Selasa, 23 November 2010
Pencapaian Tamadun Islam di China
Islam mempunyai warisan yang kaya di China. Islam mula sampai di China dari negara-negara Arab pada zaman Dinasti Tang iaitu dalam tahun 651 Masihi. Walaupun umat Islam terbahagi kepada dua puak yang besar, iaitu puak Sunnah dan Syiah, namun, umat Islam di China kebanyakannya tergolong dalam puak Syiah.
Setelah tersebar sekian lama dan mengalami perkembangan dan perubahan dalam suatu jangka masa yang panjang, Islam yang bercirikan China telah terbentuk. Melaluinya wujudlah jambatan yang menghubungkan ekonomi, budaya dan persahabatan antara China dengan negara-negara Arab.
Penyebaran agama Islam yang paling luas dalam sejarah China telah berlangsung pada zaman Dinasti Tang (tahun 618 hingga 907), Dinasti Song (tahun 960 hingga 1279) dan Dinasti Yuan (tahun 1271 hingga 1368). Sehingga zaman Dinasti Ming (tahun 1368 hingga 1644),
10 etnik minoriti China telah menganut beragama Islam, iaitu etnik Uygur, etnik Hui, etnik Kazak, etnik Tajik, etnik Uzbek, etnik Kirgiz, etnik Tatar, etnik Salar, etnik Dongxiang dan etnik Bonan. Agama Islam memberikan pengaruh yang besar kepada etnik-etnik tersebut, khususnya dalam bidang sejarah, budaya, etika, moral, gaya hidup dan adat resam.
Pertembungan Islam dan budaya tradisi China telah menambah kandungan khazanah yang amat berharga kepada budaya dan sejarah China.
Persatuan Islam China ditubuhkan di Beijing pada tahun 1953. Persatuan ini merupakan pertubuhan kebangsaan yang berfungsi untuk memastikan pelaksanaan dasar bebas beragama kerajaan dipatuhi, memupuk semangat patriotik di kalangan umat Islam, menyebarkan ajaran dan amalan agama Islam,
melindungi hak dan kepentingan umat Islam yang sah, mengukuhkan perpaduan bangsa, dan mengekalkan kestabilan sosial, penyatuan negara dan kedamaian dunia. Namun, dalam tempoh Revolusi Kebudayaan yang dimulakan pada tahun 1966,
semua aktiviti keagamaan terpaksa dihentikan, masjid-masjid di merata tempat juga menghadapi ancaman yang teruk. Setelah Revolusi Kebudayaan berakhir pada tahun 1976, kerajaan China bukan sahaja menyusun semula dasar yang berkaitan dengan isu-isu etnik minoriti dan keagamaan, malah menjalankan semula dasar bebas beragama untuk menggalakkan perkembangan pelbagai agama.
Jumlah umat Islam meningkat dengan pesat di China bermula pada hujung tahun 1960-an. Menurut banci penduduk yang dijalankan di seluruh negara pada tahun 2006, jumlah umat Islam di Tanah Besar China lebih daripada 20 juta orang. Sekarang ini, di mana sahaja ada kawasan kediaman masyarakat Islam,
di situ terdapatlah masjid yang berbeza-beza saiznya. Menurut statistik rasmi, di China sekarang ini terdapat lebih daripada 17 ribu buah kuil dan biara agama Buddha, lebih daripada 1500 buah kuil pengikut fahaman Tao,
lebih daripada 4600 buah gereja Katholik dan lebih daripada 12 ribu gereja Kristian, manakala jumlah masjid mencatat lebih daripada 30 ribu buah. Selain membina masjid yang baru,
kerajaan China juga memperuntukkan dana untuk membina semula atau membesarkan masjid yang sedia ada di pelbagai tempat untuk menampung lebih ramai penganut yang melaksanakan ibadat bersama-sama.
Dengan ekonomi yang berkembang pesat di China, taraf hidup rakyat semakin meningkat. Begitu juga dengan taraf hidup umat Islam. Kini ada penganut Islam yang sudah mampu berbelanja untuk membina masjid.
Contohnya, Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat Kumpulan Farmaseutikal Xiuzheng, Xiu Laigui dan isterinya, iaitu pasangan penganut agama Islam yang telah melabur lebih 4 juta Yuan RMB untuk membina Masjid Tonghua di provinsi Jilin. Masjid yang luasnya lebih daripada 1400 meter persegi itu siap dibina pada tahun 2006.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, jumlah umat Islam China yang mampu menunaikan fardu haji ke Mekah juga terus meningkat. Jumlah tersebut mencecah 10 ribu orang buat kali pertamanya pada tahun 2007.
Menurut pegawai dari Jabatan Agama Provinsi Gansu, umat Islam di sana yang menunaikan fardu haji ke Mekah dengan menyertai jemaah haji dari China pada tahun 1985 hanya berjumlah lebih 10 orang sahaja.
Manakala pada tahun ini, jumlah mereka telah mencecah hampir 2500 orang, mencipta rekod baru dalam sejarah provinsi itu. Persatuan Islam China telah menubuhkan jabatan khas pada bulan Mei lalu untuk menguruskan hal ehwal jemaah haji demi memberikan bantuan kepada umat Islam China yang menunaikan fardu haji ke Mekah.
Persatuan itu bukan sahaja menyediakan penterjemah dan doktor untuk mengiringi jemaah haji, malah menghantar petugasnya ke Mekah lebih dulu untuk mengatur penginapan dan kemudahan pengangkutan untuk memastikan umat Islam China dapat menunaikan fardu haji dengan lancar di sana.
Selain itu, budaya Islam juga berkembang dengan baik di China pada masa ini. Muzium Etnik Hui China—muzium pertama yang mempamerkan budaya Islam di China telah dibuka di Wilayah Autonomi Hui Ningxia pada bulan September lalu.
Sejarah etnik Hui, agama, budaya, adat resam, tokoh dalam sejarah dan perkembangan etnik Hui serta maklumat tentang sejarah dan budaya agama Islam di dunia dipamerkan di muzium itu menerusi gambar, tulisan, artifak, arca, audio dan video.
Tips Kuatkan Daya Ingatan
Amalkan Tidur Yang Cukup
- 1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.
Mengawal Tekanan
- Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.
Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
- Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum?membeli makanan tambahan.
Bersenam
- Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.
Elakkan Kemurungan
- Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.
Awasi Pengambilan Ubat
- Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.
Belajar Sesuatu yang Baru
- Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.
Permainan
- Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.
Banyak Membaca
- Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.
Katakan Berulang Kali
- Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.
Fokus
- Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.
Bermain Dengan Angka
- Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.
Membaca Al-Quran
- Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.
Isnin, 22 November 2010
TINGKATAN 4
-BAB 1 TAMADUN HHO DAN T.INDUS ***
-BAB 4 PERIBADI NABI MUHAMMAD S.A.W***
-BAB 5 PEPERANGAN DLM ISLAM DAN PEMBUKAAN SEMULA KOTA MAKKAH***
-BAB 6 PERTEMBUNGAN TAMADUN/CARA DAN KESAN**
-BAB 7 TEORI KEDATANGAN ISLAM/KESAN***
-BAB 8 KESAN EKONOMI KEATAS PENDUDUK***
-BAB 9 PENEROKAAN DAN PENJELAJAHAN/FAKTOR DAN KESAN**
-BAB 10 BURUH/IMIGRAN/KESAN DASAR BRITISH TERHADAP PEKEBUN KECIL***
TINGKATAN 5
BAB 1 BIROKRASI BARAT/FILIPINA DAN THAILAND***
BAB 2 GERAKAN ISLAH/AKHBAR DAN MAJALAH**
BAB 3 KMM/CIRI KMM LIHAT FOTO-FOTO /KANDUNGAN HKM/UULM***
BAB 6 PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA**
BAB 7 PERANAN AGONG/BADAN PEMERINTAHAN/PROSES PERUNDANGAN***
BAB 8 RANCANGAN TAHAP PERTAMA/RM1/RMSIA 1/MATLAMAT/AGENSI***
BAB 9 PERANG DUNIA PERTAMA/PBB/KOMAWEL/GLOBALISASI/ICT/K-EKONOMI***
*LIHAT SOALAN PERCUBAAN PUTRAJAYA***
PENTING UNTUK PELAJAR-PELAJAR MEMBUAT SEMAKAN TERAKHIR SEBELUM HARI PEPERIKSAAN KHAMIS INI.
SELAMAT MAJU JAYA.SEMOGA ALLAH SWT BERKATI ANDA AMIN..
Drsrbh2010spm
Selasa, 16 November 2010
HARI RAYA KORBAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

SELAMAT Hari Raya Korban atau Aidil Adha daripada saya dan keluarga untuk semua umat Muslim di mana juga berada . Alhamudlilah, kita masih diberi kesempatan oleh Allah s.w.t. untuk menyambut dan menghayati perisitwa besar di bulan Zulhijjah ini, peristiwa yang dilalui oleh Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s.
Jumaat, 12 November 2010
PROMOSI MUSIM CUTI SEKOLAH 2010

Buat julung-julung kalinya satu Expo Perdagangan dan Persahabatan bagi merungkai hubungan silam antara China dengan Nusantara khasnya Kelantan akan diadakan di Kota Bharu pada 21 hingga 26 November. Expo dikenali dengan Expo Cheng Ho akan berlangsung di stadium Sultan Mohamnad Ke V Kota Bharu. Expo berkenaan akan dirasmukan oleh MB, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

