Rabu, 28 September 2011

PM Thailand miliki kekayaan RM53.7 juta

29 Sept 2011/2 Zulkaedah 1432H.



BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra (gambar) memiliki aset bersih berjumlah 541 juta baht (RM53.7 juta) sekali gus jauh kurang daripada kekayaan abangnya Thaksin, kata sebuah badan pencegah rasuah semalam.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan dalam laporannya menyatakan, anak lelaki Yingluck yang berusia sembilan tahun memiliki aset sebanyak 4.4 juta baht (RM449,233) manakala suaminya mengisytiharkan pemilikan aset berjumlah 76.8 juta baht (RM7.84 juta) bersama hutang sebanyak 369.7 juta baht (RM37.74 juta).
Yingluck yang memiliki aset termasuk hartanah dan pelaburan bukan merupakan anggota kabinet terkaya di Thailand.
Kedudukan tersebut adalah milik Menteri Sains dan Teknologi Plodprasop Suraswadi dengan aset berjumlah 963 juta baht (RM98.3 juta).
Sebelum menjadi Perdana Menteri, Yingluck merupakan Presiden firma hartanah Thailand, SC Asset Corp dan pernah memegang pelbagai jawatan dalam empayar perniagaan abangnya, Thaksin.
Pada Februari 2010, Mahkamah Tinggi Thailand merampas sejumlah AS$1.4 bilion (RM4.4 bilion) kekayaan Thaksin iaitu lebih separuh asetnya kerana dakwaan salah guna kuasa. - AFP

Selasa, 27 September 2011

Takbir, empat buah tanker NATO hancur

28 Sept.2011

Militan Pakistan telah menghancurkan empat lori tanker NATO di wilayah selatan Pakistan Sindh yang mengangkut bahan bakar untuk pasukan pimpinan Amerika di negara jiran Afghanistan, Press TV melaporkan.

Para pegawai Pakistan berkata militan melepaskan tembakan ke arah konvoi lori tanker minyak NATO di bandar Shikarpur di Wilayah Sindh pada hari Isnin lalu (26 / 9).

Lori tanker dibakar dalam serangan itu namun tidak ada korban jiwa yang dilaporkan.

Ratusan tanker NATO dan kontena telah dihancurkan di pelbagai bahagian wilayah Pakistan selama tiga tahun terakhir.

Pejuang pro-Taliban sering mendakwa bertanggungjawab atas serangan tersebut, berkata bahawa serangan itu sebagai balasan serangan udara AS di wilayah kesukuan Pakistan.

Serangan telah mendorong para pegawai AS untuk mencari laluan alternatif bagi bekalan bahan bakar untuk tentera asing di Afghanistan.

Ahmad Idham bersama Nasrudin Hassan

PETALING JAYA: Isu filem Hantu Bonceng yang dikatakan mempersendakan kalimah syahadah akhirnya selesai selepas Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) yang diwakili Nasrudin Hassan menerima penjelasan daripada penerbit filem tersebut Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Excellent Pictures dalam satu kenyataan di sini, Isnin, berkata dalam pertemuan itu kedua-dua pihak sebulat suara mencapai penyelesaian dalam suasana yang cukup mesra dan menganggap isu berkenaan tidak perlu diperbesarkan lagi.

“Pertemuan ini memberikan hasil yang cukup positif. Selain itu, ia juga menunjukkan sifat keterbukaan kedua-dua belah pihak dalam menerima sebarang cadangan sekali gus mampu memperbaiki penghasilan filem pada masa akan datang untuk industri perfileman tempatan.

“Perbincangan ini turut mencapai kata sepakat sementara pihak Pemuda PAS juga bersedia menyokong penerbitan filem tempatan khususnya yang boleh membawa mesej berguna kepada masyarakat,” katanya.

Minggu lalu, filem Hantu Bonceng dikecam oleh DPPM kerana dikatakan telah mempersendakan kalimah syahadah dan menghina agama Islam.

Dalam satu adegan filem itu, Zizan (membawa watak Amran) yang pengsan di hospital akibat kemalangan tiba-tiba terkejut selepas terbayangkan wajah hantu lalu menyebut "Asyhadu anna Muhammadar... Syaitan".

Pihak yang mempertikaikan dialog berkenaan mendakwa ia membawa maksud jika diterjemahkan seolah-olah berbunyi seperti "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu... Syaitan

Dalam pertemuan tersebut, Ahmad Idham turut berkesempatan memberi penerangan kepada DPP berkaitan senario industri perfileman tempatan.

Dalam kesempatan ini juga, kedua- dua belah pihak memohon agar isu berkaitan ini tidak lagi diperbesarkan dan dipertikai oleh mana-mana pihak kerana ia sudah diselesaikan dalam pertemuan berkenaan.

mstar online

Pengakuan Raja Heraclius Tentang Muhammad Saw

Oleh:
zharifjenn

"
Potret Hereclius pada syiling lama

Pada masa Perjanjian Hudaibiyah atau gencatan senjata antara kaum muslimin dan musyrikin Quraisy, Rasulullah saw mengutus beberapa sahabat. Mereka dikirim kepada raja-raja bangsa Arab dan bukan Arab untuk menyeru agama Islam. Salah satu sahabat yang diutus adalah Dihyah bin Khalifah Al-Kalbi. Ia ditugaskan untuk menyampaikan surat dakwah kepada Heraclius, Raja Rom.

Kedatangan Dihyah diterima oleh Heraclius dengan sangat baik. Kemudian Dihyah menyampaikan surat dakwah dari Rasulullah saw kepada Raja Rom tersebut. Setelah Heraclius membaca surat Rasulullah saw, Heraclius segera menyuruh pengawalnya untuk mencari orang-orang yang mengenal Muhammad. Ketika itu Abu Sufyan berada di sana bersama serombongan kafilah dagang Quraisy.

Surat Rasulullah kepada Herclius

Para pengawal kerajaan pun melaporkan keberadaan Abu Sufyan dan teman-temannya kepada Heraclius. Kemudian dipanggilnya Abu Sufyan yang masih membenci Islam bersama teman-temannya ke hadapan Raja Rom tersebut.

Abu Sufyan dan teman-temannya datang menghadap Heraclius. Dengan didampingi seorang penerjemah, Heraclius memulakan pembicaraan dengan bertanya, "Siapa di antara kamu semua yang paling dekat dengan garis keturunannya dengan orang yang mengaku sebagai nabi ini?"

Abu Sufyan menjawab, "Saya, Tuan!"

Kemudian terjadilah dialog di antara keduanya di hadapan para petinggi istana Rom. Berikut adalah dialog yang diceritakan oleh Abu Sufyan dan diriwayatkan kembali oleh Bukhari.

Heraclius : "Bagaimana kedudukan keluarganya di antara kamu?"

Abu Sufyan : "Dia berasal dari keturunan bangsawan."

Heraclius : "Adakah di antara keluarganya mengaku Nabi?"

Abu Sufyan : "Tidak."

Heraclius : "Adakah di antara nenek moyangnya yang menjadi raja atau pemerintah?"

Abu Sufyan : "Tidak ada."

Heraclius : "Apakah pengikut agamanya itu orang kaya ataupun orang kebanyakan?"

Abu Sufyan : "Pengikutnya adatah orang lemah, miskin, budak, dan wanita muda."

Heraclius : "Jumlah pengikutnya bertambah atau berkurang?"

Abu Sufyan : "Terus bertambah dari waktu ke waktu."

Heraclius : "Setelah menerima agamanya, adakah pengikutnya itu tetap setia kepadanya ataupun merasa kecewa, lalu meninggalkannya?"

Abu Sufyan : "Tidak ada yang meninggalkannya."

Heraclius : "Sebelum dia menjadi nabi, adakah dia suka menipu?"

Abu Sufyan : "Tidak pernah."

Heraclius : "Pernahkah dia mengingkari janji atau mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepadanya?"

Abu Sufyan : "Tidak pernah. Kami baru saja melakukan perjanjian gencatan senjata dengannya dan menunggu apa yang akan diperbuatnya."

Heraclius : "Pernahkah engkau berperang dengannya?"

Abu Sufyan : "Pernah."

Heraclius : "Bagaimana hasilnya?"

Abu Sufyan : "Kadang-kadang kami yang menang, kadang-kadang dia yang lebih baik daripada kami."

Heraclius : "Apa yang dia perintahkan kepadamu?"

Abu Sufyan : "Dia hanya memerintahkan kami untuk menyembah Allah dan tidak mempersekutukan-Nya dengan apapun, meninggalkan tahyul dan kepercayaan nenek moyang kami, mengerjakan solat, membayar zakat dan berbuat baik kepada fakir miskin, bersikap jujur, memelihara apa yang diamanahkan kepada kita dan mengembalikan dalam keadaan yang baik, memelihara silaturrahim dengan semua orang, dan yang paling penting dengan keluarga sendiri."

Lalu, seperti dikisahkan oleh Abu Sufyan r.a, Heraclius memberikan tanggapan sebagai berikut melalui penerjemahnya.

Heraclius : "Aku bertanya kepadamu tentang salasiah keluarganya dan kau menjawab dia adalah keturunan bangsawan terhormat. Nabi-nabi terdahulu pun berasal dari keluarga terhormat di antara kaumnya.

Aku bertanya kepadamu apakah ada di antara keluarganya yang menjadi nabi, jawabannya tidak ada. Dari sini aku menyimpulkan bahwa orang ini memang tidak dipengaruhi oleh sesiapa pun dalam hal kenabian yang diikrarkannya, dan tidak meniru sesiapa pun dalam keluarganya.

Aku bertanya kepadamu apakah ada keluarganya yang menjadi raja atau pemerintah. Jawapannya tidak ada. Jika ada nenek moyangnya yang menjadi penguasa, aku beranggapan dia sedang berusaha mendapatkan kembali kekuasaan keturunannya.

Aku bertanya kepadamu adakah dia pernah berdusta dan menurutmu, dia tidak pernah menipu. Orang yang tidak pernah berdusta kepada sesamanya tentu tidak akan berdusta kepada Allah.

Aku bertanya kepadamu mengenai golongan orang-orang yang menjadi pengikutnya dan menurutmu pengikutnya adalah orang miskin dan hina. Demikian pula halnya dengan orang-orang terdahulu yang mendapat panggilan kenabian.

Aku bertanya kepadamu adakah jumlah pengikutnya bertambah atau berkurang. Jawapanmu, terus bertambah. Hal ini juga terjadi pada iman sampai keimanan itu lengkap.

Aku bertanya kepadamu apakah ada pengikutnya yang meninggalkannya setelah menerima agamanya dan menurutmu tidak ada. Itulah yang terjadi jika keimanan sejati telah mengisi hati seseorang.

Aku bertanya kepadamu apakah dia pernah ingkar janji dan menurutmu tidak pernah. Sifat dapat dipercaya adalah ciri kerasulan sejati.

Aku bertanya kepadamu apakah engkau pernah berperang dengannya dan bagaimana hasilnya. Menurutmu engkau berperang dengannya, kadang-kadang kamu yang menang dan kadang kala dia yang menang dalam urusan duniawi.

Para nabi tidak pernah selalu menang, tetapi mereka mampu mengatasi masa-masa sukar dalam perjuangan, pengorbanan, dan kerugiannya sehingga akhirnya mereka memperoleh kemenangan.

Aku bertanya kepadamu apa yang diperintahkannya, engkau menjawab dia memerintahkanmu untuk menyembah Allah dan tidak mempersekutukan-Nya, serta melarangmu untuk menyembah berhala, dan dia menyuruhmu solat, bercakap benar, serta penuh perhatian. Jika apa yang kau katakan itu benar, dia akan segera berkuasa di tempat aku memijakkan kakiku ketika ini.

Aku tahu bahawa orang ini akan lahir, tetapi aku tidak tahu bahwa dia akan lahir dari kaummu (orang Arab). Jika aku tahu aku dapat mendekatinya, aku akan pergi menemuinya. Jika dia ada di sini, aku akan membasuh kedua kakinya dan agamanya akan menguasai tempat dua telapak kakiku!"

Selanjutnya, Heraclius berkata kepada Dihyah Al-Kalbi, "Sungguh, aku tahu bahawa sahabatmu itu seorang nabi yang akan diutus, yang kami tunggu-tunggu dan kami ketahui berita kedatangannya dalam kitab kami. Namun, aku takut orang-orang Rom akan melakukan sesuatu kepadaku. Kalau bukan kerana itu, aku akan mengikutinya!"

Untuk membuktikan kata-katanya tersebut, Heraclius memerintahkan orang-orangnya untuk mengumumkan, "Sesungguhnya Raja Heraclius telah mengikuti Muhammad dan meninggalkan agama Nasrani!" Seluruh pasukannya, lengkap dengan senjata serentak menyerbu ke dalam ruangan tempat Hereclius berada, lalu mengepungnya.

Kemudian Pemerintah Rom itu berkata, "Engkau telah melihat sendiri bagaimana bangsaku. Sungguh, aku takut kepada rakyatku!"

Heraclius meleraikan pasukannya dengan menyuruh pengawalnya mengumumkan berita, "Sesungguhnya raja lebih senang bersama kamu semua. Tadi beliau sedang menguji kamu semua untuk mengetahui kesabaran kamu semua dalam agama Nasrani. Sekarang pergilah!"

Mendengar pengumuman tersebut, terbubarlah pasukan yang hendak menyerang Hereclius tadi. Raja Hereclius pun menulis surat untuk Rasulullah saw yang terkandung, "Sesungguhnya aku telah memeluk Islam." Herclius juga menyelitkan hadiah beberapa dinar kepada Rasulullah saw.

Ketika Dihyah menyampaikan surat Raja Heraclius kepada Rasulullah saw, beliau berkata, "Musuh Allah itu berdusta! Dia masih beragama Nasrani."

Rasulullah saw pun membagi-bagikan hadiah berupa wang dinar itu kepada kaum muslimin.

"

Bandar raya terapung


27 Syawal 1432H.

PROJEK Utopia lebih seperti bandar raya terapung berbanding sebuah bot.

DARI fiksyen menjadi realiti...projek Utopia seperti tempat persembunyian Stromberg dalam filem James Bond, The Spy Who Loved Me

SOUTHAMPTON: Ia kelihatan seperti sesuatu yang pernah digunakan dalam filem James Bond.

Bagaimanapun, sebuah syarikat Britain percaya, bangunan terapung ini boleh menjadi sebahagian daripada kehidupan masa depan di laut.

Dengan 11 dek yang boleh digunakan sebagai kediaman, kawasan meninjau 360 darjah, empat tempat tempat helikopter mendarat, tempat berlabuh sendiri,

beberapa kolam renang dan ruang yang sama besar dengan sebuah kapal peranginan mewah, ia boleh diangap sebuah bandar raya terapung.

Meskipun ia tidak sesuai untuk digelar kapal mewah, rekaan itu yang dinamakan ‘Projek Utopia, didedahkan kepada pengunjung Pameran Kapal Layar Monaco baru-baru ini.

Perekanya, BMT Nigel Gee, dari Southampton, masih belum meletakkan harga pulau terapung itu atau menentukan jenis pelanggan yang mungkin berminat untuk membelinya.

Ia direka untuk terapung pada empat platform, setiap satu dilengkapi dengan penujah bagi membolehkan keseluruhan pulau terapung ini stabil, walaupun di laut yang bergelora.

Mampu untuk bergerak dengan perlahan, ia terbentang selebar 65 meter di atas permukaan laut, menyediakan dek meninjau 13 tingkat untuk pelawat dengan pemandangan panoramik.

Di bawahnya, dek ruang utama penempatan dan perkhidmatan, yang boleh menempatkan kedai, bar dan restoran, akan dilitupi dengan kanopi yang boleh ditutup dan dibuka.

Pengarah Yatch Design, James Roy percaya, rekaan ini mencabar kepercayaan terhadap seni bina tradisional mengenai pengangkutan laut.

Beliau berkata: “Wawasan mengenai masa depan sentiasa dikekang oleh kebiasaan dengan yang ada ketika ini atau gambaran pada yang lalu.

“Banyak yang dihasilkan dalam masyarakat pereka hari ini bermula di atas sekeping kertas kosong. Tetapi banyak, jika tidak semua konsep kapal mewah merujuk kepada bentuk tradisional.

“Kerana tanggapan bahawa sebuah kapal mewah mesti berbentuk pengangkutan, ia serta merta mengekang ilham pereka.

“Utopia bukan objek pengangkutan. Ia sebaliknya adalah tempat, sebuah pulau yang diwujudkan untuk sesiapa saja, yang ada wawasan untuk mencipta tempat seumpama itu.”

James berkata, rekaan itu yang dihasilkan bersama dengan Yacht Island Design, mempamerkan bagaimana syarikat itu, yang tertumpu kepada pembinaan kapal mewah, kapal komersial dan tentera laut, menggunakan teknologi canggih bagi membawa sesuatu yang baru ke dalam industri itu.

“Dengan merintis idea rekaan seperti Utopia adalah jenis projek yang menjadi kemahiran kumpulan kami.

“Pendekatan pemikiran ke hadapan dan pengalaman kejuruteraan canggih yang tidak ada tandingan membolehkan kami bekerjasama rapat dengan pereka dan syarikat membuat kapal serta menjelmakan idea ini menjadi realiti. - Agensi

Isnin, 26 September 2011

Peta dunia yang menunjukkan kabel internet bawah laut


27 Sept.2011
Headline

Dunia seolah menjadi tegang ketika sambungan internetnya terputus seperti pada saat kabel bawah laut penghubung Eropah dan Timur Tengah terputus tahun lalu atau semasa kapal 'menggores' kabel bawah laut di samudera Hindia seperti dilaporkan Dailymail.

Kini, peta interaktif baru dari Telegeography akan membantu kapal untuk tidak 'mengusik' kabel canggih rangkaian berbilion-bilion dolar yang menyokong 99% perjalanan trafik internet global. Peta ini dibuat menggunakan maklumat dari Global Bandwidth Research Service.

Peta ini menunjukkan kedudukan kabel dan memberitahu stesen pendaratannya, siapa pemiliknya, seberapa panjang, dan bila kabel ini siap beroperasi atau tidak beroperasi. Pada peta versi ini, pengguna cukup menekan kabel untuk mengetahui infonya.

Tim Stronge dari Telegeography yang menciptakan peta ini mengatakan, "Kabel bawah laut ini sangat mahal namun mampu menghantarkan kapasiti besar. Kos pererawatan tahunan kabel ini menghabiskan US $ 10 juta. Jika kord rosak, pemilik kabel perlu membayar kos pembaikan dengan harga US $ 10 ribu per hari.

Kesan kerosakan kabel ini sendiri sangat menakutkan. Pada 2008, satu kabel antara Sicily dan Mesir mengalami kerosakan. Hal tersebut menyebabkan 50% menjadi bandar 'gelap' dan juga menyebabkan industri komputer serta pasaran saham negara itu mati selama berjam-jam.

http://keretaburuk12.blogspot.com

Kelantan serap enakmen hudud dalam hukuman syariah


September 26, 2011

KUALA LUMPUR, 26 Sept — Ekoran sekatan hampir dua dekad, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, mahu memasukkan enakmen hudud dalam hukuman syariah negeri Kelantan untuk diguna pakai oleh Mahkamah Syariah.

Oleh itu kata Nik Aziz, PAS berusaha untuk memastikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hudud dan Qisas) dimasukkan dalam senarai hukum Mahkamah Syariah supaya hakim dapat menggunakannya ketika perbicaraan.

“Usaha kami ialah nak masukkan enakmen hudud dalam senarai hukum Mahkamah Syariah di Kelantan, maknanya kami orang politik berusaha untuk itu supaya ia dapat digunakan oleh hakim,” kata Nik Aziz.

Kata Nik Aziz lagi, “saya ulang sekali lagi, kami hanya nak masukkan enakmen hudud dalam senarai hukum supaya mahkamah akan menggunakan akta ini.”

Jelas beliau, apabila kes dibawa ke mahkamah, hakim akan menentukan ada prima facie atau sebaliknya.

“Kalau ada prima facie, ada peguam bela dan peguam cara. Daripada Malaysia menerima hukuman gantung sampai mati mandatori (dalam kes) dadah (atau) senjata apa, maka lebih baik terima hudud.

“Gantung sampai mati ini menyebabkan keluarga merana, tak ada tempat nak bergantung, merana hidup dalam keadaan lapar, hudud ini tak mati orang, bila kena hudud tak mati manusia,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.

Pada 1993, Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993.

Bagaimanapun sehingga kini ia tidak dapat dilaksanakan kerana dikatakan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

http://www.themalaysianinsider.com