Sabtu, 4 Ogos 2012

Presiden Mesir Janjikan Keamanan bagi Para Pelancong

Sabtu 4 Ogos,2012
Eramuslim.com | Media Islam Rujukan, Presiden baru Mesir, Muhammad Mursi, Jumat kemarin (3/8) berjanji akan menjamin keamanan bagi wisatawan, yang jumlahnya telah merosot sejak pemberontakan rakyat tahun lalu di sebuah kemunduran besar bagi perekonomian negara.

"Setelah revolusi, Mesir bertekad menjamin keamanan bagi semua pengunjung," kata pemimpin Islam tersebut dalam kunjungan ke Luxor di Mesir selatan, seperti dikutip kantor berita MENA.

"Mesir lebih aman dari sebelumnya dan terbuka untuk semua, dan Luxor akan tetap menjadi ibukota pariwisata dan barang antik," katanya tentang kota yang kaya akan situs Firaun tersebut.

Mursi berjanji wisatawan yang berkunjung ke kuil-kuil Luxor dan Karnak akan aman dan pemerintah melakukan segala upaya untuk mencegah apa pun yang bisa merusak pariwisata.

"Di sini, Anda memiliki keamanan. Bergerak bebas dan bisa melihat sebagian besar iklim Mesir dan peradaban kuno. Kami akan melakukan segala kemungkinan untuk memastikan Anda menikmati masa tinggal Anda di Mesir,"katanya, menyuarakan optimisme untuk paket wisata musim dingin.

Pariwisata, salah satu sumber utama pendapatan Mesir dan pekerjaan warganya, dan mengalami kemerosotan selama dan setelah pemberontakan 18 hari yang menggulingkan Presiden Hosni Mubarak pada Februari 2011.

Namun, sektor ini telah pulih dengan jumlah wisatawan meningkat 32 persen pada kuartal pertama 2012, para pejabat industri mengatakan, dibandingkan dengan periode yang sama tahun lalu.
Sumber:eramuslim

MasyaAllah, sekitar 320.000 Muslim datang ke Masjid Al-Aqsa untuk solat juma'at berjamaah


Sabtu, 4 Ogos 2012
AL-QUDS - MasyaAllah, sekitar 320.000 jamaah Muslim menuju Masjid Al-Aqsa untuk melakukan sholat jum'at berjamaah pada sholat jum'at ketiga di bulan Ramadhan ini, kemarin (3/8/2012), menurut laporan Yayasan Al-Aqsa untuk Wakaf dan Warisan (AFEH), dilansir Ma'an.
Ratusan ribu warga Muslim Palestina melakukan perjalanan dari Tepi Barat dan dari wilayah-wilayah lain yang dikuasai Israel ke Masjid Al-Awsa untuk melaksanakan sholat jum'at berjamaah.
Militer zionis Israel telah mengumumkan bahwa pihaknya akan mengurangi pembatasan warga Palestina yang datang ke Al-Aqsa selama bulan suci Ramadhan, namun jamaah Muslim yang datang harus mengantri di garis pemeriksaan. Setiap hari, polisi Israel disebarkan di setiap sudut pos  pemeriksaan di Yerusalem untuk 'keamanan'.
AFEH dan ormas Islam lainnya melakukan kampanye, di bawah izin Departemen Agama, untuk melindungi Masjid Al-Aqsa lebih ketat lagi selama bulan Ramadhan ini.
Kampanye ini meliputi menyediakan makanan dua kali sehari untuk orang-orang yang berpuasa dan juga ratusan bus untuk membawa orang-orang ke Masjid Al-Aqsa dan program edukasi keagamaan (pendidikan ilmu Syar'i).
Sementara itu, umat Yahudi dan pasukan zionis Israel semakin sewenang-wenang mendatangi situs suci umat Islam ini, terutama ketika umat Yahudi hendak merayakan apa yang mereka sebut sebagai hari "penghancuran bait Allah" di mana mereka datang ke halaman Masjid Al-Aqsa dan berjalan-jalan di sekitarnya sambil melakukan ritual agama mereka sehingga keberadaan mereka telah mengganggu ibadah umat Islam di Al-Aqsa dan tak jarang memicu bentrokan. 

Jumaat, 3 Ogos 2012

PAS tidak halang wakil rakyatnya kahwin ramai, kata Nik Aziz

Sabtu August 04, 2012
Nik Abdul Aziz: “Islam asalkan ikut peraturan.” — Foto fail
 PAS tidak menghalang wakil rakyatnya untuk berkahwin lebih daripada satu asalkan berkemampuan dan memenuhi syarat-syarat untuk berpoligami, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. “Kita tidak boleh sekat mereka (wakil-wakil rakyat PAS) nak kahwin berapa pun, walaupun sampai empat orang, itu masalah peribadi dan ia tidak bercangah dengan Islam asalkan ikut peraturan dan syarat-syaratnya,” kata Menteri Besar Kelantan itu.
Nik Abdul Aziz berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Dataran Ilmu di sini, hari ini.
Abby Abadi: Adun didakwah telah mengahwini selebriti. — Foto fail
Beliau mengulas senario ramai wakil rakyat dari parti itu berkahwin lebih daripada satu termasuk dakwaan melalui blog dan Twitter yang mendakwa seorang anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) di negeri itu telah mengahwini selebriti Abby Abadi yang baru-baru ini menyertai PAS. Bagaimanapun, Adun berkenaan menafikan beliau berkahwin dengan selebriti itu.
Nik Abdul Aziz berkata berkahwin ramai tidak menjadi kesalahan kerana ia menjadi hak peribadi seseorang.
Ditanya apakah tindakan sesetengah pemimpin politik PAS yang kahwin ramai itu boleh menjejaskan politik mereka, Nik Abdul Aziz berkata: “Itu dia punya pasal.
“Berkahwin boleh tapi biar dia fahamlah syarat, jangan semata-mata nak puaskan nafsu, jangan... (kerana) isteri hamba Allah juga. Kewajiban kita jaga hamba Allah... Dia (isteri) izin, dia puas hati tak apa,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz berkata kerajaan negeri Kelantan juga akan membayar setengah bulan gaji dan bonus RM500 kepada kakitangan awamnya sebagaimana dilaksanakan kerajaan pusat, sebelum hari raya ini.
“Perkara ini telah diputuskan di dalam perbincangan di peringkat negeri dan saya sendiri tanda tangan (kelulusan),” katanya. — Bernama

Kini Umat Islam di China Pula ditindas dan dilarang berpuasa di bulan Ramadhan

Sabtu 4 Ogos,2012
Dalam penindasan terbaru terhadap Islam di China dalam bulan suci Ramadhan, para pegawai Islam dan pelajar di wilayah barat laut Xinjiang telah dilarang berpuasa selama bulan Ramadhan ini.

"Jawatankuasa daerah telah mengeluarkan Kenyataan menyeluruh untuk menjaga kestabilan sosial selama tempoh Ramadhan," demikian pernyataan dari bandar Zonglang di daerah Kashgar, Xinjiang, sebagaimana dipetik oleh Agence France-Presse (AFP) pada Rabu, 1 Ogos dan disiar ulang oleh onislam.net.

"Hal ini (puasa) dilarang bagi kader Parti Komunis, pejabat awam (termasuk mereka yang sudah bersara) dan pelajar untuk mengambil bahagian dalam kegiatan keagamaan Ramadhan."

Kenyataan itu, diposting di laman web kerajaan Xinjiang, mendesak para pemimpin parti untuk membawa "hadiah" berupa makanan untuk para pemimpin desa tempatan untuk memastikan bahawa mereka makan selama bulan Ramadhan. 
Perintah serupa pada sekatan umat Islam untuk mengambil bahagian dalam kegiatan Ramadhan juga diposting di website lain milik kerajaan tempatan. Sebuah kenyataan yang terkandung dalam bahan laman biro pendidikan daerah Wensu meminta sekolah untuk memastikan bahawa pelajar tidak masuk masjid selama bulan Ramadhan. 
Ramadan, bulan yang paling suci dalam kalendar Islam, bermula di Xinjiang pada 20 Julai. Arahan untuk mengekang kegiatan keagamaan yang dihantar di seluruh wilayah pada masa yang berbeza, beberapa sebelum awal Ramadhan dan beberapa setelah awal Ramadhan.

Penindasan baru ini dibimbangi akan mendorong rusuhan baru di wilayah yang penduduknya majoriti Muslim itu.
"Dengan melarang puasa pada bulan Ramadhan, China sedang menggunakan kaedah pentadbiran untuk memaksa orang Uighur untuk makan dalam usaha untuk membatalkan puasa," kata Dilshat REXIT, jurucakap Kongres Uighur Dunia, dalam satu kenyataan.

Dia memberi amaran bahawa sekatan akan memaksa "orang-orang Uighur untuk menolak (kekuasaan China) lebih jauh."

Pada bulan Julai tahun 2009 lalu terjadi rusuhan di Xinjiang, daerah dengan majoriti suku Uighur yang beragama Islam. Hal ini mengakibatkan sentimen SARA dan tindakan diskriminasi pemerintahan China di kawasan yang juga sering disebut Turki Timur tersebut.

Lebih dari 190 orang Islam Uighur meninggal dalam tindak kekerasan ini. China kemudian melaksanakan 22 Islam Uighur yang dijadikan kambing hitam atas rusuhan yang terjadi.

Wilayah Xinjiang dengan penduduknya yang majoriti Islam dengan 8 juta penduduk terus menjadi korban tindakan diskriminasi daripada kerajaan China. Islam Xinjiang merasa tertekan di tanah kelahirannya sendiri dengan datangnya etnik Han, etnik majoriti di China yang mengancam jati diri dan budaya mereka.

Beijing menganggap bahawa daerah Xinjiang ini mempunyai aset yang sangat bernilai kerana letak strategiknya di Asia Tengah dan kekayaan minyaknya.
Sumber halimislamonline

Perak pasti milik Chong Wei

CHONG WEI akan menentang Lin Dan pada aksi final esok.


PINGAT perak Sukan Olimpik 2012 sudah pasti berada dalam genggaman Datuk Lee Chong Wei selepas kejayaan melangkah ke final acara badminton perseorangan lelaki yang berlangsung di Arena Wembley, London semalam.
Laluannya ke final diperoleh selepas meraih kemenangan straight set 21-13, 21-14 ke atas Chen Long dari China pada perlawanan separuh akhir semalam.
Hanya 51 minit diperlukan oleh Chong Wei untuk menjinakkan Chen Long pada perlawanan tersebut yang menyaksikannya tampil dengan rentak permainannya yang sebenar.
Apa yang dirancangnya pada perlawanan tersebut semuanya menjadi iaitu untuk menjarakkan kedudukan mata daripada lawannya itu yang sememangnya terkenal dengan corak permainan pantas dan agresif.
Pada set pertama, ketika Chong Wei sudah selesa mendahului 7-0, ia sudah mematikan rentak permainan Chen Long yang selepas itu berterusan melakukan kesilapan sekali gus memberi mata mudah kepada jaguh perseorangan negara itu.
"Hari ini (semalam) saya hanya fikirkan untuk menamatkan saingan dia (Chen Long) pada temasya ini. Saya anggap ini sebagai perlawanan terakhir dan saya tampil memberikan yang terbaik.
"Perancangan saya berkesan dan saya pun tidak sangka boleh beraksi dengan baik hari ini (semalam)," kata Chong Wei.
Menurutnya, 11 mata pertama pada perlawanan tersebut sangat penting dan dia berjaya melakukan seperti apa yang di rancang oleh jurulatih sebelum perlawanan tersebut bermula.
"Sebelas mata pertama penting kerana ia akan mematikan rentak Chen Long.
"Bukan mudah untuk menjinakkan dia (Chen Long) kerana dia seorang pemain yang agak tenang. Saya cuba untuk bermain secara lebih tenang untuk mengawal permainan dan taktik tersebut cukup efektif. Saya berjaya mematikan fokusnya sejak set pertama lagi," katanya.
Menanti Chong Wei di final ialah seteru utamanya dari China, Lin Dan yang menewaskan pemain Korea Selatan, Lee Hyun-il 21-12, 21-10 dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Aksi final antara Chong Wei dan Lin Dan akan berlangsung malam esok

Sumber kosmo

Khamis, 2 Ogos 2012

Kalau la kat MALAYSIA KITA ada Penguatkuasa macam dalam gambar ni..... 

Khamis 2 Ogos,2012

Sultan Ambo, Dulu Kini Dan Selamanya Bersama Ulama

Khamis 2 Ogos,2012

Semalam dikeluarkan 1 gambar lama antara Sultan Kelantan dengan YAB TG Nik Aziz dalam satu majlis.

Hari ini kita keluarkan lagi gambar yang terbaru. Sultan Kelantan terkenal dengan sifat hormat kepada alim ulama.

Allahuakhbar!
Sumber:kerabubersuara