Rabu, 1 Ogos 2012

Awas!!! Sindiket tabur skru di jalan raya

, Khamis 02 Ogs 2012

Kelihatan deretan skru yang tertusuk ke dalam tayar.

UNTUK PERHATIAN SEMUA

Kini terdapat sindiket menabur skru di jalanraya bagi merosakkan tayar kenderaan. Sindiket jahat ini mungkin didalangi individu atau bengkel kenderaan tertentu.Mohon pihak berkuasa menjalankan pemantauan bagi mengelakkan tragedi yang lebih teruk berlaku.

Terbaru seorang pemandu yang melalui selekoh Jalan Duta berhampiran Tol Jalan Duta mendapati tayar keretanya terkena 16 batang skru pada kedua-dua biji tayar.Beliau terpaksa menukar kedua-dua tayar keretanya kerana terlalu banyak lubang pada tayar dan sukar ditampal lagi.

Sebelum ini pun terdapat kes yang sama terkena pada penunggang motosikal.

Harap semua berhati-hati terutama di musim perayaan bagi mengelakkan tragedi.

Sumber:harakahdaily

Misteri tempat persembunyian Bashar


BASHAR

Khamis 2 Ogos,2012
ALEPPO - Presiden Syria, Bashar Al-Assad memberitahu tenteranya semalam bahawa perang menentang pemberontak akan menentukan nasib Syria.
Namun, mesejnya tidak memberikan petunjuk berhubung di mana lokasi beliau, dua minggu selepas satu serangan bom mengenai beberapa orang pentingnya termasuk Menteri Pertahanan, Daoud Rajha.
Bashar tidak pernah berucap di khalayak ramai sejak tragedi pengeboman di Damysik pada 18 Julai lalu yang meragut nyawa empat pegawai kanan keselamatannya walaupun beliau dilihat muncul di kaca televisyen.
Ucapan terbaharu Bashar itu disiarkan di sebuah majalah tentera sempena sambutan hari pasukan keselamatan Syria.
Namun, waktu dan lokasi ucapan tersebut dibuat masih tidak diketahui sekali gus menunjukkan kebimbangan berhubung keselamatan Bashar.
"Nasib rakyat kita dan negara kita, masa kini dan pada masa hadapan bergantung kepada pertempuran ini," kata Bashar yang merujuk kepada pertempuran sengit yang sedang berlaku di bandar terbesar di negara itu di sini.
Sementera itu, pejuang-pejuang pemberontak menawan tiga buah balai polis ketika mereka menentang pihak tentera untuk menguasai sebuah daerah strategik.
Beberapa letupan kedengaran semalam dengan sejumlah helikopter berlegar di udara ketika tentera pemerintah cuba mengusir pemberontak dari bandar ini yang merupakan antara pusat pemerintahan Bashar.
Sementara itu, para pemberontak kini berusaha untuk merampas cawangan perisikan Syria di bandar Aleppo.
Usaha itu dilakukan selepas tiga balai polis ditawan tentera pemberontak di sini.
Pertempuran antara tentera pemberontak dengan tentera Bashar telah meragut lebih 19,000 orang.
Kebangkitan rakyat itu berlaku sejak Mac tahun lalu.
Para pemberontak itu mahu Bashar meletakkan jawatan ekoran kegagalan melancarkan pembaharuan dalam pentadbiran selepas kejayaan kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir.
Pertempuran itu turut melibatkan Tentera Pembebasan Syria yang dianggotai penduduk tempatan.
- Agensi

Lihat 10 Tempat Teraneh Di Dunia

Khamis 2 Ogos,2012

1. Pamukkale, Turkey

2. Beppu, Shibaseki, Japan

3. The San Qing Mountain, China

4. The Plain of Jars, Laos

5. Spotted Lake, Osoovos in British Columbia

6. The Rio Tinto, Spain

7. Fly Geyser@Fly Ranch Geyser  in Nevada

8. Vale Da Lua, National Park Serra da Boa Vista, Brasil

9. Charamel Falls and the Coloured Earth, in Mauritius

10. CaƱo Cristales is a Colombian river, Colombia
 
Sumber:mountdweller

MISTERI HAJARUL ASWAD.....

Khamis, 2 Ogos 2012


Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata tergantung di ruang yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.” Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian laman web tersebut ghaib yang sepertinya ada asalan tersembunyi dibalik penghapusan laman web tersebut. Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir), hal ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat. Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu ruang yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, bererti apabila kita mengeluarkan kompas di ruang tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub. Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Ka’bah, maka seakan-akan diri kita dicaj semula oleh suatu kuasa misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah. Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka’bah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita. Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam". (Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877) ) 
Oleh: SAYA CINTA ISLAM 
Sumber:surau al-ikhwan

Warga Tionghua Bangun Masjid Cheng Ho di Makassar,Indonesia.

Rabu 1 Ogos 2012
Eramuslim.com | Media Islam Rujukan, Perhimpunan Islam Tionghoa Indonesia (PITI) Sulawesi Selatan sedang membangun masjid di jalan Tun Abdul Razak kabupaten Gowa. Mulai dibangun akhir tahun 2011 lalu, masjid bernama H Muhammad Cheng Ho ini diperkirakan bisa digunakan oleh umat muslim mulai Ramadan tahun depan.

Ketua Panitia pembangunan Masjid Muhammad Cheng Ho, Suhardi mengatakan bangunan masjid akan berdiri di kawasan seluas 3.240 meter persegi. Rencananya, tempat ibadah itu akan dibuat dua lantai.

Kini pengerjaannya baru mencapai tahap dasar dan lantai pertama. "Sampai proses akhir dibutuhkan dana sampai Rp 10 miliar," kata Suhardi kepada Tempo, Selasa, 31 Juli 2012.

Masjid Cheng Ho ini akan berdiri dengan gaya yang berbeda dengan masjid di Makassar pada umumnya. Masjid ini memadukan nuansa Timur Tengah dan Tiongkok serta perpaduan budaya Bugis Makassar.

Gaya khas Tionghoa terlihat dari pilihan warna bangunan, yakni didominasi merah dan kuning. Bentuk bangunan persegi, menandakan nilai bugis assulappa’ appa.

Menurut Suhardi, nama masjid dipilih untuk mengabadikan nama salah satu pejuang asal negeri Tiongkok, Laksamana Cheng Joo. Cheng Ho yang berasal dari kerajaan Ming merupakan salah satu pembawa misi syiar Islam di Nusantara.

Ia salah satu tokoh penyebar ajaran Islam di pulau Sumatera dan Jawa pada sekitar abad ke-15. Selain di Makassar, sebelumnya masjid Cheng Ho juga sudah berdiri di beberapa tempat di Indonesia, seperti di Jakarta dan Surabaya.

Masjid Muhammad Cheng Ho, meski dibangun umat muslim Tionghoa, akan ditujukan untuk semua kalangan umat muslim. Diharapkan nantinya, masjid ini bisa menjadi salah satu pusat peradaban dan pembinaan umat muslim, khususnya di Makassar dan Gowa. Nilai yang ditanamkan dalam arsitektur masjid diharap bisa menggambarkan perpaduan yang harmonis antara beragam suku dan budaya di daerah ini.

Selain akan dibangun ruang salat sebagai bangunan utama, masjid akan dilengkapi dengan bangunan yang berfungsi sebagai sarana sosial seperti ruang amal dan usaha, ruang pendidikan, lapangan olahraga dan tempat kesenian. Karena rata-rata muslim Tionghoa di Makassar merupakan muallaf, di dalam masjid juga disiapkan ruang pembinaan muallaf.

Ketua Dewan Pimpinan Daerah Persatuan Islam Tionghoa Indonesia (DPD PITI) Makassar, Sulaiman Gozalam berharap masjid ini bisa digunakan untuk sosialisasi di kalangan muslim Tionghoa. Sampai saat ini, jumlah muslim Tionghoa yang terdaftar di PITI Makassar baru sekitar 100 orang.

Sumber:eramuslim

Kumpulan Jihad dari Britain ikut Bertempur di Syria Gulingkan Bashar

Rabu 1 Ogos,2012
Pasukan gerila Islam Syria dikhabarkan berada di antara para pejuang yang ingin menggulingkan Bashar Assad. Hal ini disampaikan Jeroen Oerlemans, seorang jurugambar terkenal yang dijadikan sebagai tebusan selama seminggu di Syria. Atas laporan ini, Pejabat Luar Britain akan melakukan penyelidikan berkaitan rakyatnya yang turut berperang di Syria.

Oerlemans adalah wartawan Gambar terkenal dari Belanda, dan John Cantlie jurugambar dari Britain. Kedua-duanya tebusan sekumpulan pejuang anti-Assad ketika melintasi sempadan Syria dan Turki minggu lalu.

"Salah satu orang pasukan Jihad berkulit hitam menjerit: Mereka adalah wartawan dan sekarang mereka melihat kita sedang mempersiapkan jihad antarabangsa di tempat ini," kata Oermelans menceritakan kisahnya kepada akhbar NRC Handelsbatt. Beliau berkata para pejuang itu tidak ada yang berasal dari Syria.

"Mereka mengatakan bahawa mereka berasal dari negara-negara seperti Pakistan, Bangladesh dan Chechnya, dan mereka mengatakan mempunyai amir (pemimpin) di setiap kelompoknya."

Kira-kira 40 peratus daripada gerilawan itu menggunakan bahasa Britain. Bahkan, beberapa diantaranya berbicara dengan loghat Britain Birmingham dan London.

Kedua-dua wartawan itu akhirnya dibebaskan oleh Free Syirian Army (FSA) atau Tentera Pembebasan Syria. Kedua-duanya kini sudah berada di Turki dan akan pulang ke negara masing-masing beberapa hari akan datang.
Sumber:halimislamonline
TERKINI APPLE LANCAR iPhone 5

Rabu 1 Ogos,2012

Apple Inc dilaporkan bakal memperkenalkan telefon pintarnya yang baru, iPhone 5 dan mini iPad khas buat peminat mereka menjelang September ini.

Menurut di blog mykini, peranti itu dibuat lebih nipis dan skrin lebih besar berbanding iPhone generasi sebelum ini.

Namun ianya belum diketahui bila ianya dipasarkan di negara kita Malaysia.

Laporan lanjut di http://mykini.blogspot.com/