Jumaat, 25 Januari 2013

FIFA Hukum Pemain Bola Karena Rayakan Gol dengan Pakai Baju Bertuliskan “ Allah Maha Besar”

Sabtu 26 Jan.2013
Pemain bintang  Ghana Mubarak Wacasso Adwa’ berhasil  mencetak kemenangan selama pertemuan dengan tim nasional  Mali di putaran kedua untuk Piala Afrika yang diselenggarakan Afrika Selatan.
Mubarok yang bergabung pada tim  ”Espanyol” berhasil mendapat perhatian media Spanyol saat merayakan gol untuk negaranya yang dicetak di gawang Mali dan ia membawa kemenangan tersebut di babak kedua, di mana ia merayakan dengan cara sendiri,  dengan mengangkat kemejanya maka ia tampil mengenakan kaos yang bertuliskan  “Allah Is Great ” yang dalam bahasa indonesia berarti “Allah Maha Besar.”
Cara perayaan Mubarak tersebut mengingat kenangan yang terjadi pada final Piala Afrika  tahun 2006, ketika playmaker Mesir  Mohamed Aboutrika memakai kaos dalam yang bertuliskan arab ” Nahnu Fidaka Ya Rasulallah ” yang berarti “ kami adalah delegasimu wahai Rasulullah “  setelah mencetak gol kemenangan untuk timnya di pertandingan Pantai Gading.
Tim  Ghana menghadapi hukuman, dengan latar belakang menggunakan agama untuk merayakan gol dicetak. Dan ini adalah apa yang dilarang oleh hukum International Federation of Football “FIFA”.
Pasal IV dari Undang-undang tentang  pemain dilarang untuk menunjukkan pakaian dengan slogan-slogan atau propaganda untuk  partai politik atau agama atau pribadi.
eramuslim
Sakit Gout, cuba jus timun dan karot
Sabtu 26 Jan.2013

"

Nabi s.a.w bersabda: "Berubatlah , sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? ( penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)"

Kalau sakit, terlebih dahulu jumpa doktor, serta ikut nasihat doktor, makan ubat yang diberikan dan bertawakal. Kemudian terpulang untuk melakukan rawatan alternatif selagi tidak bercanggah dengan syarak dan nasihat doktor.

Saya ada gout, sejak beberapa tahun lalu. Puas juga berpantang, makan ubat yang disyorkan doktor, juga rawatan alternatif. Dalam pada masa yang sama saya cuba buat carian di internet makanan apa yang sesuai untuk meneutralkan asid dalam badan.

Alhamdulillah, akhirnya yang sesuai untuk diet saya ialah jus timun campur karot (lobak merah). Ini adalah kerana timun dan karot mempunyai tahap alkali yang tinggi untuk meneutralkan asid urik dalam badan. Apa yang saya amalkan ini, mungkin tidak serasi, mungkin serasi untuk orang lain. Tiada jaminan, hanya dengan izin Allah.

Kadarnya ialah 1 timun dan 1 karot dikisar sekali dan diminum jusnya. Kalau timun dan karot tadi besar buatlah 1/2 timun dan 1/2 karot. Kalau sakitnya masih ada mungkin minum 2 atau 3 kali sehari. Kemudian kalau reda sikit 1 kali sehari. Kalau reda lagi selang sehari. Dan amalkan seminggu sekali untuk selamanya, kerana badan kita ni dah tua, tak dapat nak proses asid urik. Kalau dan sihat, harus terus pantang makanan yang boleh menyebabkan gout.

Semalam saya jumpa kawan saya, minggu sudah dia diserang gout, ubat doktor dah habis, tapi masih belum baik katanya. Saya syorkan dia minum jus timun campur karot. Petang semalam dia minum, pagi tadi dia SMS, Alhamdulillah dah reda sikit.

Sekali lagi, kalau sakit, jumpa doktor, ikut nasihat doktor, makan ubat dan bertawakal. Yang lain rawatan alternatif kita hanya mencuba, Allah yang sembuhkan.

Artikel ini boleh disebarkan dan dikongsi secara percuma tanpa perlu kredit apa-apa. Saya tidak menyarankan mereka yang sakit gout mesti minum jus timun dan karot. Saya hanya berkongsi pengalaman.


Lagi satu yang saya amalkan ialah minum air beralkali samada air zam zam, air Gau atau sebarang pembekal air beralkali. "

tranungkite

4 Cara Yahudi ingin Kuasai Dunia

Jumaat 25 Jan.2013

Bangsa Yahudi bercita-cita untuk menakluki wilayah Palestin serta menjadi kuasa besar dunia yang berpusat di Israel.

Penganut agama Yahudi hari ini mempercayai empat rukun yang telah dipinda serta disesatkan.

1--, katanya orang Yahudi menganggap mereka adalah bangsa yang dipilih oleh Allah SWT manakala bangsa-bangsa lain adalah ‘binatang-binatang’ yang dijadikan rupa manusia yang membolehkan mereka melakukan apa sahaja termasuk membunuh bangsa lain.

2--, yahudi juga berhasrat untuk mendirikan Haikal Sulaiman iaitu kuil yang mereka dakwa pernah didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan tapak kuil itu ialah Masjidil Aqsa yang menjadi tempat Israk Nabi Muhamad s.a.w.

3--, bangsa Yahudi mahu mendirikan negara besar dunia yang berpusat di Israel di mana seluruh dunia akan tunduk kepadanya.

4--, mereka menunggu al-Maseh. Al-Maseh ialah yang memimpin Yahudi untuk menakluk dunia. Bagi umat Islam, al-Maseh ialah ‘dajjal’ yang dijanjikan oleh Nabi s.a.w..
Masjidil Aqsa yang merupakan kiblat pertama bagi umat Islam kini menjadi rebutan dengan bangsa Yahudi.

Ekoran itu, orang Yahudi bertindak ganas dengan merampas tanah-tanah umat Islam di Palestin serta mengorek di sekeliling Masjidil Aqsa.
Justeru, tidak ada lagi rundingan atau perbincangan dengan negara haram Israel yang berhasrat untuk menakluk dunia.

Kita tidak boleh ajar Israel melainkan dengan peluru. Darah yang mengalir mesti dibayar dengan darah kerana bangsa laknat ini tidak mematuhi apa sahaja undang-undang dan perjanjian
Tidak ada lagi rundingan, tidak ada lagi perbincangan dengan negara yang berhasrat meluaskan wilayah mereka di seluruh dunia.

Kita hendaklah mendidik diri kita menjadi umat yang kuat, umat yang gagah, umat yang bersedia untuk mati bagi menegakkan agama Allah SWT.
halimislamonline

Keunikan ekonomi Kelantan, satu tinjauan

 


Jumaat 25 Jan 2013
“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.” (Al-A’raf: 96)

Corak ekonomi rakyat Kelantan, sepintas lalu

Sebagai anak Kelantan yang membesar di perantauan, pasti banyak keunikan dan keistimewaan di negeri\ Serambi Mekah yang dapat dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Kedudukan geografi negeri Kelantan yang terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, terpisah dengan Banjaran Titiwangsa, berhadapan dengan Laut China Selatan dan bersempadan dengan negara Thailand, banyak mempengaruhi keunikan sosio-budaya dan sosio-ekonomi rakyat Kelantan yang berjumlah hampir dua juta tersebut.

Kaya dengan pelbagai sumber asli, baik di daratan mahupun di lautan, Kelantan yang dianggap sebagai sebuah negeri agrarian (pertanian) menyaksikan aktiviti ekonomi rakyatnya berkait-rapat dengan aktiviti perniagaan, pertanian dan perikanan yang banyak bergantung pada tahap aliran Sungai Kelantan dan alunan ombak di pesisiran pantainya. Persepsi dari kaca mata pihak luar terhadap tahap ekonomi negeri Kelantan sering dikaitkan dengan kemunduran, kemiskinan, dan pengangguran, namun rakyat Kelantan turut disinonimkan dengan daya berdikari dan sifat bermuafakat, menjadikan mereka mempunyai dayatahan dan kekuatan tersendiri dalam mengharungi kehidupan.

Keunikan ekonomi rakyat Kelantan, satu pemerhatian

Memetik ucapan Belanjawan Negeri Kelantan Tahun 2013 oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Bin Hj. Nik Mat:

“KDNK Negeri Kelantan pada tahun 2012 dijangka meningkat kepada RM11.14 bilion dengan kadar pertumbuhan 6.9%, manakala pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2012 dijangka pada kadar 4.0% sehingga 5.0%. Sektor Perkhidmatan, Pertanian dan Pembuatan dijangka akan terus menjadi penyumbang utama KDNK Negeri Kelantan bagi tahun 2012 iaitu masing-masing sebanyak 80.4%, 17.9% dan 4.%. Bagi menyokong hasrat kerajaan, Bajet 2013 turut meliputi penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas bagi menggalakkan aktiviti perniagaan dan keusahawanan. Kerajaan akan terus menyediakan bantuan ekonomi dan peluang pekerjaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.”

Jika disorot pengalaman negeri Kelantan yang telah ditadbir selama 22 tahun berteraskan dasar Membangun Bersama Islam, selayaknya untuk negeri Kelantan diiktiraf sebagai model mini ke arah pembentukan sebuah Negara Berkebajikan di Malaysia. Ini terbukti apabila Kerajaan Negeri Kelantan melaksanakan model ekonomi yang mengutamakan pembangunan seiring di antara aspek material dan rohani, meskipun berhadapan dengan kekangan kewangan dan penafian hak oleh pihak kerajaan Persekutuan, termasuklah hak terhadap royalti minyak untuk dinikmati oleh anak jati negeri Kelantan.

Selain peranan pihak Kerajaan Negeri sebagai penggubal dasar dan pengawalselia aktiviti pembangunan dan kebajikan, kerancakan dan dayatahan ekonomi negeri Cik Siti Wan Kembang ini turut disokong oleh kekuatan kuasa beli (purchasing power) dan permintaan tempatan (domestic demand) di kalangan rakyat negeri Kelantan, khususnya dalam aspek perniagaan kecil dan sederhana, ditambah pula dengan budaya sedeqah, zakat dan waqaf yang sinonim dengan rakyat negeri Kelantan.

Kekuatan kuasa beli dan permintaan domestik di negeri Kelantan dapat dilihat daripada beberapa pemerhatian terhadap aspek sosio-ekonomi yang melatari kehidupan harian rakyat Kelantan seperti berikut:

1. Tunai dan Emas – Urusniaga jualbeli dalam bentuk tunai yang tinggi adalah petanda utama dalam mengukur kekuatan ekonomi rakyat Kelantan dan turut menyumbang kepada merancakkan aktiviti

perniagaan kecil dan sederhana di Kelantan. Amalan berhutang di kedai runcit amat jarang diamalkan di Kelantan, apatah lagi transaksi jual-beli menggunakan kad kredit sebagaimana menjadi amalan biasa warga kota yang dihimpit beban sara hidup yang tinggi. Transaksi tunai yang rancak ini sekaligus menjadi pemangkin kepada budaya berniaga di kalangan rakyat Kelantan apabila permintaan terhadap barangan sentiasa tinggi, samada barangan runcit mahupun makanan. Di samping itu, budaya pemilikan emas di kalangan wanita Kelantan bukan sekadar untuk tujuan perhiasan dan kecantikan, tetapi turut menjadi perantara nilai ekonomi sesama mereka, khususnya dalam urusniaga pajak-gadai dan pinjaman modal. Ini
dibuktikan dengan prestasi perniagaan pajak-gadai Islam oleh Ar-Rahnu, di samping rekod jualan dinar dan dirham Kelantan yang kian meningkat, malah menjadi pemandangan biasa untuk melihat peraih- peraih emas berniaga di pasar-pasar, duduk sebaris dengan penjual kuih-muih dan sayur-sayuran.

2. Tanah dan Rumah – Rakyat Kelantan secara umumnya lebih mengutamakan perbelanjaan untuk pemilikan aset kekal. Daripada urusniaga pembelian tanah (atau pecah lot) yang amat popular di Kelantan serta aktiviti pembinaan dan pembelian rumah di kawasan bandar mahupun di luar bandar, sehinggalah kepada sekecil-kecil pemilikan aset seperti haiwan ternakan yang biasanya akan dijual untuk menampung perbelanjaan pendidikan anak-anak. Aset-aset utama seperti rumah banglo dan premis perniagaan menyaksikan lebih 70% pemilikan di tangan anak jati negeri Kelantan, situasi yang jarang berlaku di negeri-negeri lain.

3. Bank dan Tabungan – Kewujudan banyak cawangan bank di daerah kecil seperti Bachok, Kuala Krai dan Gua Musang adalah menarik untuk dikaji dan dibandingkan dengan situasi di daerah kecil yang setaraf di negeri lain. Ini kerana, bagi daerah sebegini yang aktiviti ekonomi di kalangan penduduknya adalah terhad dan sering disinonimkan sebagai daerah termiskin, kewujudan lebih daripada tiga cawangan bank komersial utama seperti Maybank dan CIMB, mahupun bank berorientasikan masyarakat seperti BSN dan Bank Pertanian di daerah ‘mundur’ sebegini menjadi penanda aras terhadap tahap tabungan dan simpanan modal di kalangan rakyat Kelantan. Situasi yang lebih rancak pula dapat dilihat di bandar utama seperti Kota Bharu, Pasir Mas dan Tanah Merah yang menyaksikan urusniaga dan transaksi perbankan di kalangan rakyat adalah amat tinggi, di tambah dengan pembukaan cawangan bank yang menawarkan perkhidmatan perbankan Islam, tumbuh bak cendawan selepas hujan.

4. Infaq dan Sedeqah – Tidak perlu dihurai lebih lanjut akan budaya infaq, sedeqah, zakat dan waqaf di kalangan rakyat Kelantan. Pembinaan surau (balasoh) dan masjid yang banyak di Kelantan semuanya ditampung oleh sumbangan derma dan zakat yang dikumpul sedikit demi sedikit. Pendidikan merupakan institusi utama yang mendapat manfaat daripada budaya infaq dan sedeqah, baik dari segi pembiayaan pondok, madrasah dan sekolah agama rakyat, sehinggalah kepada pembiayaan pendidikan anak-anak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. Hasil bantuan zakat dan sedeqah yang dihulur jiran sekampung dan saudara-mara ini merupakan pelaburan jangka masa panjang yang telah membuahkan hasilnya pada masa sekarang apabila tahap ekonomi warga kampung secara umumnya meningkat selepas anak-anak kampung ini menamatkan pengajian dan mempunyai kerjaya dan pendapatan yang lebih kukuh.

Inilah sebahagian daripada pemerhatian ringkas terhadap aspek sosio-ekonomi yang telah menjadi budaya di kalangan rakyat Kelantan, dan ia merupakan pemangkin utama kepada kekuatan kuasa beli dan dayatahan ekonomi negeri Kelantan. Rezeki yang diperolehi biarpun nampak sedikit, tetapi ia lebih dari mencukupi untuk menampung kehidupan sehari-hari, buat bekalan di kemudian hari.

Kebaikan dan kebajikan yang bertambah-tambah, itulah barakah, dan inilah kekuatan dan keunikan ekonomi negeri Kelantan Darul Naim.

*Syahir Sulaiman adalah Pengarah Kajian Polisi DPPM. Beliau mendokong agenda Membangun Negara Berkebajikan.

harakahdaily

Khamis, 24 Januari 2013

Minyak di atas daratan di Kelantan


Khamis 24 Jan 2013
KOTA BHARU: Berita gembira bakal diterima oleh rakyat Kelantan sekiranya penemuan minyak benar-benar berlaku di atas daratan di beberapa buah lokasi di negeri itu.

Bagi mengesahkan perkara itu, kerajaan negeri bakal melantik sebuah syarikat untuk mengkaji secara sah wujudnya ura-ura berhubung penemuan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa (gambar), berkata walaupun Petronas enggan mendedahkan maklumat itu, namun ianya sampai juga pada kerajaan negeri.

“Antara kawasan yang dijangkakan mempunyai rizab itu Kota Bharu dan Tumpat,”ujarnya.

Husam menambah, cadangan untuk melantik syarikat luar berkenaan telah dipersetujui dalam mesyuarat exco semalam di Kota Darul Naim.

Pada sidang medianya itu, Husam berkata, proses pelantikan syarikat tersebut yang bertanggungjawab untuk mengesan penemuan minyak itu akan dilakukan seberapa segera yang mungkin.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas identiti syarikat terbabit buat masa sekarang.

Bagi menjayakan hasrat itu, kerajaan negeri akan berunding dengan syarikat terbabit secepat mungkin disamping mengguna pakai setiap undang-undang yang ada bagi menghasilkan sendiri pengeluaran minyak.

Antaranya melalui saman kerajaan negeri kepada Petronas, kerajaan Pusat menyatakan minyak di atas daratan adalah hak sepenuhnya negeri berkenaan bukannya pusat.

Beliau juga turut mengakui, rizab penemuan minyak itu lebih besar jika dibandingkan dengan yang ada di laut.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan kerajaan Pusat dan Petronas yang mendakwa Kelantan tidak berhak mendapat royalti kerana kedudukannya melebehi tiga batu nautika dari daratan.

Ini bermakna, katanya apabila penemuan minyak di darat dalam negeri Kelantan, kerajaan Pusat tidak boleh berbuat apa-apa berdasarkan hujah tersebut.

“Adakah kerajaan Pusat boleh menerima dengan dakwaan mereka sendiri dan Kelantan tidak akan membayar pada mereka walaupun satu sen berdasarkan hujah tersebut, sekiranya benar hasil minyak benar-benar terdapat di darat,”ujarnya.

Husam juga turut menyifatkan kenyataan Petronas dan kerajaan sebagai berbahaya apabila mendakwa Kelantan hanya boleh mendapat hasil sekiranya ia dikeluarkan dari bumi negeri itu.

harakahdaily
Cinta Nabi SAW Gaya Sahabat
  Khamis , 24 January 2013
"Kita perlu kembali meneladani gaya para sahabat menyintai Nabi SAW. Ini kerana, mereka merupakan generasi yang diasuh dari air tangan Nabi SAW. Kelebihan tersebut menjadikan mereka merupakan golongan yang paling menyintai Nabi SAW dan yang paling faham terhadap mesej-mesej wahyu dari Baginda SAW.

Seperti yang telah dikisahkan oleh Imam Ibnu ‘Asakir di dalam karyanya Tarikh Dimasyq, bagaimana manifestasi cinta Saidina Bilal Bin Rabbah terhadap Rasulullah SAW adalah dengan jihad. Setelah kewafatan Baginda SAW, Bilal tidak mampu meneruskan tugasnya sebagai juru azan. Apabila disebut sahaja nama kekasihnya Muhammad SAW, suara Bilal tersekat dan menangis. Maka bermulalah riwayat hidup Bilal Bin Rabbah berendam air mata sepanjang berada di Madinah selepas kewafatan Baginda SAW. Untuk menyelesaikan derita kerinduan yang amat menebal, akhirnya Bilal meminta izin Abu Bakar untuk keluar dari Madinah menuju ke Sham bergabung dengan tentera Islam dalam misi membebaskan Baitul Maqdis. Bilal pergi berjuang demi mendapatkan cintanya kepada Rasulullah SAW.

Begitu juga kisah dua kanak-kanak yang amat ghairah menyintai Nabi SAW. Ketika perang Badar, Abdul Rahman Bin ‘Auf ditemui oleh dua orang kanak-kanak yang melapor diri lantas menyuarakan hasrat ingin mencari Abu Jahal yang telah mencaci Nabi SAW. Mereka bertekad sekiranya terserempak dengan Abu Jahal, mereka akan pastikan si bedebah tersebut segera dibunuh. Akhirnya misi tersebut berjaya dan dipuji oleh Nabi SAW.

Begitu juga cinta Khubaib yang diseksa teruk kerana mempertahankan Islamnya. Sehingga musyrik yang menyeksanya menawarkan pelepasan dari seksaan dengan syarat, Khubaib dapatkan Rasulullah SAW sebagai galang gantinya. Maka Khubaib membenarkan cintanya kepada Nabi SAW dengan penegasannya:

“Demi Allah, aku benci bersenang-lenang di dunia dengan keluargaku dan anak-anakku sedangkan Rasulullah SAW ditinggalkan diseksa oleh kamu semua” al-Bukhari

Di sini kita lihat, cara para sahabat berinteraksi dengan cinta Nabi SAW adalah dengan perlaksanaan. Bukan dengan puji-pujian lisan semata-mata. Lebih dari itu, mereka jadikan jalan jihad sebagai cara menterjemahkan rasa cinta kepada Baginda SAW.

sambungan
www.tarbawi.my"

Rabu, 23 Januari 2013

Kereta hibrid bergerak guna udara

Khamis 24 Jan.2013


KERETA hibrid keluaran PSA Peugeot Citroen yang bergerak menggunakan tenaga udara mampat.- Agensi


PARIS - Gergasi pengeluar kereta Perancis, PSA Peugeot Citroen menyatakan rancangan untuk menjual kereta hibrid berkuasa udara mampat menjelang 2016.
Menurutnya, kereta hibrid itu mampu menjimatkan petrol sebanyak 45 peratus manakala penjimatan 85 peratus dapat dicapai bagi pemanduan dalam bandar.
Penjimatan tersebut, kata PSA Peugeot Citroen, dapat dicapai ekoran kereta itu bergerak menggunakan tenaga udara mampat untuk hampir keseluruhan pemanduan bandar melibatkan kelajuan kurang 70 kilometer sejam.
Kebanyakan kereta hibrid masa kini dijana oleh petrol dan tenaga elektrik.
Teknologi terbaharu itu juga tidak memerlukan kereta tersebut dicaj semula seperti kereta elektrik kerana udara mampat itu disedut dari persekitaran.
Kereta hibrid terbaharu itu juga lebih murah untuk diselenggara kerana tidak memerlukan pertukaran sel elektrik seperti kereta hibrid masa kini. - Agensi