Ahad, 3 Februari 2013

Kehebatan Rasulullah Di Akui Orientalis Barat

Ahad 3 Feb.2013
ANTARA tanda penghormatan dan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW ialah melalui membaca selawat. Semakin banyak selawat dilafaz semakin besar fadilat dan ganjaran pahalanya di sisi Allah SWT. Kita seharusnya selalu membaca selawat dan jangan menunggu ketika tibanya musim Maulidur Rasul barulah hendak mempergiatkan bacaan itu.

Sebenarnya, bukan manusia mukmin saja yang rindu dan cintakan Rasulullah SAW, kerana jika rajin menyusuri sirah Baginda akan terpahat satu kisah yang sebenarnya patut kita semat di dalam hati sebagai penghayatan.

Diceritakan oleh Jabir bin Abdullah, katanya,

    “Dulu, masjid menggunakan atap dari pelepah kurma. Apabila berkhutbah, Baginda Rasulullah SAW berdiri berdekatan salah satu pelepah itu. Apabila dibina sebuah mimbar untuknya, Baginda selalu berdiri di atasnya. Kami mendengar tangisan dari pelepah itu seperti unta bunting, sehingga Rasulullah SAW datang mendekatinya lalu mengelus pelepah itu, kemudian pelepah itu terdiam.” (Riwayat Bukhari)

Baginda Rasulullah SAW berpindah ke mimbar yang baru dibina itu adalah hasil pandangan sahabat, memandang semakin ramainya jemaah. Jadi, berdasarkan kisah itu, dapat kita tafsirkan betapa Rasulullah SAW menjadi manusia yang sentiasa dirindu seluruh makhluk Allah kerana Baginda pembawa rahmat.

Kejadian yang dapat disaksikan oleh sahabat Baginda membuktikan kenabian Rasulullah SAW dan hal itu memperkukuhkan iman dan takwa dalam kalangan mereka. Aisyah pernah menceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah berada di tengah-tengah sekelompok kaum Muhajirin dan Ansar. Lalu datang seekor unta dan bersujud kepada Baginda, maka berkatalah sahabat, ‘Wahai Rasulullah SAW, binatang dan pohon bersujud kepadamu, maka kami adalah lebih sepatutnya bersujud kepadamu.’

Lantas Rasulullah SAW segera menjawab,

    “Sembahlah Tuhanmu dan muliakanlah saudaramu. Sekiranya saya menyuruh seseorang untuk bersujud kepada orang lain, nescaya saya menyuruh wanita bersujud kepada suaminya. Dan sekiranya saya menyuruhnya (wanita) berpindah dari gunung kuning ke gunung hitam dan dari gunung hitam ke gunung putih, maka tidaklah patut baginya untuk melaksanakannya.” (Riwayat Ahmad)

Di sini, ada beberapa aspek yang diajarkan Rasulullah SAW kepada kita semua. Satu, kita tidak boleh menyembah atau sujud selain daripada Allah SWT. Keduanya ialah Rasulullah SAW ada juga menyelitkan unsur pengajaran kepada kaum wanita supaya taat dan patuh kepada suami. Dua aspek itu digabung dan inilah kelebihan Rasulullah SAW apabila mendidik sahabat.

Selain itu, Baginda Rasulullah SAW melalui dialognya dengan sahabat ada menekankan perkara habbluminnas (hubungan semasa insan). Baginda meminta kita agar bersikap memuliakan saudara seagama kita. Tetapi seandainya kita secara jujur meneropong situasi semasa yang terjadi dalam kalangan mukmin, maka bertanyalah kita, apakah suruhan Baginda itu kita patuhi ?

Yang banyak berlaku ialah saling menghina, dengki-mendengki, fitnah-memfitnah dan seribu satu macam perangai mazmumah (keji) yang dilakukan. Sepatutnya kita sentiasa ingat akan apa yang Allah pesan,

    “Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah ia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya.” (Surah al-Hasyr ayat 7)

Sebenarnya, keunggulan Rasulullah SAW terus menerus mencatat reputasi terhebat dalam sejarah peradaban manusia. Jika sebelum ini, kita hayati sendiri bagaimana haiwan dan pokok pun hormat dan cintakan Baginda dan hal seperti itu adalah mukjizat yang Allah SWT kurniakan kepada Baginda sebagai bukti kerasulannya. Malah dalam kalangan bukan Islam di dunia Barat pun turut memperakui kehebatan Baginda.

Misalnya, tokoh legenda Perancis yang tersohor, Napoleon Bonaparte. Dia walaupun bukan seorang Islam, namun dia pernah berkata, “Saya tabik kepada manusia agung ini. Saya tabik hormat kerana keagungan akal dan hatinya.”

Tentu sekali pandangan peribadi Napoleon itu jarang kita temui, kerana laporan benar dan jujur mengenai Rasulullah SAW sentiasa saja ‘terlipat dan tersembunyi’. Malah jika boleh, luahan jujur orang-rang Barat yang bukan Islam mengenai kehebatan Nabi kita akan cuba disorok sedalam-dalam agar tidak kelihatan.

Baiklah, kita ambil satu lagi pandangan ikhlas seorang ilmuwan dari Itali, Prof Laura Vecccia Vaglieri yang lebih terkenal sebagai seorang orientalis banyak menghasilkan artikel mengenai Islam. Katanya, “Semasa menyeru manusia supaya menyembah Allah yang Maha Esa, Muhammad tidak pernah menggunakan pendekatan yang menghalang manusia daripada berfikir mengenai kebenaran. Beliau tidak menggunakan pendekatan sihir yang memukau penglihatan, tidak juga menyeru dengan menggunakan ancaman serta ugutan. Apakah yang beliau lakukan? Beliau menyuruh mereka supaya menggunakan akal dan bertafakur mengenai kejadian alam dan rahsia kejadiannya. Dalam bahasa mudah, dia menyuruh manusia membaca ‘Buku Alam’ dan berfikir mengenainya supaya dengannya manusia yakin ada kewujudan Illahi.”

Begitulah panjang lebarnya cetusan tokoh Barat itu dalam memperkatakan tentang keunggulan Rasulullah SAW. Tetapi mengapakah pada masa ini mereka tidak membaca dan mengambil peduli apa yang tokoh-tokoh mereka pernah katakan itu hinggakan tercetus Islamofobia dengan sengaja mewujudkan bentuk provokasi sentimen agama yang sempit dan tidak bertamadun.

Masih banyak lagi tokoh-tokoh Barat yang bukan Islam yang mengakui kelebihan agama Islam dan mereka mengangkat imej Nabi SAW di puncak tinta kajian mereka.

Michael H Hart seorang sejarawan, pakar matematik dan ahli astronomi terkemuka di Barat meletakkan nama Nabi kita pada kedudukan teratas dalam kalangan 100 orang tokoh dikagumi.

Inilah semua menjadi bahan bukti yang mempamerkan kepada kita Rasulullah SAW sejak zaman hayat Baginda begitu dimuliakan, dihormati, dirindu dan dicintai sahabat, kaum muslim malah segala makhluk di muka bumi ini turut merasainya.

Oleh demikian, marilah kita mempertajamkan rasa cinta terhadap Baginda bukan hanya sekadar berselawat saja, tetapi mengikuti setiap apa sunnah Baginda agar kehidupan dunia menjadi sejahtera dan akhirat dilimpahi bahagia.
halimislamonline

Iran bina jet pejuang futuristik

Ahad 3 Jan.2013


GAMBAR yang disiarkan di laman web Presiden Iran menunjukkan Presiden Mahmoud
Ahmadinejad (tengah) berbual dengan juruterbang pesawat buatan Iran, F-313 di Teheran semalam.


TEHERAN - Iran memperkenalkan jet pejuang buatan sendiri semalam dengan Presiden Mahmoud Ahmadinejad menyifatkannya 'antara pesawat tercanggih' di dunia.
Stesen televisyen Iran menyiarkan pesawat futuristik berwarna kelabu, Qaher (Penakluk) F-313 itu yang dipamerkan di sebuah hangar di sini.
Pendedahan tersebut dibuat ketika Iran menyambut ulang tahun ke-34 revolusi Islam pada 1979 yang menumbangkan kerajaan Shah Iran.
Media tempatan memetik Menteri Pertahanan Ahmad Vahidi sebagai berkata, jet itu sukar dikesan oleh radar dan boleh mendarat di landasan pendek serta memenuhi keperluan Tentera Udara Iran. - AFP

Jumaat, 1 Februari 2013

Ciri-ciri ulama suk mudah dilihat

Sabtu 2 Feb.2013
Ahmad Baei Jaafar

Ulama suk atau yang diistilahkan sebagai fasik boleh kita lihat secara jelas pada akhir zaman ini. Ulama fasik yang disebut dalam hadis adalah pakej yang Allah datangkan pada akhir zaman bersama dengan ahli ibadah yang jahil. Hal ini kerana ulama pada akhir zaman tidak begitu berperanan dalam mendidik umat Islam ke arah ibadah yang betul.
Hadis yang dimaksudkan ialah:
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ عُبَّادٌ جُهَّالٌ ، وَعُلَمَاءُ فُسَّاقٌ " . ابن حبان
Maksudnya, daripada Anas r.a dia berkata, Sabda Rasulullah: “Akan berlaku pada akhir zaman ahli ibadah yang jahil dan ahli ilmu yang fasik.” (Riwayat ibnu Hibban)
Wujudnya ahli ibadah yang jahil mungkin tidak memeranjatkan kita kerana mereka menjadi jahil kerana tidak diajarkan ilmu yang betul oleh ulama atau mereka tidak mahu belajar ilmu yang betul daripada ulama. Tetapi bagaimana dengan ulama fasik, bagaimana pula boleh wujud ulama fasik sedangkan ulama itu adalah dalam kalangan orang yang cerdik pandai Islam. Inilah yang perlu kita lihat secara tepat sekali gus mengenali ciri-ciri ulama fasik ini.
Sebelum mengenal pasti ciri-ciri ulama fasik itu, elok juga kita memahami maksud fasik. Sebenarnya fasik kalau kita sandarkan kepada seseorang bermakna dia itu mengekalkan dosa besar dan meremehkan dosa kecil. Jadi kalau ulama fasik bererti ulama itu mengekalkan dosa besar dan meremehkan dosa kecil. Bayangkan kalau ulama ini berada di dunia ini, sudah pasti akan menjadi masalah kepada masyarakat dan negara.
Apa tidaknya, ulama yang mengekalkan dosa besar mengajar umat Islam, tentu ilmu itu tidak berkat atau ilmunya tidak tepat atau terseleweng. Maka dengan sebab itu lahir ahli ibadah yang jahil. Jelas, wujudnya dua golongan ini menjadi cabaran kepada Islam akhir zaman, malah mereka inilah yang banyak mengganggu perkembangan Islam.
Rasionalnya begini, apabila pendakwah cuba mendekati para ahli ibadah yang jahil, cuba didik mereka ke arah membetulkan cara mereka melakukan ibadah, tiba-tiba datang ulama rosak ini dengan beberapa ulasan yang meremehkan ilmu yang disampaikan itu. Kesannya, mereka yang baru hendak disedarkan itu terus tawar hati dan kembali kepada asal.

Ciri-ciri Ulama Fasik
Secara umumnya ulama ini akan selalu menyanggah pandangan dengan apa yang dibawa oleh ulama amilin, apatah lagi suara mereka disokong oleh golongan ramai. Walaupun secara zahirnya, kita tidak dapat membezakan antara dua golongan ulama ini di sudut pakaian dan percakapan, namun kita dapat menilai mereka melalui tindakan dan kesan daripada tindakannya. Antara ciri-ciri ulama fasik ialah:
  1.  Takut untuk menyampaikan kebenaran
  2.  Menyembunyikan ajaran sebenar
  3. Perjuangan kerana dunia yang ditawarkan
  4. Cakap berbolak balik dalam sesuatu isu atau tidak berani berterus terang
  5. Hasad dengki dengan yang lain
  6. Bercakap agama atas kepentingan orang lain.

Untuk mudah kita kenali ulama ini suka saya membawakan satu contoh terdekat iaitu isu perkataan Allah. Baru-baru ini ramai ulama bercakap tentang perkataan Allah, namun tidak seorang pun sanggup menjelaskan dengan baik sesuai dengan kehendak Allah. Akhirnya orang ramai termasuk orang politik memahaminya secara tidak tepat.
Isu asalnya amat kecil iaitu memohon kebenaran menggunakan kalimat Allah bagi menggantikan perkataan God dalam bible berbahasa Melayu. Isu ini boleh selesai dengan mudah iaitu dengan menegaskan bahawa penggunaan kalimah Allah tidak tepat bagi menggantikan God, sebaliknya adalah lebih tepat kalau mereka menggunakan kalimat Tuhan. Siapakah dalam kalangan ulama yang berani menjelaskan hal ini kepada orang Kristian?
Kalau mereka masih berdegil mahu menggunakan perkataan itu, kita boleh tanyakan kepada mereka untuk apa digantikan Allah dalam bible Melayu sahaja? Belumpun mereka memberi alasan, boleh kita jelaskan begini, kalau bible dalam bahasa Melayu menyebut Allah sudah tentu untuk tujuan menarik perhatian orang Melayu. Perbuatan ini adalah salah dan melanggar Perlembagaan Persekutuan, maka janganlah diteruskan demi perpaduan. Adakah mana-mana ulama kerajaan yang cuba menjelaskan begitu?
Jelas, tiada ulama yang berani menjelaskan begitu kepada mereka. Sebaliknya mereka mengulas bukan merujuk kepada isu sebenar. Lalu lahirlah pelbagai pandangan yang antaranya, “siapa yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah kafir.” Pandangan ini sepatutnya bukan lahir daripada seorang ulama.
Ulama sepatutnya bukan sekadar ulas tetapi memberi ilmu kepada umat Islam termasuk pemimpin politik; “Allah adalah tuhan sekelian Alam, tuhan manusia tuhan binatang dan tuhan alam seluruhnya.” Kita wajib bertuhankan Allah tanpa syirik tanpa sekutu dengan yang lain. Inilah yang sepatutnya diulang-ulang ke telinga umat Islam. Perlu dijelaskan juga, selain orang Islam ada golongan lain yang dinamakan kafir dan ada lagi yang dinamakan musyrik, mereka ini menyengutukan Allah dengan tuhan-tuhan lain.
Sebenarnya Umat Islam juga boleh menjadi musyrik sama seperti orang yang bukan Islam jika mereka bertuhankan harta, bertuhankan pangkat dan jawatan di samping beriman dengan Allah. Bahkan orang Kristian juga termasuk dalam golongan musyrik kerana mereka turut bertuhankan Isa dan Mariam di samping percaya kepada Allah.
Selain itu kita tidak boleh nafikan agama hindu, budha dan lain-lain juga percaya kepada Allah tetapi Allah itu telah disyirikkan dengan patung dan berhala. Ilmu ini perlu dijelaskan kepada umat Islam dari sejak kecil lagi. Bahkan kalau mampu maklumkan juga kepada orang bukan Islam. Mereka juga hendakkan maklumat yang betul. Sama ada mereka hendak terima atau tidak terserah kepada mereka. Allah yang boleh memberi hidayah kepada mereka.
Kalau ilmu ini dapat dijelaskan kepada anak-anak kita, apa yang hendak dibimbangkan kalau ada risalah bible disebarkan ke sekolah-sekolah. Mereka tidak akan terpengaruh dengan sebaran itu kerana ilmu asas sudah tertanam dalam kepala mereka. Tetapi, kalau ilmu ini tidak disampaikan kepada mereka, itulah sebabnya mengapa mereka bising dan riuh rendah degnan isu sebaran risalah itu di sekolah baru-baru ini.
Saya hairan, mengapa sukar sangat ulama kita untuk menjelaskan hal ini kepada umum. Kita takutkan siapa? Kita akur dengan larangan menggunakan beberapa perkataan khusus untuk Islam seperti yang diwartakan. Tetapi kita tidak ada hak untuk menghalang orang lain menyembah Allah kerana Allah adalah tuhan sekelian alam.

Syirik tempatnya neraka
Soal mereka syirik kepada Allah tidak timbul sebab keadaan mereka telah dijelaskan dalam al-Quran. Mereka yang syirik tempatnya adalah neraka walaupun mereka beriman kepada Allah. Malah orang Islam sendiri kalau syirik kepada Allah, nerakalah tempatnya.
Tegasnya, ulama yang tidak berani menjelaskan semua ini dengan betul, maka hakikatnya mereka tergolongan dalam ulama fasik. Bagaimana dengan anda? Marilah kita bertaubat dan kembalikan peranan kita dalam menyampaikan ilmu kepada semua pihak. Percayalah kalau ulama kita bangun nescaya anak-anak kita boleh terima dan faham tentang Allah sekali gus tidak mensyirikkan Allah. Pada masa yang sama kita boleh jelaskan kepada mereka yang bukan Islam, agar mereka faham dan kemudiannya memeluk Islam. Inilah kerja ulama amilin.
Ingatlah ulama fasik atau suk selain tidak ada tempat di sini Allah di akhirat nanti, mereka di dunia ini akan dibenci oleh orang ramai. Hal ini dijelaskan oleh hadis berikut:
عَنْ أَبي بَكْرٍ ، يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "مَنْ يَعْمَلْ سُوءًا ، يُجْزَ بِهِ فِي الدُّنْيَا." أحمد بن حنبل
Maksudnya, daripada Abu Bakar dia berkata sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang melakukan kerja jahat akan dibalas di dunia ini lagi.” (Riwayat Ahmad ibnu Hanbal)
Jadi, hentikan kerja jahat, lakukan kebaikan dan sebarkan Islam dengan penuh tanggungjawab. Kita tentu tidak sanggup dihukum Allah di dunia ini lagi. Kita tidak mahu dihina dan dicaci masyarakat kerana kita sangat perlukan masyarakat. Wallahu aklam.
fikrahislamiah

Hamas : Pelajari Bahasa Ibrani untuk Ketahui Musuhmu

Sabtu 2 Feb.2013
Hamas di Jalur Gaza berencana memperluas pengajaran bahasa Ibrani di sekolah-sekolah yang ada di jalur Gaza untuk membantu rakyat Palestina mengetahui musuh pada saat konflik dengan Israel.
Hal ini tidak berarti Hamas mencapai kemajuan pendidikan bahasa Ibrani di Gaza   melainkan bertujuan untuk menjadikan keterampilan berbahasa sebagai salah satu perlawanan melawan Israel.
Hamas mengatakan rakyat Gaza akan mendapatkan keuntungan dari kemampuan untuk memahami apa yang Israel katakan dalam bahasa mereka.
Hamas telah mengirim pesan acaman terhadap Israel melalui video dan Radio selama bentrokan yang berlangsung delapan hari di bulan November dimana berakhir dengan gencatan senjata yang dimediasi oleh Mesir.
Media menyoroti keinginan Hamas dalam penggunaan bahasa Ibrani sebagai alat propaganda dalam konflik, dan bahkan Izzudin al-Qassam, sayap militer Hamas, mulai menggunakan bahasa Ibrani dalam keterangan di akun Twitter nya.
Samiyah Nakhola, Kepala Kurikulum Departemen Pendidikan di jalur Gazza mengatakan kepada Reuters “Tujuan pengajaran bahasa Ibrani agar Siswa dan siswi kami mampu mengerti bahasa musuh mereka.”
Ia menambahkan bahwa perluasan pengajaran bahasa ini adalah rencana kementerian dan memenuhi meningkatnya permintaan untuk belajar bahasa Ibrani kepada siswa di Palestina yang ingin beljar bahasa musuh mereka untuk menghindari kejahatan dan penipuan yang dilakukan oleh musuh.
Dan bisa di gunakan untuk mengetahui apa yang sedang terjadi pada keidupan politik Israel dan kebijakan Israel terutama strategi mengenai Palestina melalui surat kabar dan media elektornik milik Israel
. Islam today

Hujan air batu landa tujuh kampung di India

Sabtu 2 Feb.2013


Agensi
DUA orang wanita sedang membersihkan bongkah air batu yang bertaburan di sekitar rumah mereka di sini semalam.


ANDHRA PRADESH - Seramai sembilan orang terkorban dalam satu kejadian ribut hujan air batu yang melanda beberapa buah kampung di selatan India, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Ribut yang berlangsung selama 20 minit itu memusnahkan tanaman, rumah dan menyebabkan haiwan ternakan mati. Ia turut memberi implikasi kewangan yang buruk kepada penduduk terlibat.
Kejadian ribut hujan air batu itu berlaku secara tiba-tiba pada hari Selasa lalu di tujuh buah kampung. Ia pertama kali berlaku serta memberi pengalaman berbeza kepada para penduduk di kampung Chevella, Moinabad dan Shankarpally.
Pengarah Pusat Meteorologi Hyderabad, India, Dr. K. Sitarama berkata, ribut hujan air batu berlaku disebabkan oleh ribut petir yang kuat.
"Kejadian seumpama ini biasanya berlaku di satu-satu kawasan yang kecil sahaja," kata Sitarama. - Agensi

Protes terhadap Morsi berterusan

Sabtu 2 Februari,2013


AP
PASUKAN polis antirusuhan menahan seorang penunjuk perasaan apabila pertempuran berlaku berhampiran Dataran Tahrir, Kaherah.



KAHERAH - Beribu-ribu rakyat Mesir terus membanjiri jalan-jalan di bandar raya ini sebagai tanda menentang Presiden Mesir, Mohamed Morsi dan kumpulan Ikhwanul Muslimin.
Penunjuk perasaan tidak mempedulikan hujan untuk berarak ke Dataran Tahrir dan Istana Presiden sambil melaungkan perkataan "Kebebasan!" dan "Morsi tidak sah!"
Beribu-ribu lagi berarak di pelabuhan Iskandariah dan Port Said yang menjadi lokasi pertempuran selepas sebuah mahkamah menjatuhkan hukuman mati ke atas 21 orang penyokong bola sepak berikutan insiden perkelahian di padang bola pada tahun lalu.
Kumpulan penentang yang terdiri daripada golongan berfahaman liberal dan berhaluan kiri itu mengadakan tunjuk perasaan semalam untuk menuntut satu kerajaan campuran. Mereka juga mendesak perlembagaan yang dicadangkan oleh golongan Islamis digubal semula.


Reuters
PENUNJUK perasaan antikerajaan berarak di Dataran Tahrir, Kaherah semalam.



Tunjuk perasaan itu berlaku hanya selepas seminggu ketegangan yang menyaksikan hampir 60 orang terbunuh dalam krisis politik terburuk sejak Morsi dipilih sebagai presiden pada Jun lalu.
Sebelum ini, ulama terkenal, Imam Besar Ahmed al-Tayyeb mempengerusi dialog yang melibatkan ketua-ketua pembangkang, Islamis, kumpulan belia, bebas dan ahli-ahli gereja di ibu pejabat universiti Al-Azhar.
Hasilnya, mereka telah menandatangani satu dokumen Al-Azhar dan berikrar untuk menyokong dialog, selain mengutuk apa jua bentuk keganasan. - AFP

Yahudi tanam pokok gharqad bagi menangkis roket Hamas
Jumaat 1 Feb,2013


"detik islam blogTentera Israel tidak hanya menggunakan teknologi canggih seperti sistem anti peluru berpandu Iron Dome untuk menangkis serangan roket dari Jalur Gaza. Mereka juga menggunakan cara yang lebih tradisional seperti menanam pokok.

Pohon-pohon yang ditanam di sekitar sempadan Israel dengan Jalur Gaza berfungsi untuk menghalang pandangan pejuang Palestin yang ada di Jalur Gaza. Dengan itu diharapkan serangan roket Mujahidin akan menjadi tidak tepat.

"Dengan cara ini rakyat "Israel" yang tinggal di sekitar Gaza lebih dilindungi dan selain itu juga boleh menikmati pemandangan hijau," ujar salah satu pejabat tentera Israel, Brigjen Elkabetz, seperti dilaporkan Israel National News, Jumaat (25/1/2013).

MINOLTA DIGITAL CAMERA
Para pemimpin Zionis Israel ketika melakukan gerakan menanam pohon ghorqod

Tentera Israel sendiri berkata ketika ini orang yahudi di sekitar sempadan dapat hidup lebih aman sejak berlaku gencatan senjata dengan Hamas. Gencatan senjata tersebut dicapai setelah penjajah Yahudi menggempur wilayah Gaza dalam operasi ketenteraan yang diberi nama "Pillar of Defence" (Tonggak Pertahanan) November 2012 lalu.

Kaedah pertahanan dengan menanam pohon sebenarnya mempunyai sejarah panjang di Israel. Pada penjajahan awal ke atas Palestin, Zionis Israel menanam banyak pokok di wilayahnya untuk menghalang tentera pasukan Arab yang berperang dengannya.

Dalam sebuah hadis sahih, apa yang dilakukan pihak Zionis Yahudi ini sebenarnya adalah menanam pokok gharqad. Ternyata Yahudi percaya akan hadis ini, sehingga mereka menanam pohon gharqad sebagaimana disebut dalam hadis.

Jadi, mereka sangat yakin akan dapat mengalahkan seluruh umat manusia, khususnya umat Islam dan menjadi pemimpin dunia, namun di sisi lain mereka juga berlumba-lumba menanam Tanah Palestin yang mereka duduki secara tidak sah dengan pohon gharqad (nama saintifik: Nitraria retusa).

Hadis sahih tentang hari akhir mengenai pokok ini adalah:

"Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi, lalu membunuh mereka, sehingga seorang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, lalu batu dan pohon berkata: 'Wahai Muslim! Hai hamba Allah! Ini Yahudi di belakangku, kemarilah, bunuhlah dia! Kecuali pohon ghorqod, maka, itu adalah dari pohon-pohonnya orang Yahudi, "(HR Muslim VII/188, Bukhari IV/51, Lu'lu 'wa al-Marjan III/30).

Dari hadis tersebutlah Zionis Yahudi berlumba-lumba menanam Tanah Palestin dengan pohon gharqad, maka kenyataan ini menjelaskan kepada kita bahawa mereka itu sesungguhnya memahami hakikat hari akhir zaman, di mana mereka akan dikejar oleh umat Islam dan hanya pohon gharqad lah satu-satunya tempat yang bersedia untuk dijadikan tempat berlindung.

Oleh itu, tidak hairanlah, projek menanam pokok ini dilakukan secara besar-besaran sejak 1984 hingga sekarang. Yahudi percaya dengan hadis di atas, bahawa pohon gharqad akan melindungi mereka dari dikejar dan serangan umat Islam.

Detik Islam "