Isnin, 26 September 2011
Pelatih FBI Berkata Perang Melawan Al-Qaeda Adalah Sampah
Kapal selam buatan kayu ditemui
28 Syawal 1432H.
KAPAL selam buatan sendiri yang dtemui pada Jumaat lalu dipindahkan dari pelabuhan Buenaventura, Colombia pada Sabtu lalu.

Ahad, 25 September 2011
Qanaah
27 September 2011
Sifat Qanaah ialah MERASA CUKUP dengan apa yang ada sebagaimana yang di kurniakan oleh Allah. Jiwa berasa lapang dengan rezeki yang diberikan Allah SWT kepadanya dan hilang rasa tamak terhadap yang tidak tercapai. - Muhammad bin Tirmizi
Berasa cukup dengan apa yang sudah dimilikinya yang telah memenuhi kepentingannya, sama ada berupa makanan, pakaian atau sebagainya. – Abu Zakaria Ansari
Puas dengan apa yang dimiliki tetapi tetap berusaha gigih, serta mempunyai sifat luhur dan 'afaf; iaitu enggan meminta-minta, berlaku sederhana dalam kehidupan dan berbelanja serta mencela (mengelak) meminta-minta tanpa keadaan darurat (keperluan mendesak) - Imam an-Nawawi.
Dari Abu Muhammad iaitu Fadhalah bin Ubaid al-Anshari r.a. bahawasanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Untung besarlah kehidupan seseorang yang telah dikurnia petunjuk untuk memasuki Agama Islam, sedang hidupnya itu adalah dalam keadaan cukup dan pula ia bersifat qana'ah." (HR Tirmidzi)
Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh berjaya orang yang beragama Islam dan rezekinya cukup dan berasa cukup dengan segala yang diberikan oleh Allah kepadanya”. (HR Muslim)
Mata Pelajaran Sejarah Penting Dalam Pendidikan
27 Sept.2011
Sejarah perlu terus dipelajari di peringkat IPT: Sultan Kedah
JITRA: Pengajian sejarah bukan sahaja wajib dipelajari di peringkat sekolah, malah perlu diteruskan ke peringkat pengajian tinggi kerana ia penting dalam kehidupan negara bangsa, titah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Baginda bertitah sejarah adalah "buku kehidupan" yang mengandungi pelbagai pengajaran dan perkara penting untuk dijadikan panduan ke arah perkembangan negara bangsa.
"Institut Pengajian Tinggi (IPT) harus menawarkan kursus bersifat holistik dan bersepadu dengan memberi fokus kepada komunikasi, keusahawanan dan pembinaan sahsiah bagi membantu membina keterampilan pelajar sejajar dengan dunia global."Sebagai contoh, pelajar dalam bidang Sains, Perdagangan dan Kejuruteraan perlu didedahkan dengan kursus persejarahan, falsafah atau pengajian perbandingan agama," titah baginda pada majlis Konvokesyen Ke-25 Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Polimas), di sini hari ini.
Baginda bertitah sejarah perlu dipelajari serta diambil iktibar terutama oleh generasi baru agar golongan itu lebih menghargai erti merdeka, kedaulatan bangsa dan negera dengan lebih bijaksana.
Sultan Abdul Halim bertitah sejarah negara bangsa perlu diketahui, difahami dan diserap oleh seluruh lapisan masyarakat, bukan sahaja sekadar mempelajarinya malah apa yang berlaku perlu dijadikan pedoman.
"Apa yang telah berlaku perlu dinilai semula untuk perkembangan masa depan, membina semula kedudukan dan kekuatan bangsa kerana sejarah berkait dengan jatuh bangun sesuatu bangsa dan negara," titah baginda.
Baginda turut mengingatkan graduan Polimas supaya menggunakan ilmu serta kepakaran masing-masing dengan sebaiknya dan cara yang betul serta mencurahkan apa yang ada demi bangsa dan negara.
Sejak ditubuhkan pada 1984, Polimas melahirkan lebih 30,000 graduan dan pada konvokesyen kali ini seramai 2,309 graduan dari Jabatan Perdagangan, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, akan menerima sijil dan diploma masing-masing. - BERNAMA/BH
Sabtu, 24 September 2011
Hamparan rumput di atas jalan raya
27 Syawal 1432H.
Rabu, 21 September 2011
Samurai tepati ramalan
22 Sept.2011CEKAP...Khairul Fahmi menyelamatkan gawang daripada ditembusi penyerang Jepun.
KETUA jurulatih, Ong Kim Swee akur dengan kehebatan Jepun yang menguasai setiap babak perlawanan sehingga sukar buat skuad Olimpik negara untuk bangkit menentang sehingga tewas 0-2 pada perlawanan pembukaan Kumpulan C Kelayakan Sukan Olimpik 2012, semalam.
Sekalipun tidak gembira dengan apa yang disaksikannya, beliau lega apabila pintu gol Malaysia hanya bolos dua gol.
Katanya pujian harus diberikan kepada ketangkasan kapten yang juga penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.
Dia bukan saja menafikan banyak percubaan berbahaya tuan rumah, tetapi bijak menyusun semula rakan di benteng pertahanan agar tidak goyah apabila kerap diasak. “Tidak dinafikan Khairul Fahmi memastikan keputusan perlawanan ini kekal 2-0 sehingga tamat,” katanya.
Ditanya apakah sebenarnya yang berlaku ke atas persembahan pasukan yang tidak bermain seperti kebiasaan, Kim Swee memberikan alasan bahawa menentang pasukan sehebat Jepun bukan mudah.
Andai pasukan hilang konsentrasi dan fokus permainan, mereka akan dihukum.
“Inilah yang berlaku seperti apa yang anda saksikan. Malahan pemain langsung tidak dapat bergerak apabila pemain Jepun pantas mengawal kawasan serta mengecilkan kebebasan untuk bergerak.
“Malah mereka tidak langsung membenarkan kita kembali menyusun pergerakan dengan melancarkan asakan dari segenap penjuru padang,” katanya.
Apapun Kim Swee percaya bahawa perlawanan pembukaan kebiasaannya tidak menjadi seperti yang diharapkan.
Jepun memang berhajat meraih kemenangan besar tetapi cuma menjaringkan satu gol pada setiap babak.
“Bagi kami pula, perlawanan ini yang semestinya cukup penting untuk kita mengutip mata, mungkin memberi sedikit tekanan untuk pemain memberikan yang terbaik.
“Terus terang saya memuji komitmen ditunjukkan setiap pemain. Memang bukan mudah menentang Jepun dan keputusan malam ini tidak begitu melukakan,” katanya.
h/metro