kebanggaan kepada masyarakat hari ini?

F1 Kerajaan stabil
F2 Ekonomi maju
F3 Pertanian – padi
F4 Perdagangan
F5 Pengairan
F6 Taat kepada agama
F7 Pemerintahan
F8 Kesenian
F9 Kesusasteraan
F10 Bahasa Sanskrit
F11 Semangat cekal
F12 Berdikari
F13 Rajin berusaha
F14 Tidak putus asa
F15 Mahir ilmu pelayaran
F16 Berani belayar
F17 Semangat meneroka
Mana-mana jawapan munasabah



BAB 4: KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH


1. Pada pandangan anda, apakah kesan amalan jahiliyah ke atas masyarakat Arab yang hidup dalam kesesatan?

F1 Perpaduan kaum luntur
F2 Hilang nilai kemanusiaan
F3 Tiada keadilan sosial
F4 Keselamatan terancam
F5 Institusi keluarga runtuh
F6 Penindasan ekonomi
F7 Peperangan
F8 Pegangan agama semakin longgar
F9 Wanita tertindas
F10 Mana-mana jawapan munasabah

2. Bagaimanakah kita boleh mengelakkan diri daripada berlakunya peperangan dan perbalahan sebagaimana yang sering berlaku ke atas masyarakat Arab Jahiliyah?

F1 Berakhlak mulia
F2 Bertolak ansur
F3 Kepimpinan melalui teladan
F4 Menghormati hak asasi
F5 Mengelakkan isu-isu sensitif
F6 Bekerjasama
F7 Amalan bersaudara
F8 Bersikap jujur
F9 Hormat agama lain
F10 Mana-mana jawapan munasabah


3. Apakah ikhtibar yang boleh diambil daripada sifat dan keperibadian mulia Nabi Muhammad s.a.w.?

F1 4 sifat terpuji
F2 Al Amin
F3 Kepimpinan
F4 Ketua keluarga
F5 Keagamaan
F6 Pengampun
F7 Ketabahan
F8 Kebijaksanaan
F9 Kesabaran
F10 Mana-mana jawapan munasabah

4. Apakah ikhtibar yang boleh diambil daripada peristiwa penentangan orang Quraisy terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan umat Islam?

F1 Bijak mengatur strategi
F2 Mempertahankan akidah
F3 Kesabaran
F4 Pengorbanan
F5 Mempertahankan kebenaran
F6 Islam bersaudara
F7 Tidak bermusuh
F8 Jangan berdendam
F9 Tabah
F10 Penyebaran Islam diteruskan
F11 Tidak berputus asa
F12 Memohon pertolongan Allah
Mana-mana jawapan munasabah

BAB 5: KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

1. Apakah iktibar yang boleh diambil daripada perjanjian Madinah dalam membentuk masyarakat Malaysia yang aman dan bersatu padu?

F1 Permuafakatan
F2 Toleransi antara kaum
F3 Mengutamakan keamanan
F4 Kebijaksanaan dalam kepimpinan
F5 Menghindari sifat dendam
F6 Kebebasan beragama
F7 Hak orang Islam
F8 Hak bukan Islam
F9 Islam bersaudara
F10 Mana-mana jawapan munasabah


2. Pada pandangan anda, mengapakah perang perlu dilakukan ke atas musuh walaupun ia boleh membawa kepada kematian dan kemusnahan?

F1 Mempertahankan diri
F2 Menjaga keamanan negara
F3 Mempertahankan agama
F4 Menentang kezaliman
F5 Menegakkan akidah
F6 Menjaga maruah
F7 Pencabulan perjanjian
F8 Mana-mana jawapan munasabah

BAB 6: PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

1. Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan kerajaan yang dipimpin oleh Khalifah Islam mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang?

F1 Khalifah berwibawa
F2 Perancangan rapi
F3 Sedia melaksana pembaharuan
F4 Berwawasan
F5 Musyawarah
F6 Mengikut hukum Islam
F7 Kemajuan ilmu
F8 Kemajuan ekonomi
F9 Kemajuan sosial
F10 Kekuatan tentera
F11 Perkembangan pendidikan
Mana-mana jawapan munasabah

2. Apakah iktibar yang boleh diambil daripada kerajaan khalifah Islam dalam memperkukuhkan kedaulatan negara Malaysia?

F1 Akidah kukuh
F2 Cinta negara
F3 Berilmu
F4 Tolak ansur
F5 berdisiplin/bermoral
F6 Semangat patriotisme
F7 menghormati tokoh-tokoh dan pejuang
F8 Semangat jihad
F9 Memperkukuhkan ketenteraan negara
F10 Berkorban untuk negara
F11 Senjata berteknologi
F12 Perpaduan kaum
Mana-mana jawapan munasabah

3. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda mengenai kemajuan ilmu pengetahuan zaman kegemilangan Islam, bagaimanakah kita boleh memajukan bidang pendidikan kita hari ini?
F1 Mencari ilmu hukumnya wajib
F2 Mencintai pengetahuan
F3 Membina universiti
F4 Pelbagai jurusan
F5 Berdisiplin
F6 Menterjemah
F7 Membawa masuk karya asing
F8 Aktiviti penyelidikan
F9 Mengukuhkan ekonomi
F10 Pendidikan untuk semua
Mana-mana jawapan munasabah


BAB 7: ISLAM DI ASIA TENGGARA

1. Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada usaha menyebarkan agama Islam di Asia Tenggara?

F1 Wajib kepada semua umat Islam
F2 Islam merata dunia
F3 Islam istimewa
F4 Sebar cara aman
F5 Tiada paksaan
F6 Musuh Islam ditentang
F7 Raja menerima baik Islam
F8 Mana-mana jawapan munasabah

2. Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah unsur-unsur Islam boleh membawa kepada kemajuan masyarakat Asia Tenggara?

F1 Kewajipan kepada agama Islam
F2 Pendidikan wajib
F3 Karya Islam dicontohi
F4 Cara hidup Islam – aurat
F5 Islam bersaudara
F6 Saling membantu
F7 Zakat
F8 Sedekah
F9 Jimat cermat
F10 Menyayangi
Mana-mana jawapan munasabah

3. Pada pandangan anda, apakah unsur-unsur Islam yang boleh memajukan ekonomi masyarakat hari ini?

F1 Rajin bekerja
F2 Jujur
F3 Bersungguh-sungguh
F4 Sistem timbang/sukat yang adil
F5 Menghindarkan riba
F6 Mencari rezeki yang halal
F7 Bersedekah/berzakat
F8 Berjimat cermat/tidak boros
F9 Tidak mengemis
F10 Tidak penipuan dan penindasan
Mana-mana jawapan munasabah





BAB 8: PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT

1. Berdasarkan pengetahuan anda, apakah unsur-unsur Islam yang telah mengubah pemikiran dan cara hidup masyarakat Melayu selepas mereka memeluk agama Islam?

F1 Khalifah Islam
F2 Nasihat ulama
F3 Undang-undang syariah
F4 Pendidikan agama
F5 Tulisan jawi
F6 Seni Khat
F7 Menolak mungkar
F8 Menghindar dosa
F9 Mencari pahla
F10 Halal haram
Mana-mana jawapan munasabah

2. Pada pandangan anda, bagaimanakah Islam telah memajukan taraf pendidikan orang Melayu di negara kita?

F1 Menuntut ilmu wajib
F2 Pendidikan Al Quran/Muqaddam
F3 Istana pusat pengajian Islam
F4 Kitab seperti Tasawuf
F5 Cerita hikayat seperti Amir Hamzah
F6 Ilmu fardhu ain
F7 Pendidikan madrasah
F8 Pengenalan tulisan jawi
F9 Mencintai ilmu
F10 Kedatangan ulama
Mana-mana jawapan munasabah

3. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah pengaruh kerajaan Islam seperti Bani Umaiyah, Abasiyah dan Uthmaniyah dalam sistem pemerintahan dan perundangan kerajaan Kesultanan Melayu?

F1 Konsep Sultan
F2 Dibantu ulama
F3 Khalifatul Mukminin
F4 Undang-undang syariah
F5 Hukum jenayah
F6 Hukum faraid
F7 Perlantikan raja baiah
F8 Mazhab Shafie
F9 Undang-undang keluarga Islam
F10 Amanah dalam pekerjaan
Mana-mana jawapan munasabah


BAB 9: PERKEMBANGAN DI EROPAH

1. Pada pendapat anda, bagaimanakah negara kita boleh menghindari daripada kehidupan mundur seperti yang berlaku dalam Zaman Gelap di Eropah.

F1 Politik kekal stabil
F2 Kebajikan rakyat
F3 Keamanan dijaga
F4 Agama dijaga
F5 Elak perpecahan
F6 Ekonomi stabil
F7 Utama pendidikan
F8 Elak campurtangan luar
F9 Majukan perdagangan
F10 Kemajuan teknologi
Mana-mana jawapan munasabah

2. Pada pengetahuan sejarah anda, mengapakah sistem feudalisme di Eropah dikatakan mempunyai persamaan dengan ciri-ciri feudalisme yang terdapat dalam pemerintahan Kesultanan Melayu?

F1 Golongan pemerintah ( raja )
F2 Golongan yang diperintah (rakyat )
F3 Golongan hamba
F4 Raja mutlak
F5 Pentadbiran dibantu pembesar
F6 Raja mengurniakan tanah kepada pembesar
F7 Pembesar dinaungi raja
F8 Pembesar memberi khidmat kepada Raja
F9 Cukai kepada Raja
F10 Hamba memberi khidmat kepada pembesar
Mana-mana jawapan munasabah

3. Jelaskan iktibar yang dapat anda pelajari daripada Zaman Reformation yang berlaku di Eropah.

F1 Agama diseleweng
F2 Berpegang kepada ajaran agama
F3 Elak rasuah
F4 Sikap bertoleransi
F5 Tidak fanatik
F6 Berlaku adil
F7 Jangan menindas
F8 Mana-mana jawapan munasabah

4. Jelaskan iktibar yang dapat anda pelajari daripada Zaman Renaissance yang berlaku di Eropah.

F1 Semangat inkuiri.
F2 Mendalami ilmu
F3 Sedia berubah
F4 Perubahan gaya hidup masyarakat
F5 Perkembangan intelektual.
F6 Yakin diri
F7 Perdagangan maju
F8 Ilmu baru diteroka
F9 Mencari kebenaran
F10 Mana-mana jawapan munasabah

5. Jelaskan iktibar yang dapat anda pelajari daripada aktiviti penjelajahan dan penerokaan masyarakat Eropah.

F1 Sikap berani
F2 Semangat meneroka
F3 Keyakinan diri
F4 Semangat ingin tahu
F5 Meluaskan pengetahuan
F6 Suka meneroka ilmu
F7 Semangat gigih berusaha
F8 Sanggup menghadapi risiko
F9 Kecekalan
F10 Tidak mudah putus asa
Mana-mana jawapan munasabah



BAB 10: DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

1. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan peningkatan jumlah penduduk imigran Cina dan India di Tanah Melayu.

F1 Masyarakat majmuk
F2 Petempatan berbeza
F3 Jenis pekerjaan
F4 Bahasa berbeza
F5 Interaksi kaum
F6 Perpaduan kaum
F7 Pendidikan
F8 Taraf hidup beza
F9 Mana-mana jawapan munasabah

2. Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kesan pengenalan ekonomi moden ketika Pemerintahan British kepada masyarakat Melayu?

F1 Miskin
F2 Jual tanah
F3 Bertani
F4 Tiada kemudahan
F5 Pengangkutan
F6 Terpinggir
F7 Tradisional
F8 Taraf hidup beza
F9 Mana-mana jawapan munasabah

3. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan pengenalan Undang-Undang British berkaitan ekonomi khasnya tanah kepada masyarakat Melayu?

F1 Mengelakkan tanah milik orang Melayu diceroboh
F2 Tanah menjadi berharga/komersial
F3 Perlu mendapat kebenaran pejabat tanah
F4 Ekonomi wang dalam kalangan orang Melayu
F5 Urusan jual beli / barang dibayar dengan wang
F6 Orang Melayu meminjam wang daripada orang tengah
F7 Terpaksa menjual tanah untuk membayar hutang
F8 Orang Melayu dibiarkan dalam pertanian tradisional
F9 Pelbagai cukai diperkenalkan
F10 Mana-mana jawapan munasabah





CAKNA KBKK TINGKATAN 5

BAB 1: KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

1. Jelaskan peranan anda sebagai generasi muda hari ini dalam mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan tanah air kita daripada diganggu gugat kuasa asing.

F1 Mengukuhkan semangat cinta negara
F2 Mengeratkan perpaduan bangsa
F3 Menjaga nama baik negara
F4 Tidak bekerjasama dengan kuasa asing
F5 Memelihara jati diri
F6 Menguasai ilmu pengetahuan
F7 Menguasai segala bidang kemahiran
F8 Mengukuhkan pasukan tentera
F9 Meningkatkan sains teknologi
F10 Mana-mana jawapan munasabah

2. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kebaikan pengenalan sistem Birokrasi Barat ke atas kemajuan negara kita?

F1 Perkhidmatan awam kemas
F2 Penglibatan rakyat dalam pentadbiran
F3 Raja mengikut perlembagaan
F4 Pengenalan sistem persekutuan
F5 Kemudahan awam
F6 Pengangkutan
F7 Perhubungan
F8 Pendidikan moden
F9 Kemajuan sains teknologi
F10 Mana-mana jawapan munasabah

3. Pada pandangan anda, bagaimanakah semangat nasionalisme boleh terus dipupuk dalam kalangan generasi muda kita hari ini?

F1 Menerapkan semangat patriotik di sekolah
F2 Menjaga nama baik negara di mana sahaja
F3 Melengkapkan diri dengan ilmu
F4 Bersatu padu semua kaum
F5 Mempunyai semangat kepimpinan
F6 Mempertahankan kedaulatan negara
F7 Sikap berdisiplin
F8 Gigih berusaha
F9 Tolong-menolong / bekerjasama
F10 Mana-mana jawapan munasabah

4. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan pengenalan sistem birokrasi Barat terhadap sistem pentadbiran di Asia Tenggara?

F1 Penubuhan Kerajaan Pusat
F2 Diketuai gabenor Jeneral / pesuruhjaya tinggi
F3 Pembesar tempatan di peringkat pusat dihapuskan
F4 Raja kehilangan kuasa
F5 Pegawai Barat dilantik menjadi ketua biro
F6 Beberapa jabatan ditubuhkan seperti pelajaran
F7 Pengenalan sistem undang-undang Barat
F8 British memperkenalkan sistem kehakiman Barat
F9 Raja menerima penasihat Barat
F10 Pembesar tempatan kehilangan pengaruh
Mana-mana jawapan munasabah

5. Pada pandangan anda, apakah iktibar yang diperoleh daripada perkembangan nasionalisme yang berlaku di negara-negara Asia Tenggara?

F1 Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
F2 Bersatu padu dalam perjuangan
F3 Mempunyai semangat kepimpinan yang baik
F4 Berusaha membentuk kerajaan yang berdaulat
F5 Sikap berdisiplin
F6 Gigih berusaha
F7 Tolong-menolong / bekerjasama
F8 Mempunyai semangat setia negara yang tinggi
F9 Sanggup berkorban untuk bangsa
F10 Kebijaksanaan pemimpin
Mana-mana jawapan munasabah


BAB 2: NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

1. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda mengenai pejuang tanah air seperti Dol Said, Tok Janggut, Dato Bahaman dan lain-lain, apakah nilai yang boleh diteladani oleh anda sebagai warganegara Malaysia yang patriotik?

F1 Cinta akan negara
F2 Tidak putus asa
F3 Berani berjuang
F4 Sanggup berkorban
F5 Semangat kental
F6 Benci penjajahan
F7 Mempertahankan tanah air
F8 Tidak mengalah
F9 Mana-mana jawapan munasabah
2. Berdasarkan pemerhatian anda, mengapakah media massa amat penting dalam menyebarkan maklumat kepada rakyat dari zaman dahulu hingga sekarang?

F1 Membetulkan pandangan salah
F2 Memberi kesedaran
F3 Mengkritik pemimpin yang salah
F4 Menyebarkan ilmu
F5 Memperjuangkan rakyat
F6 Memberi teladan
F7 Mana-mana jawapan munasabah

3. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan peristiwa pahit zaman penjajahan yang boleh menimbulkan perasaan berani mempertahankan negara kepada generasi hari ini?

F1 Kezaliman kuasa Jepun
F2 Pembunuhan oleh Bintang 3
F3 Parti Komunis Malaya
F4 Kebuluran makanan zaman komunis
F5 Pembunuhan rakyat tidak berdosa komunis
F6 Kezaliman penjajah seperti Birch
F7 Penipuan dalam perjanjian seperti perjanjian Pangkor
F8 Pembunuhan pejuang seperti Tok Janggut
F9 Mana-mana jawapan munasabah

4. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kejayaan yang dicapai oleh Gerakan Islah di Tanah Melayu?

F1 Berjaya menghadapi halangan Kaum Tua/Penjajah
F2 Menyedarkan kepentingan pendidikan
F3 Membela pendidikan wanita/perempuan
F4 Mendirikan madrasah
F5 Memajukan pendidikan dunia dan akhirat
F6 Pendidikan Ilmu Hisab
F7 Pendidkan Bahasa Inggeris
F8 Ilmu Fardu ain
F9 Mana-mana jawapan munasabah

5. Pada pendapat anda, mengapakah kegiatan persatuan dan politik kurang menonjol di Sabah dan Sabah?

F1 Tidak tersebar di kawasan pedalaman
F2 Masalah perhubungan
F3 Taraf pendidikan yang masih rendah
F4 Pengangkutan mundur
F5 Ekonomi kurang berkembang
F6 Kurang kesedaran politik
F7 Mana-mana jawapan munasabah
BAB 3: KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

1. Pada pandangan anda, mengapakah konsep Realpolitik yang dipegang oleh pemimpin Itali dan Jerman jika diamalkan pada hari ini akan menghancurkan keharmonian dunia?

F1 Pembunuhan
F2 Kuku besi
F3 Tipu helah
F4 Pemalsuan dokumen
F5 Provokasi
F6 Penipuan
F7 Ugutan
F8 Perang
F9 Diktator
F10 Tidak mengikut undang-undang
F11 Ekonomi mundur
F12 Kejam
Mana-mana jawapan munasabah

2. Pada pemerhatian anda, bagaimanakah undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis dapat mewujudkan kehidupan yang aman dan harmoni masyarakat hari ini?

F1 Menjamin kedaulatan
F2 Taat pemerintah
F3 Hukuman adil
F4 Mengikut protokol
F5 Berdisiplin
F6 Pembahagian kuasa raja dan menteri
F7 Sopan santun
F8 Bertoleransi
F9 Pentadbiran kemas
F10 Bersatu padu
F11 Saling hormat
Mana-mana jawapan munasabah

3. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan mengapakah Adat Perpatih dikatakan mempunyai amalan demokrasi?

F1 Raja tidak berkuasa mutlak
F2 Agihan kuasa mengikut peringkat
F3 Musyawarah
F4 Muafakat
F5 Keputusan ramai
F6 Semangat kerjasama
F7 Kedaulatan di tangan rakyat
F8 Perundingan Raja dan Undang
F9 Mana-mana jawapan munasabah

BAB 4: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA


1. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan ke atas negara kita jika Malayan Union berjaya dilaksanakan oleh penjajah British?

F1 Raja hapus
F2 Negeri Melayu hapus
F3 Adat istiadat Melayu hilang
F4 Agama Islam bukan agama rasmi
F5 Bahasa Melayu terpinggir
F6 Ekonomi Melayu mundur
F7 Imigran menguasai ekonomi
F8 Kerakyatan longgar
F9 Mana-mana jawapan munasabah

2. Pada pendapat anda, apakah kebaikan penubuhan negara Persekutuan seperti Persekutuan Tanah Melayu?

F1 Perkongsian kekayaan
F2 Negara lebih besar
F3 Penduduk ramai
F4 Kekuatan ketenteraan
F5 Pasaran ekonomi
F6 Negeri kaya membantu miskin
F7 Hubungan kerajaan persekutuan dan negeri
F8 Kerjasama persekutuan dan negeri
F9 Muafakat
F10 Mana-mana jawapan munasabah


BAB 5: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA


1. Pada pendapat anda, apakah kebaikan yang diterima daripada peluang mentadbir yang diberi oleh British dalam Sistem Ahli kepada orang tempatan?

F1 Latihan mentadbir
F2 Pengalaman memerintah
F3 Persediaan merdeka
F4 Toleransi kaum
F5 Sokongan rakyat
F6 Perpaduan kaum
F7 Sokongan British
F8 Mana-mana jawapan munasabah



2. Pada pandangan anda, mengapakah sikap toleransi seperti dalam Pakatan Murni penting kepada negara kita yang mempunyai rakyat pelbagai kaum?

F1 Elak perasaan perkauman
F2 Kerjasama
F3 Permuafakatan
F4 Tidak berlaku perbalahan
F5 Kestabilan ekonomi
F6 Hormat menghormati
F7 Pelabur asing
F8 Agihan kekayaan
F9 Mana-mana jawapan munasabah

3. Kemerdekaan negara kita hasil kebijaksanaan pemimpin berbincang dengan pihak penjajah. Mengapakah pendekatan berunding lebih baik daripada berperang dalam usaha menuntut kemerdekaan?

F1 Mengelak pertumpahan darah
F2 Kemerdekaan lebih terancang
F3 Memelihara perpaduan kaum
F4 Dapat terus kerjasama British selepas merdeka
F5 Rakyat lebih bersedia
F6 Tiada kerosakan harta benda
F7 Ketenteraman awam
F8 Lebih matang dan dihormati dunia
F9 Mana-mana jawapan munasabah

4. Bagaimanakah tolak ansur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia boleh membantu negara kita untuk lebih maju pada masa hadapan?

F1 Mengamalkan semangat inkuiri/ingin tahu
F2 Mengambil berat terhadap sesuatu isu
F3 Bergembling tenaga untuk memajukan ekonomi
F4 Menjaga kestabilan politik
F5 Menjaga sentimen perkauman
F6 Bertoleransi
F7 Merealisasikan konsep 1 Malaysia
F8 Mana-mana jawapan munasabah









BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

1. Penubuhan Malaysia memperlihatkan kematangan pemimpin kita melihat masa depan. Pada pandangan anda, mengapakah kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia memberi banyak faedah kepada rakyat negeri tersebut?

F1 Kemajuan ekonomi
F2 Perniagaan
F3 Pasaran
F4 Kestabilan politik
F5 Bantuan persekutuan
F6 Peluang mentadbir
F7 Kemudahan awam
F8 Pengangkutan
F9 Perhubungan
F10 Pendidikan
F11 Universiti
Mana-mana jawapan munasabah

2. Apakah iktibar yang boleh diambil daripada tentangan negara luar iaitu Indonesia dan Filipina dalam usaha menubuhkan Malaysia?

F1 Perpaduan rakyat penting
F2 Sikap matang
F3 Mengelak perang
F4 Mementingkan diplomasi
F5 Melalui meja perundingan
F6 Perang menghancurkan negara
F7 Berhati-hati dengan anasir luar
F8 Berjuang untuk negara
F9 Semangat patriotisme
F10 Mana-mana jawapan munasabah

BAB 7 : SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA

1. Berdasarkan pemerhatian anda, apakah kepentingan perlembagaan kepada rakyat pelbagai kaum di Malaysia?

F1 Kecekapan mentadbir
F2 Keadilan rakyat
F3 Menjamin taat setia kepada negara
F4 Hak asasi rakyat
F5 Rujukan mentadbir
F6 Ketenteraman awam
F7 Agihan kuasa persekutuan negeri
F8 Mana-mana jawapan munasabah

2. Pada pandangan anda, mengapakah sistem Raja Berperlembagaan masih relevan dan penting kepada negara Malaysia?

F1 Melindungi rakyat pelbagai kaum
F2 Ketika darurat
F3 Melindungi Islam
F4 Kebebasan agama
F5 Melindungi hak orang Melayu
F6 Melindungi kerakyatan kaum lain
F7 Perpaduan kaum
F8 Mana-mana jawapan munasabah

3. Pada pendapat anda, mengapakah lambang negara seperti bendera dan lagu kebangsaan perlu dihormati dan dipelihara?

F1 Lambang kedaulatan
F2 Semangat patriotisme
F3 Cinta akan negara
F4 Perpaduan kaum
F5 Taat kepada negara
F6 Pembakar semangat
F7 Mana-mana jawapan munasabah

4. Pada pandangan anda, mengapakah hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri amat penting?

F1 Menyatupadukan pelbagai wilayah yang berasingan
F2 Membentuk Kerajaan Persekutuan yang stabil
F3 Mengurangkan perbalahan antara etnik
F4 Menjamin keharmonian dan hubungan baik
F5 Toleransi untuk kepentingan bersama
F6 Memudahkan pembangunan ekonomi
F7 Mana-mana jawapan munasabah

BAB 8 : PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN

1. Pada pandangan anda, mengapakah bidang pertanian masih penting walaupun Malaysia kini menuju ke arah negara maju?

F1 Bantu ekonomi bumiputera
F2 Pertanian dagang
F3 Usahawan tani
F4 Bekalan makanan
F5 Mengurang import
F6 Keselamatan ketika darurat
F7 Petani miskin dibantu
F8 Mana-mana jawapan munasabah
2. Berdasarkan pemerhatian anda, mengapakah pendidikan perlu terus diutamakan dalam kehidupan kita hari ini?

F1 Memajukan diri
F2 Pembangunan negara
F3 Sahsiah anak muda
F4 Tuntutan agama
F5 Peluang pekerjaan
F6 Pemimpin berwibawa
F7 Mana-mana jawapan munasabah

3. Pada pendapat anda, mengapakah Malaysia perlu menjadi negara maju selaras dengan Cita-cita Wawasan 2020?

F1 Ekonomi maju
F2 Pendapatan tinggi
F3 Kestabilan politik
F4 Maruah bangsa
F5 Kemajuan ilmu
F6 Masyarakat penyayang
F7 Agihan ekonomi
F8 Perpaduan
F9 Mana-mana jawapan munasabah


BAB 9: MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

1. Apakah iktibar yang boleh dipelajari daripada Perang Dunia Pertama dan Kedua?

F1 Kehilangan nyawa
F2 Rosak harta benda
F3 Tamadun rosak
F4 Kanak-kanak/wanita
F5 Perpecahan negara
F6 Pendidikan terjejas
F7 Masyarakat hancur
F8 Mana-mana jawapan munasabah

2. Pada pengetahuan sejarah anda, apakah kelebihan dasar luar Malaysia yang berbaik-baik dengan semua negara?

F1 Tiada musuh
F2 Ekonomi stabil
F3 Tiada ancaman kuasa besar
F4 Negara aman
F5 Rakyat bersatu
F6 Mana-mana jawapan munasabah
3. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita boleh mengelak perang daripada berlaku?

F1 Patuh undang-undang
F2 Hormat negara lain
F3 Jadi ahli PBB
F4 Berdiplomasi
F5 Muafakat
F6 Mana-mana jawapan munasabah

4. Pada pandangan anda, apakah kesan perkembangan globalisasi pada zaman kini?

F1 Jurang antara luar bandar dengan bandar
F2 Jurang antara negara maju dengan membangun
F3 Menyekat peluang pekerjaan
F4 Merendahkan taraf hidup
F5 Perkembangan masalah sosial
F6 Mewujudkan sikap individualistik
F7 Persaingan tidak sihat
F8 Penindasan golongan kaya terhadap orang miskin
F9 Mana-mana jawapan munasabah

5. Pada pandangan anda, bagaimanakah Malaysia sepatutnya menghadapi cabaran globalisasi?
F1 Memajukan prasarana ICT
F2 Mengambil peluang dan faedah ICT
F3 Mempromosikan penggunaan ICT
F4 Memajukan projek Koridor Raya Multimedia
F5 Menyediakan e-pendidikan
F6 Menjadi warga global
F7 Mengamalkan e-dagang
F8 Mana-mana jawapan munasabah




PERUNCINGAN BAB/TAJUK SPM (SUMBER GC/JU JPN KELANTAN)
27/09/10
TINGKATAN 4
BAB 1
1. TAMADUN INDUS
- Contoh 2 buah bandar terancang
- Keistimewaan bandar terancang
- Proses pembentukan tamadun Indus
- Faktor kejayaan tamadun Indus membina bandar terancang
- Punca kejatuhan tamadun Indus
- Mengapakah pembangunan sesebuah bandar perlu dirancang terlebih dahulu
- Faktor perkembangan bandar
- Sebab tamadun Indus dapat membina bandar terancang
- Bagaimana amalan sikap keterbukaan tamadun Indus dapat dicontohi dalam memajukan negara kita
- Apakah ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh masyarakat Indus bagi membina bandar terancang.
- 3 ciri bandar terancang
- Struktur masyarakat tamadun Indus
- Apakah iktibar yang boleh dipelajari daripada kejayaan tamadun Indus kepada negara kita.
- Kegiatan ekonomi masyarakat Indus
- Sumbangan Tamadun Indus kepada perkembangan tamadun manusia.
- Peranan generasi muda dalam mengekalkan kemajuan tamadun negara kita.
- Proses pembentukan Tamadun Indus
- Organisasi Sosial masyarakat Indus
- Mengapa pembentukan bandar terancang penting dalam kehidupan masyarakat kini

2. TAMADUN HWANG HO
- Proses pembentukan tamadun Hwang Ho
- Ciri-ciri tamadun Hwang Ho
- Sumbangan tamadun Hwang Ho dalam pertanian
- Kepercayaan masyarakat Hwang Ho
- Struktur masyarakat Tamadun Hwang Ho
- Peranan pembesar
- 2 ciri negara kota Hwang Ho /Anyang

2. TAMADUN MESIR

- Sistem perkembangan tulisan
- Di mana system tulisan dicatat
- Tujuan sistem tulisan diwujudkan
- Kenapa sistem pendidikan penting kepada tamadun Mesir
- Sumbangan tamadun Mesir kepada perkembangan ilmu

BAB 2
3. TAMADUN INDIA
- Kegiatan ekonomi di tamadun India
- Sistem pendidikan
- Cara Malaysia mencapai status negara maju

BAB 3
1. PENGARUH HINDU DAN BUDDHA
- Kedatangan agama Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara
- Pengaruh dalam sistem pentadbiran
- Tujuan pembinaan Candi
- Kepentingan bahasa Sanskrit

BAB 4
1. NABI MUHAMMAD S.A.W
- Sifat-sifat nabi Muhammad s.a.w
- Peranan nabi sebagai ketua keluarga
- Kenapa nabi Muhammad bertahanuth di gua Hira’
- Kepentingan membaca / surah Iqra’

BAB 5
1. PERJANJIAN AQABAH
- Suku kaum yang terlibat dalam perjanjian
- Syarat perjanjian Aqabah I & II
- Kesan Perjanjian Aqabah II
- Apakah Nilai daripada Perjanjian Aqabah
2. HIJRAH KE MADINAH
- Faktor penghijrahan
- Kepentingan hijrah kepada peradaban dunia
- Iktibar kejayaan nabi hijrah ke Madinah
- Piagam Madinah

3. PEPERANGAN DALAM ISLAM
- Prinsip peperangan dalam Islam
- Islam tidak berkembang secara paksaan
- Cara-cara / Strategi penyebaran Islam di luar Kota Mekah dan Madinah
- Cara-cara mengelak berlakunya peperangan

4. PERJANJIAN HUDAIBIYAH / PEMBUKAAN KOTA MEKAH
- Sebab nabi membuka semula Kota Mekah
- Mengapa Kota Mekah mudah dibuka oleh tentera Islam
- Kepentingan pembukaan semula kota Mekah
- Ketokohan Nabi yang boleh diteladani
- Kenapa perlu mengamalkan sikap bermaaf-maafan dalam kehidupan seharian
- Sebab pengislaman al-Abbas dan Abu Sufiyan

BAB 6
1. BANI UMAIYAH
- Pengasas tahap pertama dan kedua
- Tokoh ilmuan Bani Umaiyah
- Sumber pendapatan Kerajaan Bani Umaiyah
- Sumbangan dalam bidang perubatan
- Langkah pemimpin negara kita untuk menjadikan Malaysia hub-hub
pendidikan antarabangsa


BAB 7
1. KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARA
- Teori dan bukti kedatangan Islam dar Arab / China /India
- Peranan pedagang dalam menyebarkan Islam
- Sebab A.T menjadi tumpuan pedagang asing
- Pandangan John Crawford dan Syeid Naquib tentang bukti kedatangan Islam dari Tanah Arab
- Apakah unsur-unsur Islam yang boleh membawa kemajuan ekonomi masyarakat A.T
- Apakah budaya Arab yang masih diamalkan oleh masyarakat di Malaysia.
- Sifat-sifat pedagang yang membantu penyebaran Islam
- Bagaimanakah generasi muda dapat menerapkan unsur-unsur
Islam dalam perdagangan
- Faktor perkahwinan dan perdagang dalam penyebaran Islam.
- Namakan tokoh sejarawan yang mengemukakan teori Islam ke A.T.
- Sebab pedagang Arab membina perkampungan di AT.
- Unsur persamaan pada ketiga-tiga teori kedatangan Islam ke A.T.
- Cara pedagang Arab menyebarkan Islam ke A.T

BAB 8
1. PENGARUH ISLAM TERHADAP PENDIDIKAN
- Kepentingan Pendidikan tidak formal
- Peranan Istana sebagai pusat pendidikan
- Bagaimanakah sistem pondok dan sistem madrasah dilaksanakan
2. PENGARUH ISLAM TERHADAP EKONOMI
- Sebab Melaka menjadi pusat perdagangan
- penggunaan mata wang di negeri-negeri Melayu.
- Peraturan percukaian yang diamalkan semasa KMM
- Perkembangan sistem mata wang kerajaan Melayu tradisional
- Kepentingan cukai kepada sesebuah negara

3. PENGARUH SENIBINA
- Pengaruh senibina Cina pada masjid di Malaysia
- Perbandingan antara Adat Perpatih dan Adat Temenggung

BAB 10
1. PENGGUNAAN TENAGA BURUH LUAR
- Faktor kemasukan/ penghijrahan imigran (India /China)
- Cara kemasukan kaum imgran
- Bagaimana British menangani penindasan terhadap imigran Cina dan India
- Sebagai pemimpin apakah langkah yang perlu diambil untuk mengelak negara bergantung kepada tenaga buruh asing
- Ciri-ciri masyarakat berbilang kaum T. Melayu
- Cara-cara / langkah mengukuhkan perpaduan kaum
- Kesan sosial/ ekonomi akibat kemasukan buruh Cina dan India.
- Kesan daripada pembentukan masyarakat berbilang kaum.
- Sistem kemasukan buruh Cina.
- Sistem Pengambilan Kakitangan
- Jelaskan cara kemasukan buruh India melalui Sistem Kanggani
- Kebaikan daripada kemasukan buruh luar
- Cara-cara memupuk perpaduan kaum di Malaysia
2. KESAN-KESAN DASAR BRITISH
- Ciri-ciri pendidikan Venakular di Tanah Melayu
- Bagaimana anda berusaha mengisi kemerdekaan negara
- Perubahan Undang-undang tanah
- Pengenalan undang-undang tanah oleh British
3. TANAMAN KOMERSIAL
- Sebutkan 3 jenis tanaman komersial yang diperkenalkan oleh British
- Faktor penglibatan pemodal Eropah dan China dalam bidang pertanian komersial.
- Punca wujudnya dwiekonomi
- Sistem Kangcu


TINGKATAN 5
BAB 1
KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME
DI ASIA TENGGARA
1. Birokrasi Barat
- Ciri / tujuan / kesan
- Struktur pentadbiran Negeri Selat
- KBKK : Mengapakah pentadbiran di negara kita perlu dipertahankan ?

2. Nasionalisme di AsiaTenggara
- Maksud nasionalisme
- Tahap 1 dan tahap 2
- Langkah Barat menangani nasionalisme di AT
- Gerakan nasionalisme di Thailand
a. Nama tokoh pemodenan / tokoh nasionalisme
b. Majlis pentadbiran
c. Kesan-kesan pemodenan
d. Sebab-sebab nasionalisme tahap 1
e. Kesan gerakan tahap pertama
f. Peranan / tindakan Phibul
g. Sebab Thailand tidak dijajah
- KBKK : Bagaimanakah rakyat Malaysia menunjukkan
semangat nasionalisme ?
BAB 2 ( TUMPUAN )
NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA
1. Peristiwa penentangan James Brooke
2. Gerakan Islah
-Tokoh / akhbar dan majalah / matlamat / idea (mesej) perjuangan / cara perjuangan
- Halangan / undang-undang / Kaum Tua
- KBKK : Apakah kejayaan Gerakan Islah di Tanah Melayu
Mengapakah British memberi tekanan kepada Gerakan Islah
Peranan media cetak dalam membangkitkan kesedaran kebangsaan
3. Persatuan-persatuan Melayu
- KMS / PASPAM / KMM : matlamat penubuhan dan isu
- Tokoh dan peranan
- Sebab persatuan tidak menonjol di Sabah
- KBKK : Faedah menyertai persatuan di sekolah



BAB 4 DAN 5

1. Malayan Union
2. Suruhanjaya Reid

BAB 3
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
1. Kesultanan Melayu Melaka
- Ciri negara bangsa / unsur warisan Melaka di Negeri-negeri Melayu
- KBKK : Usaha mengukuhkan negara bangsa
Cara negara kita mencapai kegemilangan sebagaimana yang dicapai oleh Kerajaan Melaka
Cadangan generasi muda agar mencintai warisan negara dan bangsa
BAB 6 ( TUMPUAN )
PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA
1. Pembentukan Malaysia
- Cadangan / tokoh
- Langkah pembentukan /Suruhanjaya Cobbold / JPPK
- Perjanjian Malaysia
- Akta Malaysia
- KBKK : Bagaimanakah cara mengekalkan keamanan di Malaysia Apakah prinsip yang dipegang oleh pegawai British dan pembesar tempatan dalam menjayakan JPPK dan Suruhanjaya Cobbold ?
BAB 7
( TUMPUAN )
SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA
1. Maksud Raja Berperlembagaan
2. Bidang kuasa YDP Agong
- KBKK : Apakah kepentingan institusi Raja Berperlembagaan kepada negara ?
Cadangkan aktiviti yang dapat memupuk semangat menghormati institusi beraja
3. Ciri –ciri Dewan Negara dan Dewan Rakyat
- KBKK : Berikan kepentingan pengagihan kuasa pentadbiran
Kebaikan konsep pengasingan kuasa di negara kita
4. Proses penggubalan undang-undang
5. Peranan Badan Pelaksana
6. Peranan Badan Kehakiman
7. Maksud negara Persekutuan
- Bidang kuasa Persekutuan / Negeri / Bersama
- KBKK : Mengapakah Kerajaan Persekutuan dan Negeri harus menjalin
hubungan baik ?
Sebagai pemimpin Persekutuan, berikan usaha untuk mengekalkan kestabilan politik negara ?

BAB 8 ( TUMPUAN )
PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN
1. Perkembangan Dasar Pendidikan Negara sebelum merdeka
- Laporan Barnes, Fenn Wu, Penyata Razak



2. Laporan Rahman Talib
- KBKK : Sebagai pelajar bagaimana merealisasikan hasrat negara membentuk konsep 1Malaysia ?
Jelaskan kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan Malaysia melalui dasar- dasar pendidikan
Bagaimanakah perpaduan boleh dicapai melalui sistem pendidikan ?
3. Falsafah Pendidikan Malaysia
4. Langkah memartabatkan bahasa
- KBKK : Aktiviti meningkatkan penguasaan pelajar dalam Bahasa Melayu
5. Objektif / Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan
6. Sukan untuk perpaduan
- KBKK : Kepentingan perpaduan kaum kepada negara
Langkah kerajaan untuk menggalakkan sukan di peringkat sekolah
7. Wawasan 2020 – matlamat dan cabaran
- KBKK : Bagaimanakah merealisasikan Wawasan 2020 ?
BAB 9 ( TUMPUAN )
MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
1.Perang Dunia Pertama – sebab dan kesan
- KBKK : Bagaimanakah sesebuah negara boleh menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain ?
Langkah-langkah untuk mengelakkan peperangan / konflik
2.Blok Dunia dan Perang Dingin
3.Sebab Liga Bangsa gagal memainkan peranan
4.Komanwel – faedah dan peranan Malaysia
5. Negara-negara Selatan – ciri
6. NAM – ciri dan matlamat
7. OIC – faedah dan peranan /sumbangan kepada Malaysia
8. Globalisasi
- Maksud / konsep, faktor, cabaran, usaha, kesan
- KBKK : Sebagai seorang pelajar, apakah yang perlu dilakukan supaya Malaysia dapat terus bersaing dalam cabaran globalisasi ?

Salam kepada semua pelajar yang dikasihi ... moga ceria selalu belajar Sejarah. Teruskan perjuangan anda memartabatkan subjek Sejarah.

KUMPULAN CEMERLANG

TINGKATAN 4:
Bab 1 - Tamadun Awal Manusia
Bab 2 - Peningkatan Tamadun
Bab 5 - Kerajaan Islam di Madinah
Bab 7 - Islam di Asia Tenggara
Bab 10 - Dasar British & Kesannya Terhadap Ekonomi Negara

TINGKATAN 5:
Bab 2 - Nasionalisme di Malaysia Sehingga PD2
Bab 6 - Pengukuhan Negara & Bangsa Malaysia
Bab 7 - Sistem Pemerintahan & Pentadbiran Negara Malaysia
Bab 8 - Pembangunan & Perpaduan Untuk Kesejahteraan
Bab 9 - Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa

KUMPULAN SEDERHANA:
T4 - Bab 1, 2 dan 5
T5 - Bab 2, 6, 7 dan 9

KUMPULAN HALUS:
T4 - Bab 5
T5 - Bab 2, 7 dan 9



Tingkatan 4

1. Tamadun Mesir & Mesopotamia
(a) Mesir
- peranan firaun
- kepercayaan mesir
- sumbangan Imhotep
- kemajuan sains & teknologi

(b) Mesopotamia
- peranan raja
- fungsi Ziggurat
- kemajuan sains & teknologi

2. Agrarian & Maritime
(a) faktor-faktor perkembangan pertanian dalam kerajaan Agarian
(b) pengaruh hindu Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaan awal di asia tenggara

3. Zaman Jahiliyah
- maksud dan pengaruh zaman Jahiliyah kepada masyarakat, ekonomi, kepercayaan

4. Peristiwa penting dalam Nabi Muhammad
- tindakan baginda mengatasi penentangan

5. Penyebaran agama Islam di Madinah
- reaksi penentangan Quraisy
- Makkah terhadap dakwaan Nabi Muhammad
- faktor dan kepentingan Hijrah

6. Khalifah
- maksud, tugas & sumbangan Khalifah Abu Bakar

7. Islam di Asia Tenggara
- cara penyebaran Islam di Asia Tenggara
- pengaruh Islam dalam cara hidup, ekonomi & kesenian

8. Pengaruh Islam di Malaysia
- pengaruh Islam di Tanah Melayu sebelum kedatangan British
- adat pepatih & adat temenggung

9. Penjelajahan
- faktor-faktor berlakunya Renaissance di Itali & kesan-kesannya
- faktor-faktor berlakunya penjelajahan di Eropah
- kesannya terhadap social, ekonomi & politik




Tingkatan 5

1. Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia ke-2
- pemimpin-pemimpin setempat menentang British & faktor-faktor penentangan
- faktor-faktor pemangkin Nasionalisme

2. Kesedaran pembinaan Negara & Bangsa
- ciri-ciri Negara & Bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka
- unsur-unsur warisan Kesultanan Melayu Melaka

3. Perjanjian Malayan Union & tentangan orang Melayu terhadapnya
- Persekutuan Tanah Melayu, faktor-faktor pembentukannya & ciri-cirinya

4. Pembinaan Negara & Bangsa merdeka
- peranan agensi kerajaan dalam Rancangan Pembangunan Malaysia ke-2


Tips menjelang peperiksaan SPM

1. Semak jadual Peperksaan SPM 2010

Semakan ini penting bagi merancang jadual belajar pecutan akhir. Ulangkaji hendaklah dirancang mengikut kertas peperiksaan yang yang akan diduduki terlebih dulu. Rancang dan bincang dengan guru dan ibu bapa supaya jadual terbaik dapat dihasilkan dengan mengambilkan keperluan semua mata pelajaran

2. Teruskan latihan sambil mengulangkaji

Teruskan latihan soalan model peperiksaan bagi setiap mata pelajaran. Cuba menjawab soalan-soalan percubaan peringkat negeri selain soalan peperiksaan sebenar. Semak jawapan dan kukuhkan penguasaan anda dengan membuat semakan dari buku teks atau buku ulangkaji di bahagian soalan yang gagal dijawab. Tindakan ini akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping memanjangkan hayat ingatan anda.

3. Ulangkaji semua

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. Jangan sekali-kali belajar subjek atau sub-tajuk yang anda sukai sebaliknya merangkumi semua. Semua subjek adalah keutamaan anda.

4. Mengingat dan membuat perkaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda gunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali, membuat akronim, melakar, mengingat kata kunci dan membuat perkaitan.

5. Merancang persiapan peperiksaan

a. Beberapa minggu sebelum peperiksaan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.di sekolah, rumah, dimana saja manfaatkan masa membaca nota ringkas.

b. Jaga kesihatan diri dan tidur yang mencukupi supaya sentiasa sihat, segar dan fokus ketika mengulangkaji dan menduduki peperiksaan.

c. Lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat,. Jangan lepaskan peluang keemasan ini . PMR sekali seumur hidup anda.

d. Dapatkan restu ibubapa dan guru.

e. Datang lebih awal dan pastikan anda bersarapan. Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini membantu anda fokus sepanjang masa peperiksaan.

f. Tenang dan percayakan diri sendiri. Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.

g. Prebiu soalah-soalan terlebih dahulu. Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan.

h. Menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.

i. Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih. Analisa jawapan dan memberi rasional betul atau salah kepada setiap pilihan jawapan . Potong jawapan yang anda tahu salah dan pilih jawapan anda

j. Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis

Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.

k. Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksan jawapan .

Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca atau tanda titik perpuluhan.

l. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah. Fokus pada ketas berikutnya

7. Berdoa dan bertawakal InsaAllah anda akan cemerlang

Jika perlu berlajar lah dalam kumpulan kecil. Yang penting tanamkan azam dan semangat berjaya. Anda memang boleh berjaya …..



MOTIVASI PELAJAR CEMERLANG

INGAT, HAFAZ DAN PRAKTIKKAN

1. Kejayaan saya di masa depan, ditentukan oleh tindakan saya sekarang , bukan prestasi saya masa lalu.

2. Kecemerlangan dan kesederhanaan atau kegagalan adalah pilihan saya. Ya, saya sendiri bukannya orang lain.

3. Saya boleh pilih untuk memalaskan diri atau merajinkan diri. Semuanya terletak ke atas saya.

4. Ibu bapa, guru dan kawan-kawan hanya boleh membantu, tetapi saya yang kena berusaha bersungguh-sungguh.

5. Sama ada saya mahu membuka pintu kecemerlangan seluas-luasnya atau tidak, terletak ke atas diri saya sendiri.

6. Ramai pelajar gagal bukan sebab bodoh tapi sebab melakukan kerja bodoh.

7. Pilih kawan yang membantu bukan yang membantutkan anda.

8. Pelajar cemerlang mencari jalan, pelajar gagal mencari alasan.

9. Selagi aku berusaha, selagi itulah aku berpeluang untuk berjaya.

10. Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Lagi banyak saya berkorban, maka lagi baiklah peluang saya untuk berjaya.

11. Biarlah sakit untuk mendisiplinkan diri daripada sakit menyesal.

12. Pelajar cemerlang – Faham sepenuhnya

Pelajar sederhana – Faham sebahagian sahaja

Pelajar lemah – Banyak yang tak difahami

13. Perbezaan utama di antara pelajar cemerlang, sederhana dan lemah ialah DARJAH KEFAHAMAN sesuatu tajuk atau subjek yang dipelajari.

14. Rahsia kejayaan pelajar di sekolah: FAHAM APA YANG DIAJAR DI KELAS DAN APA YANG DIPELAJARI DI RUMAH.

15. Tidak ada pelajar BODOH, yang ada hanyalah pelajar yang FAHAM atau TAK FAHAM. Yang FAHAM pula, ada yang CEPAT FAHAM, ada yang LAMBAT FAHAM.

16. Lebih baik tidur awal dan lebih baik tidur di rumah, daripada tidur dalam kelas.

17. Berikan tumpuan dan konsentrasi- JANGAN TIDUR DI DALAM KELAS.

18. Tukarkan IMPOSSIBLE atau I’M POSSIBLE.

19. Salah satu sebab pelajar gagal – MEREKA SENDIRI TAK BERI PELUANG KEPADA DIRI MEREKA UNTUK BERJAYA. Kenapa – MEREKA TIDAK PERCAYA, TIDAK YAKIN AKAN KEBOLEHAN YANG ADA PADA DIRI SENDIRI.

20. KEPERCAYAAN – Sesuatu perkara yang diterima sebagai benar. Ia mungkin benar, ia mungkin karut ! Ia menjadi benar jika kita mempercayainya,WALAUPUN SEBENARNYA IA PERKARA KARUT.

21. Pelajar yang malas belajar bukan jadi malas sebab mereka sememangnya suka jadi malas. Salah satu punca ialah MEREKA TIDAK MEMPERCAYAI KEBOLEHAN ATAU KEMAMPUAN DIRI SENDIRI.

22. SIKAP POSITIF (YES, I CAN DO IT) – Meyakini bahawa tindakan yang akan diambil berupaya membuahkan hasil seperti yang diingini.

23. SIKAP NEGATIF ( NO, I CAN’T DO IT) – Meyakini bahawa tindakan yang diambil berkemungkinan tidak akan membuahkan hasil seperti yang diingini.

24. Saya mesti percaya bahawa saya akan berjaya jika saya mahu berjaya.

25. Minda adalah batasannya. Selagi kita dapat membayangkan bahawa kita boleh melakukan sesuatu, kita mampu melakukannya selagi kita mempercayainya 100%.

26. Maksud Hadith “ Empat perkara yang aku takut berlaku ke atas ummatku”.

Pertama – kuat makan

Kedua – Banyak tidur

Ketiga – Malas

Keempat – Lemah Keyakinan

27. Don’t just talk, DO IT.(Usah bercakap banyak, bertindak sekarang)