Ahad, 29 Julai 2012

Isnin 30 Julai,2012


Bicara buat seorang sultan kekasih rakyat,berangkat hadir solat Isyak bersama rakyat,memandu sendiri Mercedes tertera ' V محمد 'tanpa dibentang permaidani kuning,hanya ber-Croc memakai sendiri.Berjubah Berkopiah sederhana mungkin,Itulah Sultan yang mengajak rakyat takutkan Allah.Daulat Tuanku kepada الله أكبرMuhammad V, Sultan untuk umat Islam Malaysia.Allahuakbar Tuanku.~
fb I ♥ KELANTAN

[Video] J SZE Gadis Cina dengan hujah2nya kenapa dia berpuasa - Ikon baru dalam dunia dakwah 

Isnin 30 Julai 2012

 

SENSASI DI YOUTUBE: Gadis cina hot BUKAN ISLAM memberi hujah-hujahnya mengapa beliau berpuasa di bulan Ramadhan! KEBANGKITAN PENDAKWAH BUKAN ISLAM! J SZE adalah ikon baru dalam dunia dakwah. Apa yang unik ialah beliau bukan Islam tetapi merupakan salah seorang anggota team Najasyi / Abu Talib yang giat belajar tentang logik Islam dan juga bahasa Arab. Beliau mengambil ijazah dalam child psychology. J SZE telah menakjubkan ramai di pentas KONVENSYEN FIQH UMMAH baru2 ini di Johor bila beliau menjelaskan hujah demi hujah mengapa aqidah Islam lebih rasional dari agama-agama lain. Ini adalah video pertama J SZE dalam usahanya untuk menghilangkan prejudis masyarakat bukan Islam terhadap Islam. Beliau amat menentang Islamofobia. -
Sumber Kelab Greenboc

Amerika bangunkan pesawat pengintip mikro sebesar nyamuk

Laporan menunjukkan militer AS telah menggalirkan wang dalam jumlah besar untuk membuat pesawat pengintip kecil tak berawak dan sedang mengembangkan pesawat mikro yang kini hadir dalam segerombolan serangga untuk melakukan aksi mata-mata.
Menurut sumber internet berbagai tim peneliti di Johns Hopkins University bersama dengan Angkatan Udara AS Kantor Penelitian Ilmiah di Wright-Patterson Air Force Base di Arlington, Virginia, sedang mengembangkan apa yang mereka sebut sebuah kendaraan udara mikro ( MAV) yang akan melakukan tugas spionase.
Serangga robot dengan mudah dapat menyusup daerah perkotaan, di mana konsentrasi bangunan dan orang-orang yang padat, bersama dengan angin yang tak terduga dan hambatan lain membuatnya tidak praktis.
Serangga robot ini dapat dikendalikan dari jarak jauh dan dilengkapi dengan kamera dan mikrofon built-in....klik tajuk /eramuslim.com


Perangkat baru tersebut memiliki kemampuan untuk mendarat tepat pada kulit manusia, menggunakan jarum berukuran super-mikron untuk mengambil sampel DNA dan terbang lagi dengan kecepatan penuh. Semua orang tidak akan merasa sakit akibat dari gigitan nyamuk robot itu tanpa rasa sensasi terbakar serta pembengkakan.

Nyamuk "drone" ini juga dapat menyuntikkan perangkat pelacakan identifikasi frekuensi radio mikro (RFID) tepat di bawah kulit, dan dapat digunakan untuk menyuntikkan racun ke musuh selama perang.

Pada awal tahun 2007, pemerintah AS dituduh diam-diam mengembangkan serangga robot mata-mata ketika demonstran anti perang di Amerika Serikat melihat beberapa benda terbang mirip dengan capung atau helikopter kecil yang melayang di atas mereka.

AS tidak sendirian dalam membuat miniaturisasi drone yang meniru alam: Perancis, Belanda dan Israel juga mengembangkan perangkat serupa.

Sementara itu, Israel Aerospace Industries (IAI) telah menghasilkan pesawat drone berbentuk kupu-kupu, beratnya hanya 20 gram, yang dapat mengumpulkan data intelijen di dalam gedung.

Anda Termakan Kurma Israel? 

TAHUKAH Anda, ketika menikmati kurma di bulan Ramadhan, boleh jadi kurma yang Anda nikmati itu keluaran Israel?

Setiap tahun Israel menuai awal masa bulan Ramadhan. Mereka menuai kurma yang ditanam orang-orang Palestin, di bumi Palestina dengan buruh orang Palestin, yang dijual ke seluruh penjuru dunia – terutama Eropah, dan kemudian dibeli dan dinikmati oleh orang-orang Muslim.

Tahun 2004, Pengadilan Internasional memutuskan bahawa pemukiman penduduk Israel di Palestin adalah ilegal. Mereka membangun rumah, gedung, dan menanam di atas tanah rampasan milik orang Palestin.

Di tanah itu pula mereka menanam kurma, yang merupakan tanaman utama pertanian mereka. Hampir separuh dari pertanian kurma itu terletak di Lembah Jordan.

Semuanya dikontrol oleh orang Israel. Jika tuaian melimpah, tentu mereka yang akan menikmati hasilnya. Memanen buah kurma bukanlah pekerjaan ringan. Pekerjaan itu sangat sulit dan melelahkan. Israel membawa buruh-buruh Palestin sebagai pekerja di perkebunan kurma tersebut. Setiap pukul 5 pagi, para buruh itu diangkut dengan kereta derek diturunkan di pepohonan kurma yang tingginya mencapai 8-12 meter, setinggi bangunan 4 lantai.

Mereka dibiarkan bergelantungan di pohon-pohon kurma setiap harinya, hingga 8 jam. Tanpa ada waktu rehat, tanpa ada alat yang membantu mereka turun dari pohon. Mereka baru turun jika mobil derek datang menjelang senja. Buruh Palestin itu harus bekerja memenuhi target hanya dengan satu tangan, kerana tangan satunya digunakan untuk berpegangan di pohon.

Mereka sama sekali tidak berhenti, bahkan hanya untuk membuang hajat kecil. Jika mengeluh atau tidak memenuhi target yang ditetapkan, mereka akan kehilangan pekerjaan. Akibatnya keluarga mereka akan kelaparan. Orang-orang Palestin yang menjadi buruh itu bukanlah orang-orang dewasa yang bertubuh kekar. Kebanyakan anak-anak. Mereka terpaksa putus sekolah dan bekerja di sana kerana miskin.

Israel sendiri sengaja memilih anak-anak untuk dijadikan buruh pemetik kurma. Bahkan mereka mengeluarkan surat izin kerja untuk kanak-kanak itu. Israel lebih suka anak-anak kecil sebagai buruh kerana mereka lebih lincah, dapat memanjat pohon lebih cepat, dan mudah untuk dicurangi serta dilecehkan.
Sebahagian besar kurma-kurma Palestin itu, sekitar 80%, diekspor ke luar negeri dengan tujuan utama Eropah.

Di Eropah, kurma hasil penderitaan rakyat Palestin itu merajai 10% pasar Eropah. Tahun 2005, kurma-kurma itu menjadi hasil pertanian eksport utama bagi Israel. Dua perusahaan terbesar di antara banyak perusahaan Israel yang mengelola pertanian kurma di Palestin adalah Agrexco dan Hadiklaim. Agrexco dimiliki separuhnya oleh pemerintah Israel. Perusahaan itu menangani 60-70% dari seluruh produk yang dihasilkan dari wilayah pendudukan atau yang dijajah.

Kurma kelolaannya berjenama Carmel, Jordan Plains, dan Jordan Valley. Hadiklaim menjual 65% dari total kurma yang dihasilkan Israel. Ada kurma berjenama King Solomon dan Jordan River. Mereka juga membekal kurma tanpa jenama, yang kemudian diberi jenama sendiri oleh penjualnya. Toko-toko yang menjual kurma Israel dengan jenama mereka, di antaranya Marks&Spencer’s, Sainsbury’s, Tesco’s, and Waitrose.

Terkadang, kurma-kurma itu diberi label “produced in the West Bank (diproduksi di Tepi Barat)”. Maka perhatikanlah wahai Muslim atas apa yang kita makan. Jangan beli kurma-kurma Israel! Lihat dibawah ini..





 
Emel ini datangnya daripada saudara Rocker Ariff. Harap semua dapat beri perhatian.
Organisasi anti-Israel kini melancarkan kempen memulaukan produk Israel dengan menggesa umat Islam memboikot kurma ditanam di kawasan penempatan Yahudi terbabit.
Buah itu dianggap komponen penting dalam amalan berbuka puasa dan mereka yang memakan kurma meningkat dengan ketara di dunia Arab dan Islam bulan ini.
Gesaan memboikot buah kurma dihasilkan Israel itu sudah digesa organisasi pro-Palestin di Eropah dan menerima sokongan dalam media Arab dan Iran
Pernah dikatakan kurma-kurma ini dipercayai sudah berada di Singapura. Kurma bernama Jordan River dipasarkan oleh syarikat kurma Israel iaitu Hadiklaim (Israel Date Growers Coperative Limited).
Hadiklaim has several brand-name date products, which are sold throughout the
Middle East, Europe, Australia and the Americas. Most prominently, Medjoul dates
are sold under the King Solomon brand, while Jordan River remains a symbol of
quality for numerous date varieties. Jordan River Bio-Top brand appears on all our
Bio-Organic products.
Memetik dari laman Hadiklaim.













  



















Sumber Ibnu Hasyim

Putrajaya tukar logo kontroversi Hari Kemerdekaan ke 55

Ahad 29 Julai,2012

Putrajaya hari ini menukar logo kontroversi Hari Kemerdekaan ke 55  yang dicipta oleh jurureka dalaman kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan dan menukarnya dengan logo 1Malaysia.
Langkah itu diumumkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim awal pagi ini melalui akaun Twitternya.
“Untuk membendung sedikit salah faham kami (akan) hanya (menampilkan) 1Malaysia sebagai logo Merdeka (dan) Hari Malaysia,” katanya melalui akaun Twitternya, @DrRaisYatim.
“Tahun ini seperti tahun lalu tiada logo rasmi melainkan logo 1Malaysia. Cuma temanya ialah 55 Tahun Merdeka Janji ditepati.
“Bahan hiasan (artwork) kini hanya paparan selingan bukan logo rasmi. Ada bbp bahan promo menjelang Hari Merdeka 31 Ogos dan Hari Malaysia,” tambahnya.
Langkah ini dilihat sebagai satu langkah yang memalukan terutamanya bagi Rais yang baru dua hari lalu mempertahankan tema “Janji Ditepati” yang telah menerima krtitikan umum minggu lalu apabila ia diumumkan.
Beliau menjawab kritikan umum itu dalam mesej pada akaun Twitternya dengan mengatakan “segala-galanya boleh dilihat buruk jika minda tertutup”.
“Malaysia telah benar-benar menjadi sebuah negara yang brjaya selepas 55 tahun merdeka. Mengapa tidak boleh kita katakan Janji Ditepati?”Katanya dalam satu respon kepada kritikan terhadap tema yang dikatakan sebagai kempen politik Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum akan datang yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.
Malaysia merayakan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos bagi memperingati ulang tahun hari kemerdekaan Malaya pada tahun 1957 dan meraikan Hari Malaysia pada 16 September bagi memperingati percantuman semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
Rais Yatim: Umumkan langkah melalui Twitter.
Rais dilaporkan oleh Bernama pada 9 Julai bahawa tema Hari Kemerdekaan tahun ini menandakan program transformasi PM seperti pemberian wang tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia, Kedai 1Malaysia dan lain-lain adalah untuk kebaikan rakyat.
Tema kemerdekaan lepas adalah variasi agenda 1Malaysia Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dan “1Malaysia Menjana transformasi”.
Sebelum Najib mengambil alih pemerintahan pada tahun 2009, tema hari kebangsaan lebih memberi tertumpu kepada mesej perpaduan, dengan tema pada 2008 “Perpaduan Teras Kejayaan”.
PM keenam itu juga telah menjelajah ke seluruh negara ini di bawah program “Jelajah Janji Ditepati” yang dianjurkan oleh TV3, stesen penyiaran swasta utama dibawah Sistem Televisyen Malaysia Bhd (STMB) yang dikaitkan dengan Umno.
Program jelajah tersebut adalah sebahagian daripada kempen untuk mengingatkan pengundi bahawa pentadbiran beliau (Najib) telah melaksanakan janji-janji semenjak beliau mengambil alih jawatan pada April 2009.
Najib memerlukan mandat sendiri pada pilihan raya akan datang kerana mandat kini adalah milik Tun Abdullah Ahmad Badawi yang beliau gantikan selepas pilihan raya umum 2008. Ahli-ahli politik Pakatan Rakyat (PR) telah menuduh kerajaan BN menjadikan sambutan Hari Kebangsaan sebagai kempen pilihan raya.
Mereka juga menuduh BN menyalahgunakan tema dan jentera kerajaan untuk tujuan kempen politik.
Rais, yang memimpin kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan bertanggungjawab untuk tema, terpaksa mempertahankan pemilihan tema menjelang pilihan raya yang paling sengit dalam sejarah yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
“Tema, slogan terbuka kepada persepsi. Jika minda ditutup dan hati keras semuanya boleh dilihat buruk, “katanya dalam perutusan di Twitter hari ini.
Logo Hari Kebangsaan 2012 juga telah menerima kritikan meluas sejak ia dikeluarkan. Warga siber dan pereka grafik mengatakan ia adalah paling buruk yang pernah mereka lihat dan tidak sesuai untuk sambutan hari besar 31 Ogos dan 16 September, yang merupakan Hari Malaysia.
Kerajaan tidak mengadakan pertandingan mereka bentuk logo yang telah dijalankan secara tradisi pada tahun ini, menyebabkan Jabatan Penerangan mengeluarkan logo yang terdiri daripada kata-kata dalam fon berbeza, Jalur Gemilang, logo 1 Malaysia dan tema “Janji Ditepati”, semuanya menggunakan empat warna bendera kebangsaan.
Serangan turut dilakukan kepada penjelasan terhadap logo oleh orang ramai yang menjadikannya sebagai bahan lawak.
Di laman rangkaian sosial seperti Twitter dan Facebook, ramai yang mempersoalkan mengapa Putrajaya tidak mengadakan pertandingan mereka logo seperti yang dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya.
Sebuah kumpulan Facebook yang bernama “Kami berhujah Logo Kemerdekaan Malaysia Ke 55” yang menggunakan slogan “Janji Ditepati” diwujudkan, kerana tindakan kerajaan itu dikatakan tidak masuk akal dan bertujuan politik.
Sumber;malaysiainsider
Pattani bergolak

Ahad 29 Julai,2012


RAKAMAN kamera litar tertutup yang disiarkan polis menunjukkan kumpulan pemisah melepaskan tembakan mesingan ke arah pasukan tentera di Pattani, selatan Thailand, semalam. - AFP
BANGKOK 28 Julai - Kumpulan pemisah menembak mati empat anggota tentera dan mencederakan dua lagi di selatan Thailand awal hari ini ketika keganasan dilaporkan terus meningkat di wilayah bergolak itu sejak bermulanya Ramadan.

Sekumpulan enam anggota tentera itu diserang ketika mereka sedang meronda di sebatang jalan di daerah Mayo, wilayah Pattani.

“Kira-kira 20 anggota kumpulan pemisah yang menaiki tiga buah pikap melepaskan tembakan ke arah pasukan tentera itu," kata jurucakap tentera selatan Thailand, Kolonel Pramote Prom-in.

Kejadian terbaru itu berlaku selepas satu letupan di tepi jalan yang menyebabkan lima anggota polis maut di wilayah Yala, Rabu lalu.

Kumpulan pemisah sering melancarkan serangan di tiga wilayah di selatan Thailand iaitu di Pattani, Narathiwat dan Yala sejak 2004.

Serangan bom dan tembakan yang mensasarkan anggota tentera dan orang awam tanpa mengira agama sama ada Buddha atau Islam, kini telah meragut lebih 5,000 nyawa dalam tempoh lapan tahun. - AFP

.......
http://anakharimau.blogspot.com

Sabtu, 28 Julai 2012

Video pertempuran terkini di Alepo Syria

Ahad 29 Julai,2012 

DAMSYIK - Helikopter-helikopter tentera terus membedil pusat bandar Aleppo semalam ketika tentera Presiden Bashar Al-Assad bersiap sedia untuk menggempur pemberontak di bandar raya kedua terbesar Syria itu. Menurut sumber pemberontak yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria (FSA), pertempuran yang bakal berlaku akan menentukan hidup mati mereka di Aleppo, bandar strategik di Syria selain ibu kotanya, Damsyik. Perkembangan tersebut didedahkan oleh Pertubuhan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia yang mengumpul maklumat mengenai kebangkitan rakyat negara itu menentang pemerintahan Bashar sejak 16 bulan lalu. "Helikopter-helikopter tentera mengebom daerah Salaheddine di Aleppo," kata pertubuhan itu menerusi satu kenyataan e-mel. "Pertempuran ganas turut berlaku di satu lagi daerah, Sakhour," tambah kenyataan tersebut. Perang menguasai Aleppo yang dihuni 2.5 juta penduduk itu merupakan ujian penting buat Bashar selepas rejimnya mengerahkan segala kekuatan tentera untuk menawan semula bandar raya utama itu dan Damsyik. Setakat ini, kedua-dua belah pihak masih belum dapat menguasai bandar raya berkenaan. Dalam pada itu, kumpulan pemerhati berkenaan memberitahu, tiga pejuang pemberontak terbunuh dalam beberapa pertempuran di Aleppo semalam. Menurutnya, seramai 160 orang dilaporkan terbunuh di Syria kelmarin dengan angka kematian keseluruhan di negara berkenaan kini meningkat kepada sekitar 18,000 orang. Kumpulan pemerhati itu turut menyiarkan klip video menunjukkan asap tebal menjulang ke udara dari beberapa blok apartmen di Aleppo semalam dengan bunyi tembakan jelas kedengaran. - Agensi